• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harga buah sawit rendah, pekebun kecil masih untung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Harga buah sawit rendah, pekebun kecil masih untung"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Harga buah sawit rendah, pekebun kecil masih untung - MPOB

Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Julai 17, 2022 @ 11:29am [email protected]

Gambar fail. - Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Penurunan mendadak harga buah tandan segar (BTS) sawit di dalam pasaran sejak bulan lalu menyebabkan pendapatan pekebun kecil sawit terjejas sedikit, namun ia secara umumnya masih menguntungkan, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

"Berdasarkan harga yang dilaporkan oleh pengilang BTS kepada MPOB, didapati harga purata bulanan BTS mula melepasi paras RM1,000 satu tan bermula pada Oktober 2021 dan kekal hingga Jun lalu.

"Namun begitu, selaras dengan penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran, harga BTS di pasaran ketika ini berlegar di antara RM600 hingga RM800 satu tan. Penurunan harga ini telah menjejaskan sedikit pendapatan pekebun kecil sawit.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Namun begitu, paras harga ini masih lagi menguntungkan pekebun kecil dan ini ditambah pula dengan jangkaan penghasilan pengeluaran BTS yang tinggi bermula Jun akan membantu mengurangkan kesan daripada penurunan harga BTS," katanya kepada BH ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Parveez berkata, kejatuhan BTS itu adalah seiring dengan prestasi minyak sawit mentah (MSM ) yang turut mengalami kemerosotan serupa.

Katanya, harga BTS ditentukan oleh pergerakan harga pasaran MSM yang sentiasa berubah- ubah berdasarkan kepada faktor asas dan sentimen pasaran semasa.

"Harga MSM telah mula menunjukkan trend peningkatan yang ketara bermula pada pertengahan tahun 2020 dan telah beberapa kali memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei 2022.

"Namun begitu, harga MSM telah mula menunjukkan trend kejatuhan bermula pada Jun 2022 di mana harganya telah jatuh sebanyak 11.2 peratus kepada RM6,106 satu tan berbanding RM6,8730 satu tan pada Mei 2022.

"Harga harian MSM terus merosot kepada RM3,934 satu tan pada 6 Julai 2022 atau menurun sebanyak 23.0 peratus berbanding RM4,838.50 satu tan pada 1 Julai 2022," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, harga MSM mengalami kejatuhan yang mendadak bermula bulan Jun adalah disebabkan oleh penyusutan harga minyak kacang soya (SBO) dan minyak mentah Brent di pasaran dunia.

Selain itu katanya, ia juga disumbangkan oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global dan langkah kerajaan Indonesia mempertingkatkan kuota eksport yang lebih besar untuk mengurangkan inventori domestik negaranya yang masih tinggi dan peningkatan stok minyak sawit kesan daripada pengeluaran MSM yang tinggi.

"Malah eksport minyak sawit yang menurun terutamanya bagi pasaran utama seperti India dan Kesatuan Eropah juga menyumbang kepada penurunan harga komoditi ini," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT, atas berkat rahmat dan kuasa-nya yang telah melimpahkan kekuatan lahir dan bathin kepada diri kami, sehingga setelah

HASIL PENELITIAN DAN PEMBAHASAN Berdasarkan hasil analisis data diketahui bahwa kemampuan membaca cerpen siswa kelas X SMA Negeri 1 Gunung Tuleh Kabupaten Pasaman Barat berada pada