• Tidak ada hasil yang ditemukan

FELDA Sahabat potensi jadi hab ternak lembu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "FELDA Sahabat potensi jadi hab ternak lembu"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

FELDA Sahabat potensi jadi hab ternak lembu

September 6, 2020 @ 5:06pm

Datuk Seri Mustapa Mohamed. Foto NSTP

LAHAD DATU: Kawasan FELDA Wilayah Sahabat memiliki potensi besar untuk dibangunkan dengan pelbagai aktiviti pertanian dan penternakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, FELDA Sahabat yang seluas Melaka atau 1.5 kali ganda lebih besar daripada Singapura itu, mempunyai potensi dijadikan hab menternak lembu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan daging.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Beliau berkata, ketika ini seorang anak muda di FELDA Sahabat, Bakri Pawerdi, terbabit dengan projek penternakan lembu sejak tahun 2004, dengan permulaan 20 ekor lembu dan kini menternak lebih 4,000 ekor lembu.

"Bakri, 34, menjual lembu miliknya sehingga ke Sarawak dan turut mengeksport ke Brunei, permintaan terhadap daging lembu miliknya amat tinggi, sehingga lebih 200 ekor sebulan diperlukan.

"Akan tetapi Bakri hanya mampu membekalkan 60 ekor sebulan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Mustapa dalam rangka pertama lawatan kerja dua hari ke Sabah, melawat projek ternakan integrasi lembu di FELDA Sahabat.

Mustapa berkata, kejayaan Bakri itu boleh dijadikan contoh kepada warga peneroka dan diperluaskan kepada kawasan tanah rancangan lain.

"FELDA membantu menjalankan projek integrasi ternakan lembu di bawah program Projek Pembangunan Peneroka (PPP) di FELDA Sahabat, dan saya meminta pihak pengurusan menghantar laporan serta cadangan untuk meningkatkan keupayaan Bakri menternak lembu," katanya.

Mustapa dalam pada itu Mustapa berkata, beliau turut meminta Koridor Pembangunan Sabah (SDC) untuk bekerjasama dengan FELDA, dalam membantu Bakri.

Sementara itu katanya, FELDA memerlukan model baharu yang lebih lestari bagi mengurangkan kebergantungan kepada komoditi kelapa sawit dan getah, dalam menjana pendapatan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan memperkasakan Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang terkandung dalam Kertas Putih FELDA, bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Beliau turut mengumumkan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk projek bekalan air, empat set jana elektrik dan membaiki cerun runtuh, bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di FELDA Sahabat. - BERNAMA

Referensi

Dokumen terkait

Number of isolates with antimicrobial susceptibility testing data submitted to the Philippine ARSP by sentinel sites in 2019 and 2020, and percentage change from 2019 ARSP