http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 03-26972411, Email: [email protected]
Ruj. Kami : ( 43 ) dlm.PPS 10/4/2 Jld.6 Tarikh : 12 Ogos 2011
Semua Pengarah Bahagian
Semua Timbalan Pengarah Bahagian Semua Pengarah JPS Negeri
Semua Timbalan Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Semua Jurutera Daerah
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
Perkara : Pemakluman Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/2010 – Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 10/2010 bertarikh 16 Disember 2010 mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan seperti yang dilampirkan bersama surat ini.
3. Perhatian Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diperlukan terhadap perluasan pelaksanaan Integrity Pact dalam perolehan Kerajaan merangkumi perkara-perkara berikut :
(a) Pelaksanaan Integrity Pact Bagi Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan Kerajaan
(b) Perlaksanaan Integrity Pact Bagi Ahli Jawatankuasa Berkaitan Perolehan (c) Perlaksanaan Integrity Pact Bagi Ahli Lembaga / Jawatankuasa Perolehan (d) Perlaksanaan Integrity Pact Bagi Pembida, dan
(e) Perlaksanaan Integrity Pact Bagi Perlantikan Perunding
4. Kerjasama Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mematuhi SPP tersebut amatlah diharapkan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources and Environment)
JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA
5. Untuk menjimatan penggunaan kertas, bersama-sama ini hanya dilampirkan surat pekeliling berkenaan sahaja. Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan bolehlah memuat turun garis panduan pada surat pekeliling ini di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di alamat http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp102010.pdf.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH SUNGAI KITA”
Saya yang menurut perintah,
(Sr. HJH. RATNA BINTI HJ. MAHYUDDIN) Pengarah Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia,
Kuala Lumpur.
s.k - Ketua Pengarah JPS Malaysia
- Timbalan Ketua Pengarah l (Sektor Bisnes) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah ll (Sektor Bisnes) JPS Malaysia - Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) JPS Malaysia
- Juruukur Bahan/Pembantu Teknik Ukur Bahan Negeri dan Projek - Juruukur Bahan BUBPK/Bahagian Projek Khas
D:\norkamariah\kerja\surat pekeliling