• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara

apa pun sama secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan bertulis daripada Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar

Bil. 3/2016/2017

(3)
(4)

KANDUNGAN

PERKARA

Muka Surat

Kandungan

i

1.0 Pengenalan

1

2.0 Definisi

2

3.0 Objektif

4

4.0 Komponen Beban

4

4.1 Pengajaran dan Penyeliaan

5

4.2 Penyelidikan

7

4.3 Pentadbiran

9

(5)

1 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

1.0 PENGENALAN

1.1 Panduan Beban ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai beban tugas staf akademik seterusnya membantu perancangan dan pembahagian tugas staf akademik yang merangkumi fungsi dan peranan yang telah ditetapkan oleh universiti.

1.2 Staf akademik diberikan beban tugas yang bersesuaian bagi membolehkannya membina dan meningkatkan keupayaan kendiri dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian dan pengkhususan masing-masing.

1.3 Beban tugas staf akademik UTHM adalah meliputi tiga (3) komponen utama iaitu:

(i) Pengajaran dan Penyeliaan, merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran melalui kuliah, tutorial dan amali. Manakala Penyeliaan merujuk kepada penyeliaan projek di peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan Mengajar.

(ii) Penyelidikan merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan projek/ disertasi/ tesis di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

(iii) Pentadbiran, merujuk kepada lantikan jawatan pengurusan oleh Universiti atau Fakulti/Pusat secara giliran seperti Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah/Ketua Pusat, Ketua Program, Ketua Jabatan, Ketua Panel Bidang, Ketua Makmal dan jawatan-jawatan lain yang berkaitan.

1.4 Staf akademik adalah diagihkan beban tugas sebanyak 40 jam beban tugas minima per minggu untuk melaksanakan tiga (3) komponen tersebut.

1.5 Untuk tujuan pengagihan beban, staf akademik dikategorikan kepada Pensyarah Universiti (DS), Pengajar (DV), Guru Bahasa (DG) dan Penyelidik Utama di Pusat-pusat Kecemerlangan (COE) (mengikut kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 2/2012).

(6)

2 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

1.6 Peruntukan beban tugas bagi setiap kategori ini adalah seperti diberikan dalam Jadual 1.0.

Jadual 1.0: Peruntukan beban tugas berdasarkan komponen beban bagi staf akademik UTHM

Beban tugas minima (jam) Pengajaran

Penyeliaan Pentadbiran

Penyelidikan Keseluruhan

Staf akademik kategori pensyarah universiti

28 12

40 Nisbah 70:30

Staf akademik (penyelidik di Pusat Kecemerlangan)

12 28 40

Nisbah: 30:70 Staf Akademik kategori

Guru Bahasa Pengajaran Penyeliaan Pentadbiran Pembangunan Diri (merangkumi penyelidikan, perundingan, penerbitan dan perkhidmatan masyarakat) 40 32 8 Nisbah 80:20

1.7 Pemantauan pengagihan beban tugas staf akademik ini dilaksanakan secara sistematik melalui Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA) yang dilaksanakan secara online di bawah pemantauan pihak Pusat Pembangunan Akademik dan Latihan (CAD) dan dibantu oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

2.0 DEFINISI

2.1 Takrifan yang digunakan dalam panduan ini adalah seperti berikut: (i) Universiti merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

(ii) Fakulti/Pusat merujuk kepada pusat tanggungjawab yang menjalankan atau menguruskan sebarang aktiviti akademik pelajar berdaftar contohnya pengajaran dan pembelajaran.

(7)

3 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

(iii) Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, (COE)) merujuk kepada pusat untuk menjalankan penyelidikan bermutu tinggi dan mempunyai kolaborasi dengan agensi luar termasuk institusi antarabangsa.Ian adalah sebuah entiti yang menerajui suatu bidang penyelidikan/perkhidmatan yang terfokus. Ketua COE dilantik oleh Naib Canselor.

(iv) Pusat Penyelidikan (Centre of Research, (COR)) merujuk kepada satu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan besar dalam bidang tertentu di bawah pengurusan Fakulti. Ketua COR dilantik oleh Naib Canselor. (v) Kumpulan Fokus (Focus Group, (FG)) merujuk kepada suatu

kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan kecil dalam bidang tertentu di bawah pengurusan Fakulti.

(vi) Staf akademik merujuk kepada pegawai universiti yang dilantik secara tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Felo. (vii) Penyelidik Utama merujuk kepada staf akademik yang dilantik

sebagai Ketua Kluster dalam setiap bidang integrasi tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR.

(viii) Penyelidik Kanan merujuk kepada staf akademik yang dilantik sebagai Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang integrasi tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR bagi tujuan membantu Penyelidik Utama.

(ix) Kredit merujuk kepada ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.

(x) Beban merujuk kepada jumlah ukuran kuantitatif yang melibatkan semua tugas staf akademik termasuk pengajaran, penyeliaan dan membimbing pelajar menjalankan latihan industri/praktikum/mengajar dan projek ilmiah/tesis sehingga tamat serta pentadbiran.

(xi) Projek diploma merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar peringkat diploma.

(8)

4 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

(xii) Projek sarjana muda merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana muda.

(xiii) Projek sarjana merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang dilakukan oleh pelajar di peringkat pasca siswazah.

(xiv) Semester panjang/lazim merujuk kepada satu tempoh pengajian yang dinyatakan dalam kalendar akademik tahunan universiti.

(xv) Semester pendek merujuk kepada satu tempoh pengajian selain daripada semester panjang yang dinyatakan di dalam kalendar akademik tahunan universiti.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif panduan ini diwujudkan adalah seperti berikut:-

(i) Memastikan pengurusan pengagihan beban tugas staf akademik dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien.

(ii) Membolehkan pihak pengurusan Universiti memantau agar staf akademik mendapat beban tugas yang adil dan saksama.

(iii) Memastikan beban tugas staf akademik tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti.

4.0 KOMPONEN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIK

Beban tugas staf akademik UTHM dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu: pengajaran (kuliah, tutorial, dan amali) dan penyeliaan projek peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan Mengajar, penyelidikan yang merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan peringkat Sarjanadan Doktor Falsafahdan pentadbiran.

(9)

5 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

4.1 Pengajaran dan Penyeliaan

4.1.1 Pengajaran

(i) Pengajaran merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

(ii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana Muda adalah ditetapkan seramai minimum 30 orang.

(iii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana adalah ditetapkan seramai 15 orang.

(iv) Walaubagaimanapun, kuliah untuk jumlah pelajar yang kurang daripada itu adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan fakulti.

(v) Nilai beban untuk komponen pengajaran adalah seperti dalam Jadual 2.0

Jadual 2.0 : Perincian nilai beban untuk komponen pengajaran

Aktiviti Deskripsi

Nilai beban (jam) Pra Siswazah

(Diploma/Sarjana Muda)

Pasca Siswazah (Sarjana/PhD)

Kuliah I jam kuliah 3 jam beban 4 jam beban

I jam kuliah (ulangan dalam semester yang sama)

2 jam beban 2 jam beban

Penilaian kuliah 2 minit seorang pelajar yang melebihi

30 orang /kelas

2 minit seorang pelajar yang melebihi

15 orang /kelas

Tutorial 1 jam tutorial 1.5 jam beban Tiada Berkaitan

1 jam tutorial (ulangan dalam semester yang sama)

1.5 jam beban Tiada Berkaitan

Amali

1 jam studio / bengkel / makmal / kerja lapangan

(10)

6 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

(vi) Bagi kuliah dengan jumlah pelajar melebihi 30 orang (peringkat Sarjana Muda) dan 15 orang (peringkat Sarjana), beban tambahan diberikan dengan nilai 2 minit beban untuk setiap pelajar.

(vii) Nilai beban bagi kursus kendiri (independent study) adalah diberi berdasarkan kepada komponen tutorial sahaja.

(viii) Bilangan kursus minimum bagi setiap staf akademik ialah satu (1) kursus per semester.

(ix) Selain itu jumlah pengajaran minimum per semester bagi staf akademik dengan pelantikan jawatan pengurusan (lantikan Naib Canselor dan Pendaftar) adalah seperti dalam Jadual 3.0.

Jadual 3.0: Nilai pengajaran minimum per semester bagi staf akademik

Pengajaran

Melebihi atau sama dengan (≥) 9 kredit

Tidak menjawat sebarang jawatan pengurusan (lantikan Naib Canselor atau Pendaftar)

6-8 kredit Penyelaras, Ketua Makmal dan setara 3-6 kredit Ketua Panel/ Ketua Jabatan dan setara Kurang atau sama

dengan (≤) 3 kredit

Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah dan setara

(Sumber : Adaptasi daripada LNPT,2016 UTHM)

4.1.2 Penyeliaan

(i) Komponen penyeliaan merangkumi dua sub-komponen iaitu penyeliaan projek tahun akhir serta penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar.

(ii) Nilai beban bagi penyeliaan projek tahun akhir adalah seperti di Jadual 4.0

(11)

7 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

Jadual 4.0: Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan projek tahun akhir

Tahap Peranan Nilai beban

(jam/pelajar)

Diploma Penyelia Utama 1

Penyelia Bersama 0

Sarjana Muda Penyelia Utama 1

Penyelia Bersama 0

(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar pula diberikan sebagai:

Nilai beban = Bilangan hari bertugas x 8 jam/14 minggu

4.2

Penyelidikan

(i) Aktiviti yang terlibat dalam komponen ini adalah projek penyelidikan dan penyeliaan projek, disertasi dan tesis di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

(ii) Nilai beban bagi komponen penyelidikan ini adalah diambilkira berdasarkan kepada penyertaan geran penyelidikan di peringkat Universiti, Kebangsaan atau Antarabangsa dan peranan staf akademik tersebut serta penyeliaan pelajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran adalah seperti dalam Jadual 5.0

(12)

8 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

Jadual 5.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran

Peranan

Beban (jam/geran)

Universiti Kebangsaan Antarabangsa Ketua geran penyelidikan 1.0 2.0 3.0 Ahli geran penyelidikan 0.5 1.0 1.5

(iv) Bagi sub-komponen penyeliaan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, nilai beban mengambilkira mod pengajian pelajar dan juga peranan staf akademik tersebut.

(v) Nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah diberikan dalam Jadual 6.0 dan Jadual 7.0.

Jadual 6.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana

Peranan

Beban (jam/pelajar)

Sepenuh masa Separuh masa

Mod Penyelidikan Mod Campuran Mod Kerja Kursus Mod Penyelidikan Mod Campuran Mod Kerja Kursus Penyelia Utama 2.0 1.5 1.0 1.0 0.75 0.5 Penyelia Bersama 1.0 1.0 0.5 0.5 0.5 0.25

(13)

9 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k

Jadual 7.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Doktor Falsafah

Peranan

Beban (jam/pelajar)

Sepenuh masa Separuh masa

Mod Penyelidikan Mod Penyelidikan

Penyelia Utama 3.0 1.5

Penyelia Bersama 1.5 0.75

4.3 Pentadbiran

(i) Komponen pentadbiran adalah merujuk kepada lantikan jawatan pengurusan oleh Universiti (Naib Canselor dan Pendaftar) atau Fakulti/Pusat.

(ii) Senarai jawatan pengurusan dan nilai beban bagi setiap kategori adalah seperti dalam Jadual 8.0

Jadual 8.0: Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusan

Jawatan Beban

(jam) Penolong Naib Canselor, Dekan, Pengarah, Pengetua Kolej

Kediaman dan setara 24

Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua COE, Ketua

Penerbit, Ketua Pusat dan setara 20

Ketua Jabatan, Ketua COR, Pengurus Makmal dan setara 15 Ketua Panel, Ketua Program, Ketua Writing Unit, Ketua Galeri

Ilmu, Ketua Editor, Penyelia Makmal, Pengarah Muzik dan setara 12 Penyelaras Fakulti ● Penyelaras Latihan Industri / Latihan

Mengajar

● Penyelaras Projek Diploma / Sarjana Muda / Sarjana

5

(14)

10 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k COE

FG

● Penyelaras Jadual Waktu

● Penyelaras Outcome Based Education / Penyelaras Akreditasi

● Penyelaras Kursus / Makmal

* sekiranya jumlah pelajar melebihi 400 orang, beban tambahan diberikan sebanyak 1 minit per pelajar, dengan nilai maksimum yang boleh diberikan adalah sehingga 8 jam beban

 Penyelidik Utama COE

 Ahli COE (Penyelidik Kanan)

 KetuaFG 5 5 5 5 3 3

Penasihat Akademik Minima 20 pelajar 3 Keanggotaan dalam jawatankuasa (selain daripada pemegang jawatan pentadbiran) ● Universiti

● AJK Tetap Universiti ● AJK Ad-Hoc Universiti ● Aktiviti Pasukan Beruniform

1

● Fakulti 1

(iii) Nilai beban maksimum bagi sub-komponen pentadbiran yang boleh diberikan berdasarkan lantikan adalah seperti dalam Jadual 9.0.

Jadual 9.0: Nilai beban maksimum bagi komponen pentadbiran berdasarkan lantikan

Jawatan Beban Maksimum

(jam) Lantikan Universiti (Naib Canselor) 24 Lantikan Universiti (Pendaftar) 15

Referensi

Dokumen terkait

Namun meskipun jawaban masyarakat di Desa Paranjulu lebih banyak yang sesuai kepada teori yang ada, akan tetapi masih sangat disayangkan karena tidak merujuk

Melalui Rapat Koordinasi dan Pengembangan Program dan Anggaran Institut Seni Indonesia Denpasar dapat menghasilkan Perjanjian Kinerja (PK) di lingkungan Institut

Selain penelitian yang membahas kesalahan berdasarkan kriteria Watson, Susanti (2017) melakukan penelitian yang membahas analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan

Berdasarkan analisa sistem yang berjalan saat ini maka diketahui bahwa sistem yang lama masih bersifat manual, sistem belum memenuhi kebutuhan pada Koperasi Manunggal

Apabila terdapat kepala sekolah yang memimpin lebih dari satu satuan pendidikan maka mengisi survei lingkungan belajar di setiap satuan pendidikan yang dipimpin.

34 Jensen, BBL.. Usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan proses belajar, yaitu perlu lingkungan yang mendukung siswa untuk melakukan eksplorasi, serta

D. perusahaan lainnya yang berkedudukan di dalam maupun di luar negeri, termasuk saham yang diperoleh melalui bursa efek. 6) Hubungan keuangan dan hubungan keluarga anggota

1) Isolek-isolek yang digunakan oleh masyarakat di Kabupaten Nagekeo tergolong sebagai isolek dari bahasa daerah kecil yang hingga sekarang kurang mendapat