IJ*ru"*sttt
KpseNcseeNMer,eysn
Ruj : UKM 3.1122418 JldlX Tarikh: 15hb Feb 2012
PEKELILING BENDAHARI BIL. 512012 Dekan/ Pengarah/ Ketua/ Ketua Projek Fakulti/ PusaU Bahagian/ Jabatan/ Unit Universiti Kebangsaan Malaysia, dan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Y.Bhg. Prof. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
PELAKSANAAN PROSES PANJAR WANG RUNCIT MELALUI SISTEM e.PANJAR TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah/proses baru yang akan digunakan bagi memudahkan proses penyediaan/perekodan Panjar Wang Runcit (PWR) melalui sistem e- Panjar di semua pusat tanggung jawab (PTJ) yang mempunyai PWR bagi mengurangkan bebanan dengan penggunaan buku wang runcit yang sedia ada. Sistem e-Panjar ini boleh dilayari melalui web : http//www.ukm.my/epanjar.
LATAR BELAKANG
1. Sejajar dengan Pekeliling Bendahari bil. 03/2011, Jabatan Bendahari telah mengeluarkan Peraturan dan Penggunaan PWR yang baru di mana perolehan/pembelian yang tidak melebihi RM 500.00 setiap satu resit pembelian boleh menggunakan Panjar Wang Runcit dan nilai tabung juga telah dinaikan sehingga RM 5,000.00 mengikut justifikasi dan keperluan PTJ.
FAEDAH
2. Penggunaan sistem e-Panjar akan dapat membantu serta memudahkan proses rekupan serta dapat menjimatkan masa bagi penyediaan dan penghantaran dokumen rekupan Panjar Wang Runcit.
3. Mempercepatkan proses pengurusan PWR selaras dengan objektif kualitijabatan.
4. Memudahkan proses kemasukan data dan semakan.
5. Peralihan kepada teknologi ICT ke arah penambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan Universiti.
6, Tidak memerlukan penggunaan buku Panjar Wang Runcit yang besar dan tebal.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan mengenai sistem e.Panjar, sila hubungi Pn. Mazlina Binti Dol Hamli di Unit Bayaran, Jabatan Bendahari melalui talian No. Tel : 03-89215339 / 5034 / 4099 I 4251 I 5137.
PENGKUATKUASAAN
7. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 01hb l,tiei 2012.
Sukacita sekiranya maklumat ini dapat disampaikan kepada kakitangan di bawah pengawasan Y.Bhg. Prof. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.
Sekian. terima kasih.
" Akau ntabil iti P eg a n ga n Kita"
Yang benar,
rvroh-ii.ne-ilRAsmi
Bendahari
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k
Naib Canselor, UKMTimbalan Naib Canselor (HaLehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwalAkademik & Antarabangsa), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar & Alumni), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), UKM.
Pendaftar. UKM