1 SUKATAN PENILAIAN
PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK)
TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JURUTERA AWAM GRED J41
1.0 MATLAMAT
Menentukan tahap kompetensi pegawai dari aspek pengetahuan serta ciri-ciri sikap, nilai dan etika kerja positif yang diperlukan mengikut bidang tugas perkhidmatan.
2.0 TUJUAN
Untuk menilai kompetensi pegawai di Tahap Kecekapan 1 bagi membolehkan pengiktirafan dan memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan anjakan gaji dan/atau kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.
3.0 PEGAWAI YANG LAYAK
Jurutera Awam Gred J41 yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
4.0 KOMPETENSI PERKHIDMATAN
Kompetensi perkhidmatan adalah keperluan kemahiran untuk melaksanakan tugas bagi Jurutera Awam Gred J41. Kompetensi perkhidmatan adalah seperti berikut:
4.1 Kebolehan mengurus dan menggunakan sumber
4.2 Kebolehan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian terhadap sesuatu masalah
4.3 Kebolehan berkomunikasi dengan berkesan 4.4 Kebolehan bekerja dalam pasukan
4.5 Kebolehan mengurus masa
4.6 Kebolehan melaksana program/aktivit dalam skop tugas
4.7 Kebolehan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang pengkhususan 4.8 Mempunyai nilai dan etika yang utuh serta mantap
4.9 Kebolehan mengurus diri (self management); dan
2 4.10 Kebolehan membantu dalam menulis laporan dan kertas kerja serta
kemahiran penggunaaan statistik.
5.0 JENIS KOMPETENSI
Pegawai akan dinilai melalui dua (2) komponen iaitu Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsional.
5.1 Kompetensi Generik
Kompetensi Generik iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi.
Sukatan Penilaian adalah ditetapkan oleh Panel Penggubalan Sukatan Penilaian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
5.2 Kompetensi Fungsional
Kompetensi Fungsional iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan. Kompetensi Fungsional bagi pegawai adalah seperti berikut:
5.2.1 PENTADBIRAN KONTRAK A. Pra-Kontrak
Tatacara Perlantikan Perunding
Jenis-jenis Perolehan dan huraian ringkas.
Tatacara tawaran Sebutharga dan tender bagi kerja, bekalan dan perkhidmatan.
B. Pasca-Kontrak
Kandungan Dokumen Kontrak
Insuran kerja, bon pelaksanaan, wang jaminan pelaksanaan Bayaran pendahuluan dan bayaran interim
Perbelanjaan Wang Peruntukan Sementara dan tatacara perolehan
3 Perubahan Kerja dan Pelarasan Harga Kontrak
Kelewatan, Lanjutan Masa, Tak Siap Kerja (LAD) dan Penamatan Kontrak
Penyiapan Kerja, Penyerahan Kerja dan Pembaikan Kecacatan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad
5.2.2 ASAS PENGAMBILAN BALIK TANAH DAN PENGWARTAAN REZAB
• Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
• Tujuan Pengambilan Balik Tanah
• Aplikasi Borang – Borang A hingga K
• Asas – asas Kerja Ukur
5.2.3 ASAS-ASAS KERJA UKUR
• Jenis kerja Ukur - Aras Laras
5.2.4 PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN
• Transformasi sektor pertanian Negara
• Perancangan sistem pengairan
• Perancangan sistem saliran pertanian
• Rekabentuk sIstem pengairan
• Rekabentuk sistem saliran pertanian
• Jayaguna sistem pengairan
• Pengurusan, operasi dan penyelenggaraan sistem pengairan
• Pengurusan, operasi dan penyelenggaraan sisten saliran pertanian
• Pemodenan sistem pengairan
• Pemantauan, penilaian dan penandaarasan sistem pengairan
4 5.2.5 TEBATAN BANJIR
• Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM) - Konsep
- Pengurusan Risiko Banjir
• Kaedah-kaedah menangani masalah Banjir - Kaedah Struktur
o Empangan o Kolam takungan o Lencongan o Rumah Pam o Ban sungai o Pelebaran sungai
- Kaedah Bukan Struktur
o Pengurusan Dataran Banjir o Penaksiran Risiko Banjir
o Sistem Ramalan dan Amaran Banjir o Pemindahan Penduduk
o Program Kesedaran Awam o Insuran Banjir
• Rekabentuk Untuk Projek Tebatan Banjir
- Senarai maklumat untuk menentukan konsep
- Senarai data untuk mendapatkan Q rekabentuk (Design Q) - Perkiraan mendapatkan Q rekabentuk
- Respon Banjir
5 5.2.6 KEJURUTERAAN PANTAI
• Struktur pantai dan kesesuaiannya
• Hakisan pantai dan kaedah pencegahan dan baik pulih hakisan
• Garispandauan Pembangunan Persisiran pantai JPS 1/97
• Pengurusan Bersepadu Garis Pantai ( ISMP)
• Kompenan pemuliharaan muara sungai
5.2.7 KEJURUTERAAN SUNGAI
• Struktur sungai dan kegunaannya - Bridges and culverts
- Barrage
- Dam
• Morfologi dan Pemeliharaan sungai - Hydraulic zones
- Meanders - Pool and ripple
- Main river channel and floodplain - Lake and Wetland
- Reserve, riparian dan corridor
- Causes of bank erosion and solutions
• Pencemaran sungai
- Point and non-point source - Measures to overcome
• Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) - Concept and advantages
- Relation with IWRM - Main components
6 5.2.8 HIDROLOGI DAN SUMBER AIR
•••• Asas-asas hidrologi
- Kepentingan data-data Hidrologi - Kriteria pemilihan tapak stesen - Syarat-syarat keperluan bagi stesen
• Jenis-jenis perakam - Curahan Hujan - Kadar Luahan
- Beban Endapan “Sedimen Load”
• Ramalan dan Amaran Banjir
- Pembangunan dan operasi ramalan dan amaran banjir o Penubuhan stesen-stesen telemetrik, siren dan
bagaimana data stesen berkenaan digunakan.
o Operasi dan penyelenggaraan sistem telemetrik, siren o Penyediaan Laporan Banjir
• Pengurusan Banjir dan Kemarau - Mekanisme operasi banjir - Pemantauan kemarau
- Bagaimana Lamanweb Infokemarau membantu mengenalpasti kawasan-kawasan kemarau
• Analisis dan Rekabentuk Hidrologi - Hydrological Procedures
o HP1, HP4, HPS, HP11 dan HP12
• Penggunaan Intensity – Duration Frequency Analysis
7 5.2.9 STRUKTUR, GEOTEKNIK DAN EMPANGAN
• Prinsip - Prinsip Asas, Kaedah dan Prosidur Rekabentuk Kejuruteraan dalam JPS
- Prinsip-prinsip asas, kaedah dan prosidur Rekabentuk hidraulik JPS
- Prinsip-prinsip asas, kaedah dan prosidur rekabentuk struktur JPS
- Struktur Hidraulik
o Kapasiti aliran “flow capacity” dan saiz struktur contoh pembentung “culvert”
o Invert level
- Struktur Bangunan o Rasuk “beam”
o Tiang “column”
o Tapak asas “foundation”
- Prinsip-prinsip asas dan kaedah Geoteknik o Jenis dan sifat tanah
o Ujian asas tanah
Mackintosh Probe
Standard penetration test
o Kestabilan cerun
o Pemendapan “settlement” – Benteng “bund”
o Resapan “seepage” – benteng
- Aplikasi ilmu hidraulik strukur dan geoteknik alam penyelesaian masalah secara konseptual.
8
• Pengurusan Keselamatan Empangan - Objektif keselamatan empangan - Ciri-ciri keselamatan empangan - Faktor-faktor utama
o Resapan “seepage”
o Mendapan kelodak
• Kaedah-kaedah pemantauan
- Tekanan air dalam ”embankment” (piezometer) - Ketinggian air dan maksimum kadaralir banjir “flood
discharge”
5.2.10 TEKNOLOGI MAKLUMAT
• Pengurusan Maklumat dan Pelan Strategik ICT
- Jawatankuasa – jawatankuasa berkaitan dan peranannya - Tatacara memohon kelulusan teknikal projek ICT
- Laman web (utama, Infoportal) - Aplikasi Kerajaan Elektronik - Pengurusan Maklumat – GIS
• Infrastruktur ICT
- E-mel – Penggunaan dan Polisi
- Pengetahuan dalam pengendalian dokumen dan fail.
- Kefahaman tentang penggunaan komputer.
- Kefahaman tentang sistem operasi dan utilitinya.
• Keselamatan ICT
- Dasar Keselamatan ICT Jabatan
9 5.2.11 PROGRAM KUALITI
• Sistem-sistem pengurusan MS ISO 9001, EMS 14001 &
OHSAS 18001
•••• Penilaian Audit Prestasi
•••• Inovasi
5.2.12 PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN ( O & M )
• Objektif
• Perancangan
• Jenis O & M
• Kerja O & M
5.2.13 SALIRAN BANDAR
• Perbezaan kitaran hidrologi sebelum pembangunan dan selepas pembangunan
• “BMP” untuk kedua-dua kawalan kuantiti dan kualiti
• Senarai semak (polisi) ’storm water management’ untuk pembangunan hartanah
• Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan untuk rekabentuk ’ Saliran Mesra Alam’
• Kawalan Hakisan Kelodak (Hakisan, Runoff-Control, Sediment Control)
• Kriteria Rekabentuk untuk Kolam Takungan
• Penyediaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam untuk Bandar
• Isu-isu perlaksanaan Saliran Mesra Alam
• Strategik Plan Saliran Mesra Alam Cadangan Untuk Perlaksanaan Saliran Mesra Alam
10 5.2.14 PENGURUSAN PROJEK
•••• Perancangan projek
•••• Pengurusan projek
•••• Kawalan projek
•••• Pemantauan projek
6.0 AKTIVITI PENILAIAN
6.1 Kertas Tugasan Individu (50%)
• Kertas tersebut hendaklah disediakan berdasarkan format yang dibekalkan sebelum menghadiri sesi PPK;
• Soalan-soalan disediakan oleh Panel Penilaian PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
• Kertas Tugasan perlu disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada bahasa soalan; dan
• Kertas Tugasan perlu diserahkan semasa sesi pendaftaran PPK.
6.2 Penilaian Pengurusan Kerja (50%)
• Dilaksanakan dalam Bahasa Melayu;
• Tempoh penilaian adalah 20 minit bagi setiap individu;
• Tempoh persembahan adalah 10 minit dan sesi soal jawab adalah 10 minit;
• Dilaksanakan dalam bentuk viva iaitu pembentangan secara individu menggunakan format Powerpoint yang telah disahkan oleh penyelia/Ketua Jabatan;
• Format Powerpoint yang disediakan mestilah tidak melebihi lima (5) slaid termasuk muka depan;
• Persembahan adalah hasil dari analisa SKT yang dilaksanakan;
• Persembahan perlu menyatakan pencapaian ke atas aktiviti/program dan impak/kesan kepada jabatan; dan
11
• Aktiviti ini mengukur pencapaian pegawai sama ada dalam bentuk kerja atau projek atau aktiviti yang dibentangkan berdasarkan deskripsi tugas dan profil gred jawatan.
7.0 TEMPOH PENILAIAN Minimum dua (2) hari.
8.0 TAHAP KESUKARAN
Pengetahuan iaitu kebolehan mengingati semula perkara-perkara yang sudah dipelajari.
9.0 PENETAPAN KEPUTUSAN
Keputusan bagi setiap komponen akan ditentukan seperti berikut:
Gred Keputusan Penjelasan
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Sederhana
Manakala keputusan keseluruhan akan dibahagikan kepada empat (4) tahap seperti berikut:
Tahap
Keputusan Penjelasan Catatan
Aras IV
Lulus/Melepasi Tahap Kompetensi pada aras
kecemerlangan
Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan Anjakan
Gaji dan kenaikan pangkat
Aras III Lulus/Melepasi Tahap Kompetensi
Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan
kenaikan pangkat
12 Aras II Lulus Bersyarat Menduduki semula komponen
yang berkaitan Aras I Tidak Melepasi Tahap
Kompetensi Mengulangi keseluruhan PTK
10.0 PENILAI/PEMERIKSA
Panel Penilai dan Pemeriksa adalah terdiri daripada Pegawai Gred J44 dan ke atas yang dilantik oleh Pengerusi Panel Penilaian PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
11.0 PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
12.0 PUSAT PENILAIAN
Pusat penilaian akan ditentukan oleh Urus Setia PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
13.0 TARIKH AKHIR PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan enam (6) minggu sebelum tarikh PTK dilaksanakan.
13 14.0 SENARAI BAHAN RUJUKAN
14.1
Manual Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Edisi 2009
14.2
Manual Saliran Mesra Alam
Disediakan Oleh:
Urus Setia PTK
(Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) Julai 2009