Bahagian Akaun dan Belanjawan , Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: 03-8921 /5064/4127/4440/4286/ Faksimili: 03-8925 4605/3058 Laman web: www.ukm.my/bendahari
Mel-e: [email protected]
Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld. X Tarikh : 28 Disember 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 24/2009
Dekan/Pengarah/Ketua Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,
KAWALAN PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN MENGGUNAKAN BUKU VOT Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan mengingatkan semua pusat tanggungjawab (PTJ) supaya melaksanakan kawalan peruntukan dan perbelanjaan menggunakan Buku Vot seperti yang telah ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan (AP 95).
2. Buku Vot hendaklah disediakan menggunakan format yang ditetapkan seperti di Lampiran A dengan menggunakan aplikasi MS Excel bagi memudahkan pengiraan dan pelaporan yang seragam. Ketua PTJ perlu menetapkan kakitangan yang khusus untuk menyedia dan menyelia Buku Vot dan bertanggungjawab memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan.
3. Buku Vot hendaklah dijadikan alat pengurusan kewangan di peringkat PTJ terutamanya dari aspek kawalan peruntukan dan perbelanjaan. Pelaksanaan akan dikawal selia oleh Jabatan Bendahari dan akan diaudit secara berkala oleh Unit Audit Dalam. Panduan penyediaan Buku Vot UKM 2010 adalah seperti di Lampiran B.
4. Tarikh kuat kuasa adalah mulai 1 Januari 2010.
Atas perhatian dan tindakan YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan diucapkan berbanyak terima kasih.
U
NIVERSITIK
EBANGSAANM
ALAYSIAN a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a
Jabatan Bendahari● Bursar’s Office
Bahagian Akaun dan Belanjawan , Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: 03-8921 /5064/4127/4440/4286/ Faksimili: 03-8925 4605/3058 Laman web: www.ukm.my/bendahari
Mel-e: [email protected]
s.k: Naib Canselor, UKM
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar & Alumni), UKM.
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), UKM.
Pendaftar, UKM