WPS/1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)
(Pindaan Kepada SP JPS Bil. 1/2007)
1.0 Takrif Wang Peruntukan Sementara (WPS)
Wang Peruntukan Sementara (WPS) bererti sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja, bekalan barang-barang/bahan atau perkhidmatan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender disediakan.
2.0 Takrif Kerja (Termasuk Bekalan dan Perkhidmatan) 2.1 Kategori Biasa
a) Kerja yang mana kebanyakan item kerja dan kadar harganya terdapat di dalam Kontrak atau tidak sukar ditentukan. Jumlah kos kerja boleh ditentukan berdasarkan kepada harga/
kadarharga dalam kontrak termasuk rundingan kadarharga baru (jika ada).
b) Kerja ini boleh dilaksanakan oleh Kontraktor Utama.
2.2 Kategori `Pakar’
a) Kerja yang melibatkan kepakaran dan kelayakan khusus yang perlu dilaksanakan samada oleh Kontraktor Utama (jika layak) atau pihak ketiga; atau kerja yang mana kebanyakan kadar harga tidak terdapat di dalam Kontrak dan jumlah kos kerja sukar ditentukan atau dirunding dengan Kontraktor; ATAU
b) Kerja yang melibatkan kepakaran dan kelayakan khusus yang perlu dilaksanakan oleh syarikat yang berdaftar dengan PKK/
Kementerian Kewangan. Kadar harga bagi kerja-kerja ini tidak ada dalam Kontrak Utama. Jumlah kos kerja perlu ditentukan melalui proses tender atau sebutharga dikalangan kontraktor pakar.
c) Kontraktor Utama boleh menyertai tender atau sebutharga sekiranya berdaftar dalam bidang kerja pakar tersebut.
WPS/2 2.3 Perkhidmatan Perunding
a) Kerja yang melibatkan pembabitan Perunding Profesional seperti Jurutera Awam, Juruukur Tanah, Juruukur Bahan dan sebagainya.
b) Perunding yang ditawarkan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
3.0 Penyediaan Anggaran dan Peruntukan WPS di Dalam Dokumen Tender.
Bagi memastikan jumlah WPS yang diperuntukkan di dalam dokumen tender adalah munasabah dan setepat mungkin, anggaran bagi WPS hendaklah disediakan oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan item WPS berkenaan.
Contoh butiran WPS yang diperuntukkan dalam Dokumen Tender/Senarai Kuantiti adalah seperti di Lampiran I
4.0 Perancangan Kerja
PP/Wakil PP hendaklah membuat perancangan awal dengan mengambilkira Jadual Pelaksanaan Kerja Kontraktor Utama bagi memastikan pelaksanaan peraturan WPS ini tidak menjejaskan kemajuan kerja keseluruhannya.
5.0 Penyediaan Anggaran Kos Kerja Yang Akan Dilaksanakan
Pejabat yang melaksanakan projek, dengan bantuan pegawai yang mempunyai pengetahuan/kepakaran yang berkaitan dengan item WPS berkenaan, hendaklah menyediakan anggaran kos bagi item yang akan dilaksanakan sebelum meneruskan pelaksanaannya.
6.0 Kelulusan Untuk Melaksanakan WPS
6.1 Berdasarkan anggaran kos yang disediakan, sekiranya nilai kerja WPS tidak melebihi 30% daripada nilai peruntukan di dalam Kontrak, PP boleh terus melaksanakan perolehan WPS mengikut kaedah pelaksanaan seperti dijelaskan di para 7.0.
WPS/3
6.2 Sekiranya nilai kerja WPS yang akan dilaksanakan melebihi 30%
daripada peruntukan di dalam Kontrak, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada pihak-pihak berikut:-
Bil Peratus (%) Perbezaan Berbanding Dengan Peruntukan Di dalam Kontrak
Pihak Berkuasa
1.
2.
3.
Melebihi 30% sehingga 50%
Melebihi 50% sehingga 100%
Melebihi 100%
Pengarah Bahagian berkaitan
Timbalan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah
Walaubagaimanapun, bagi tambahan nilai kerja WPS yang tidak melebihi RM100,000.00, projek-projek yang Pegawai Penguasa/
Pengarah Projek (P.P.) atau Wakil P.P.nya bergred J54 ke atas dibenarkan untuk melaksanakan perolehan menggunakan WPS tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak yang diberikuasa ini walaupun nilai kerja yang akan dilaksanakan melebihi 30%
daripada peruntukan di dalam kontrak.
6.3 Permohonan untuk kelulusan hendaklah menggunakan Borang E (Pindaan 1/2010) seperti dilampirkan.
7.0 Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan WPS adalah berdasarkan kategori kerja seperti di para 2.0.
7.1 Kategori Biasa
7.1.1 P.P. perlu menentukan samaada kerja yang hendak dilaksanakan boleh dikategorikan sebagai kerja biasa seperti yang dihuraikan di para 2.0.
7.1.2 P.P. keluarkan arahan kepada Kontraktor Utama untuk laksanakan kerja dengan menggunakan borang JKR 203U.
WPS/4
7.1.3 Harga bagi melaksanakan kerja tersebut hendaklah ditentukan berasaskan kadar harga Kontrak dan, jika tiada, kadar harga yang saksama. Kontraktor Utama tidak boleh menuntut kos tambahan untuk kos pengurusan, keuntungan dan layanan (attendance). Kos ini dikira termasuk dalam kadar harga Kontrak atau kadar harga yang dirundingkan.
7.1.4 Kelulusan untuk memuktamadkan harga hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa yang dihuraikan di para 8.0 dengan menggunakan Borang F (Pindaan 1/2010).
7.2 Kategori `Pakar’
7.2.1 Tatacara perolehan adalah seperti berikut:
i) Kontrak berdasarkan JKR 203/203A - seperti Lampiran II
ii) Kontrak secara `Design and Build’ (JKR DB) - seperti Lampiran IIA
7.2.2 Sekiranya kerja pakar ini dijalankan oleh kontraktor pakar (pihak ketiga), Kontraktor Utama perlu dibayar kos pengurusan, keuntungan dan layanan yang ditawarkan (atau yang telah diselaras) dalam kontrak. Jika tiada, kos ini ditentukan seperti berikut:-
Nilai Sub-kontrak Kadar Maksimum
RM500,000 ke bawah 7.5%
> RM500,000 – RM1 juta 5%
> RM1 juta – RM5 juta 4%
> RM5 juta – RM10 juta 3%
> RM10 juta 2.5%
Sekiranya kerja pakar ini dijalankan atas nama Kontraktor Utama, Kontraktor Utama tidak layak dibayar kos pengurusan, keuntungan dan layanan ini.
7.2.3 Kontraktor pakar (pihak ketiga) yang dipilih untuk melaksanakan kerja pakar perlu dilantik oleh Kontraktor Utama dengan harga yang diluluskan oleh Jabatan mengikut kaedah bayaran berikut:-
WPS/5
i) Bagi kerja WPS yang dipanggil secara Sebutharga, bayaran terus boleh dibuat kepada Sub-Kontraktor melalui Suratikatan Penyerahanhak Faedah daripada Kontraktor Utama kepada Sub-Kontraktor berkenaan.
Sesalinan format Suratikatan Penyerahanhak Faedah hendaklah dihantar kepada Kontraktor Utama semasa mengarahkannya untuk melantik Sub-Kontraktor.
Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada pertindihan amaun yang diserahhak di bawah Kontrak Utama.
ii) Bagi kerja WPS di bawah Kontrak ‘Design and Build’, Kontraktor Utama boleh memilih untuk bayaran dibuat terus kepada Sub-Kontraktor melalui Suratikatan Penyerahanhak Faedah dengan syarat tiada pertindihan amaun yang diserahhak di bawah Kontrak Utama.
iii) Bagi kerja WPS yang dipanggil secara tender menggunakan Borang JKR 203N, bayaran terus hendaklah disediakan sebagaimana peraturan biasa bagi Sub-Kontraktor Dinamakan.
7.3 Perkhidmatan Perunding
Proses pelantikan Perunding adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta aliran di Lampiran III.
7.4 Kerja Yang Dikeluarkan Daripada Kontrak
Bagi kerja WPS yang tidak memerlukan penglibatan Kontraktor Utama dan dikeluarkan dari kontrak, perolehan untuk item WPS tersebut hendaklah dibuat melalui prosidur perolehan Kerajaan sedia ada yang berkuatkuasa.
WPS/6 8.0 Jawatankuasa Yang Meluluskan Harga
Harga yang diperakukan untuk kategori biasa, pakar dan perunding ini hendaklah mendapat kelulusan pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu dengan menggunakan Borang F (Pindaan 1/2010).
Jawatankuasa yang meluluskan harga bagi setiap item WPS adalah seperti berikut :
Bil. Harga Yang Diperakukan Pihak Yang Meluluskan 1.
2.
Tidak melebihi RM200 ribu
Tidak melebihi RM1 juta
*Jawatankuasa
dipengerusikan oleh Wakil Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P.)
**Jawatankuasa APK Peringkat P.P. yang mana P.P. adalah Pengarah Negeri/
Jurutera Projek / Ketua Jurutera
3. Tidak melebihi RM1.5 juta **Jawatankuasa APK Peringkat P.P. yang mana P.P. adalah Pengarah Bahagian
3. Tidak melebihi RM3 juta Jawatankuasa APK Peringkat Timbalan Ketua Pengarah (TKP)
4. Melebihi RM3 juta Jawatankuasa APK Peringkat Ketua Pengarah (KP)
* Wakil P.P. mestilah bergred J54 ke atas dengan 2 ahli jawatankuasa bergred sekurang-kurangnya J41.
** Bagi projek yang mana P.P. adalah KP atau TKP, permohonan hendaklah dimajukan terus ke JK APK peringkat TKP.
9.0 Jawatankuasa WPS Peringkat Wakil PP
9.1 Jawatankuasa WPS peringkat Wakil P.P. hanya dibenarkan sekiranya pegawai yang menjadi Wakil P.P. adalah pegawai bergred J54 ke atas.
WPS/7
9.2 Jawatankuasa ini juga hanya boleh dibentuk sekiranya perwakilan kuasa P.P. kepada Wakil P.P. membenarkan Wakil P.P.
mengambil tindakan untuk melaksanakan WPS.
9.3 Bagi projek yang perwakilan kuasa P.P. kepada Wakil P.P. tidak merangkumi klausa berkaitan WPS, pindaan kepada surat perwakilan kuasa tersebut hendaklah dikeluarkan oleh P.P. bagi membolehkan Jawatankuasa ini dibentuk.
9.4 Bagi projek yang belum dikeluarkan surat perwakilan kuasa P.P.
kepada Wakil P.P., sila pastikan perwakilan kuasa tersebut merangkumi klausa yang berkaitan dengan pelaksanaan WPS.
10.0 Pelarasan Harga Kontrak
Setelah kelulusan harga daripada pihak berkuasa meluluskan seperti para 8.0 diperolehi, pelarasan terhadap WPS yang diperuntukkan dalam kontrak hendaklah diselaraskan dengan menggunakan Borang JKR-PHK.
11.0 Carta Aliran
Prosidur bagi pelaksanaan WPS ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Carta Aliran di Lampiran IV