EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK
TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka)
2017
LAMPIRAN A
EKSPLORASI
TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK
TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2017
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the Thursday of June 2015.
Student’s Declaration:
I TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN (44500) from FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATAKAN TEKSTUR is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
____________________ ________________________
TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN (44500) Date Submitted Supervisor’s Declaration:
I EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI hereby certifies that the work entitled EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (DESIGN TECHNOLOGY), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: _____________________ Date: _______________
(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI)
LAMPIRAN A
ii
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√) :
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
Student signature ___________________ Supervisor signature: __________________
(Date: ) (Date: )
Current Address:
NO 47, LORONG HILIR EMPAT, TAMAN GEMBIRA. 41100 KLANG. SELANGOR.
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
iii PENGAKUAN
Projek bertajuk EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR telah disediakan oleh TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI) Tarikh:
________________________
iv
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, TUAN NURIL WAHIDA BINTI TUAN AZMAN disertai penulisan yang bertajuk EKSPLORASI TEKNIK CETAKAN DAN BATIK UNTUK MENDAPATKAN TEKSTUR PADA FABRIK sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program Teknologi Seni Reka diterima.
Disahkan oleh:
__________________________
(EN. ASRUL ASSHADI B MOHAMAD MORNI) Penyelia
v
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak memberi nasihat serta dorongan kepada diri ini untuk menyelesaikan projek tahun akhir.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih terutamanya kepada penyelia saya iaitu En. Asrul Asshadi b. Mohamad Morni. Tanpa dorongan dan bimbingan yang diberikan oleh beliau, saya tidak akan berjaya menyelesaikan karya ini. Tidak terlupa juga kepada pensyarah yang lain iaitu Prof Madya Dr. June Ngo Siok Kheng dan Cik Norhayati Suleiman atas teguran dan maklumbalas yang diberi ketika menjalani projek ini.
Akhir sekali saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bantuan yang tidak tehingga. Sekian terima kasih.
vi
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Borang Pengesahan i
Pengakuan iii
Pengesahan iv
Penghargaan v
Abstrak x
Abstract xi
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan 1 1.1.1 Batik 1 1.1.2 Motif Batik Tradisional 2
1.1.3 Teknik Seni Kraf Batik 2
1.1.4 Batik Terap 2
1.1.5 Batik Skrin 3
1.1.6 Batik Lukis 3
1.1.7 Cetakan Manual 3
1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Persoalan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 5
vii
1.7 Limitasi Kajian 6
1.8 Hipotesis 6
1.9 Kesimpulan 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7
2.2 Data Kajian 7
2.2.1 Bahan Berjilid 7 2.2.2 Article 8
2.3 Kesimpulan 9
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 10
3.2 Data Primer 11
3.2.1 Pemerhatian 11
3.2.2 Temubual 11
3.2.3 Borang Kaji Selidik 11
3.2.4 Eksperimentasi 13
3.3 Data Sekunder 13
3.3.1 Bahan Berjilid 13
3.3.2 Laman Sesawang 14
3.4 Kesimpulan 14
viii BAB 4 HASIL DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 15
4.2 Pemerhatian 15
4.2.1 Pemerhatian 1- Lokasi 15
4.2.2 Pemerhatian 2- Laman sesawang 16
4.3 Analisa Data Borang Kaji Selidik 17
4.3.1 Bahagian A (Demografi) 17
4.3.2 Bahagian B (Umum) 19
4.3.3 Bahagian C (Rekaan teknik-teknik batik dan 22 rekaan fesyen pakaian)
4.4 Eksperimen 27
4.5 Sampel Eksperimen 29
4.6 Kesimpulan 31
BAB 5 PRODUK AKHIR
5.1 Pengenalan 32
5.2 Proses Rekaan 33
5.3 Perkembangan Idea 34
5.3.1 Papan Konsep 34
5.4 Produk Akhir 35
5.4.1 Rekaan Produk 1 35
5.4.2 Rekaan Produk 2 36
5.5 Kesimpulan 37
ix BAB 6 VALIDASI
6.1 Pengenalan 38
6.2 Proses Validasi 38
6.2.1 Rekaan Produk 1 39 6.2.2 Rekaan Produk 2 41
6.3 Kekuatan Produk 43
6.4 Kelemahan Produk 43
6.5 Kesimpulan 44
BAB 7 KESIMPULAN
7.1 Kesimpulan 45
RUJUKAN 47
LAMPIRAN Lampiran A Borang Kaji Selidik Lampiran B Borang Validasi Lampiran C
Pengiraan Kos Produk
x ABSTRAK
Kajian ini merangkumi beberapa kombinasi teknik cetakan batik pada fabrik.
Memfokuskan kepada aplikasi teknik untuk mendapatkan tekstur pada fabrik dengan gabungan batik. Satu koleksi fesyen yang digabungakan dengan teknik telah dihasilkan pada akhir kajian ini.
xi ABSTRACT
The study includes some combination of batik on fabric printing technique. Focuses on engineering applications to get the texture of the fabric with a combination of batik. A collection of fashion combination technique was developed at the end of the study.
1 BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Batik
Menurut Juhari Azmi et al. (2009), Batik merupakan seni kraf tekstil yang dihasilkan melalui pengunaan lilin sebagai bahan pemisah atau penghalang kepada pelbagai warna yang disapu atau dicelup ke atas permukaan fabrik ketika proses membatik dilakukan. Proses membatik merupakan penggunaan dan aplikasi bahan, kepelbagaian peralatan, adaptasi reka corak, inovasi teknik dan ekspresi kreativiti pereka atau pengkarya untuk memberikan nilai tambah bagi menunjukkan keindahan reka corak batik. 1
Keindahan batik dinilai melalui kehalusan canting semasa proses melilin dan juga gabungan warna yang menepati kehendak pasaran. Aplikasi unsur-unsur seni iaitu garisan, warna, tekstura yang membentuk kesatuan, keseimbangan, keharmonian, tona dan irama merupakan kunci untuk menghasilkan satu karya batik yang memiliki nilai estetika yang tinggi.
1 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"
2 1.1.2 Motif Batik Tradisional
Reka corak tradisional selalunya bersumberkan tumbuh-tumbuhan dari alam semulajadi dan kosmos seperti ombak air, awan, matahari, bulan dan sebagainya. Pereka batik akan mengolah motif-motif bersumberkan alam semulajadi ini menjadi reka corak dengan hiasan yang ringkas mengikut kreativiti masing-masing. Reka corak yang diolah bersumberkan tumbuh-tumbuhan pada kebiasaanya adalah bunga teratai, bunga raya, pucuk rebung, daun sireh, akar-akar menjalar dan pelbagai jenis lagi. Manakala sumber haiwan yang biasa diguna adalah unggas, rama-rama dan burung. Reka corak lain seperti awan larat, wayang kulit, wau, permandangan kampung juga menjadi inspirasi untuk penghasilan reka corak yang menarik. Reka corak ini menggambarkan nilai-nilai yang terdapat pada kebudayaan masyarakat Melayu tempatan.2
1.1.3 Teknik Seni Kraf Batik
1.1.4 Batik Terap (Batik Blok)
Peralatan utama yang digunakan dalam penghasilan batik terap adalah blok. Pada awalnya blok-blok ini dihasilkan daripada ukiran kayu. Kemudian, penggunaan blok yang diperbuat daripada kepingan besi, tembaga dan zink diperkenalkan. Batik terap ini dihasilkan dengan terapan daripada campuran lilin yang kemudiaannya dicelupkan kedalam pelbagai lapisan warna melalui proses dan teknik-teknik tertentu.
2 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"
3 1.1.5 Batik Skrin
Batik skrin bermaksud penggunaan sutera saring (silk screen) yang bertujuan memindahkan corak ke atas kain yang bermotif dan bercirikan batik.
1.1.6 Batik Lukis
Canting merupakan peralatan utama dalam menghasilkan batik lukis.
Penggunaan canting dalam proses membatik membolehkan penghasilan rekaan batik yang lebih menarik. Canting digunakan untuk mengisi dan melakar lilin mengikut reka corak pada permukaan kain.
1.1.7 Cetakan Manual
Cetakan manual, atau perkataan manual mungkin ada sesetengah berpendapat adalah cara-cara yang sudah ketinggalan dan tidak moden.
Sehubungan dengan itu, perkembangan zaman teknologi yang semakin canggih dan dengan adanya pelbagai kemudahan dalam melakukan pekerjaan telah banyak diperkenalkan pada tekstil. Cetakan manual adalah mencetak gambar, tulisan pemberian warna atau sejenisnya. Cetakan manual adalah cara yang paling sederhana namun apabila dalam pembuatannya telah melalui tahap-tahap yang benar dan penuh ketelitian akan menghasilkan sesuatu yang bagus.
Disebabkan oleh itu, terdapat sedikit perbezaan antara cetakan manual pada prinsip pencetakan atau tahap-tahapnya yang sama. Ianya, dapat membezakan hanya pada kualiti produk.
4 1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, masalah-masalah yang dikenal pasti ialah:
1. Kurang eksplorasi rekaan batik yang menggunakan kombinasi dengan teknik cetakan.
2. Rekaan fesyen yang menggunakan kombinasi dua teknik iaitu teknik batik dan teknik cetakan kurang aplikasi di kalangan masyarakat tempatan.
1.3 Persoalan Kajian
Melalui pernyataan masalah yang dikenal pasti telah mewujudkan persoalan kajian iaitu:
1. Adakah pengeluaran rekabentuk batik yang menggunakan kombinasi dengan teknik cetakan dapat menggalakkan golongan generasi muda meminati kesenian batik?
2. Adakah kombinasi dua teknik bersesuaian dalam rekabentuk batik dan cetakan.
1.4 Objektif Kajian
Dalam penyelidikan ini terdapat beberapa objektif iaitu:
1. Mengenal pasti kombinasi teknik cetakan dan teknik batik bersesuaian dalam penghasilan rekaan tekstil.
2. Untuk menghasilkan rekaan fesyen yang bercirikan dua gabungan iaitu teknik cetakan dan teknik batik.
5
3. Membuat validasi terhadap dua gabungan teknik dalam rekaan tekstil yang dihasilkan.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan rekaan batik yang menggunakan kombinasi dua teknik iaitu teknik cetakan dan batik bagi mendapatkan rekaan tekstil yang tersendiri dan berwajah baru. Kajian ini juga dijalankan untuk memberi kelainan dalam penghasilan produk tekstil yang kreatif serta berinovasi.
Selain itu penghasilan produk batik menggunakan dua gabungan teknik dapat menggalakkan golongan muda dalam meminati kesenian batik.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian yang dibuat oleh pengkaji adalah mengenai dua gabungan teknik batik dan teknik cetakan yang sesuai diaplikasikan untuk menghasilkan rekaan tekstil. Kajian ini juga meliputi kawasan butik, kedai pakaian, bengkel batik di sekitar Kelantan dan Kota Samarahan serta kawasan yang berhampiran.
1.7 Limitasi Kajian
Limitasi kajian memfokuskan kepada ekplorasi gabungan teknik dalam penghasilan rekaan tekstil dengan eksperimen teknik-teknik yang sesuai. Pengkaji juga membuat eksplorasi dalam rekaan fesyen pakaian yang berkonsepkan pakaian kasual wanita.
6 1.8 Hipotesis
Rekaan tekstil menggunakan teknik cetakan dan batik untuk penghasilan rekaan fesyen berpotensi mendapat pasaran.
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, rekaan yang bakal dilakukan akan menghasilkan rekaan tekstil yang tersendiri dan berwajah baru. Teknik-teknik batik dan cetakan yang diaplikasikan untuk menghasilkan reka akan menghasilkan rekaan yang kreatif dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri.
7 BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur adalah kajian lepas yang pernah dijalankan dan berkaitan dengan kajian yang dijalankan sekarang. Dalam penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini yang berkaitan dengan teknik batik dan teknik cetakan.
Rekaan menggunakan dua gabungan teknik untuk mendapatkan tekstur pada fabrik, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini yang hampir sama dengan penyelidikan ini
2.2 Data Kajian
2.2.1 Bahan Berjilid
Menurut buku yang ditulis oleh Juhari Azmi et al. (2009) yang bertajuk
“Seni Kraf Batik- Motif dan Teknik” menunjukkan kepelbagaian motif dan teknik-teknik batik yang digunakan dalam penghasilan kraf batik. Dalam reka corak tradisional, kebiasaannya reka corak diolah bersumberkan alam semula jadi iaitu tumbuh-tumbuhan seperti bunga raya, bunga teratai, pucuk rebung. Motif yang berasaskan fauna seperti rama-rama, burung- burung dan turut diolah dan digayakan. Selain itu, kejadian semula jadi seperti awan larat, sinar matahari, ombak laut turut dijadikan sumber dalam pengolahan motif batik. Tidak ketinggalan, gambaran budaya masyarakat seperti kampung, wau dan watak
8
wayang kulit juga menjadi inspirasi untuk penghasilan rekaan batik yang menarik.3
Dalam buku yang sama, juga menerangkan teknik-teknik dalam seni kraf batik iaitu Batik Terap (Blok), Batik Skrin dan Batik Lukis. Dalam penghasilan Batik Lukis, teknik-teknik yang sering digunakan dan baru dalam proses membatik juga diperkenalkan iaitu, teknik tindanan, air brush, retakan, ikat dan celup, silika, discharge, manutex, alfa, garam dan brush stroke.4 Teknik-teknik ini mempunyai keunikan tersendiri dan diguna mengikut kesesuaian reka corak semasa penghasilan batik.
2.2.2 Article
5Menurut kajian yang ditulis oleh Dhalvin Singh dalam article dalam blogspot seni stpm terdapat dua jenis cetakan iaitu cetakan timbulan dan cetakan benam. Cetakan timbulan ialah proses mengukur ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Manakala cetakan benam memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
3 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"
4 ( Juhairi Azmi et al., 2009) bertajuk “Seni Kraf Batik: Motif & Teknik"
5 (http://dhalvinsingh.blogspot.my/2014/07/seni-cetakan-stpm-pra-u.html)
9 2.3 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sorotan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam bab ini ialah lebih kepada teknik batik dan cetakan dan reka corak motif batik yang digunakan semasa proses penyelidikan ini dilakukan. Terdapat pelbagai teknik dalam seni kraf batik dan cetakan antaranya ialah batik terap, batik skrin dan batik lukis. Manakala bagi cetakan pula cetakan timbulan dan cetakan benam.
Namun dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menfokuskan kepada batik lukis.
Antara teknik batik lukis yang digunakan dalam proses ialah teknik canting, dan cetakan untuk mendapatkan tekstur . Pengkaji menggabungkan teknik batik dan dan cetakan untuk menghasilkan rekaan tekstil yang berwajah baru.
10 BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan dan membincangkan mengenai metodologi dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian ini adalah mengenai eksplorasi motif figuratif dalam penghasilan rekaan batik. Kaedah metodologi ini terbahagi kepada dua, iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.
Kaedah temubual dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden terhadap kajian yang dijalankan. Temubual dibuat untuk mendapatkan maklumat secara lisan yang diajukan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan pandangan mereka mengenai kombinasi teknik cetakan dan batik dalam penghasilan rekaan fesyen pakaian. Borang soal selidik turut diedarkan kepada orang ramai dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian penyelidikan untuk memperolehi maklumat secara terperinci daripada responden.
Kaedah sekunder iaitu maklumat yang diperolehi daripada media massa iaitu melalui pembacaan buku-buku rujukan, majalah, tesis, jurnal dan internet.
11 3.2 Data Primer
3.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian dibuat dengan melihat rekaan corak batik yang sedia ada dalam pasaran dan butik pakaian. Selain itu, pemerhatian juga dibuat dengan melihat rekaan pakaian yang bermotifkan tekstur dan ilustrasi fesyen yang ada pada rekaan fesyen pakaian melalui pertunjukkan fesyen dan pereka, untuk melihat bentuk rekaan, silhouette pakaian, jahitan dan sebagainya.
3.2.2 Temubual
Temubual dijalankan terhadap pereka batik dan pereka fesyen untuk mendapatkan pandangan dan maklumat tentang kombinasi dua teknik dalam rekaan fesyen. Temubual juga diajukan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan teknik batik dan cetakan yang sesuai digunakan dan jenis fabrik yang sesuai untuk menghasilkan tekstur pada rekaan tekstil . Soalan lain yang berkaitan adalah jenis material, warna, silhouette pakaian dan teknik jahitan yang sesuai untuk rekaan fesyen pakaian.
3.2.3 Borang Kaji Selidik
Borang kaji selidik yang dijalankan adalah sasaran pasaran 18 tahun dan ke atas semua golongan yang merangkumi soalan yang berkaitan dengan teknik batik dan cetakan, rekaan batik dan rekaan fesyen pakaian, dalam borang kaji selidik ini pengkaji telah membahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A (Demografik) yang berkaitan dengan latar belakang responden, manakala bahagian B (Umum) iaitu pengetahuan tentang rekaan batik dan cetakan. Bagi