• Tidak ada hasil yang ditemukan

efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

101

EFIKASI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK MOHD ZAILANI IBRAHIM¹, CHUN, K.E.², JAMILAH IDRIS³, MOHD ASRI ABDUL AZIZ,4

ABD KADIR ABD RAHIM 5

1,2,3,4,5

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Article history: Received:25 May 2019 Received in revised form: 09 September 2019 Accepted: 31 November 2019 Published online: 31 December 2019

________________________________________________________________________

ABSTRAK

Efikasi merupakan faktor yang penting untuk seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya untuk dilaksanakannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.

Responden kajian terdiri daripada 42 orang pelajar rekabentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi adalah pada tahap sederhana.Terdapat perbezaan yang signifikan antara efikasi keusahawanan antara pelajar lelaki dengan perempuan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan efikasi keusahawan antara pelajar yang mempunyai pengalaman berniaga dengan yang tidak mempunyai pengalaman berniaga. Kesimpulan kajian ialah pelajar perlu didedahkan kepada aktiviti keusahawanan untuk meningkatkan efikasi keusahawanan dan persepsi yang positif terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Kata Kunci: Efikasi keusahawanan, Rekabentuk dan Teknologi , Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik , Jantina.

(2)

102

ENTREPRENEURIAL EFFICACY AMONG DESING AND TECHNOLOGY STUDENTS AT THE TECHNICAL EDUCATION CAMPUS TEACHER EDUCATION INSTITUTE

ABSTRACT

Efficacy is an important factor for a person who is believed to be doing what he or she thinks capable of doing. This study aims to identify the level of entrepreneurial efficacy among design and technology students at the Technical Education Campus Teacher Education Institute.

This study uses survey method. Respondents of the study consisted of 42 design and technology students at the Technical Education Campus Teacher Education Institute. The questionnaires used in this study were adapted from previous studies. The data were analyzed using SPSS. The statistics used are descriptive and inferential. The findings show that the level of entrepreneurial efficacy is at moderate level. There is a significant difference between the efficacy of entrepreneurship between male and female students. The findings also show that there are differences in entrepreneurial efficacy among students who have business experiences with those who have no business experience. The conclusion of the study is that students need to be exposed to entrepreneurial activities to improve entrepreneurial efficacy and positive perceptions of career in entrepreneurship.

Keywords: Entrepreneurial Efficacy, Design and Technology, Technical Education Campus Teacher Education Institute, Gender.

_________________________________________________________________________

PENGENALAN

Boyd dan Vozikis (1994) menjelaskan faktor efikasi kendiri merupakan faktor terpenting yang menguatkan alasan seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya dilaksanakan. Efikasi Kendiri ataupun Efikasi Keusahawanan ini merupakan faktor personaliti seseorang, seperti yang dijelaskan oleh Bandura (1977), bahawa efikasi kendiri sebagai asas motivasi manusia dalam pencapaian personal. Efikasi keusahawanan memberi maksud persepsi dan kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri untuk melakukan sesuatu tindakan berlandaskan sumber yang ada pada diri sendiri seperti kemahiran, pengetahuan sedia ada serta tahap keazaman supaya perkara yang ditekadkan dapat disempurnakan (Ajzen, 1991). Boyd dan Vozikis (1994) menjelaskan faktor efikasi kendiri merupakan faktor terpenting yang menguatkan alasan seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya dilaksanakan

Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menyemarakkan lagi usaha membudayakan keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia dengan menyemai budaya keusahawanan ini diperingkat sekolah rendah lagi dengan memperkenalkan unsur-unsur keusahawanan dalam matapelajaran matematik. Kesinambungannya diteruskan diperingkat

(3)

103

menengah rendah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula tahun 1991 serta diperingkat menengah atas dengan memberi peluang kepada pelajar memilih untuk mengikuti pendidikan dan keusahawanan melalui mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi (kumpulan II).

Terdapat kajian-kajian yang membuktikan bahawa efikasi keusahawanan merupakan faktor penting dalam menentukan keyakinan seseorang untuk menceburi kerjaya keusahawanan.

Kajian berkaitan efikasi kendiri oleh pengkaji-pengkaji luar negara (Betz, Klein & Taylor, 1996;

Betz dan Luzzo, 1996; Adachi, 2001; Laura & rakan, 2007) memperolehi hasil kajian yang menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan di antara efikasi kendiri dengan pemilihan kerjaya. Pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi mampu membuat keputusan pemilihan kerjaya atau berjaya memilih kerjaya yang akan diceburi dan sebaliknya bagi pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang rendah.

Siti Hawa (2009), mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan diantara efikasi keusahawanan dengan kecenderungan pelajar untuk menceburi kerjaya keusahawan, di mana semakin tinggi efikasi keusahawanan seseorang maka semakin tinggilah kecenderungan keusahawanan mereka. Kajian oleh Seyyed et al. (2012) terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan dikalangan pelajar-pelajar kejuruteraan di Universiti Ahvaz, Iran, menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang positif dan signifikan diantara efikasi keusahawanan dengan pilihan kerjaya keusahawanan pelajar-pelajar kejuruteraan. Dapatan kajian juga menunjukkan efikasi keusahawanan merupakan faktor yang paling memberi sumbangan di dalam menerangkan pilihan kerjaya keusahawanan dikalangan pelajar-pelajar pertanian di Universiti Ahvaz.

LATARBELAKANG KAJIAN

Bilangan belia yang betul-betul menceburi bidang keusahawanan di Malaysia adalah sangat sedikit tidak seperti yang diharapkan. Bukti kekurangan belia yang menceburi bidang keusahawanan adalah seperti yang telah dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2009), Aidit dan Husnizam (2005), Norsida Man (2008) dan Zainalabidin et al. (2011) . Namun sebaliknya terdapat kajian-kajian seperti kajian Zakaria (1998), Hisyamuddin (2007), Rohana (2010) dan beberapa kajian lain yang menunjukkan remaja atau belia-belia ini bertekad untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya mereka apabila menamatkan pengajian.

Isunya di sini ialah mengapa pelajar-pelajar yang bercita-cita, berminat dan bertekad untuk menjadi usahawan ini, tidak memilih kerjaya sebagai usahawan apabila mereka menamatkan pengajian mereka. Dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada kajian berkaitan efikasi keusahawanan di mana ianya merujuk kepada kepercayaan yang kuat terhadap kebolehan serta kemampuan diri sendiri bahawa yakin untuk melaksanakan peranan dan tugasan yang khusus berkaitan keusahawanan dengan jayanya (Krueger dan Carsrud, 1993).

Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan di kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi IPGKPT. Penyelidik berpendapat kajian ini adalah penting bagi mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan pelajar serta faktor-faktor yang mempengaruhi efikasi keusahawanan mereka agar boleh dijadikan panduan untuk memupuk

(4)

104

efikasi keusahawanan para pelajar. Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian efikasi keusahawanan tani ini kerana ingin mengenal pasti efikasi keusahawanan pelajar reka bentuk dan teknolgi di IPGKPT.

OBJEKTIF KAJAIN

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan pelajar reka bentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

TINJAUAN LITERATUR Efikasi Keusahawanan

Efikasi Keusahawan ataupun Tingkah Laku Kawalan Tertanggap ini telah dipilih sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. Efikasi keusahawanan juga dipercayai sebagai salah satu pemboleh ubah yang boleh menentukan kekuatan tekad keusahawanan seseorang. Kajian- kajian lepas seperti kajian Zaidatol Akmaliah dan Hisyamuddin (2010), Markman dan Baron (2003), Betz dan Luzzo (1996), Boyd dan Vozikis (1994), Krueger dan Casrud (1993) semuanya mendapati efikasi keusahawanan merupakan faktor yang penting dan paling kuat dalam menentukan tekad keusahawanan seseorang.

Mark dan Baron (2003) menjelaskan bahawa efikasi keusahawanan dipercayai sebagai salah satu pemboleh ubah yang boleh menentukan kekuatan tekad keusahawanan seseorang. dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan . Manakala Boyd dan Vozikis (1994) menjelaskan faktor efikasi kendiri merupakan faktor terpenting yang menguatkan tekad seseorang, atau alasan seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya dilaksanakan. Ini diperkuatkan lagi oleh Krueger dan Casrud (1993) yang menegaskan bahawa efikasi kendiri keusahawanan merupakan peramal terkuat dalam menentukan tekad keusahawanan seseorang. Manakala Betz dan Luzzo (1996) menjelaskan bahawa pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi mampu membuat pemilihan kerjaya atau berjaya memilih kerjaya yang akan diceburi dan sebaliknya bagi pelajar yang tahap efikasi kendirinya rendah.

Fayolle (2005) serta Kruegel dan Brazeal (1994) berpendapat tingkahlaku kawalan tertanggap mempunyai persamaan dengan maksud efikasi kendiri oleh Bandura (1977). Efikasi Kendiri ataupun Efikasi Keusahawanan ini merupakan faktor personaliti seseorang, seperti yang dijelaskan oleh Bandura (1977), bahawa efikasi kendiri sebagai asas motivasi manusia dalam pencapaian personal. Zaidatol Akmaliah dan Hisyamuddin (2010), mendapati bahawa efikasi keusahawan merupakan faktor yang penting dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekad keusahawanan. Ini diperkuatkan lagi dengan penjelasan oleh Naktiyok et al.

(2010) yang menjelaskan bahawa efikasi keusahawanan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap tekad keusahawanan seseorang. Oleh itu konsep berkaitan efikasi keusahawanan patut diberi perhatian yang lebih dalam penyelidikan berkaitan keusahawanan.

Terdapat dua kategori alat kajian yang biasa digunakan dalam penggunaan skala efikasi keusahawanan iaitu yang bersifat spesifik seperti yang digunakan oleh Chen et al. (1998) dan

(5)

105

De Noble et al. (1999), manakala yang kedua ialah alat kajian yang menggunakan efikasi bersifat umum seperti Krueger et.al (2000) dan Krueger & Brazeal (1994). Penyelidik merumuskan efikasi bersifat umum dalam kajian efikasi keusahawanan merujuk kepada kebolehlaksanaan tertanggap (Shapero dan Sokol, 1982). Kebolehlaksanaan tertanggap memberi maksud persepsi dan kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri untuk melakukan sesuatu tindakan berlandaskan sumber yang ada pada diri sendiri seperti kemahiran, pengetahuan sedia ada serta tahap keazaman supaya perkara yang ditekadkan dapat disempurnakan (Ajzen, 1991). Dalam konteks kajian ini, hanya alat kajian yang menggunakan efikasi bersifat umum dipilih oleh pengkaji kerana kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi dan kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri untuk melakukan sesuatu tindakan berlandaskan sumber yang ada pada diri sendiri seperti kemahiran, pengetahuan sedia ada serta tahap keazaman supaya perkara yang ditekadkan dapat disempurnakan seperti yang diutarakan oleh Ajzen (1991). Markman (1999) ada menjelaskan bahawa pemisahan efikasi keusahawanan kepada efikasi spesifik dan umum adalah perlu kerana ia akan meningkatkan kesahan konstruk alat kajian.

Kajian yang dijalankan oleh Sharifah Irda Natasha (2005), mendapati kesemua responden (peladang jaya) bersetuju bahawa peningkatan efikasi keusahawan pada diri mereka akan meningkatkan tahap perniagaan mereka. Kajian oleh Norsida Man (2008) juga mendapati 95.7% responden (belia berumur 16 hingga 40 tahun), menyatakan persetujuan bahawa tahap efikasi keusahawanan yang tinggi dalam diri mereka akan memberi keyakinan yang tinggi untuk mereka menceburi kerjaya keusahawanan. Begitu juga dengan kajian oleh Muhammad Mu’az et al. (2011) yang mendapati siswazah yang sedang mengikuti kursus usahawan tani bersetuju bahawa semakin tinggi efikasi keusahawanan seseorang, semakin tinggi tekad dan keinginan mereka untuk menceburi kerjaya sebagai usahawan tani. Siti Hawa (2009), mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara efikasi keusahawanan umum dengan tekad keusahawanan pelajar kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (r=0.690, p<0.01).

METODOLOGI KAJIAN Pengumpulan Data

Penyelidikan yang dijalankan ini adalah jenis tinjauan deskriptif korelasi. Kajian ini meninjau persepsi pelajar pertanian di sekolah menengah kebangsaan dan di sekolah menengah vokasional pertanian berkaitan tahap efikasi keusahawanan.

Populasi kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar reka bentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Populasi capaian merupakan pilihan realistik kerana populasi sasaran (pilihan ideal) jarang dapat diperolehi oleh penyelidik (Fraenkel dan Wallen, 2006). Pengkaji memilih pelajar-pelajar reka bentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik sebagai populasi kajian kerana responden mempunyai ciri-ciri khusus yang sama dengan keseluruhan pelajar reka bentuk dan teknologi di seluruh Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Ini bermakna responden yang dipilih ini mempunyai ciri-ciri yang sama dalam kumpulan yang berbeza. Dalam penyelidikan pendidikan, sampel mestilah dapat menggambarkan ciri-ciri populasi yang dikaji (Ary et al., 2002).

(6)

106

Instrumen kajian mengandungi 10 soalan berkaitan efikasi keusahawanan. Pengkaji telah mengadaptasi dan mengubahsuai alat ukur yang digunakan oleh Hisyamuddin (2007) berdasarkan ubahsuai yang dilakukan terhadap item-item kajian yang dijalankan oleh Krueger (1993) yang mengandungi 10 item berkaitan dengan kebolehlaksanaan tertanggap Kajian rintis dijalankan ke atas 25 orang pelajar di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu yang tidak termasuk dalam kiraan persampelan. Responden diminta menjawab semua soalan dan hasilnya indeks kepercayaan kajian rintis dan kajian sebenar dalam bentuk nilai alpha cronbach bagi setiap instrumen adalah seperti dalam Jadual 1. Menurut Pallant (2001), nilai indeks alpha .70 atau ke atas adalah baik bagi skala instrumen yang mempunyai sepuluh atau lebih item.

Jadual 1

Indeks Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Rintis dan Kajian Sebenar

Kebolehpercayaan Kajian Rintis Kajian Sebenar

Bilangan Item

Nilai Alpha Croanbach

Bilangan Item

Nilai Alpha Croanbach

Efikasi Keusahawanan 10 .703 10 .769

Data kajian ini dikumpul melalui tinjauan dengan mengedarkan soal selidik secara manual dan menggunakan aplikasi google form kepada semua responden yang terlibat.

Penganalisaan Data

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for The Social Sciences for Windows” (SPSS). Penganalisisan data menggunakan statistik seperti ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah:

Jadual 2

Tatacara Penganalisisan Data

Persoalan Kajian Statistik

Berapakah tahap efikasi keusahawanan pelajar Min dan sisihan piawai

(7)

107 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Efikasi Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Rekabentuk dan Teknologi

Pengukuran efikasi keusahawanan adalah merujuk kepada min secara keseluruhan. Dapatan kajian seperti dalam Jadual 3, menunjukkan min bagi efikasi keusahawanan bagi pelajar rekabentuk dan teknologi pada tahap sederhana (Min=3.09, sisihan piawai=0.44 ).

Jadual 3

Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan Nilai Maksimum Untuk Efikasi Keusahawanan Pelajar

Pemboleh ubah Min* Sisihan Piawai Minimum Maksimum

Efikasi 3.09 0.44 1.90 3.80

*Efikasi : 1=Sangat Tidak Setuju , 2=Tidak Setuju, 3=Kurang Setuju, 4=Setuju, 5= Sangat Setuju

PERBINCANGAN

Tahap efikasi keusahawanan responden dalam kajian ini didapati berada pada tahap yang sederhana tinggi. Ini bermaksud pelajar reka bentuk dan teknologi yang dikaji masih belum mencapai tahap keyakinan yang tinggi untuk melaksanakan tugasan sebagai seorang usahawan selepas menamatkan pengajian mereka nanti. Oleh itu situasi ini boleh menjelaskan kenapa tekad keusahawanan pelajar yang dikaji hanya berada pada tahap sederhana tinggi sahaja. Nilai min yang rendah bagi item saya yakin adalah mudah untuk menjadi usahawan menggambarkan bahawa responden masih belum mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjadi usahawan kerana menyedari cabaran dan halangan yang sedia menanti bila menceburi kerjaya usahawan tani. Nilai min juga adalah di bawah 3.5 bagi item saya pasti bahawa kerjaya sebagai usahawan adalah kerjaya yang tepat bagi saya, saya mempunyai cukup pengetahuan untuk menjalankan perniagaan saya sendiri dan saya mempunyai kemahiran yang cukup untuk menjalankan perniagaan saya sendiri. Keadaan ini juga jelas menggambarkan kenapa efikasi keusahawanan pelajar masih belum mencapai tahap yang tinggi.

Dapatan yang selari dengan dapatan kajian ini ialah dapatan kajian oleh Hisyamuddin (2007), di mana dapatan kajian beliau menunjukkan efikasi keusahawanan pelajar diploma keusahawanan pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian oleh Vesala et al. (2007) yang mendapati efikasi keusahawanan bagi usahawan tani yang terdiri daripada peladang moden dan konvensional adalah pada tahap sederhana tinggi.

Commented [A1]: 3=sederhana

(8)

108

Dapatan kajian-kajian lain yang selari dengan dapatan kajian ini dalah seperti kajian oleh Zaidatol Akmaliah dan Afsaneh Bageri (2010) yang mendapati efikasi keusahawanan pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional pada tahap sederhana tinggi serta kajian Karimi et al. (2011) mendapati efikasi keusahawanan pelajar dalam bidang perniagaan, pertanian dan kejuruteraan di tujuh buah universiti di Iran adalah pada tahap sederhana.

KESIMPULAN

Kajian ini cuba mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan kalangan pelajar rekabentuk dan teknologi. Di dapati efikasi keusahawanan pelajar rekabentuk dan teknologi adalah pada tahap sederhana.

Oleh itu untuk mencapai hasrat agar pelajar-pelajar ini terutamanya pelajar rekabentuk dan teknologi mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan, pihak yang membuat polisi dan pihak berwajib seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru dan para pendidik perlulah menggembeling tenaga dan usahasama dengan memberi tumpuan untuk meningkatkan efikasi keusahawanan dan persepsi pelajar rekabentuk dan teknologi ini terhadap kerjaya keusahawanan dan seterusnya berkeyakinan untuk memilih kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya tetap mereka pada suatu masa nanti. Sehubungan itu juga, minat keusahawanan yang telah sedia ada dalam diri pelajar perlu dipupuk dengan baik disamping menyediakan landasan yang kukuh dalam bentuk persekitaran dan aktiviti seperti kuliah berasaskan ilmu keusahawanan, pembelajaran melalui pengalaman, penglibatan pelajar dalam persatuan keusahawan, simulasi dan main peranan serta pelbagai aktiviti keusahawanan yang boleh menyokong meningkatkan efikasi keusahawanan pelajar dan seterusya diharap dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk

menceburi kerjaya keusahawanan.

RUJUKAN

Ab. Mumin Bin Ab. Ghani (2005). Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam: Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005.Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 6 September.

Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral Change, Psychological Review, 84, 191-215.

Betz, N.E., & Luzzo, D.A. (1996). Career assessment and the Career Decision-Making Self Efficacy Scale. Journal of Career Assessment, 4, 413-428.

Boyd, N.G & G.S. Vozikis. (1994). The influence of self-efficacy on the development of entrepreneurial intentions and actions. Entrepreneurship Theory and Practice. 18(4) 63-67.

Fatimah Mohd Arshad. (2005). Strategi Lahirkan Usahawan Tani Berdaya Maju Utusan Malaysia Online – Rencana

(9)

109

Laura Nota, Lea Ferrari, V. Scott H. Solberg and Salvatore Soresi (2007). Career Search Self-Efficacy, Family Support, and Career Indecision With Italian Youth. Journal of Career Assessment ,15, 181.

Linan, F., Urbano, D., & Guerrero, M. (2011): Regional variations in entrepreneurial cognitions: Start-up Intentions of University Students in Spain, Entrepreneurship Regional Development: An International Journal, 23(3-4), 187-215.

Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Norhasni Binti Zainal Abidin (2007). Belia Usahawan Tani Siswazah: Isu dan Cabaran.

Projek Penyelidikan. Universiti Putra Malaysia.

Siti Hawa Binti Mohamed Idris. (2009).Kecenderungan Keusahawanan di Kalanga Pelajar Bidang Kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia.Tesis Sarjana.Universiti Utara Malaysia.

Seyyed Mohammad Kazim Hatemi, Sayed Mahmood Hosseini and Ahmad Rezvanter (2012). Explaining Entrepreneurial Intention among Agricultural Students: Effects of Entrepreneurial Self-efficacy and College Entrepreneurial Orientation. Research Journal of Business Management 6(3): 94-102.

Shahariah Binti Mohd Salleh (2005). Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Keusahawanan di Kalangan Usahawan Siswazah.

Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thomas, A.S. & Muller, SL. (2000). A case for comparative entrepreneurship: assessing the relevance of culture. Journal of International Business Studies, 31(2), 287-305 Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Hishamuddin Hassan (2010). Memperkasa Tekad

Keusahawanan Pelajar. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pendidikan keusahawanan yang kliusus dalam sesuatu bidang itu akan membantu melahirkan seorang usahawan terutamanya pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana ini bukan sahaja

Pemboleh ubah yang dikaji hanya skop kreativiti pelajar, skop persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru, dan skop strategi keusahawanan dalam mengenal pasti peluang

Menurut Rohaizat (2001), terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan kurangnya penglibatan usahawan dalam bidang keusahawanan ini, iaitu kekurangan modal, kos

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi keterlibatan pelajar- pelajar kejuruteraan elektrik semester akhir KUiTTHO dalam bidang keusahawanan.. Di samping itu,

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan: (1) Sebab-sebab pelajar memilih kerjaya keusahawanan sebagai aspirasi kerjaya masa depan mereka; (2) Faktor- faktor yang

Bagi menjadikan bidang keusahawan adalah kerjaya pilihan pelajar, semua pihak perlu bersama-sama dalam menyumbang pelbagai kajian berkaitan keusahawanan pelajar seperti dana

Kajian juga menunjukkan empat strategik utama yang perlu dilaksanakan oleh politeknik untuk menyerap budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar ialah membantu

Menguji Hubungan Sikap dan Tingkah Laku Terhadap Dalam Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Bagi Pelajar Di Universiti Kebangsaan Malaysia Jadual 6 memperincikan analisis regresi mempunyai