GARIS PANDUAN PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR FALSAFAH MELALUI SALURAN PANTAS (FAST TRACK), FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
1.0 TUJUAN
Tujuan garis panduan ini adalah sebagai panduan pelaksanaan pengambilan pelajar program Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Islam (FPI) melalui saluran pantas (fast track).
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Garis Panduan ini telah merujuk kepada dokumen induk Garis Panduan Pengambilan Pelajar Program Doktor Falsafah Melalui Saluran Pantas (Fast Track) yang dikeluarkan oleh Pusat Siswazah, UKM dan diluluskan dalam Mesyuarat Senat ke-464 bertarikh 22 April 2020.
2.2 Garis panduan ini adalah sebagai dokumen rujukan untuk pelaksanaan pengambilan pelajar program Doktor Falsafah melalui saluran pantas (fast track) di peringkat Fakulti Pengajian Islam.
2.3 Mesyuarat Fakuti ke 403 pada 12 Oktober telah bersetuju memperakukan garis panduan ini.
3.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon pelajar yang memenuhi syarat berikut, layak untuk memohon program Doktor Falsafah di FPI melalui saluran pantas (fast track) iaitu;
3.1 Graduan yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari UKM atau Institusi Pengajian Tinggi yang lain yang diiktiraf MQA atau badan penarafan antarabangsa yang setaraf, dengan skor PNGK 3.80 ke atas, atau setara dengannya daripada program akademik; dan
3.2 Telah menerbitan satu artikel (jurnal / bab dalam buku / prosiding berkaitan bidang); dan
3.3 Menyediakan kertas cadangan penyelidikan seperti format ditetapkan fakulti (nombor 4.3); dan
3.4 Bagi calon bukan warganegara, calon perlu memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan iaitu CEFR Low B1 iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT (396-416), IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian.
4.0 PROSES PERMOHONAN
4.1 Calon perlu mengemukakan permohonan mengikuti program Doktor Falsafah, FPI melalui sistem permohonan atas talian UKM (join ukm);
4.2 Calon hendaklah mohon untuk mengikuti program pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan;
4.3 Calon dikehendaki menyediakan kertas cadangan tesis mengikut bidang yang dihantar sewaktu mengemukakan permohonan. Format kertas cadangan tesis adalah seperti berikut;
i. Tajuk dan Skop Penyelidikan ii. Permasalahan Kajian
iii. Objektif Kajian
iv. Metode Penyelidikan v. Tinjauan Literatur vi. Kepentingan Kajian
4.4 Jawatan Kuasa Pengambilan Pelajar Laluan Pantas (Fast Track) FPI akan membuat penilaian terhadap calon melalui sesi temuduga untuk menentukan sama ada calon layak mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah FPI.
4.5 Setelah diperakukan oleh Jawatankuasa, calon yang berjaya akan menerima surat tawaran program Kedoktoran secara atas talian manakala calon yang tidak berjaya akan ditawarkan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam (mod penyelidikan).
4.6 Calon perlu membentangkan laporan kemajuan penyelidikan dalam tempoh setahun (rujuk Panduan Siswazah FPI) bagi menilai prestasi akademik dan memenuhi syarat-syarat yang berkaitan dalam tempoh pengajian peringkat Doktor Falsafah (Graduate On Time);
4.7 Sekiranya calon tidak mencapai tahap lulus dan layak meneruskan pengajian, calon boleh dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian sarjana penyelidikan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk pertukaran program.
4.8 Penilaian akademik calon untuk peringkat seterusnya perlu dibuat seperti mana pelajar yang mengikut pengajian program Kedoktoran laluan biasa.
4.9 Calon perlu menduduki sesi peperiksaan lisan (viva) pada akhir pengajian program Kedoktoran. Calon yang lulus peperiksaan lisan dan telah memenuhi syarat bergraduat yang ditetapkan oleh Fakulti akan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran.
4.10 Calon yang tidak dapat dianugerahkan Ijazah Kedoktoran pada akhir peperiksaan lisannya tidak akan dianugerahkan dengan kelayakan Sarjana sebagai exit award sekiranya tidak memenuhi pencapaian pada tahap Kedoktoran. Calon boleh memohon untuk mendaftar program di peringkat Sarjana melalui proses pendaftaran baharu.
5.0 SYARAT-SYARAT PENGAJIAN
5.1 Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada tempoh pengajian peringkat Kedoktoran sepenuh masa laluan biasa seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2021.
5.2 Permohonan pelanjutan semester boleh dipertimbangkan oleh Fakulti tertakluk kepada syarat dan keperluan semasa Universiti.
5.3 Pelajar laluan pantas disarankan menyelesaikan pengajian dalam tempoh kohortnya (Graduate on Time) selaras dengan keupayaan dan kemampuan pelajar. Pelajar dikehendaki menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian Kedoktoran dan kegiatan penyelidikan yang berhubung dengan program pengajian. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali melakukan kegiatan-kegiatan lain yang boleh menjejaskan pengajiannya.
6.0 JAWATANKUASA PENGAMBILAN PELAJAR LALUAN PANTAS (FAST TRACK) FPI
6.1 Permohonan dari calon pelajar akan mula diproses di peringkat Pusat Kajian berkaitan. Setelah Ketua Program Siswazah menilai dan meneliti permohonan, Ketua Program Siswazah akan melantik Penyelia untuk Pelajar dan menamakan 3 orang calon penilai dalam bidang berkaitan.
Kemudian permohonan pelajar akan dihantar untuk tindakan Urus Setia Program Pengajian Siswazah, FPI selanjutnya. Senarai dokumen yang perlu dihantar ke UPPS adalah seperti di Lampiran A.
6.2 UPPS akan mendapatkan kelulusan dari Mesyuarat Pengurusan Fakulti bagi lantikan ahli panel jawatankuasa yang terdiri daripada;
i. Timbalan Dekan Siswazah sebagai pengerusi ii. Ketua Program Siswazah
iii. Tiga (3) orang staf akademik Universiti (penilai) dalam bidang berkaitan yang terdiri dari Profesor atau Profesor Madya;
6.3 Mesyuarat Jawatankuasa akan mempertimbangkan perkara berikut;
i. kertas cadangan penyelidikan tesis;
ii. Laporan penilaian dari Ahli Jawatankuasa yang dilantik;
iii. Prestasi pelajar semasa sesi pembentangan;
iv. Pengerusi dan ahli Jawatankuasa akan melakukan pengundian bagi mencapai keputusan. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan adalah muktamad.
7.0 CARTA ALIR DAN PROSES PERMOHONAN
Carta alir dan proses permohonan adalah seperti di Lampiran B.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi;
Urus setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Emel: [email protected]
4 LAMPIRAN A
SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR FALSAFAH MELALUI LALUAN PANTAS (FAST TRACK), FPI
*Untuk dilengkapkan oleh Ketua Program Siswazah di Pusat Kajian berkaitan.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT CALON Nama calon :
No. Kad pengenalan/
Passport : Pusat Kajian : Tajuk Kertas Cadangan Penyelidikan:
Cadangan Nama Penyelia:
BAHAGIAN B: DOKUMEN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT :
Bil Perkara Tanda
(/)
Catatan 1. Lampirkan profil calon, rujukan (referee)
dan dokumen sijil akademik calon.
2. Kertas Cadangan Penyelidikan Tesis yang mengandungi;
i. Tajuk dan Skop Penyelidikan ii. Permasalahan Kajian
iii. Objektif Kajian Lanjutan iv. Kerangka Teori dan Konsep v. Metode Penyelidikan
vi. Tinjauan Literatur vii. Kepentingan Kajian
3. Salinan hasil penerbitan yang berkaitan seperti dibawah;
i. Satu kertas jurnal (Scopus/WoS) yang telah diterbitkan; ATAU paten yang sedang menunggu kelulusan (patent pending) atau telah diluluskan; atau, ii. Lain-lain hasil penerbitan ilmiah yang
berkaitan dengan kajian calon seperti bab dalam buku, prosiding, atau memenangi anugerah dalam pembentangan seminar di peringkat universiti, kebangsaan atau antarabangsa.
4. Pusat Kajian perlu mengemukakan 3 calon penilai terdiri dari staf akademik Universiti (penilai) dalam bidang berkaitan yang terdiri dari Prof. atau Prof. Madya.
5 Nama Calon penilai pertama;
Bidang:
Fakulti/ Universiti:
Nama Calon penilai kedua;
Bidang :
Fakulti/ Universiti:
Nama Calon penilai ketiga;
Bidang :
Fakulti/ Universiti:
Tarikh serahan dokumen lengkap ke UPPS, FPI :
_______________________
Tanda Tangan Ketua Program Siswazah:
_______________________
6 Ya lengkap
LAMPIRAN B:
CARTA ALIR DAN PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM DOKTOR FALSAFAH MELALUI SALURAN PANTAS FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
Tanggungjawab
Carta Alir Proses Kerja
Pelajar Pelajar perlu mengisi borang dan
muat naik dokumen yang lengkap melalui sistem join UKM
Ketua Program Siswazah
Ketua Program Siswazah memproseskan permohonan dalam tempoh 7 hari. Ketua Program Siswazah melantik penyelia untuk calon pelajar dan menamakan 3 orang calon penilai untuk Jawatankuasa Pengambilan.
Urus setia Program Pengajian
Siswazah
UPPS semak dokumen. Sekiranya Dokumen lengkap-Kertas Kerja MPF disediakan dalam tempoh 2 hari bekerja. Sekiranya Dokumen tidak lengkap, dokumen dipulangkan kepada pelajar dalam tempoh 1 hari bekerja.
MPF Dalam tempoh 3 hari, Mesyuarat
Jawatankuasa Pengambilan Pelajar diadakan dan membuat penilaian permohonan.
Mesyuarat JK Pe
Dalam tempoh 1 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan, UPPS akan memaklumkan keputusan kepada pelajar sama ada, Lulus atau Gagal, UPPS akan mengeluarkan emel dan klik keputusan melalui sistem join.
UPPS Dalam tempoh 1- 2 hari Pihak
Akademik-UKM/ UKMShape akan mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar melalui sistem join UKM.
Akademik-UKM Selesai
Mula
Tidak lengkap
Tamat
Pusat Kajian terima borang permohonan dan kertas cadangan penyelidikan yang
telah lengkap dari calon pelajar
UPPS semak kecukupan dokumen
Penilaian Mesyuarat Jawatankuasa
Pengambilan
Akademik-UKM/ UKMShape mengeluarkan surat tawaran
kepada pelajar Mesyuarat Pengurusan Fakulti mempertimbangkan 3 orang calon
Jawatankuasa Pengambilan
Sekiranya lulus ditawarkan program
Doktor Falsafah Pelajar
Sekiranya, Gagal ditawarkan program Sarjana
Pengajian Islam