B a h a g i a n K e w a n g a n K a k i t a n g a n , J a b a t a n B e n d a h a r i U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A 4 3 6 0 0 U K M B a n g i, S e l a n g o r D a r u l E h s a n Tel : 03 – 89213116, 03 – 89215028, 03 – 89213115, 03 – 89214222 Fax : 03 – 89254605
Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld IX Tarikh : 09hb. April 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 5/2008
Dekan/ Pengarah/ Ketua
Fakulti/ Pusat/ Bahagian/ Jabatan/ Unit Universiti Kebangsaan Malaysia, dan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Y.Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
PROGRAM BULAN PERKHIDMATAN PEMBAYAR CUKAI TAHUN 2008
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Program Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai Tahun Taksiran 2007 seperti maklumat berikut:-
Tarikh : 17 & 18hb. April 2008 (Khamis & Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Makmal Multimedia
Paras 1, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM
Program : Sesi e-Failing LHDN
- Cetakan nombor Pin e-Failing dan Pengisian e-Failing - Penerimaan dan permohonan Borang Nyata
- Pertanyaan-Kedudukan Cukai, Sistem Taksiran Sendiri dan lain-lain.
(Sila bawa bersama semua dokumen yang berkaitan seperti borang EA/EC), penyata premium insuran, baucar dividen dan lain-lain) Tarikh akhir penghantaran borang BE bagi tahun taksiran 2007 seperti yang dijadualkan oleh LHDNM pada 30hb. April 2008. Penyata Pendapatan Tahunan tahun 2007 boleh didapati di Jabatan Bendahari. Wakil setiap jabatan/bahagian/fakulti/institut/pusat diminta hadir untuk mengambil penyata tersebut.
Sukacita sekiranya Y.Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat menyampaikan maklumat ini kepada semua kakitangan di bawah pengawasan Y.Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.
Sekian, terima kasih.
U
NIVERSITIK
EBANGSAANM
ALAYSIAN a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a
Jabatan Bendahari● Bursar’s Office
B a h a g i a n K e w a n g a n K a k i t a n g a n , J a b a t a n B e n d a h a r i U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A 4 3 6 0 0 U K M B a n g i, S e l a n g o r D a r u l E h s a n Tel : 03 – 89213116, 03 – 89215028, 03 – 89213115, 03 – 89214222 Fax : 03 – 89254605
s.k - Y.Bhg. Prof. Dato’ Naib Canselor, UKM
- Timbalan-Timbalan Naib Canselor UKM
- Pendaftar, UKM
- Ketua Pustakawan, UKM
- Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat UKM - Pengarah, Pusat Perubatan UKM, Cheras.