Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
KAJIAN TERHADAP MOTIF PELAJAR PEREMPUAN DALAM
PENGGUNAAN FACEBOOK DAN KETAGIHAN FACEBOOK
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
ll_
Grade: _ _0___
Please tick one
Final Year Project Report ~
Masters
D
PhD
D
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 11 day of January year 2016.
Student's Declaration:
I, SHARIFAH NAZATUL FAZIERA BINTI SYED PUTRA , 40244, FACULTY OF COGNITIVE SCIENCES AND HUMAN DEVELOPMENT, hereby declare that the work entitled, KAJlAN TERHADAP MOTIF PELAJAR PEREMPUAN DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK DAN KETAGIHAN FACEBOOK is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources with the exception where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part of the work been written for me by another person.
11 JANUARY 2016
Sharifah Nazatul Faziera Binti Syed Putra (40244)
Supervisor's Declaration:
I, PUAN KARTINI BT ABDUL GHANI, hereby certify ~hat the work entitled, KAJlAN TERHADAP MOTIF PELAJAR PEREMPUAN DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK DAN KETAGIHAN FACEBOOK was prepared by the aforementioned or above mentioned student, and was submitted to the "FACULTY" as a *partiallfull fulfillment for the conferment of BACHELOR OF SCIENCE WITH
I declare this ProjectlThesis is classified as (please tick (..J»:
o
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*o
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*~ OPEN ACCESS
I declare this ProjectlThesis is to be submitted to the Centre for Academic Information Services (CAIS) and uploaded into UNIMAS Institutional Repository (UNIMAS lR) (please tick (..J»:
~ YES
o
NOValidation of ProjectJThesis
I hereby duly affirmed with free consent and willingness declared that this said ProjectlThesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:
• This ProjectlThesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Projectll'hesis for academic and research purposes only and not for other purposes.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitize the content to be uploaded into Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Projectll'hesis if required for use by other parties for academic purposes or by other Higher Learning Institutes.
• No dispute or any claim shall arise from the student himself / herself neither a third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
• This Projectll'hesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student himselflherself without first obtaining approval from UNIMAS.
Student', ,,;g..ture:
~.
Supern,,,,', ,;gnatuxe:~
Pusat Khidmat MakJnmat Akademik UNIVEusm MALAYSIA SARAWAK
KAJIAN TERHADAP MOTIF PELAJAR PEREMPUAN DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK DAN KETAGIHAN FACEBOOK
SHARIFAH NAZATUL FAZIERA BINT! SYED PUTRA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sa ins dengan kepujian
(Sains Kognitif)
Fakulti Sa ins Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
(2015)
Projek bertajuk 'Kajian Terhadap Motif Pelajar Perempuan Dalam Penggunaan Facebook dan Ketagihan Facebook' telah disediakan oleh Sharifah Nazatul Faziera Binti Syed Putra dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif)
Diterima untuk diperiksa oleh:
/'/2 L
---~---~
(PUAN KARTINI BINTI ABDUL GHANI)
Tarikh:
II JANUARI 2016
Gred
!1-
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kumia-Nya dan rahmat-Nya saya dapat menyempumakan projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya, Puan Kartini Abd Ghani atas segala bimbingan, idea, tunjuk ajar, cadangan dan dorangan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Tidak lupa kepada ummi dan ayah yang tidak pemah putus memberi kata-kata sernangat sepanjang saya menjalankan kajian ini dan sepanjang saya melalui pembelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Tanpa mereka, saya tidak akan sampai pada tahap ini. Dengan rasa bangga juga untuk saya berterima kasih kepada adik beradik saya yang sentiasa memberi semangat untuk saya dan saya berharap dapat menjadi contoh yang terbaik buat mereka.
Jutaan terima kasih juga buat sahabat saya, Amalina U'lya Abdul Jalil yang tanpa jemu memberi sumbangan idea, semangat, motivasi dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sering bertukar idea dan membantu saya dalam menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan terima kasih saya tujukan buat pelajar-pelajar perempuan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia yang telah memberi kerjasama dengan bailc
Terima kasih~
Pusat Khidmat MakJumat Akademik UNTVERSm MALAYSIA SARAWA¥
JADUAL KANDUNGAN
PENGHARGAAN ... , ... ...iii
JADUAL K.ANDUNGAN ...iv
SENARAI JADUAL ... ...v
SENARAI R.A1AH... ...vi
SENARAI LAMPIRAN ...vii
ABSTRAK...viii
ABSTRACT... ...ix
BAB SATU: PENGENALAN ... 1
BAB DUA: SOROTAN LITERATUR... 12
BAB TIGA: METODOLOGI.. ... ... ... ... 24
BAB EMPAT: DAPAT AN KAJIAN...29
BAB LIMA: RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN....37
RUJUKAN ... ... ...43
LAMPIRAN... 50
I
SENARAI JADUAL
JADUAL 1: Taburan responden mengikut demografi ... 29 JADUAL 2: Keputusan analisis motifpenggunaan Facebook ... .30 JADUAL 3: Tahap ketagihan Facebook ... .31 JADUAL 4: Korelasi bivariat diantara motifpenggunaan Facebook
dan ketagihan Facebook ... 33 JADUAL 5: Hasil analisis regrasi motifpenggunaan Facebook
dan ketagihan Facebook ... 35
SENARAI RAJAH
,
RAJAH 1: Kerangka Konseptuai ...6
I
I
SENARAI LAMPlRAN LAMPIRAN A: Surat Maklumat lumlah Pelajar
LAMPI RAN B: Surat Persetujuan
LAMPIRAN C: Borang Soalan Kaji Selidik
,...
ABSTRAK
Facebook merupakan laman sosial yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun seantero dunia. Facebook kini menjadi keperluan harian terutamanya bagi pelajar universiti kerana ia adalah medium yang mudah untuk menyampaikan maklumat dan bersosial ketika berada di atas talian. Walaubagaimanapun, kekerapan menggunakan Facebook boleh membawa kepada ketagihan Facebook. Fenomena ketagihan Facebook di Malaysia meningkat dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar perempuan. Justeru, objektifkajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara motifpenggunaan Facebook dan ketagihan Facebook.
Seramai 300 pelajar perempuan daripada Universiti di Sarawak telah mengambil bahagian untuk menjadi responden kajian ini. Hasil kajian menunjukkan empat daripada lima motif iaitu motif meluangkan mas a, persahabatan, hiburan dan komunikasi mempunyai hubungan yang signifIkan dengan ketagihan Facebook. Manakala, hasil analisis regrasi menunjukkan motif dominan yang membawa kepada ketagihan Facebook ialah motif hiburan dan meluangkan masa.
Kata kunci: Facebook, motif, ketagihan; pe/ajar perempuan
I
ABSTRACT
Facebook is the most popular social networking site among Malaysian as well as throughout the world.
Facebook has now become a daily basic need especially among university students as it is a convenient medium to deliver information and socialize when online. Nevertheless, frequent use of Facebook may lead to Facebook addiction. The phenomenon of Facebook addiction in Malaysia is rising among university students, particularly female students. Hence, the objective of this study was to investigate the relationship between the motives of Facebook usage and Facebook addiction. A total of300 female students from University in Sarawak participated as the respondents in this study. Findings showed that there were significant relationships between four out of five motives; to pass time, companionship, entertainment and communication with Facebook addiction. Meanwhile, regression analysis showed that the dominant motives that lead to Facebook addiction were entertainment and to pass time.
Keywords: Faeebook, motives, addietion;female students
BABSATU PENGENALAN Latar belakang kajian
Laman sosial kini menjadi fenomena global dan menarik minat penduduk yang luas daripada seluruh dunia mengikut perbezaan umur, budaya, jantina dan tarafpendidikan (Mazman
& Uslue~ 2011). Pada era globalisasi kini pelbagai laman jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Linkedln yang menjadi alat komunikasi bagi tujuan memuat turun gambar, menghantar mesej dan mencari kenalan atau mengekalkan kenalan digunakan untuk memudahkan komunikasi antara satu sarna lain (Joinson, 2008). Laman sosial ini juga berfungsi dalam pembangunan perniagaan, hubungan romantis dan mengenali rakan yang mempunyai minat yang sarna seperti muzik, politik dan sebagainya (Balci & Golcu, 2013). Penggunaan internet telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan masyarakat kini tanpa mengira lapisan umur dan generasi. Kemudahan yang semakin canggih menyebabkan seseorang itu dapat mengakses laman sosiat bukan hanya menerusi penggunaan komputer tetapi juga menerusi telefon pintar yang dilengkapi dengan kemudahan melayari internet.
Facebook merupakan laman jaringan sosial yang paling popular dan menjadi fenomena global kebelakangan ini (Frogger, 2008). Peningkatan yang ketara dalam pertambahan jumlah ahli yang berdaftar dalam laman web tersebut telah meningkatkan kepopularan laman sosial
,..
perempuan seramai 3,642,060. Facebook merupakan laman sosial yang kesembilan diantara laman web yang paling banyak dikunjungi oleh pengguna (Coley, 2006).
Menurut Coley (2006), pelajar gemar berada dalam talian Facebook untuk tujuan keseronokan, menganjurkan acara seperti menjemput rakan hadir ke majlis hari lahir dan perkahwinan serta untuk mencari kenalan bam. Pelajar juga suka mengambil peluang untuk mencari seseorang yang mempunyai minat yang sarna, rakan sekelas dan untuk merasakan perkaitan dengan masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menggunakan lamanjaringan sosial sekurang-kurangnya sekali sehari sarna ada untuk memeriksa profit atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berbeza dalam talian (Joinson, 2008).
Facebook adalah medium yang sangat popular dan pilihan untuk berhubung dalam kalangan pelajar (Sofiah, Omar, Bolong, & Osman, 2011). Penggunaan Facebook meningkat secara mendadak terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan yang berusia antara 18-24 tal1Un (Shahnaz, 2011). Pelajar perempuan dan laman sosial adalah sangat sinonim dalam penggunaannya kerana pelajar perempuan lebih gemar bersosial atas talian dan lebih kerap menggunakan Facebook sebagai alat untuk mengekalkan silaturrahim dengan pengguna
Facebook yang lain (Sofiah, Omar, Bolong, & Osman, 2011). Kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan jantina diantara lelaki dan perempuan dalam penggunaan Facebook dimana pengguna perempuan lebih kerap menukar gam bar profiJ laman sosial mereka
berbanding pengguna lelaki. Pengguna perempuan jug~ menggunakan Facebook untuk mengekalkan kenalan yang sedia ada manakala pengguna lelaki lebih cenderung untuk
,...
,Laurie dan Paula (2007) telah menjalankan kajian mengenai The Impact ofa Digital on Academic Libraries yang dalam hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar perempuan biasanya menggunakan Facebook untuk tujuan sosial, komunikasi dan bersosial bersama rakan-rakan dan keiuarga menerusi ciri-ciri interaktifyang ditawarkan oleh laman sosial ini. Selain itu, terdapat
juga kajian lain yang dijalankan ke atas persepsi ibu bapa tentang motifpenggunaan Facebook oleh Mustafa dan Megat Ibrahim (2014). Kajian ini mendapati bahawa motifpenggunaan Facebook seperti mengimbau kembali kenangan yang pernah dila'lui semasa di sekolah ataupun sewaktu remaja dan berdakwah dengan cara menyampaikan nasihat berunsurkan agama menjadi tujuan penggunaan Facebook pada masa kini. Mustaffa dan Megat Ibrahim (2014) juga
menyatakan bahawa terdapat motif lain daripada hasil dapatan kajian mereka seperti tidak mahu ketinggalan dalam teknologi semasa, untuk mendapatkan sokongan sosial daripada rakan-rakan bagi menaikkan semangat jika mempunyai masalah, tekanan daripada keluarga, ajakan rakan yang sudah mempunyai akaun Facebook, mengenali personaliti orang lain sarna ada dalam kalangan rakan-rakan media sosial mahupun saudara mara, komunikasi, tujuan akademik dengan menyampaikan maklumat pembelajaran di sekolah mahupun universiti, perkongsian aktiviti dan hiburan.
Penyataan masalah
Facebook merupakan salah satu laman sosial yang digemari oleh setiap individu di
,...
menggunakan Facebook dan motifmereka menggunakan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan yang sedia ada, meluangkan masa dan hiburan berbanding lelaki yang menggunakan Facebook hanya untuk mencari kenalan baru (Sheldon, 2008). Berdasarkan kajian lepas yang menunjukkan bahawa kebanyakan kajian dijalankan ke atas perbezaan jantina dalam penggunaan Facebook berbanding fokus kepada spesifik j ant ina. Kajian yang telah dijalankan oleh Sofiah, Omar, Bolong, dan Osman (2011) ke atas motifpelajar perempuan dalam penggunaan Facebook mendapati motifmerupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar universiti. Justeru itu, kajian ini akan dijalankan ke atas pengguna perempuan untuk melihat sejauhmana motifpenggunaan Facebook mempengaruhi ketagihan Facebook dalam kalangan mereka.
Kekerapan menggunakan Facebook akan menyebabkan ketagihan kepada pengguna yang sering melayari laman sosial tersebut. Mereka yang menga}ami ketagihan Facebook akan
memperuntukkan masa lebih daripada satu jam dalam sehari hanya untuk memeriksa maklumat
yang dikemaskini oleh rakan-rakannya (A lim, Zhi, Bahari, Seok, Mutang & Madlan, 2014).
Teori kegunaan dan kepuasan akan digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan tentang pengguna yang aktifdalam mencari dan menggunakan media (Sheldon, 2008; Dhaha, 2013;
Mahmud & Omar, 2013). Teori tingkah laku kognitif: patologi penggunaan internet pula bagi melihat tingkah laku sesorang apabila mereka mengalami ketagihan internet (Davis, 2001).
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan uptuk mengenalpasti lima motif yang membawa kepada ketagihan laman sosial dalam kalangan pelajar perempuan seperti
mengekalkan hubungan sedia ada, meluangkan masa, hiburan, persahabatan dan komunikasi.
Basil daripada kajian ini akan menunjukkan motif yang paling utama dalam ketagihan Facebook.
~usat Kl,idmat MakJuDlat Akademik VNlVERSm MALAYSIA SARAWAK
Objektif umum
Untuk mengenalpasti hubungan antara motifpelajar menggunakan Facebook dan ketagihan Facebook.
Objektif spesifik
1. Untuk mengkaji hubungan antara motifmengekalkan hubungan sedia ada dan ketagihan Facebook.
2. Untuk mengkaji hubungan antara motifmeluangkan masa dan ketagihan Facebook.
3. Untuk mengkaji hubungan antara motifhiburan dan ketagihan Facebook.
4. Untuk mengkaji hubungan antara motifpersahabatan dan ketagihan Facebook.
5. Untuk mengkaji hubungan antara motifkomunikasi dan ketagihan Facebook.
Hipotbesis
HoI : Tidak terdapat hubungan yang signiftkan di antara motif mengekalkan hubungan sedia ada dan ketagihan Facebook.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signiftkan di antara motif meluangkan masa dan ketagihan Facebook.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signiftkan di antara motifhiburan dan ketagihan
r
IKerangka konseptual
Kerangka konseptual dalam kajian ini mengandungi dua komponen seperti dalam gambar rajah 1 dibawah. Komponen yang pertama ialah pembolehubah tidak bersandar di mana
pembolehubah ini membincangkan tentang lima motifpenggunaan Facebook. Ia terrnasuklah
mengekalkan hubungan sedia ada, meluangkan masa, hiburan, persahabatan dan komunikasi.
Komponen yang kedua ialah pembolehubah bersandar iaitu ketagihan Facebook. Pembolehubah bersandar dilakukan untuk mengenalpasti hubungan diantara motifpenggunaan Facebook dan ketagihan Facebook.
Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar
Motif penggunaan Facebook:
l. Mengekalkan hubungan sedia ada
:>
Ketagihan Facebook2. Meluangkan masa 3. Hiburan
4. Persahabatan 5. Komunikasi
Gambar rajah 1 Kerangka konseptual
Kepentingan kajian
Menerusi kajian ini, motifpenggunaan Facebook oleh pengguna pelajar perempuan yang membawa kepada ketagihan dalam penggunaannya dapat dikenalpasti. Ia juga dapat
meningkatkan kesedaran pelajar tentang kesan kekerapan penggunaan Facebook tanpa tujuan atau sia-sia. Hal ini dapat dilakukan menerusi borang soal selidik berkaitan motif penggunaan Faceoook dan mengukur sejauhmana hubungan diantara ketagihan Facebook mengikut motif yang telah dinyatakan.
Selain itu, kajian ini juga akan menunjukkan motif yang sangat dominan terhadap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar perempuan. Oleh itu, pengguna haruslah bijak membahagikan mas a supaya tidak terlalu leka dalam menggunakan Facebook. Kajian ini turut diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembelajaran tentang pengunaan Facebook pada mass akan datang serta memberi kebaikan kepada semua.
Definisi istilah Facebook
Definisi konseptual
Facebook adalah laman sosial yang membolehkan penggunanya berkongsi pelbagai
maklumat tentang diri mereka termasuklah gambar, maklumat perhubungan dan minat atau
Ketagihan Facebook Definisi konseptual
Ketagihan Facebook membuatkan penggunanya menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk berkomunikasi dalam talian dan melakukan aktviti interaktifyang boleh membawa kepada ketagihan (Zaremohzzabieh et aI., 2014). Kajian menunjukkan secara purata pengguna yang mengalami ketagihan mengakses Facebook adalah antara 1 jam atau lebih dalam sehari (Mahmud & Omar, 2013).
Definisi operasional
Penggunaan Facebook secara kerap sehingga menggunakan banyak masa yang boleh menjejaskan aktiviti harian seperti waktu tidur yang tidak mencukupi, lebihkan Facebook daripada keluar bersama rakan dan sebagainya. Keadaan ini boleh membawa kesan buruk kepada keluarga, rakan dan masyarakat.
Mengekalkan hubungan sedia ada Definisi konseptual
Pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam bagaimana penggunaan laman sosial yang boleh menyentuh hubungan termasuklah kesan Facebook untuk persekitaran sosial pelajar kolej (Ellison, Steinfield & Lampe, 2007), cir,i-ciri demografi pengguna (Hargittai, 2007), konsep persahabatan dalam laman sosial (Lewis & West, 2009) dan motivasi penggunaan
Definisi operasional
Mengekalkan hubungan sedia ada ini bermaksud menjaga hubungan di antara satu sarna lain seperti untuk mencari rakan lama, menghubungi rakan, berkongsi maklumat dan sebagainya. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga hubungan sedia ada contohnya menyebarkan salam, saling memaafkan dan saling mendoakan.
Meluangkan masa Definisi konseptual
Meluangkan masa adalah proses di mana masa berlalu (Macmillan Dictionary, n.d). Iajuga
boleh dikatakan sebagai rekreasi yang berfungsi untuk meluangkan masa secara menyenangkan atau aktiviti yang dilakukan menyenangkan daripada kerja seperti hobi (Oxford English Dictionary, n.d)
Definsi operasional
Meluangkan masa bermaksud mencari masa untuk membuat sesuatu perkara yang
bermanafaat ataupun sebaliknya. Ia bergantung bagaimana cara manusia meluangkan masa seperti menggunakan masa apabila bosan, untuk menambah aplikasi di laman profil dan bertanya khabar.
Definisi operasional
Hiburan ialah suatu perbuatan yang boleh menghiburkan hati dan juga dapat memberi nikmat kepada pengguna. Hiburan boleh dikongsi melalui gambar, bermain perrnainan komputer, bermain kuiz dan membuat sesuatu yang menyeronokkan.
Persababatan
Definisi konseptual
Menurut Rubin (dipetik daripada Siregar, 2010) persahabatan mempunyai pelbagai sifat dan melayani manusia dalam berbagai cara seperti memberi harapan, semangat, memahami emosi dan kesenangan.
Definisi operasional
Persahabatan berrnaksud hubungan yang sudah lama terjalin dan saling mempercayai antara satu sarna lain. Persahabatan juga boleh dikenali sebagai rakan karib iaitu orang yang paling rap at dan boleh dipercayai dan menceritakan segala hal yang berlaku. Ia boleh berkongsi minat yang sarna, ftkiran yang sarna dan mengurangkan rasa kesunyian.
Komunikasi
Deftnlst konseptual
Komunikasi adalah proses pertukaran maklum~t dan pemahaman yang sarna antara seorang ke seorang yang lain (Lunenburg, 2010).
Komunikasi boleh dinyatakan seperti menghantar mesej, berkongsi maklumat dan membina rangkaian bersama orang lain.
Kesimpulan
Bab ini jelas menunjukkan tentang latar belakang kajian, tujuan dan fokus yang penting untuk kajian ini. Berdasarkan maklumat daripada kajian-kajian lepas, motifmerupakan faktor yang penting dalam ketagihan Facebook. Tujuan kajian ini dijalankan juga untuk mendapatkan motif yang dominan dalam ketagihan Facebook. Kesemua definisi diterangkan untuk kefahaman pembaca.
BABDUA SOROTAN LITERA TUR Sejarab Facebook
Facebook bermula pada tahun 2004 dan telah diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg hanya untuk pelajar Universiti Harvard sahaja. Walaubagaimana pun, laman sosial ini tersebar meluas ke seluruh dunia sebagai satu laman sosial untuk yang boleh membuatkan pengguna mengenali antara satu sarna lain atau mencari kenalan baru (Markoff, 2007). Facebook menjadi laman sosial yang sangat popular pada hari ini terutamanya dalam kalangan remaja atau pelajar. Facebook mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian pengguna sehingga laman sosial yang lain seperti Orkut, MySpace dan Linkedln tidak lagi menjadi pilihan pengguna (Gedekar, Krishnatray &
Gaur, 2012). Sehingga September 2006, Facebook hanya terbuka kepada sesiapa yang memiliki alamat email yang berakhir dengan .edu sahaja boleh mendaftar sebagai ahli. Namun, ianya berubah apabila keahlian Facebook dibuka kepada umum dan membenarkan sesiapa sahaja dengan memiliki email yang sah untuk menjadi ahli Facebook (Foregger, 2008).
Facebook merupakan sebuah laman sosial yang membolehkan penggunanya
mengemaskini profil, mencari atau mengekalkan kenalan, berkongsi gambar, berhubung bersama keluarga atau ternan lama, membuat kumpulan untuk berkomunikasi dan membuat pemiagaan dalam talian. Menurut Pardidi (2013) dalam kajiannya tentang motifpenggunaan Facebook dalarn kalangan siswa menyatakan bahawa Facebook digunakan untuk memuaskan keinginan perigguna terhadap komunikasi yang cepat, murah serta mudah mendapat maklumat baru.