( 60 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 4 2 Oktober 2007 Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek
Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
Surat Edaran JPS
Perkara : Duti Setem Bagi Dokumen Kontrak Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan Akta Setem 1949, adalah dimaklumkan bahawa setiap perjanjian kontrak dikenakan bayaran duti setem. Walau bagaimanapun, bagi kontrak Kerajaan yang perlu dibayar duti setem oleh Kerajaan, pengecualian diberi di bawah Pengecualian Am Seksyen 35 akta tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan duti setem bagi dokumen kontrak hendaklah mengikut prosedur berikut :-
a) Semua dokumen kontrak bagi projek Kerajaan yang berdasarkan Borang Kontrak JKR Siri 203 adalah dikecualikan daripada bayaran duti setem dengan syarat pengecualian diperolehi daripada Pejabat Pemungut Duti Setem, Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh itu, semua pejabat yang bertanggungjawab menyediakan dokumen kontrak hendaklah membuat permohonan rasmi pengecualian tersebut dari Pejabat Pemungut Duti Setem yang berhampiran. Bilangan dokumen yang perlu dibuat “endorsement” ialah satu (1) set Dokumen Kontrak Asal dan satu (1) set Dokumen Pendua yang telah ditandatangan.
.
( 60 )dlm. PPS 10/4/2 BUB Jld 4 Oktober 2007
Contoh surat permohonan “endorsement” untuk pengecualian duti setem adalah seperti di Lampiran A. Sila pastikan “endorsement”
dichop dan ditandatangan pada “Articles of Agreement” seperti contoh di Lampiran B.
b) Bagi kontrak yang berdasarkan kepada Reka dan Bina, adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk membuat bayaran duti setem ini seperti yang diperuntukkan dalam Klausa 58 Syarat-syarat Kontrak Reka dan Bina (PWD Form DB/T).
4. Dokumen kontrak hanya boleh diedarkan setelah prosedur duti setem ini dipatuhi.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH SUNGAI KITA”
(Sr MD. FAUZI B. MD. REJAB) Pengarah Ukur Bahan dan Kontrak, b/p Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kuala Lumpur.
s.k. - Ketua Pengarah JPS Malaysia
- Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPS Malaysia
- Juruukur Bahan/ Pembantu Teknik Ukur Bahan Negeri dan Projek - Juruukur Bahan Ibu Pejabat
f:/rba/circ/matisetem