• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENINGKATKANTAHAPDISIPLI... - Portal Ewarga UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MENINGKATKANTAHAPDISIPLI... - Portal Ewarga UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A, 43600 UKM Bangi Selangor D.E Tel: 03 89215555, 03 89215005, 03 89215179 Faks: 03 89252882 Laman Web: www.ukm.my

MS ISO 9001 REG. NO AR 2759

Rujukan: UKM(S)3.6/111/7 Jld. 18 Tarikh : Februari 2006

Semua Dekan/Pengarah/Ketua Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian Universiti Kebangsaan Malaysia

Y.Bhg. Prof./Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

MENINGKATKAN TAHAP DISIPLIN PEGAWAI AWAM

Dengan hormatnya sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui suratnya bertarikh 5 Januari 2006 telah memaklumkan tentang Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun [Akta 605] dan menghendaki semua pegawai badan berkanun mematuhi 11 senarai tatakelakuan yang telah ditetapkan. Antara peraturan tersebut ialah seperti menjalankan tugas dengan penuh bertanggungajwab, jujur, amanah, tidak membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi, tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri dan ingkar perintah.

3. Peraturan 21 pula meminta semua Ketua Jabatan yang menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya hendaklah mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin atas apa-apa pelanggaran yang dilakukan oleh pegawai bawah seliaan sesuai dengan peruntukan peraturan tersebut. Pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati tahap disiplin pegawai awam perlu dipertingkatkan lagi ekoran daripada beberapa masalah disiplin yang dilakukan. Antaranya ialah:

i) pegawai sukar ditemui kerana keluar minum terlalu lama;

ii) surat-surat permohonan tidak dijawab atau lambat dijawab;

iii) layanan yang tidak mesra;

iv) pegawai datang lambat ke pejabat atau balik awal dari pejabat;

v) pegawai masih berada di kantin selepas waktu pejabat bermula;

vi) pegawai tidak mematuhi etika pakaian semasa bertugas; dan

vii) pegawai ponteng kerja selepas mengetik kad perakam waktu/log masuk e-warga untuk melakukan tugas peribadinya.

(2)

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A, 43600 UKM Bangi Selangor D.E Tel: 03 89215555, 03 89215005, 03 89215179 Faks: 03 89252882 Laman Web: www.ukm.my

MS ISO 9001 REG. NO AR 2759

4. Sekiranya masalah disiplin ini tidak dibendung atau diambil tindakan sewajarnya sama ada dalam bentuk preventif ataupun punitif, ia akan memberi kesan kepada imej perkhidmatan awam keseluruhannya.

5. Sehubungan ini, sukacita sekiranya Y.Bhg. Prof./Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk memaklumkan arahan kerajaan ini kepada semua pegawai di bawah seliaan seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam serta usaha-usaha penambahbaikan lain yang dilakukan untuk menjadikan perkhidmatan awam yang terbilang.

Sekian, untuk makluman Y.Bhg. Prof./Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

‘PERKHIDMATAN BERKUALITI AMALAN MURNI’

Yang benar,

DATUK TAIP BIN ABU Pendaftar

Referensi

Dokumen terkait

Dato’/Datin/tuan/puan, laporan MAT PIBG SMK Tiara Permai kali ke-3 telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Dato’/Tuan/Puan adalah diperlukan terhadap perluasan pelaksanaan Integrity Pact dalam perolehan Kerajaan merangkumi perkara-perkara berikut : a Pelaksanaan Integrity Pact Bagi Penjawat

Sains Kesihatan Sekutu Fakulti Perubatan , UM - Puan Khatijah Moidutty, Ketua JabatanPengurusan Kejururawatan, HUKM - Puan Raijah A.Rahim, Ketua Jab.. Kejururawatan, Fakulti

Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI OLEH PIHAK LAIN SELAIN PTM Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Mesyuarat

Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN 2022 DAN PENGHANTARAN BORANG CUKAI INDIVIDU/ SISTEM e-FILING Dengan hormatnya merujuk kepada

Jahim FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA KERTAS TERBAIK 1 SISTEM PENGURUSAN PENYELIAAN PROJEK AKHIR SEBAGAI ALAT SOKONGAN PEMANTAUAN KEMAJUAN PROJEK Puan Marini Abu Bakar Puan

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27 Kertas I - Hal Ehwal Universiti, Perintah Am, Arahan Pentadbiran, Arahan Keselamatan dan PKPA Kertas II - Konsep Mengenai Kesihatan,

Dato’/Datin/Tuan/Puan, SENARAI PENGELUARAN ITEM ALATULIS DARIPADA STOK DI UNIT ASET, STOR DAN PELUPUSAN, JABATAN BENDAHARI, UKM Dengan hormatnya perkara di atas dan Minit Mesyuarat