• Tidak ada hasil yang ditemukan

ILMU KUNCI UNTUK SEGALA YANG LEBIH BAIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ILMU KUNCI UNTUK SEGALA YANG LEBIH BAIK"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

ILMU KUNCI UNTUK SEGALA YANG LEBIH BAIK

18 November 2015 - The Borneo Post Online

SIMBOLIK: Fatimah memotong rumput sebagai simbolik pelancaran buku ‘Alam Pustaka, The World of Pustaka’ pada Majlis Perasmian ICK 2015 di Kuching semalam.

KUCHING: Acara Persidangan Ilmu Pengetahuan Antarabangsa 2015 (IKC 2015) sedang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin (Isnin) hingga semalam (Selasa) di salah sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini.

Bertemakan ‘Ilmu Pengetahuan: Kunci Kepada Hari Esok Yang Lebih Baik’, IKC 2015 merupakan anjuran Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis perasmian IKC 2015 telah disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Fatimah semalam, Adenan berkata ilmu pengetahuan bukan sahaja kunci kepada hari esok yang lebih baik malah ia adalah kunci untuk segala yang lebih baik tanpa mengira masa.

Sama ada untuk memperolehi kesenangan yang lebih baik mahupun kesihatan dan masa yang lebih baik, ilmu pengetahuan menurut Adenan adalah amat dituntut.

“Dalam bidang ekonomi dan sosial kita telah melihat pembangunan pesat yang dibawa oleh aplikasi ilmu pengetahuan sekali gus mengubah cara kita menjalankan urusan.

“Cara kita membayar bagi pembelian, menghubungkan perkhidmatan dan produk serta mendapatkan pelanggan misalnya, impak yang dibawa oleh teknologi baharu memberi kesan kepada pembekal dan pelanggan.

(2)

“Setiap orang perlu belajar ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dan bagaimana untuk menggunakan teknologi baharu ini bagi kebaikan masyarakat.

“Mana-mana maklumat yang dikongsi dengan niat tidak baik harus ditepis dan tidak dikongsikan kepada yang lain.

“Dalam hal ini semua daripada kalangan kita harus memainkan peranan masing-masing dalam menilai baik dan buruknya media sosial,” katanya.

Tambah Adenan, selain contoh-contoh yang dinyatakan, terdapat banyak lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai perkara yang perlu kita pelajari dan sumbangkan ke arah dunia yang lebih baik.

“Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada hari esok yang lebih baik namun keangkuhan sering membawa kepada salah faham dan keputusan yang tidak tepat.

“Persidangan ini adalah penting untuk membincangkan secara terperinci mengenai semua aspek ciptaan ilmu pengetahuan, dokumentasi, pemuliharaan dan penyebarannya,” katanya.

ICK 2015 merupakan lapangan untuk penyelidik dan pengamal terutama di rantau ASEAN berhubung dengan komuniti penyelidikan antarabangsa bagi pertukaran idea dan perkongsian ilmu dalam bidang perpustakaan dan sains maklumat, pengurusan ilmu, pengurusan arkib dan rekod serta bidang yang berkaitan.

Peserta persidangan terdiri daripada golongan pustakawan, pegawai arkib, pembuat dasar, pelajar, ahli akademik dan mereka yang berurusan dengan ilmu pengetahuan baik secara aktif mahupun sebaliknya.

Sebanyak 34 kertas kerja dijangka akan dibentangkan pada seminar ini melibatkan pembentang dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Iran, Algeria, Afrika Selatan dan Uganda selain dua pembentang ucaptama iaitu Profesor Tan Sri Datuk Dzulkefli Abdul Razak dan Profesor Datuk Dr Raja Abdullah Yaacob.

Pada majlis itu semalam, Fatimah turut melancarkan buku ‘Alam Pustaka, The World oPustaka’

disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pustaka Negeri Rashidah Bolhassan serta jemputan yang lain.

Referensi

Dokumen terkait

Pola interaksi awal inilah yang kemudian akan membuat cetakan awal interaksi anak dengan dunia luarnya.. Cetakan yang indah, membuat interaksi anak

Apabila suatu kejadian yang tidak diinginkan terjadi pada suatu proyek, dan pihak kontraktor mengajukan klaim pada perusahaan asuransi, manajer risiko mempunyai tanggungjawab untuk

Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, maka yang dimaksud dengan judul ini adalah bahwa penulis akan membahas tentang metode eklektik dalam kaitannya dengan

mengikuti kursus, dapat berdampak besar bagi LBPP LIA, yaitu semakin tingginya tingkat ketidakpuasan yang diikuti penurunan minat kursus yang semakin besar,

Dalam ayat diatas dikatakan “kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia.” Vs “Pengenalan akan Allah” Jadi kuncinya dalam pikiran kita adalah, semakin kita mengenal Allah,

Hal ini disebabkan semakin kekanan jumlah proton makin bertambah sehingga daya tarik menarik inti terhadap elektron valensi (terluar) semakin kuat, walaupun dengan jumlah kulit

Memahami Smart City dan Teknologi untuk Kota yang

Apabila suatu kejadian yang tidak diinginkan terjadi pada suatu proyek, dan pihak kontraktor mengajukan klaim pada perusahaan asuransi, manajer risiko mempunyai tanggungjawab untuk