PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI-MASYARAKAT HAL-EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN PENGLIBATAN UNIVERSITI-
KOMUNITI
I. LATAR BELAKANG
Geran Penyelidikan Penglibatan Universiti-Komuniti yang diwujudkan pada tahun 2010 di bawah Dana Universiti Penyelidikan bertujuan menjadi geran permulaan untuk membolehkan penyelidik memulakan penyelidikan tindakan dengan penglibatan komuniti. Adalah diharapkan geran galakan ini membolehkan penyelidik mencari rakan kongsi yang mampu memperkukuh objektif projek kemasyarakatannya serta menyokong kelestarian projek kemasyarakatan tersebut. Geran ini juga bertujuan untuk menggalak penyelidik melaksanakan, mengaplikasikan dan menginovasikan penyelidikan mereka untuk kebaikan komuniti dan masyarakat.
II. DEFINISI GERAN
Geran ini memberi peluang kepada tenaga akademik UKM untuk membangun penyelidikan berteraskan penglibatan universiti-komuniti (University- Community Participatory Research) yang melibatkan penglibatan masyarakat secara langsung, dan akhirnya mensejahterakan masyarakat tersebut. Pada peringkat permulaan, geran akan diberikan sebagai dana penggalak untuk memulakan kerjasama dengan komuniti. Kesinambungan projek penyelidikan ini akan dibiayai seterusnya melalui penglibatan pihak luar (industri, filantropi dan sebagainya).
III. TUJUAN GERAN
Geran ini bertujuan menjadi geran permulaan (initial funding) kepada penyelidikan yang bertujuan untuk :
a. menggalak penyelidik UKM melakukan penyelidikan gunaan (applied research) yang melibatkan masyarakat secara langsung;
b. mengaplikasi dan mempertingkatkan hasil inovasi penyelidikan untuk kepentingan masyarakat; dan
c. mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan Universiti sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan penglibatan berteraskan masyarakat.
IV. KRITERIA & SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah kakitangan akademik tetap/krontak yang sedang berkhidmat dengan UKM.
2. Keutamaan akan diberikan kepada projek penyelidikan:
a. yang melibatkan penajaan bersama dengan pihak industri/NGO/kerajaan;
b. yang mengaplikasikan hasil inovasi penyelidikan sedia ada;
c. yang menekankan nic penyelidikan UKM;
d. yang melibatkan masyarakat secara langsung;
e. yang mempunyai hasil (outcome dan output) yang memberikan impak secara langsung kepada masyarakat;
f. yang menghasilkan model/modul/inovasi yang memberi impak kepada pengembangan program akademik Universiti khasnya dan kecemerlangan Universiti, amnya.
V. JANGKA MASA PROJEK
Jangkamasa projek hendaklah tidak melebihi 1 tahun.
VI. SKOP PEMBIAYAAN
Skop pembiayaan adalah mengikut skop yang sedia digunapakai oleh pihak Universiti. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah.
Jawatankuasa Penilai berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diluluskan.
VII. PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENILAIAN
1. Permohonan perlu menggunakan Borang Geran Penyelidikan Penglibatan Universiti-komuniti (University-Community Participatory Research) yang boleh didapati dari Pejabat Hubungan Universiti- Masyarakat (PHUM), HEJIM.
2. Permohonan hendakalah dikemukakan kepada Pengarah, Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat (PHUM) mengikut tarikh tutup yang ditetapkan.
3. Permohonan akan dinilai oleh jawatankuasa Penilai yang ditetapkan.
4. Keputusan penilaian adalah muktamad.
5. Selepas kelulusan permohonan projek penyelidikan diberikan kepada pemohon yang berjaya, segala urusan pemantauan dan pembiayaan projek seterusnya akan dibuat oleh pihak CRIM dan PHUM.
VIII. TARIKH MULA PROJEK
Semua projek akan bermula selepas mendapat perakuan Jawatankuasa Penilaian.
IX. PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK
1. Pemantauan projek akan dilakukan oleh pihak Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) dan Pejabat Hubungan Universiti- Masyarakat (PHUM).
2. Laporan kemajuan projek perlu dihantar pada setiap enam bulan kepada CRIM.
3. Seminar Pemantauan projek akan diadakan pada setiap tahun.
X. LAPORAN AKHIR PROJEK
Laporan akhir projek perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan selepas projek tamat.
Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia