• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah

(The Relationship Between History Teachers' Interest and the Level of Use World History)

Lee Kah Yee1*, Anuar Ahmad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Received: 25 March 2023 | Accepted: 10 May 2023 | Published: 1 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.1

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dalam usaha melaksanakan rancangan pendidikan negara, peranan guru adalah paling utama kerana mereka merupakan pelaksana secara langsung terhadap murid-murid.

Dalam pada itu, minat guru memainkan peranan penting kerana akan memberi kesan kepada tanggapan guru terhadap kaedah pengajaran dan juga hasil pembelajaran mereka. Namun begitu, kajian terhadap minat selalunya fokus kepada pelajar manakala kajian yang meninjau pengaruh minat guru terutamanya guru sejarah adalah amat kurang. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat guru Sejarah terhadap Sejarah Dunia, seterusnya mengetahui hubungan antara minat guru sejarah dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dalam PdPC sejarah. Seramai 100 orang guru sejarah di SJKC Daerah Kinta Utara menjadi sampel kajian dan mereka dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini ialah set soal selidik yang dilahir daripada Teacher Interest Scale (TIS) serta soal selidik tahap penggunaan Sejarah Dunia yang telah diadaptasi dan diubahsuai. Data kajian ini dianalisis menggunakan skor min dan peratusan bagi tahap minat dan tahap penggunaan manakala ujian korelasi Spearman Rho terhadap hubungan antara minat dan motivasi dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dengan menggunakan perisian SPSS Statistics Versi 28. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap minat guru terhadap Sejarah Dunia adalah tinggi manakala tahap penggunaan Sejarah Dunia adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan bagi minat dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia oleh guru sejarah. Kajian ini membuktikan bahawa minat akan memberi pengaruh terhadap amalan pengajaran guru.

Kata kunci: minat, tahap penggunaan, sejarah dunia, guru

Abstract: In the effort to implement the national education plan, the role of teachers is the most important because they are the direct implementers of the students. Meanwhile, interest play an important role for teachers because teachers' interest will affect their teaching methods and also their learning outcomes. However, studies on interest often focus on students while studies that examine the influence of interest on teachers, especially history teachers, are limited. This study aims to identify the level of interest of History teachers towards World History, then to find out the relationship between the interest of history teachers and the level of use of World History. A total of 100 history teachers at SJKC Kinta Utara District became the study sample and they were selected through simple random sampling technique. The instrument of this study is a set of questionnaires adapted and modified from the Teacher Interest Scale (TIS) as well as a questionnaire on the level of use of World History. The data

(2)

of this study was analysed using the mean score and percentage for the level of interest and level of use while the Spearman Rho correlation test analysed the relationship between interest with the level of use of World History by using SPSS Statistics Version 28. The findings of this study found that the level of interest of teachers towards World History is high while the level of use of World History is moderate. In addition, the findings of this study also show that there is a positive and significant linear relationship for interest with the level of use of World History by history teachers. This study proves that interest and motivation will influence teachers' teaching practices.

Keywords: differentiated teaching approach, Focused and Differentiated Intervention Training Module, Malay Language Level 1 teacher, teaching approach, national primary school

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pendidik merupakan individu yang penting kepada sistem pendidikan. Tanpa pendidik, aspirasi negara tidak mungkin tercapai. Mereka tidak hanya mengajar ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi pada masa yang sama, mereka membentuk sahsiah pelajar, sebagai generasi masa depan negara. Menurut Jahiu (2021), seorang guru yang berjaya bukan sekadar mengetahui maklumat atau mempunyai kecekapan professional tentang subjek atau isu yang diajar tetapi juga termasuk strategi pengajarannya yang dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan.

Walau bagaimanapun, guru juga merupakan insan dan mempunyai personaliti dan minda yang berbagai. Pandangan mereka terhadap keadah pengajaran juga tidak sama. Contohnya, dalam mengajar topik yang sama, cara penyampaian dan bahan yang digunakan oleh guru adalah berbeza. Ia amat bergantung kepada pertimbangan guru dan tahap murid yang diajar. Di samping itu, minat guru juga menyumbang kepada cara penyampaiannya dalam PdPC.

Menurut Ibrahim (2021), minat terhadap pengajaran memainkan peranan penting untuk dilaksanakan oleh pendidik. Adalah dipercayai bahawa motivasi dan minat untuk mengajar mempengaruhi pendidik untuk memberi inspirasi kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam tinjauan terhadap kualiti pengajaran, minat dan motivasi guru juga perlulah diambil kira.

Namun begitu, boleh didapati banyak kajian lepas tentang cara pengajaran atau intervensi untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid oleh guru serta hubungan motivasi guru dan kesannya terhadap murid. Manakala kajian yang meninjau sejauhmanakah pengaruh minat guru dari pelbagai aspek terhadap kaedah pengajaran yang digunakan adalah amat kurang sedangkan minat guru akan memberi kesan kepada tanggapan mereka terhadap kaedah pengajaran dan juga hasil pembelajaran mereka. Justeru kajian ini akan mengisikan jurang ini sedangkan guru ialah penggerak utama di peringkat sekolah untuk menentukan keberhasilan murid (Schiefele, Streblow & Retelsdorf, 2013).

Dalam kajian ini, hubungan antara minat guru sejarah sekolah rendah dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia akan ditinjau. Sejarah dunia bukan elemen wajib dalam kurikulum sejarah sekolah rendah. Ia mula diperkenalkan secara umum dan luas kepada murid pada tahap sekolah menengah. Hal ini juga menyebabkan aspek sejarah dunia amat sesuai digunakan untuk mengkaji minat guru kerana minat ini dilahirkan semata-mata daripada kegemaran dan kepuasan sendiri tanpa pengaruh faktor luaran seperti pencapaian murid, prestasi guru atau desakan pihak pentadbir.

(3)

2. Objektif Kajian

i. Untuk mengenalpasti minat guru sejarah terhadap sejarah dunia.

ii. Untuk mengenalpasti tahap penggunaan sejarah dunia dalam PdPC sejarah oleh guru sejarah.

iii. Untuk mengetahui hubungan antara minat guru dengan tahap penggunaan sejarah dunia dalam PdPC sejarah

3. Sorotan Literatur

3.1 Pendidikan Sejarah Dunia

Walaupun konteks sejarah dunia memang sesuatu yang biasa didengar, tetapi sebenarnya bukan semua negara dalam dunia ini meletakkan sejarah dunia ke dalam kurikulum sejarahnya ataupun menjadi subjek khusus. Poulsen (2013) dalam artikelnya mendapati bahawa negara seperti Denmark, Jerman, England dan Norway tidak meletakkan sejarah dunia ke dalam kurikulum pendidikannya. Hal ini kerana bukan semua orang berasa sejarah dunia mempunyai keperluan untuk diajar dan penting dalam kehidupan seharian. Begitu juga bagi negara Jerman, Girard dan Harris berpendapat bahawa situasi pendidikan di Jerman yang tidak membuka kursus sejarah dunia perlu diubah (Girard & Harris, 2018). Hanya sesetengah negara yang mendidik sejarah dunia, contohnya negara seperti Rusia, Latvia, Romania dan Lithuania, Singapura dan Australia. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini, permintaan dan minat terhadap sejarah dunia telah meningkat. Harris dan Burn pada tahun 2015 telah melaksanakan kajian tinjauan terhadap 550 orang guru sejarah di England menunjukkan bahawa 85% guru berasa wajaran bagi sejarah Eropah dan sejarah dunia adalah terlalu kurang.

Kajian ini telah menunjukkan bahawa sebenarnya guru sejarah England mempunyai pandangan yang positif terhadap sejarah dunia dan mereka adalah ingin mengajar sejarah dunia. Selain itu kajian Nygren (2011) menunjukkan bahawa guru sejarah di Sweden bersetuju bahawa elemen sejarah dunia adalah kurang dan hanya Sejarah Eropah diutamakan dalam kurikulum mereka.

Minat murid terhadap sejarah dunia juga boleh ditunjukkan melalui kajian oleh Grever, Pelzer dan Haydn pada tahun 2011. Hasil dapatan menunjukkan bahawa semua pelajar mempunyai minat terhadap sejarah dunia. Dari segi kaedah pengajaran sejarah dunia, Weinland (2012) menggalakkan penerapan sejarah dunia sebagai bahan tambahan atau contoh dalam topik yang diajar.

3.2 Minat

Minat adalah kecenderungan jiwa seseorang terhadap objek, biasanya disertai dengan perasaan gembira kerana merasakan wujudnya minat terhadap sesuatu. Seseorang itu akan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang berminat. Menurut Sardiman (2009), apabila seseorang melihat ciri atau makna dari situasi yang berkaitan dengan keinginan atau keperluan mereka sendiri, minat akan berlaku Menurut Wan Jaafar dan Othman (2019), minat merupakan daya penggerak yang mendorong supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan.

Sebelum ini, kajian tentang minat dalam aspek pendidikan fokus kepada minat murid.

Contohnya hubungan minat murid terhadap kualiti pembelajaran, pencapaian akademik dan subjek kegemaran (Sciefele et al., 2013). Minat guru masih kurang ditinjau termasuk sifat dan struktur minat guru, pembentukan instumen yang sahih dan boleh dipercayai dan hubungan antara minat guru dengan sekolah, hasil pengajaran dan pencapaian murid (Hulleman, 2010).

Justeru kajian ini akan turut mengkaji minat guru dan pengaruhnya terhadap amalan guru.

Beberapa kajian lepas telah menunjukkan pengaruh minat guru memberi kesan terhadap amalan dan kualiti pengajarannya seperti kajian oleh Long dan Woolfolk Hoy (2006) terhadap

(4)

minat guru dengan perbezaan dan keberkesanan pengajarannya. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan minat guru adalah jenis minat individual. Selain itu minat guru adalah berbeza dari segi kognitif, afektif dan konatif. Faktor pengalaman dan pengetahuan guru juga akan membentuk minat guru. Dalam kajian oleh Sivapakkiam et al. (2016) mengenai hubungan antara tahap pengetahuan dengan minat terhadap High Order Thinking Skills (HOTS) terhadap 100 orang guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara tahap pengetahuan dengan minat guru dan minat guru sekolah rendah terhadap HOTS adalah lebih tinggi.

Dalam kajian oleh Karbasi dan Ghanizadeh (2017) tentang motivasi guru English as Foreign Language (EFL) dari segi motivasi intrinsik dan keberkesanan pengajaran, sampel terdiri daripada 127 orang guru EFL Iran dan 500 orang murid guruguru tersebut. Hasil kajian mereka menunjukkan guru yang mempunyai tahap minat dan motivasi yang tinggi mempunyai tahap keberkesanan pengajaran yang lebih tinggi. Amalan pengajaran mereka akan berbeza berdasarkan tahap minat dan motivasi mereka.

Sebaliknya, kajian oleh Schiefele dan Schaffner (2015) memberi hasil yang berbeza.

Keputusan menunjukkan bahawa minat didaktik dan efikasi (self-efficacy) guru dapat meramalkan amalan pengajarannya dan minat pendidikan guru dapat memberi kesan terhadap motivasi pelajar manakala minat subjek menunjukkan tiada hubungan signifikan dengan amalan pengajaran guru serta motivasi pelajar.

3.3 Teori Person-Object Approach to Interest

Menurut teori Person-Object Approach to Interest, minat perlu dipisahkan kepada minat individu dan minat situasi. Menurut Schiefele et al (2013), keadaan sementara yang dicetuskan oleh situasi dan tidak relevan dalam konteks ini manakala minat individu, sebaliknya, adalah agak kekal dan stabil (contohnya, mata pelajaran sekolah, bidang pengetahuan khusus). Minat adalah lebih bersifat intrinsik kerana minat mereka terhadap sesuatu objek secara langsung dan tidak berdasarkan rangsangan yang lain. Contohnya minat guru secara didaktik kerana dia berasa seronok menggunakan kaedah pengajaran tertentu dan bukannya untuk mendapatkan ganjaran. Aspek utama dalam konsep minat guru dalam teori ini ialah cadangan bahawa terdapat bukan sahaja minat subjek tetapi juga minat dalam didaktik dan minat pendidikan.

Minat subjek ialah minat terhadap subjek yang diajar. Perkara ini merangkumi bukan sahaja perkara yang diajar di dalam kelas (kandungan kurikulum) tetapi juga aspek yang lebih luas, contohnya pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan. Minat didaktik merujuk kepada minat guru terhadap kaedah pengajaran. Minat pendidikan merujuk kepada minat terhadap aspek atau isu pendidikan dalam profesion perguruan. Ini mungkin meliputi, sebagai contoh, perbincangan tentang matlamat pendidikan atau tentang cara menangani pelajar yang lemah.

Minat subjek dalam Teori Person-Object Approach to Interest juga merupakan minat yang sering menjadi topik yang dikaji dalam bidang perguruan.

Kajian lepas oleh Glutsch dan Konig (2019) telah mengkaji motivasi mengajar 386 orang guru pelatih di German dengan menggunakan FIT-Choice Scale. Mereka telah menambahkan aspek minat subjek sebagai konstruk mereka kerana minat subjek merupakan sebab yang 27 penting bagi guru pelatih memilih kerjaya perguruan. Hasil kajian mereka menunjukkan minat subjek adalah faktor terpenting bagi guru pelatih. Analisis kajian mereka mendedahkan bahawa guru pelatih yang mempunyai minat subjek yang tinggi mempunyai tahap motivasi intrinsik, sosial- altruistik dan pedagogi yang lebih tinggi. Kajian oleh Altay Eren (2016) juga memfokuskan kepada minat subjek guru pelatih di Turkey. Kajian mereka bertujuan untuk mengkaji hubungan antara minat guru pelatih dalam pengajaran dengan penglibatan profesional dan

(5)

aspirasi pembangunan kerjaya serta kepuasan kerjaya. Keputusan menunjukkan bahawa profil minat subjek guru pelatih terhadap pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerjaya dan rancangan profesional mereka. Dalam kajian oleh Havia et al. (2022) terhadap minat subjek guru pelatih di Finland terhadap opsyen major dan minor, 31 orang sampel telah digunakan dengan kaedah soal selidik dan temu bual. Di Finland, guru sekolah menengah biasanya belajar dan mengajar dua atau tiga mata pelajaran. Mata pelajaran utama selalunya dipilih berdasarkan minat; namun, sebab untuk memilih subjek minor boleh berbeza- beza. Hasil kajian mereka mendedahkan bahawa guru memilih subjek yang diajar lebih banyak berdasarkan minat mereka berbanding dengan kekuatan mereka dalam subjek tersebut. Selain itu guru pelatih didapati mempunyai tahap minat subjek yang lebih tinggi terhadap opsyen major mereka berbanding dengan opsyen minor.

4. Kaedah Kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti dan mengkaji berkaitan pengaruh minat guru terhadap tahap penggunaan sejarah dunia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru Sejarah yang mengajar dalam SJKC. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 100 orang guru-guru Sejarah yang mengajar dalam SJKC yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berbentuk skala likert. Item soalan adalah diperoleh dan diubahsuai daripada instrumen sedia ada, iaitu Teacher Interest Scale (TIS) berdasarkan Teori Person-Object Approach to Interest yang dibina oleh Ulrich Schiefele, Lilian Streblow dan Jan Retelsdorf pada tahun 2012. Instrumen ini bertujuan untuk mengukur minat khususnya kepada guru dalam tiga kategori: Minat Subjek (Subject Interest), Minat Didaktik (Didactic Interest) dan Minat Pendidikan (Educational Interest). Ubahsuaian dijalankan mengikut keadaan dan kesesuaian bagi tajuk kajian ini. Justeru hanya bahagian Subject Interest diambil. Selain itu, bagi mengenalpasti tahap penggunaan Sejarah Dunia, kekerapan guru menggunakan Sejarah Dunia dinilai dalam setiap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) sejarah, setiap unit atau setiap tajuk PdPC sejarah.

Selain itu, soal selidik yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

Pengkaji telah mendapatkan nasihat dan semakan dari ketua panitia Bahasa Melayu, ketua panitia Bahasa Inggeris dan ketua panitia Sejarah bagi mengekalkan kesahan instrumen.

Pembetulan dan penambahbaikan telah dilakukan. Kajian rintis melibatkan 30 orang guru sejarah telah dilakukan oleh pengkaji dan hasil dapatan dari kajian rintis ialah nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.72 dalam keseluruhan. Menurut Bond dan Fox (2015), skor Cronbach Alpha yang mendapat nilai antara 0.7 hingga 0.89 adalah baik dan boleh diterima.

Data yang dikumpulkan diproses dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial, iaitu SPSS versi 28.0. Tahap minat ditentukan berdasarkan pembagian min dalam skala likert yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Majid Konting (2004) seperti dalam Jadual 1 di bawah. Hubungan antara minat dan tahap penggunakan akan dianalisis menggunakan Ujian Spearman’s Rho yang juga dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pembahagian interpretasi skor min ini dicadangkan oleh Schober dan Schwarte (2018) seperti dalam Jadual 2.

(6)

Jadual 1: Interpretasi skor nilai min Likert lima mata

Skor Min Tahap

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Jadual 2: Interpretasi nilai korelasi Spearman’s Rho

Nilai Korelasi Interpretasi

0.70-1.00 Kuat

0.30-0.69 Sederhana

00-0.29 Tiada hubungan hingga lemah

5. Dapatan Kajian

5.1 Maklumat Demografi

Jadual 3 di bawah menunjukkan maklumat demografi responden. Analisis menunjukkan bahawa responden perempuan merangkumi 63 orang (63%) dan responden lelaki adalah seramai 37 orang (37%). Terdapat 11 orang guru (11%) opsyen sejarah dan responden bukan opsyen sejarah adalah seramai 89 orang (89%). Terdapat seramai 83 orang (83%) responden mengajar di sekolah dalam bandar dan 17 orang (17%) mengajar di sekolah bukan bandar.

Selain itu, terdapat seramai 87 orang (87%) responden yang mempunyai pengalaman mengajar Sejarah selama 0-5 tahun, diikuti 13 orang guru (13%) yang mengajar Sejarah selama 6-10 tahun. Tiada guru yang mengajar sejarah lebih daripada 11 tahun. Berikut adalah jadual profil responden kajian.

Jadual 3: Maklumat Demografi Responden Kajian

Profil Demografi Kategori Frekuensi Peratus

Jantina Lelaki 37 37

Perempuan 63 63

Opsyen Sejarah 11 11

Bukan Sejarah 89 89

Lokasi Sekolah Bandar 83 83

Bukan Bandar 17 17

Pengalaman Mengajar 0-5 87 87

6-10 13 13

11-15 0 0

15 tahun ke atas 0 0

5.2 Analisis Tahap Minat Guru Sejarah terhadap Sejarah Dunia

Interpretasi skor tahap minat berada pada tahap yang tinggi iaitu (min=4.16, SP=1.03) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Ini menunjukkan bahawa guru mempunyai minat yang tinggi terhadap sejarah dunia. Antara item yang mempunyai skor min tertinggi ialah item 8 ‘Saya berasa Sejarah Dunia amat menarik.’ Mendapat skor min 4.28 (SP=0.93). seterusnya diikuti item 2 ‘Saya berminat untuk mengetahui Sejarah Dunia.’ Mendapat skor min 4.23 (SP=1.12). Dua item yang mempunyai skor min yang terendah ialah item 3 ‘Saya kadang kala mencari maklumat tentang Sejarah Dunia.’ Mendapat skor min 4.06 (SP=0.95) serta item 6

‘Mengajar Sejarah Dunia adalah penting bagi diri saya’ (M=4.11, SP=0.91). Secara keseluruhannya, minat guru sejarah terhadap Sejarah Dunia adalah tinggi kerana skor min bagi semua nstrument minat termasuk purata keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.16 (SP=1.03)

(7)

Jadual 4: Analisis Data Tahap Minat Guru terhadap Sejarah Dunia

Bil. Item Min

Skor

Sisihan

Piawai (SP) Tahap 1 Saya mengajar Sejarah Dunia kerana saya berminat. 4.15 1.04 Tinggi 2 Saya berminat untuk mengetahui Sejarah Dunia. 4.23 1.12 Tinggi 3 Saya kadang kala mencari maklumat tentang Sejarah Dunia. 4.06 0.95 Tinggi

4 Saya suka mengajar Sejarah Dunia. 4.16 1.09 Tinggi

5 Saya berasa selesa semasa mengajar Sejarah Dunia. 4.12 1.09 Tinggi 6 Mengajar Sejarah Dunia adalah penting bagi diri saya. 4.11 1.00 Tinggi 7 Saya suka mempelajari ilmu Sejarah Dunia yang baharu pada

masa lapang.

4.15 1.10 Tinggi

8 Saya berasa Sejarah Dunia amat menarik. 4.28 0.93 Tinggi

9 Saya berasa seronok apabila mengajar Sejarah Dunia. 4.22 0.91 Tinggi 10 Saya berasa Sejarah Dunia dapat menjadikan PdP Sejarah saya

lebih berkesan dan memotivasikan murid.

4.14 1.09 Tinggi

Purata Keseluruhan 4.16 1.03 Tinggi

5.3 Analisis Tahap Penggunaan Sejarah Dunia oleh Guru Sejarah

Interpretasi skor tahap penggunaan berada pada tahap yang sederhana iaitu (min=3.53, SP=

0.89) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Paling ramai guru mengajar Sejarah Dunia dalam setiap unit pengajaran Sejarah (M=3.54, SP=0.87). Seterusnya diikuti guru yang mengajar Sejarah Dunia dalam setiap tajuk pengajaran Sejarah (M=3.53, SP=0.90) dan akhirnya guru yang mengajar Sejarah Dunia dalam setiap PdPC Sejarah (M=3.32, SP=0.91).

Jadual 5: Analisis Data Tahap Penggunaan Sejarah Dunia

Bil. Item Min

Skor

Sisihan

Piawai (SP) Tahap 1 Saya mengajar Sejarah Dunia dalam setiap tajuk pengajaran

Sejarah.

3.53 0.90 Sederhana

2 Saya mengajar Sejarah Dunia dalam setiap unit pengajaran Sejarah.

3.54 0.87 Sederhana

3 Saya mengajar Sejarah Dunia dalam setiap PdPC Sejarah. 3.32 0.91 Sederhana

Purata Keseluruhan 3.53 0.89 Sederhana

5.4 Analisis Hubungan Antara Tahap Minat Guru Sejarah dan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia

Berdasarkan Jadual 6 di bawah, nilai pekali korelasi antara minat dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia adalah 𝑟 = 0.216. Nilai Spearman’s Rho (𝑟) ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah, 𝑟 = .216, 𝑁 = 100, 𝑝 = 0.05 antara minat dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia. Menurut Schober dan Schwarte (2018), nilai pekali korelasi di antara 0-0.29 adalah lemah.

Jadual 6: Analisis Ujian Spearman’s Rho

Tahap

Minat Correlation Coefficient 0.216

Sig (dua hala) 0.05

N 100

(8)

6. Perbincangan

6.1 Tahap Minat Guru

Secara keseluruhan, dapatan kajian terhadap tahap minat subjek guru sejarah sekolah rendah terhadap sejarah dunia adalah tinggi. Kajian ini selari dengan dapatan kajian Watt, Richardson dan Morris (2017) bahawa kebanyakan guru pelatih mempunyai minat subjek yang lebih tinggi.

Dalam kajian beliau, motivasi guru pelatih dan guru baharu subjek Matematik dan Bahasa Inggeris telah dikaji melalui soal selidik FITT. Aspek minat subjek telah digunapakai ke dalam set soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat subjek merupakan komponen motivasi yang mendapat pilihan yang terbanyak oleh guru pelatih dan juga guru baharu. Guru lebih cenderung mengajar subjek yang mempunyai tahap minat yang tinggi. Begitu juga bagi kajian oleh Glutsch dan Konig (2019) juga menyatakan bahawa guru akan memilih untuk mengajar subjek yang selaras dengan minat mereka. Selaras dengan dapatan kajian ini, hasil kajian mereka menunjukkan minat subjek antara guru pelatih di German adalah pada tahap yang amat tinggi. Responden mereka juga menyatakan bahawa minat subjek akan memberi pengaruh terhadap motivasi dan juga amalan mereka sebagai guru.

Seterusnya, kajian terhadap minat subjek terhadap guru pelatih di China juga dijalankan oleh Shen dan Luen pada tahun 2022. Kajian mereka bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara minat dan kepuasan guru pelatih di negara China. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat guru pelatih di China adalah tinggi. Minat subjek dalam kajian mereka juga mencapai tahap yang tinggi, walaupun ia merupakan aspek minat yang mendapat skor min yang paling rendah antara tiga aspek minat yang dikaji. Hal ini selaras dengan dapatan kajian ini bahawa minat subjek guru adalah tinggi. Shen dan Luen (2022) juga menyatakan bahawa sebab tahap minat subjek dalam kajian mereka tinggi kerana guru pelatih di China dapat memilih opsyen subjek mengikut minat mereka. Penyataan ini bertentang dengan kajian ini kerana kebanyakkan responden kajian ini tidak mempunyai opsyen sejarah dan tahap minat mereka terhadap sejarah dunia masih sangat tinggi.

Selain itu, dapatan kajian oleh Havia et al. (2022) juga mempunyai persamaan dengan kajian ini. Kajian oleh Havia et al. (2022) untuk mengenalpasti minat guru pelatih terhadap opsyen mereka dan juga opsyen pilihan. Beliau menggunakan kaedah temu bual dengan lapan orang guru pelatih dan dapatan mereka menunjukkan bahawa tahap minat subjek semua orang guru pelatih terhadap opsyen utama adalah sangat tinggi manakala terdapat lima daripada lapan orang guru pelatih memilih opsyen pilihan mereka mengikut minat dan minat subjek tiga orang guru pelatih terhadap opsyen pilihan adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, semua guru pelatih dalam kajian beliau menyatakan bahawa minat subjek adalah aspek yang paling penting dalam kerjaya perguruan dan mereka akan meningkatkan minat subjek mereka terhadap subjek yang diajar.

Seterusnya dapatan kajian ini juga mempunyai persamaan dengan dapatan kajian oleh Pozas dan Letzel (2021) bahawa guru mempunyai minat subjek yang tinggi. Dalam kajian mereka, responden telah dibahagikan kepada dua kluster, iaitu kluster guru sekolah menengah rendah dan kluster guru sekolah menengah tinggi. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa minat subjek kedua-dua kluster ini adalah pada tahap yang tinggi.

Tahap minat yang tinggi juga menunjukkan guru mempunyai minat terhadap skop yang lebih luas dan tidak terkongkong dalam silibus pengajaran. Hal ini juga boleh dibuktikan bahawa walaupun tidak perlu mengajar sejarah dunia, guru sejarah di sekolah rendah tetap mempunyai minat terhadap Sejarah Dunia. Guru sejarah berasa Sejarah dunia amat menarik dan ingin

(9)

mengetahui lebih banyak pengetahuan sejarah dunia. Dapatan kajian ini juga selaras dengan kajian oleh Hemmer dan Hemmer (2017). Hemmer dan Hemmer (2017) telah menbuat kajian untuk mengenalpasti perbezaan minat guru dan murid terhadap topik Geografi di German.

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa guru mempunyai minat yang tinggi terhadap topik tentang tentang skop yang lebih luas dalam dunia ataupun global berbanding dengan murid.

Begitu juga bagi dapatan kajian oleh Aljanakh, Siddiqui dan Mirza (2016). Dalam kajian beliau, minat dan pengetahuan guru terhadap kesihatan pergigian dikenalpasti dan dapatan kajiannya menunjukkan bahawa minat guru sekolah menengah di Saudi Arabia terhadap kesihatan pergigian sangat tinggi (96%). Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa walaupun pengetahuan kesihatan pergigian tidak termasuk dalam silibus pengajaran, tetapi pengetahun ini adalah ilmu yang amat penting terhadap pelajar. Persamaan kajian oleh Mohammad Aljanakh, Siddiqui dan Mirza (2016) ini dengan kajian ini ialah sejarah dunia juga tidak terkandung dalam silibus pendidikan, tetapi guru tetap mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan sejarah dunia.

6.2 Tahap Penggunaan Sejarah Dunia

Oleh sebab Sejarah dunia tidak diwajibkan dalam silibus kurikulum sejarah sekolah rendah, justeru tindakan guru menggunakan sejarah dunia dalam kajian ini adalah sebagai pendedahan tambahan secara sukarela oleh guru tanpa rangsangan ekstrinsik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan Sejarah Dunia guru menunjukkan tahap yang sederhana. Hal ini menunjukkan guru sejarah di sekolah rendah bukan sentiasa menggunakan sejarah dunia dalam PdPC mereka. Mereka lebih banyak menerapkan elemen sejarah dunia dalam setiap unit pengajaran Sejarah.

Kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Schiefele et al. (2013) bahawa guru lebih suka mengajar subjek yang diminati, tetapi mereka tidak cenderung untuk mempelajari kaedah pengajaran yang efektif berkaitan subjek yang diminati. Menurut Schiefele et al. (2013), hanya minat didaktik dan minat pendidikan dapat mempengaruhi amalan pengajaran guru. Begitu juga bagi kajian oleh Baharuddin dan Badusah (2015) bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap penggunaan Web 2.0 pada tahap yang rendah walaupun tahap pengetahuan yang tinggi disebabkan tahap kemahiran yang sederhana dan kekangan Internet.

Terdapat hasil kajian yang selari dengan dapatan kajian ini. Dapatan kajian oleh Ismail et al.

(2021) bahawa tahap penggunaan inovasi dalam kalangan pensyarah adalah pada tahap sederhana walaupun tahap kemahiran komputer tinggi. Dalam kajian oleh Omar et al. (2021) tentang tahap penggunaan TMK dalam PdPC Guru Bahasa Melayu, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru BM adalah pada tahap sederhana sedangkan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran TMK mereka adalah tinggi kerana guru masih tidak yakin dalam penggunaan TMK.

6.3 Hubungan antara Tahap Minat dan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif walaupun lemah antara minat guru dengan tahap penggunaan sejarah dunia. Ini menunjukkan bahawa minat individu akan mempengaruhi tindakan atau amalan pengajaran seseorang guru. Hal ini selari dengan kajian oleh Long (2003). Long telah membuktikan pengaruh minat subjek guru terhadap minat murid dan amalan pengajarannya. Justeru boleh dikatakan bahawa guru yang mempunyai tahap minat yang tinggi akan mempengaruhi amalan pengajaran dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar. Dapatan kajian Reichhart (2018) juga menyatakan bahawa minat guru akan memberi kesan terhadap amalan pengajaran.

(10)

Selain itu, minat subjek guru yang tinggi, amalan pengajaran dan suasana pengajaran mereka adalah lebih memotivasi pelajar dan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar.

Dalam kajian oleh Long dan Hoy (2006), tahap minat guru dan sejauhmanakah minat mereka memberi kesan terhadap mereka dan keberkesanan pengajaran mereka telah ditinjau. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pengajaran guru yang tinggi mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap subjek yang diajar. Amalan guru juga akan memberi kesan kepada prestasi pelajar. Dapatan kajian oleh Karbasi dan Ghanizadeh (2017) mendapati bahawa guru yang mempunyai tahap minat yang tinggi mempunyai prestasi yang lebih baik dan juga tahap keberkesanan dalam pengajaran yang lebih tinggi. Hal ini selaras dengan dapatan kajian ini bahawa tahap minat yang tinggi dapat mempengaruhi amalan seseorang guru.

Terdapat dapatan kajian yang bertentang dengan dapatan kajian ini. Kajian oleh Mumba, Miles dan Chabalengula (2019) tentang tahap minat guru terhadap kemahiran pembelajaran menunjukkan bahawa tahap minat guru di United States amat tinggi terhadap kemahiran pembelajaran sains. Namun tahap prestasi guru terhadap kemahiran pembelajaran sains adalah rendah. Justeru dapatan kajian mereka mendapati hubungan positif yang lemah antara tahap prestasi (level of performance) dan tahap minat guru terhadap kemahiran pembelajaran sains.

Dapatan kajian oleh Schiefele dan Schaffner (2015) juga bertentang dengan kajian ini.

Schiefele dan Schaffner telah menjalankan kajian tentang hubungan antara minat guru dengan amalan pengajaran dan motivasi pelajar. Dapatan kajian mereka telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara minat didaktik dengan amalan pengajaran guru manakala minat subjek tiada hubungan signifikan dengan amalan pengajaran guru.

7. Kesimpulan

Minat adalah penting bagi guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Ia akan memberi impak yang besar kepada pelajar, sistem pendidikan, dan juga negara dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana sistem Pendidikan di negara kita sentiasa berubah. Dalam setiap transformasi Pendidikan, tidak kira PPPM 2013-2025 atau Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan sebagainya, guru tetap merupakan tunjang transformasi tersebut. Justeru dalam usaha menjayakan rancangan pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan, peranan guru perlulah diberi tumpuan. Minat guru boleh dijadikan faktor pendorong atau aspek motivasi kepada guru untuk penambahbaikkan amalan atau kaedah pengajaran mereka. Selain itu, kajian lepas telah membuktikan bahawa bantuan daripada pihak pentadbir dan iklim pekerjaan yang positif dapat menyumbang kepada perkembangan minat dalam kalangan guru (Bedanta, 2020).

Hasil kajian ini dapat membantu ataupun memberi rujukan kepada beberapa pihak yang berkaitan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan ataupun memperbaiki iklim sosial guru. Pihak-pihak yang berkaitan iaitu Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM), Institusi Pendidikan Guru (IPG), pihak pentadbir sekolah dan sumbangan kepada ilmu bidang.

Guru yang mengajar subjek yang diminati adalah lebih bermotivasi dan berkompeten. Hal ini boleh dibuktikan dalam kajian ini bahawa walaupun sejarah dunia bukan elemen yang wajib diajar, tetapi masih terdapat sesetengah guru sejarah yang minat terhadap sejarah dunia sudi mengajar sejarah dunia sebagai bahan tambahan untuk mengukuhkan pengetahuan sejarah yang diajar. KPM dalam usaha pengambilan dan penempatan guru pelatih atau bakal guru, minat dan motivasi mereka haruslah selaras dengan opsyen yang diberi. Guru juga haruslah ditempatkan ke sekolah yang kekurangan guru opsyen yang berkaitan. Bagi guru yang kekurangan minat atau motivasi, latihan dalam perkhidmatan ataupun pendedahan

(11)

pengetahuan atau kemahiran terkini dapatmeningkatkan minat dan motivasi guru terhadap pengajaran (Richter, Kleinknecht & Gröschner, 2019). Pihak IPG juga berperanan besar dalam memupuk minat dan motivasi guru. kebanyakan kajian lepas telah menunjukkan bahawa sebenarnya tahap minat guru pelatih adalah sangat tinggi. IPG harus memantap atau meningkatkan minat guru pelatih tersebut. Usaha daripada pihak pentadbir sekolah juga penting. Mereka harus menentukan subjek pengajaran guru selaras dengan opsyen atau minat mereka. Guru yang dapat mengajar dengan tahap minat dan motivasi yang tinggi dapat meningkatkan minat dan prestasi pelajar. Selain itu, pembentukan iklim sekolah yang positif juga penting. Suasana dan kawasan sekolah yang selesa dan selamat serta hubungan rakan sejawat yang harmoni juga dapat meningkatkan minat dan motivasi guru dalam pendidikan.

Pihak pentadbir juga boleh memberi motivasi secara intrinsik kepada guru seperti sokongan dan penghargaan kepada guru.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dirujuk bagi kajian lanjutan. Pertama, kajian yang berkaitan dengan Sejarah Dunia boleh dikembangkan dan diperbanyak. Hal kerana kajian lepas tentang Sejarah Dunia adalah sangat kurang. Kajian terhadap aspek minat dan motivasi terhadap guru Sejarah amat digalakkan kerana kekurangan kajian tentang minat dan motivasi yang fokus kepada guru. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru SJKC daerah Kinta Utara, justeru kajian lanjutan boleh melibatkan lebih ramai bilangan guru daripada latar belakang dan pengalaman mengajar yang berbagai. Selain itu, kajian tentang faktor yang mempengaruhi minat guru seperti, jantina, pengalaman mengajar dan opsyen turut disarankan. Selain itu, penggunaan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian atau kaedah temu bual adalah dicadangkan untuk mendapatkan data yang lebih menyeluruh dan mendalam.

Penghargaan

Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana memberikan sokongan untuk kajian ini.

Rujukan

Aljanakh, M., Siddiqui A. A. & Mirza AJ. (2016). Teachers' knowledge about oral health and their interest in oral health education in Hail, Saudi Arabia. International Journal of Health Sciences, 10(1), 87-93.

Altay Eren. (2015). Prospective teachers’ interest in teaching, professional plans about teaching and career choice satisfaction: A relevant framework? Australian Journal of Education 56(3), 303–318.

Baharuddin, S.H. & Badusah, J. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu–JPBM 5(2), 38- 48.

Bond, T G. & Fox, C.M. (2015). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. Ed. ke-3. New Jersey, Erlbaum.

Girard, B. & Harris, L., M. (2018). Global and World History Education.

DOI:10.1002/9781119100812.ch10

Glutsch, N. & König, J. (2019). Pre-service teachers’ motivations for choosing teaching as a career: does subject interest matter? Journal of Education for Teaching 45(5), 494- 510. https://doi.org/10.1080/02607476.2019.1674560

Grever, M., Pelzer, B. & Haydn, T. (2011). High school students' views on history. Journal of Curriculum Studies 43(2), 207-229. DOI: 10.1080/00220272.2010.542832

(12)

Harris, R. & Burn, K. (2015). English history teachers’ views on what substantive content young people should be taught. Journal of Curriculum Studies, 48(4).

DOI:10.1080/00220272.2015.1122091

Havia, J., Lutovac, S., Komulainen, T. & Kaasila, R. (2021). Preservice Subject Teachers’ Lack of Interest in Their Minor Subject: Is It a Problem? International Journal of Science and Mathematics Education. https://doi.org/10.1007/s10763-022-10277- 3

Hemmer, I.& Hemmer, M. (2017). Teachers’ Interests in Geography Topics and Regions–How they Differ from Students’ Interests? Empirical Findings, RIGEO 7(1), 9- 23.

Hulleman, C. (2010). Interest in teaching: Affective and value-based components. American Educational Research Association, Denver.

Ibrahim, N. F. (2021). Psychological Views on The Importance of Interest and Motivation in Teaching Profession. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR) 4(10), 166-176.

Ismail, S., Saad, R., Ahmad Radzi, N.A., Idris, N.A. & Mohd Aziz, N.E. (2021). Tahap Penggunaan Inovasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal Ulwan Special Issue II: Wanita dan Kesejahteraan Ummah 6(2), 173-194.

Jaihu, E. (2021). Teachers' Perspectives and Practices on Effective Teaching Methods and Strategies at a Primary School in Prishtina. TARBIYA: Journal of Education in Muslim Society 8(1), 82-95. doi:10.15408/tjems.v8i1.20451.

Karbasi, F. & Ghanizadeh, A. (2017). The Motivational Dynamics of EFL Teachers: Goal, Setting, Intrinsic Interest, And Teaching Effectiveness. European Journal of Education Studies 3(6).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Long, J. F. & Woolfolk Hoy, A. (2006). Interested instructors: A composite portrait of individual differences and effectiveness. Teaching and Teacher Education 22(2006), 303–314.

Long, J.F. (2003). Connecting with the content: how teacher intrest affects student interest in a core course. Tesis Dr. Fal, Ohio State University.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mumba, F., Miles, E. & Chabalengula, V. (2019). Elementary Education In-service Teachers’

Familiarity, Interest, Conceptual Knowledge and Performance on Science Process Skills. Journal of STEM Teacher Education 53(2), 3. DOI:

https://doi.org/10.30707/JSTE53.2

Nygren, T. (2011). UNESCO and Council of Europe Guidelines, and History Education in Sweden, c. 1960–2002. Education Inquiry 2(1), 37-60. DOI: 10.3402/

edui.v2i1.21961

Omar, I.M., Mamat, S., Sulaiman, S. & Ismail, N.A. (2021). Tahap Pengetahuan Teknologi, Kemahiran Dan Penggunaan Tmk Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Komsas Guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(1)

Poulsen, J. A. (2013). What about global History? Dilemmas in the selection of content in the school subject history. Education Sciences 3(4), 403–420.

Pozas, M. & Letzel, V. (2021). Pedagogy, Didactics, or Subject Matter? Exploring Pre-service Teachers’ Interest Profiles. Open Education Studies, 3(1), 163-175.

https://doi.org/10.1515/edu-2020-0151

Reichhart, B. (2018). Teacher professionality in Political education. A study concerning motivational orientations and beliefs in science education. Wiesbaden: Springer VS Richter, D., Kleinknecht, M. & Gröschner, A. (2019). What motivates teachers to participate

in professional development? An empirical investigation of motivational orientations

(13)

and the uptake of formal learning opportunities, Teaching and Teacher Education 86, 102929, https://doi.org/10.1016/j.tate.2019.102929

Sardiman. (2019). Interaksi & Motivasi Belajar Mengajar. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Schiefele, U, Streblow, L & Retelsdorf, J. (2013). Dimensions of teacher interest and their relations to occupational well-being and instructional practices. Journal for educational research online 5(1), 7-37. DOI: 10.25656/01:8018

Schiefele, U. & Schaffner, E. (2015). Teacher interests, mastery goals, and self-efficacy as predictors of instructional practices and student motivation. Contemporary

Educational Psychology 42, 159–171.

http://dx.doi.org/10.1016/j.cedpsych.2015.06.005

Schober, P., & Schwarte, L. A. (2018). Correlation coefficients: Appropriate use and interpretation. Anesthesia and Analgesia, 126(5), 1763–1768.

https://doi.org/10.1213/ANE.0000000000002864

Schulz, R., Isabwe, G. M. & Reichert, F. (2015). Investigating Teachers Motivation to Use leT Tools in Higher Education. Conference in Internet Technologies and Applications (ITA). DOI:10.1109/ITechA.2015.7317371

Shen, L. & Luen, L.C. (2022). The Relationship between Pre-service Preschool Teachers’

Interest and Career Choice Satisfaction in China. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development 11(1), 310–318.

DOI:10.6007/IJARPED/v11-i1/11681

Sivapakkiam, R., Fadzilah Abd. Rahman, Ismail, H., Umi Kalthom & Rozita Radhiah Said.

(2016). Teachers’ Levels of Knowledge and Interest on Higher Order Thinking Skills (HOTS) According to the Field Taught and Category of Schools. Journal of Modern Education Review, 6(9), 611-621. Doi: 10.15341/jmer(2155- 7993)/09.06.2016/005.

Watt, H., Richardson, P., & Morris, Z. (2017). Divided by Discipline?: Contrasting Motivations, Perceptions and Background Characteristics of Beginning Australian English and Mathematics Teachers. Cambridge: Cambridge University Press.

https://doi. org/10.1017/9781316225202.012

Weinland, T.P. (2012). Planning the World History Course: A Reasoned Approach to Omission. Social Education 76(1), 7–9.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini telah mengenal pasti persepsi guru-guru di sekolah menengah di Ka- jang terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, tahap motivasi kerja mereka dan hubungan antara

Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru mengikut persepsi murid (min = 3.54, SP = 0.533) dalam kalangan murid sekolah rendah di Subang Jaya sepanjang tempoh perintah

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan guru di sekolah rendah dari segi kekerapan menonton, rancangan yang paling digemari dan

Kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.. Kajian ini selari

Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kandungan guru pelatih AT20 semester lima adalah rendah berbanding dengan tahap pengetahuan pedagogi dan

Tahap pengetahuan amalan lestari pada tahap sederhana telah dibuktikan dalam kajian Hanifah, Mohamad Suhaily Yusri dan Shaharudin 2013 terhadap guru-guru di Sekolah Lestari iaitu kesan

Tahap pengetahuan guru tentang pengurusan sosioemosi murid autisme Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru berada pada tahap sederhana dalam mengenal pasti tahap kemahiran

Seterusnya, dapatan kajian juga memaparkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan gaya pengajaran guru Sejarah terhadap tahap minat pembelajaran Sejarah murid tahun lima di