• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior yang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior yang"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior yang diusahakan gelandangan di Anjung Kelana, Taman Desa sejak Mac lalu akan dipasarkan secara sistematik kepada orang ramai melalui gerai Hijrah Warrior Mart.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, gerai pertama akan dibuka pada 1 Oktober ini di Teratak Muhibbah 1, Taman Desa yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Katanya, empat gelandangan akan bekerja mengikut syif dan menerima gaji minimum RM1,200 sebulan, selain turut disediakan penginapan percuma.

"Gerai Hijrah Warrior Mart ini akan dijadikan sebagai hab keusahawanan sosial yang melatih gelandangan pengurusan perniagaan supaya mereka suatu hari nanti dapat keluar daripada kehidupan gelandangan dan menjadi usahawan berjaya," katanya selepas melawat Kebun Hijrah Warrior, hari ini.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Hijrah Warrior adalah kelompok gelandangan yang diselamatkan di sekitar ibu negara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu dan mereka kini diberi bimbingan supaya dapat kembali bersama dengan masyarakat lain.

Shahidan berkata, kementerian turut merancang memperluas konsep Hijrah Warrior Mart ke semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa akan datang bagi memudahkan lebih ramai masyarakat mendapatkan produk jualan pertanian Hijrah Warrior.

Bagi meningkatkan produktiviti pertanian pula, Shahidan berkata kementerian mengenal pasti kawasan berkeluasan 1.3 hektar bersebelahan Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Taman Desa untuk diusahakan dengan penanaman pokok buah- buahan hibrid seperti pisang, nanas, buah naga dan limau bali. – BERNAMA

Referensi

Dokumen terkait

All Staff Meeting Minutes January 21, 2016 Attendees: Brett Arno, Ellen Bahr, Stephen Crandall, Susan Eszes, Laurie McFadden, Natalie Skwarek, David Snyder, Linda Sootheran, Brian