Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 150
Gerentologi dalam al Quran dan Sains
SHAH RIZUL IZYAN BINTI ZULKIPLY & NOORNAJIHAN BINTI JAAFAR
Fakulti Pengajian Al Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai Malaysia Emel: [email protected] Tel : 0136445126
ABSTRAK
Gerentologi adalah kajian tentang proses penuaan serta masalah yang di hadapi oleh orang tua. Proses penuaan merupakan satu proses yang akan di alami oleh setiap manusia. Meskipun pelbagai usaha untuk kekal muda dari sudut perubatan, kosmetik dan teknologi namun manusia tidak mampu lari dari berlakunya proses penuaan. Oleh itu, kajian ini akan mengumpulkan ayat- ayat al Quran mengenai tua dengan mengunakan beberapa “ kata kunci” yang menunjukkan kepada maksud tua atau warga emas. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan sifat warga emas dari sudut al Quran, pandangan ulama serta barat. Kajian ini mengunakan kaedah perpustakaan dengan menjadikan buku dan artikel sebagai panduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 20 ayat yang mempunyai perkataan tua dan membawa erti tua.kajian ini bermanfaat kepada masyarakat supaya lebih memahami dan empati kepada warga emas serta sebagai persediaan manusia sebelum menjelang usia emas.
Kata kunci : gerontologi, warga emas,
PENDAHULUAN
Al-Quran menyebut usia tua dengan beberapa istilah yang tersendiri. Oleh itu, bagi memperolehi ayat-ayat berkenaan warga emas di dalam al-Quran, kajian ini akan mengunakan kaedah pencarian menerusi kitab Mu’jam Mufahras li Alfaz al- Quran karya Muhammad Fuad al-Baqi, (2002) dan laman sesawang al-Quran terpilih seperti tanzil.net dengan mengunakan kata dasar “ kibar”, “syeikh” dan juga “ ajuz” yang membawa erti tua. Berikut merupakan ayat al-Quran dan hadith yang menceritakan mengenai usia lanjut.
Jadual 1: Perkataan Al-Kibar Dalam Al-Quran
No Surah/ No. Ayat Ayat Terjemahan
1 Surah ali-‘Imran 3: 40 ِتَِأَرْماَو ُرَ بِكْلا َِنَِغَلَ ب ْدَقَو ٌم َلَُغ ِلِ ُنوُكَي ٰهنََّأ ِِّبَر َلاَق ٌرِقاَع
Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?
2 Surah Ibrahim 14: 39 َقاَحْسِإَو َليِعاَْسمِإ َِبِكْلاىَلَع ِلِ َبَهَو يِذهلا ِه هلِل ُدْم َْل
"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak.
3 Surh al-Hijr 15: 54 َنوُرِِّشَبُ ت َمِبَف ُرَ بِكْلا َِنِهسهم نَأ ٰىَلَع ِنِوُُتُْرهشَبَأ َلاَق
Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 151 Jadual 2: Perkataan “Syaikh” Dalam Al-Quran
No Surah/No. Ayat Ayat Terjemahan
1
Surah Hud 11 : 72
َٰتَلْ يَو َيَ ْتَلاَق َنَأَو ُدِلَأَأ
يِلْعَ ب اَذٰ َهَو ٌزوُجَع
اًخْيَش
Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku!
Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua?
2
Surah Yusuf 12: 78
ْذُخَف اًيرِبَك اًخْيَش ًبَأ ُهَل هنِإ ُزيِزَعْلا اَهُّ يَأ َيَ اوُلاَق ُهَناَكَم َنَدَحَأ
Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat.
3
Surah Qashash 28:23
ُءاَعِِّرلا َرِدْصُي ٰهتَح يِقْسَن َلَ اَتَلاَق ۖ
َأَو وُب
َن ٌيرِبَك ٌخْيَش
Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya "
4
Surah Ghafir 40 : 67
يِذهلا َوُه ِِّم مُكَقَلَخ
هُثُ ٍةَفْطُّن نِم هُثُ ٍباَرُ ت ن
ْمُكهدُشَأ اوُغُلْ بَ تِل هُثُ ًلَْفِط ْمُكُجِرُْيُ هُثُ ٍةَقَلَع ْنِم ا ًخوُيُش اوُنوُكَتِل هُثُ
ُلْبَ ق نِم ٰهفََّوَ تُ ي نهم مُكنِمَو ًلََجَأ اوُغُلْ بَ تِلَو ۖ
ُلِقْعَ ت ْمُكهلَعَلَو ىًّمَسُّم َنو
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
4 Surah al-Isra’ 17: 23 اَُه َلَِك ْوَأ ا َُهُدَحَأ َرَ بِكْلا َكَدنِع هنَغُلْ بَ ي اهمِِإ
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua- duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 152
5 Surah ar-Rum 40: 67
اًخوُيُش اوُنوُكَتِل هُثُ
Kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua.Jadual 3: Perkataan “’Ajuz” Dalam Al-Quran
Secara umumnya, al-Quran mengunakan tiga jenis perkataan yang merujuk kepada makna tua iaitu kibar, syaikh dan juga ‘ajuz. Ayat-ayat demikian menceritakan bahawa perihal tua iaitu lemah dan tidak berdaya. Namun, dalam ayat al-Quran yang lain Allah turut menceritakan mengenai usia tua tetapi mengunakan istilah yang berbeza.
WARGA EMAS MENURUT PENDAPAT ULAMA TAFSIR
Kronologi dalam surah ar-Rum 30:54 telah di susun bermula dari kehidupan seorang bayi yang lemah dan berakhir juga dalam keadaan lemah iaitu usia tua.
َبْ يَشَو اًفْعَض ٍةهوُ ق ِدْعَ ب نِم َلَعَج هُثُ ًةهوُ ق ٍفْعَض ِدْعَ ب نِم َلَعَج هُثُ ٍفْعَض نِِّم مُكَقَلَخ يِذهلا ُه هللا ًة
ُءاَشَي اَم ُقُلَْيُ ٰۚۚ
ُريِدَقْلا ُميِلَعْلا َوُهَو َۖۚ
Ar-Rum 30: 54
Maksudnya: Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
Menurut al-Marāghi (2001, Jilid 11: 5347), ayat ini menjelaskan kekuasaan Allah SWT dalam mengawasi manusia sehingga berlaku perubahan pada setiap tahap peringkat perkembangan manusia. Peringkat perkembangan manusia yang dimaksudkan ialah daripada lemah iaitu bayi kepada kuat menjadi dewasa dan setelah kuat kembali menjadi lemah kembali iaitu usia tua.
No Surah /No. Ayat Ayat Terjemahan
1 Surah Hud
11; 72
يِلْعَ ب اَذٰ َهَو ٌزوُجَع َنَأَو ُدِلَأَأ َٰتَلْ يَو َيَ ْتَلاَق اًخْي َش
Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua?
2 Surah As-Syura
26: 171
َنيِرِباَغْلا ِفِ ا ًزوُجَع هلَِإ
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
3 Surah as-Shafat 37: 135
اًزوُجَع هلَِإ
َنيِرِباَغْلا ِفِ
Kecuali seorang perempuan tua tertinggaldalam golongan yang dibinasakan.
4 Surah az-Zariyat
51: 29
اَهَهْجَو ْتهكَصَف ٍةهرَص ِفِ ُهُتَأَرْما ِتَلَ بْ قَأَف ْتَلاَقَو ٌزوُجَع ٌميِقَع
(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 153
Selain itu, Allah SWT turut menceritakan secara terperinci menerusi surah al-Haj dan Ghafir, mengenai kejadian manusia dengan setiap peringkat. Meskipun dalam surah al-Haj Allah SWT sudah menceritakan mengenai kejadian manusia namun pengulangan ayat masih berlaku di surah Ghafir.
ْنِم هُثُ ٍةَفْطُّن نِم هُثُ ٍباَرُ ت نِِّم مُكاَنْقَلَخ هنِإَف ِثْعَ بْلا َنِِّم ٍبْيَر ِفِ ْمُتنُك نِإ ُساهنلا اَهُّ يَأ َيَ
ْمُكَل َِِّيَِبُ نِِّل ٍةَقهلَُمُّ ِْيرَغَو ٍةَقهلَُّمُّ ٍةَغْضُّم نِم هُثُ ٍةَقَل َع ِفِ ُّرِقُنَو ۖ
َٰلىِإ ُءاَشَن اَم ِماَحْرَْلْا ًلَْفِط ْمُكُجِرُْنُ هُثُ ىًّمَسُّم ٍلَجَأ
ْمُكهدُشَأ اوُغُلْ بَ تِل هُثُ
ِإ ُّدَرُ ي نهم مُكنِمَو ٰهفََّوَ تُ ي نهم مُكنِمَو ۖ َٰلى
ِرُمُعْلا ِلَذْرَأ ٍمْلِع ِدْعَ ب نِم َمَلْعَ ي َلَْيَكِل
اًئْ يَش اَهْ يَلَع اَنْلَزنَأ اَذِإَف ًةَدِماَه َضْرَْلْا ىَرَ تَو ۖ ٍجْوَز ِِّلُك نِم ْتَتَ بنَأَو ْتَبَرَو ْتهزَ تْها َءاَمْلا
ٍجيَِبَ
(al-Haj 22: 5) Maksudnya : Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.
Dalam surah Ghāfir 40: 67 Allah berfirman:
ُشَأ اوُغُلْ بَ تِل هُثُ ًلَْفِط ْمُكُجِرُْيُ هُثُ ٍةَقَلَع ْنِم هُثُ ٍةَفْطُّن نِم هُثُ ٍباَرُ ت نِِّم مُكَقَلَخ يِذهلا َوُه ْمُكهد
اًخوُيُش اوُنوُكَتِل هُثُ
ُلْبَ ق نِم ٰهفََّوَ تُ ي نهم مُكنِمَو ۖ ُغُلْ بَ تِلَو ۖ
او
ًلََجَأ ُلِقْعَ ت ْمُكهلَعَلَو ىًّمَسُّم َنو
Maksudnya:Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air be nih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
Menurut al-Zamakhshari (2009; 961), surah Ghāfir (40: 67) membincangkan usia tua sebagai usia kembali kepada tahap akal dan emosi kanak-kanak. Ia merupakan satu perkara yang lazim bagi semua manusia yang telah tua. Selain itu, al- Quran turut menjelaskan tentang pemikiran warga emas yang semakin lemah dan hilang apabila menginjak usia tua dalam ayat surah al-Nahl 16: 70
ْمُكاهفَوَ تَ ي هُثُ ْمُكَقَلَخ ُه هللاَو ٍمْلِع َدْعَ ب َمَلْعَ ي َلَ ْيَكِل ِرُمُعْلا ِلَذْرَأ َٰلىِإ ُّدَرُ ي نهم مُكنِمَو ۖ
اًئْ يَش َق ٌميِلَع َه هللا هنِإ ۖ ٌريِد
Maksudnya : Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu, (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan) sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
Namun begitu, usia tua yang di beri kepada manusia bukanlah suatu yang sia-sia melainkan bertujuan agar seseorang itu menggunakan masa yang ada untuk menambah amal kebaikan dan berterusan untuk mendalami ilmu Allah SWT. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT dalam surah Fatir 35: 37
َم ِهيِف ُرهكَذَتَ ي اهم مُكْرِِّمَعُ ن َْلََوَأ َرهكَذَت ن
Maksudnya: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.”
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 154
Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini, Allah SWT menegur manusia yang terus hidup dalam kelalaian dengan kehidupan dunia. Sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. Begitu juga menerusi surah Yassin 36:68 Allah mengingatkan manusia yang di beri usia yang panjang dengan ayat sedemikian:
ِقْلَْلْا ِفِ ُهْسِِّكَنُ ن ُهْرِِّمَعُ ن ْنَمَو َنوُلِقْعَ ي َلََفَأ ۖ
Maksudnya : Dan barang siapa kami panjangkan umurnya niscaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya. maka apakah mereka tidak memikirkannya.
Ayat ini menggambarkan seorang hamba yang di panjangkan usianya namun di tarik kekuatan fizikalnya )Ibn Kathir, 1997:
588). Sementara itu, as-Sa’diy (2002; 821) menjelaskan, usia tua adalah seperti keadaan yang di kembali semula ke usia bayi, iaitu keadaan yang lemah dari sudut fikiran dan juga fizikal. Beliau menambah, kelemahan serta usia lanjut sesorang anak Adam itu haruslah di manfaatkan ucapan, daya fikir mereka untuk taat kepada Rabb mereka.
Said an nursi dalam risalah an nur menyatakan bahawa kelemahan dan kedaifan yang terdapat pada waktu tua sebenarnya adalah jalan untuk mencari rahmat Ilahi serta inayah Rabbani. Malah beliau turut menyebut bahawa Allah merahmati orang-orang tua kerana kedaifan dan kelemahan mereka. Ini kerana meskipun dalam lemah dan dhaif mereka masih ruku’
menyembah Allah. Seperti dalam sabda Rasulullah SAW :
ُباذعلا مكيلع هبُصل ٌعهتُر ُمئابَو ٌعهضُر ٌلافطأو ٌعهكُر ٌخويشو ٌعهشُخ ٌبابش لَول
“Jika bukan kerana adanya orang muda yang khusyuk, orang-orang tua yang banyak rukuk, dan bayi yang menyusu dan binatang kepada Allah SWT , nescaya akan di timpakan bala kepada kamu”.
Selain itu, al-Qurthubi ( 1996 ) berkata, “Syaikh” (orang yang tua) adalah orang yang telah melewati 40 tahun, malah Ibn Qayyim (1971; 162) turut mengatakan, setelah usia 40 tahun, kekuatan dan fungsi organ tubuh mulai menurun. Dan kemorosotan ini berlaku secara berperingkat sebagaimana dahulu pekembangan bayi juga turut berlaku secara peringkat. Allah juga menyatakan bahawa sangat rugi barang siapa yang di beri usia lanjut namun tidak digunakan dengan baik seperti dalam surah at-Tin 95 :7.
َيِِلِفاَس َلَفْسَأ ُهَنْدَدَر هُثُ
Maksudnya: Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.
Secara umumnya, ulama Islam banyak membahaskan mengenai usia tua serta pembahagiannya. Seperti yang di nukilkan oleh Elmi Baharudin (2013) ahli tafsir menyatakan warga emas adalah mereka yang berumur 50 tahun dan terdapat perubahan secara perlahan-lahan kepada akal dan fizikal sedikit demi sedikit hingga ke peringkat umur 75 tahun ke atas Hamka (1999). Selain itu, beliau menyatakan pada peringkat umur tersebut, warga emas akan kembali seperti akal kanak-kanak dengan ingatan yang sudah kurang berfungsi dengan baik. Keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan dan lemahnya tubuh badan serta uzur .
Selain itu, Abu Hayyan (1993) menyebut, warga emas ialah mereka yang telah lemah pancaindera yang diperlihatkan dengan kelemahan pada perkataan dan fikiran mereka terutamanya terhadap daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara.
Manakala al-‘Alūsī (1994) pula menyatakan, warga emas adalah mereka yang telah lemah kekuatan fizikal, telah rosak pancaindera sepertimana di waktu mereka kanak-kanak dahulu.
Al-Tabarī (2001:292 ) juga menyatakan warga emas adalah mereka yang telah berumur 75 tahun ke atas dan akan : beransur-ansur menjadi bodoh seperti di zaman kanak-kanak. Begitu juga pandangan Al-Razī (2000: 62) tentang usia tua adalah perpindahan manusia daripada sempurna kepada kekurangan, daripada kuat kepada lemah, muda kepada tua, daripada sakit kepada uzur dan daripada akal sempurna kepada pelupa. Namun begitu, terdapat juga warga tua yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ketika di usia tua. Mereka terus-menerus mengasah pemikiran mereka sehingga menyebabkan akal fikiran, emosi dan rohaniah mereka menjadi cerdas.
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 155
Al-Syihab al-Din (1994: 425) mengatakan, warga emas ini akan kembali menjadi lemah fizikal, dan rosak panca indera seperti mana pada waktu mereka kanak-kanak dahulu. Seterusnya, Abdullah Hadad (1984: 41) memetik pandangan Ibn al-Jauzi yang mendefinisikan usia tua kepada dua peringkat umur iaitu peringkat tua dan peringkat tua bangka. Pada usia peringkat tua adalah warga tua yang berumur 50 hingga umur 70 tahun dan peringkat tua bangka pula adalah warga emas yang berumur 70 tahun hingga ke akhir hayat. Pembahagian usia tua ini turut di perakui oleh WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O) membahagikan tua kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal (50 hingga 65 tahun), peringkat pertengahan (65 hingga 75 tahun) dan peringkat akhir (75 tahun ke atas).
WARGA EMAS DARI SUDUT SAINS DAN BARAT
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2008), proses penuaan adalah merupakan satu proses semulajadi di mana berlakunya perubahan fizikal, social dan psikologi. Proses penuaan ini tidak semestinya dikaitan dengan penyakit. Ini kerana ianya merupakan satu proses sepanjang hayat yang berlaku dari ketika seseorang insan itu di lahirkan. Berikut adalah perubahan yang akan di rasai oleh setiap manusia menginjak usia 40 tahun dan seterusnya :
i. Fizikal
Dari sudut fizikal, warga emas akan mengalami proses kehilangan serta gangguan pada post mitotik (neuron) dalam badan. Ahli gerontologi Cary S. Kart (1997: 22) menganggap, proses menjadi tua adalah lanjutan daripada proses kehidupan manusia dan benda-benda hidup yang lain dengan adanya permulaan sudah pastinya akan diakhiri dengan kematian. Menurut Seow Ta Wee dan Shalini (2014), antara perubahan fizikal yang mungkin berlaku ketika menginjak usia tua adalah rambut akan perlahan-lahan mengeluarkan uban, badan menjadi bongkok, kulit menjadi semakin nipis, mudah pecah, kering dan berkedut. Selain itu, saluran darah manusia juga mula menjadi lebih tebal, fungsi buah pinggang juga turut berkurangan serta kelenjar prostat (lelaki) semakin membesar. Paru-paru warga emas juga akan semakin kurang berfungsi serta mengalami perubahan deria rasa. Pergerakan usus semakin lambat, sakit sendi (osteoarthritis) serta otot menjadi kurang kuat. Keadaan mata perlahan-lahan menjadi terbenam dan berkedut, mata berselaput, penglihatan dan pendengaran menjadi semakin berkurangan. Warga emas akan mengalami reaksi saraf lebih perlahan, sistem pertahanan tubuh berkurangan serta mudah sakit. Putus haid bagi wanita dan masalah kurang hormone androgen bagi lelaki.
Kurt Wolff (1959: 7) pula berpendapat, terdapat beberapa tanda yang menyebabkan seseorang itu dianggap tua antaranya terdapat peningkatan tisu penghubung dalam sesuatu organisma, terdapat pengurangan bahan ilestik pada tisu penghubung, kehilangan elemen-elemen sel dalam sistem saraf, berlaku pengurangan bilangan secara normal sel yang berfungsi atau normal, berlakunya peningkatan kadar lemak dalam badan, pengurangan dalam denyutan jantung di bawah keadaan rehat.
Kemerosotan fizikal ini sudah pasti memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku warga emas. Meskipun pelbagai usaha dari sudut teknologi kecantikan, kesihatan dan sebagainya, manusia tetap tidak boleh lari dari fitrah melalui proses penuaan. Namun, setiap manusia haruslah bertanggungjawab menjaga amanah iaitu tubuh badan dengan menjaga kesihatan bagi menjalani ibadah dengan baik.
Namun begitu, kajian (IPH, 2015) menunjukkan, warga emas di Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak aktif atau di kenali dengan istilah “sedentary”. Keadaan ini telah menjadi kelaziman dalam kalangan warga emas di Malaysia. Malah semakin meningkat usia, semakin kurang aktviti fizikal yang di lakukan. Paling ketara adalah kumpulan yang tertua, iaitu 70% warga emas yang berumur 75 tahun di klasifikasikan sebagai tidak aktif. Poh et al., (2010) melaporkan, hasil kajian MANS menyatakan hanya 1/3 daripada peserta kajian melakukan senaman, manakala 74% daripada baki seharian telah digunakan untuk aktiviti tidak aktif , seperti berbaring dan tidur (Poh et al., 2010).
Seperti yang di jangka, warga emas dalam kalangan lelaki telah diklasifikasikan sebagai individu yang mempunyai tahap aktiviti fizikal aktif berbanding dengan wanita. Kenyataan ini di sokongan daripada perolehan data NHMS (2006), iaitu lebih ramai wanita kurang aktif berbanding dengan lelaki (Chan et al., 2014). Namun kajian juga membuktikan bahawa, lelaki yang tinggal sendirian mempunyai tahap tekanan darah yang tinggi berbanding dengan mereka yang tidak tinggal bersendirian.
Bahkan, lelaki tua yang bercerai mempunyai kadar bunuh diri 3.3 kali lebih tinggi berbanding dengan yang tidak bercerai (Lauer, 2002). Ini memberi gambaran bahawa, warga emas yang tinggal bersendirian menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding yang tinggal berteman samaada dengan pasangan mahupun anak-anak.
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 156 ii Psikologi
Element psikologi merupakan elemen yang penting dan harus di selami oleh anak dan orang muda dalam menyantuni warga emas. Ini kerana, menurut Seow Ta We dan Shalini (2014), perubahan emosi yang berlaku setelah menginjak usia emas adalah kurang keyakinan diri, kekecewaan, kesunyian, sikap rendah diri dan keresahan. Warga emas mudah menjadi lebih sensitif, mementingkan diri, mudah berubah emosi serta degil. Malah menurut nya lagi, warga emas seolah-olah menjadi seperti kanak- kanak yang berusia 2-4 tahun. Dalam hal ini, ahli biologi iaitu Kurt Wolff (1959: 54-55) telah bersetuju dengan pandangan ahli psikologi iaitu Gitelson yang menjelaskan, warga tua adalah golongan yang mudah terdedah kepada masalah emosi yang kurang stabil yang ditandai dengan beberapa tanda seperti; (1) Pengurangan ingatan peristiwa semasa; (2) Ketajaman ingatan peristiwa lepas terutama semasa kehidupan yang berjaya; (3) Sikap yang tegas sebagai kompensasi aspek rasa tidak selamat; (4) Kemuraman yang melampau kerana rasa tersisih dan keseorangan; (5) Sangat sensitif serta suka merungut dan sikap paranoid;
dan (6) Kegelisahan kerana kematian semasa terutamanya kehilangan sanak- saudara.
Dalam memahami perkembangan emosi manusia, Erikson (1963) menghuraikan lapan prinsip perkembangan emosi setiap peringkat individu dari bayi sehingga ke pringkat akhir hayat. Dalam setiap peringkat, terdapat konflik emosi yang spesifik dan sekiranya individu tersebut gagal mengatasi konflik yang di hadapi maka akan membawa kesan kepada masalah penyesuaian psikologikal.
Menurut Erik Erikson (1963), usia warga emas yang usia 60 tahun dan ke atas merupakan fasa peringkat kesepaduan iaitu lawannya adalah putus asa. Pada peringkat ini, seseorang individu akan menjadi lebih bijaksana dan celik akal berkenaan falsafah hidupnya. Apabila dia dapat menunaikan segala tanggungjawab yang di amanahkan dengan sempurna semasa hidupnya, dia akan mendapat keamanan secara dalaman. Maka, tahap kepercayaan adalah tinggi dan dia gembira melihat perkembangan genersi baru. Selepas warga emas tersebut membuat refleksi berkaitan kehidupannya samaada kejayaan mahupun kegagalannya mereka akan dapat membuat penilaian berkaitan kehidupan diri sendiri.
Sebaliknya, warga emas yang tidak dapat menerima erti kegagalan dalam kehidupan akan merasa putus asa kerana mereka percaya kehidupan sekarang adalah singkat dan tidak ada masa lagi untuk memulakan kembali hidup baru. Individu yang menghadapi konflik dalam peringkat ini adalah mereka yang masih tidak ada falsafah hidup yang kukuh.
iii Kognitif
Selain dari perubahan fizikal, psikologi ada satu lagi perubahan yang ketara yang berlaku pada warga emas adalah perubahan kognitif. Sebagai contoh pelupa, mudah keliru, nyanyuk, kemurungan dan kurang daya ingatan terutama perkara baru yang berlaku. Secara umumnya, warga emas mempunyai daya tumpuan kurang dan masalah kesihatan memberikan kesan kemurungan yang teruk dan seterusnya menjejaskan kesihatan fizikal (ZamZam et al., 2009).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, bahawa lebih 20% warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas mengalami masalah mental atau kerosakan saraf. Sebanyak 6.6% daripada kesemua jenis ketidakupayaan dalam kalangan penduduk umur 60 tahun dan ke atas disebabkan oleh masalah saraf dan mental. Keadaan ini telah menyumbang 17% kepada kehidupan dengan ketidakupayaan (Years Lived in Disability). Menariknya, masalah neuropsikiatrik yang lazim bagi individu umur 60 tahun dan ke atas ialah dimensia dan kemurungan. Prevalens kemurungan dalam kalangan warga emas Malaysia yang tinggal di luar bandar ialah 7.6% dan masalah kognitif ialah 22.4% (Sidik et al 2004), manakala Suzana et al (2015) melaporkan 16% penduduk warga emas di Semenanjung Malaysia mengalami masalah kognitif ringan (Mild Cognitve Impairment).
Rajah 3: rajah di atas menunjukan Perbandingan Prevalens Kesihatan Mental Mengikut Kumpulan Umur dan Tahun dari yang telah meningkat sebanyak 15 % selepas 10 tahun (NHMS 2006, NHMS 2015)
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 157
Di samping itu, dementia merujuk kepada kerosakan kefungsian kognitif terus yang menjejaskan kemampuan untuk melaksanakan 131 aktiviti-aktiviti asas kehidupan harian (ADL), seperti mandi, berpakaian, atau makan. Dianggarkan 81 juta orang di seluruh dunia dilaporkan telah disahkan menghidapi penyakit Alzheimer`s (AD) dan dementia menjelang tahun 2010.
Bilangan ini dijangka akan berganda bagi setiap 20 tahun dan rakyat di negara-negara membangun, seperti China dan kawasan Asia Pasifik, 3-4 kali ganda berisiko tinggi untuk menghidapi dementia berbanding dengan negara-negara maju (Wimo et al., 2003). Kaum wanita (19.7%) dilaporkan mengalami dementia lebih tinggi berbanding dengan lelaki (8.8%). Selain itu, kajian ini juga telah menjelaskan bahawa buta huruf, status kesihatan yang rendah, dan etnik Bumiputera berada pada risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi dementia
Selain itu, maklumat berkaitan kemurungan semasa dan kemurungan sepanjang hayat daripada data dilaporkan dalam NHMS 2011 banyak menunjukkan persamaan (Rajah )Didapati warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas telah dilaporkan mempunyai prevalens tertinggi bagi kemurungan semasa (2.2%) dan kemurungan sepanjang hayat (2.8%), diikuti oleh kumpulan umur pertengahan (35 hingga 44 tahun). Peningkatan mendadak masalah kesihatan mental telah berlaku dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua, dan ini menunjukkan bahawa kemurungan merupakan masalah yang lebih biasa dalam kalangan yang lebih tua berbanding dengan belasan tengah (IPH, 2011)
Rajah 4
Warga emas yang mengalami kemurungan pada kebiasaannya akan menunjukkan masalah dalam beberapa domain, seperti pemberian tumpuan dan perhatian, memori visual, ingatan kerja, fungsi eksekutif atau mempelajari perkara yang baharu ( Tengku Aizan,.et all 2017). Rashid dan Tahir (2014) telah menjalankan penyelidikan dalam kalangan 2005 orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan mendapati bahawa prevalens kemurungan ringan dan teruk, masing-masing ialah 56.1% dan 19.2%. Kajian mendapati status perkahwinan, kaum India, kekurangan sokongan sosial, kualiti tidur yang tidak baik, kemiskinan, kognitif, dan fungsi terhad merupakan faktor risiko kemurungan dalam kalangan warga emas yang tinggal dalam komuniti.
KESIMPULAN
Secara keseluruhnya dapat di simpulkan bahawa al Quran secara umum nya telah menghuraikan proses kehidupan manusia.
Kejadiaan dari bayi, remaja, dan akhirnya kembali kepada tidak upaya iaitu Tua. Allah menyuruh manusia memanfaatkan setiap usia yang di berikan sebaik untuk beribadah kepada Nya. Ketidakupayaan yang di huraikan adalah dari sudut fizikal, pemikiran dan ingatan serta juga emosi iaitu psikologi. Manusia seharusnya menerima hakikat dan sedar bahawa proses penuaan itu akan
Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET) 2019 158
berlaku. Kesedaran ini sangat penting supaya manusia sentiasa bersedia dari sudut ibadah, mental dan juga sosial apabila menjengah usia tua. Ulama turut menasihati supaya menguna kan tenaga yang ada untuk terus mencari ilmu dan melakukan ibadah dengan semampu boleh bagi bekalan menuju akhirat.
RUJUKAN
Abd Al-Rahman Bin Nasir Al-Sa’diy. 2002. Taisir Al-Karim Al-Rahman Fi Tafsir Kalam Al-Mannan. Dar Al-Salam. Taisrul Karîmir Rahmân P.644
Abd al-Rahman Bin Nasir al-Sa’diy. 2002. Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Dar al-Salam. Taisrul Karîmir Rahmân hlm.644
Abdul Rashid, Ibrahim Tahir. (2014). The Prevalence And Predictors Of Severe Depression Among The Elderly In Malaysia.
Journal Cross Culture Gerontol, 69.
Abu Hayyān, Muhammad Yūsuf As-Syahīd. 1993M/1413H. Tafsīr Al-Bahr Al-Muhīd. Jilid 1. Bairūt, Lubnān: Dār Al-Kutub Al-Ilmiyyah.
Al-Marāghī, Ahmad Mustafā Al-Marāghī. 2001. Tafsīr Al- Marāghī. Pent: Muhammad Thalib: Jilid 12. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
al-Razī, Fakhr al-Dīn Muhammad Ibn c Umar. 2000M/1421H. al-Tafsīr al-Kabīr aw Mafātīh al-Ghaiyb. Jilid 20. Bairūt, Lubnān:
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. p. 62.
al-Tabari, Abu Jac
far Muhammad Jarir. 1992M/1412. Tafsir al-Tabari al-Musamma Jāmic
al-Bayān Fi Ta’wil al-Qur’ān. Jilid 1, 3, 7 dan 8. Beirūt, Lubnān: Dār al- Kutub al-c
Ilmiyyah.
al-Zamakhshari, Abu al-Qāsim Mahammad cAbd Allah. (1995). Tafsir al-Kashāf. Jilid 1, 2 dan 4. Beirūt, Lubnān: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.
Bediuzzaman Said Nursi,(2015) Risalah An Nur, Risalah Untuk Warga Tua, Kuala Lumpur, Malaysia. ‘P.65
Cary S. Kart. 1997. The Realities of Aging an Introduction to Gerontology. Edisi ke-5. Printed in The United States of America.
Elmi baharuddin. 2013. Kecerdasan Ruhaniah Dan Amalan Agama Warga Tua Di Rumah Kebajikan. UKM.
Erikson, E.H. 1963. Childhood and Society, 2nd edition. New York: W.W. Norton.
Hamka, Abdulmalik Abdulkarim Amrullah. 1999. Tafsir al-Azhar. Cet: ke-3: Jilid 1, 2, 5, 6, 8 dan 10. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Ismail Bin ‘Umar Bin Kathir Al-Qarashi Al-Dimasyqi. 1997. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim. Dar Tayyibah. p.588.
Kurt Wolff, M.D. 1959. The Biology, Sociological and Psychological Aspects of Aging. Westport: Greenwood Press, Publishers Lauer RH, Lauer JC (2002) Social problems and the quality of life. 8th ed. McGraw Hill, Boston. Litt JS, Zimmerman (2003)
Guest editor’s introduction global perpectives on gender and carework: An introduction. Gender and Society 17 (2), 156- 165
Mahmud Bin ‘Umar al-Zamakhsharial-Khawarizmiy. 2009. al-Kasyyaf. Dar al-Makrifah. p. 961.
Mohd Sidik, S., Rampal, L., & Afifi, M. (2004). Physical and mental health problems of the elderly in a rural community of Sepang, Selangor.
Ms 65, risalah an nur, risalah untuk warga tua, bediuzzaman said nursi, kuala lumpur, Malaysia.
Muhammad bin Jarir al-Tobari. 2001. Tafsir al-Tobari. Al-Qaherah; Hajr. p. 292.
Poh, B. K., Safiah, M. Y., Tahir, A., Siti Haslinda, N., Siti Norazlin, N., Norimah, A.
Qurtubhi, Tafsir Al-Qurthubi,17/180], Surah Al Mujadalah : 11, Tafsir Al Qurtubhi, Terjemahan Faturrahman, Jakarta :Pustaka Azzam 2009.
Seow, S. S. & T. W. (2009). Pandangan Warga Tua Di Rumah Warga Tua:Kajian Kes Di Bandaraya Ipoh Dan Johor Bahru.
Persidangan Kebangsaan Georgrafi & Alam Sekitar, 3(1), 143–151.
Syams al-Din abi ‘Abi ‘Abdillah Muhammad bin Qayyim al-Jawziyyah. 1971.Tuhfah al-Maudud bi Ahkam al-Mawlud. Dar Kutub al-‘Ilmiyyah. p. 162.
Assobuni , tafsir al Wasith 352 : 11
Tengku Aizan, (2017) Laporan Kajian Kemudahan Dan Perkhidmatan Bagi Menepati Keperluan Warga Emas Menjelang 2030, jabatan kebajikan masyarakat Malaysia.
Wimo, A. (2010). Differences in resource use and costs of dementia care between European countries: baseline data from the ICTUS study. Journal of Nutrition Health and Aging, 14, 8, 648-54. Havighurst
ZamZam, R., Thambu, M., Midin, M., Omar, K., & Kaur, P. (2009). Psychiatric morbidity among adult patients in a semi-urban primary care setting in Malaysia. International Journal Of Mental Health Systems, 3(1), 13.