• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian

ABSTRACT

Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan peniaga khususnya pada masa kini. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kelebihan yangada sekarang ini perniagaan dimana ia juga memudahkan pembeli dalam urusan pembelian berbanding membeli secara terus di premis-premis dapat menjimatkan masa pembeli. Justeru itu, para pelajar di institut pengajian tinggi juga tidak ketinggalan dalam menggunakan kelebihan tersebut untuk menjalankan perniagaan atas talian sebagai sumber wang tambahan. Hal ini kerana perniagaan atas talian tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diceburi dan tetap boleh dilakukan walaupun pelajar tidak mempunyai premis perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menjalankan perniagaan atas talian. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dimana instrumen kajian menggunakan soal selidik dengan skala Likert 5 mata. Soal selidik telah diedarkan secara atas talian (online survey) melalui Google Forms kepada responden. Responden kajian melibatkan 114 orang pelajar program keusahawanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Kecenderungan pelajar dalam menjalankan perniagaan atas talian ini diukur berdasarkan tiga faktor iaitu sumber dorongan, kemudahan teknologi dan kecenderungan personal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi ketiga-tiga faktor tersebut berada pada tahap tinggi. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa sumber dorongan, kemudahan teknologi dan kecenderungan personal mempengaruhi pelajar untuk cenderung menjalankan perniagaan atas talian.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai pelajar senior atau dewasa di KUiTTHO pastinya wujud pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa ditempohi oleh mereka sama ada cabaran dari institusi pengajian itu sendiri,

Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan pelajar universiti awam, mengenal pasti perkaitan antara faktor menonjol

Merujuk kepada kajian ini kecenderungan merupakan minat pelajar dalam bidang keusahawanan ataupun minat untuk membuka perniagaan sendiri setelah dipengaruhi oleh faktor

pelbagai program sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Para pelajar didedahkan kepada elemen-elemen keusahawanan yang penting untuk menjayakan sesuatu

menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai pilihan kerjaya G17 Saya tertarik dengan kerjaya keusahawanan atas talian kerana status tinggi usahawan pada mata masyarakat 6 3.4% 11 6.3%

Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti platform yang menjadi pilihan pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran atas talian dan juga mengenalpasti cabaran- cabaran yang

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar menengah tass di daerah Manjung Kaj ian ini menggunakan model Wickman 1974 dan