• Tidak ada hasil yang ditemukan

index Journal QR Code

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "index Journal QR Code"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/index

Copyright Information:

This article is open access and is distributed under the terms of Creative Commons Attribution 4.0 International License.

Publisher Information:

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah Faculty of Islamic Studies

The National University Of Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor DarulEhsan, Malaysia Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017

Email:alturathjournal@gmail.com

Journal QR Code :

(2)

Full Paper Journal of Al-Quran and Al-Sunnah

TURATH

Metodologi Pentafsiran M. Quraish Shihab Dalam Tafsir Al-Lubab

Nur Azawani Azhari, Wan Hilmi Wan Abdullah Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia hjmiey@ukm.edu.my Article history

Received:

13/05/2022

Received in revised:

24/06/2022

Accepted:

01/10/2022

Published online:

01/12/2022

Abstrak

Tafsiran al-Quran telah dimulakan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW dan berterusan sehingga zaman sahabat, tabi’in dan zaman sekarang. Tafsir al-Lubab merupakan salah satu tafsir yang dikarang oleh M. Quraish Shihab pada masa kini untuk memberi kefahaman dalam mendalami tafsiran al-Quran. Artikel ini bertujuan untuk menghurai latar belakang M. Quraish Shihab serta menjelaskan metode pentafsiran kitab tafsir al-Lubab. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data diperoleh daripada kandungan dokumen seperti kitab, jurnal, tesis dan prosiding. Analisis data menggunakan perisian Nvivo 12 secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tafsir al-Lubab ini merupakan kitab tafsir moden yang membuat tafsiran dan penjelasan melalui kandungan ayat-ayat al-Quran. Tafsir al-Lubab menggunakan kaedah tafsir secara ijmali. M. Quraish Shihab memulakan pentafsirannya dengan pengenalan terhadap 1] nama surah 2] intisari kandungan surah dan 3] pengajaran daripada surah. Implikasi kajian ini ialah memahami metodologi pentafsiran tafsir al-Lubab sebagai satu pendekatan tafsir yang sangat mudah untuk difahami oleh setiap orang. Sementara gaya bahasa dan laras susunan ayat yang digunakan sangat santai tetapi amat mendalam pengertiannya.

Kata Kunci: Tafsir al-Lubab, M. Quraish Shihab, Pentafsiran, Metode Tafsir

(3)

Nur Azawani, Wan Hilmi / TURATH – Journal of Al-Quran and Al-Sunnah. vol. 7, no. 2 (2022) pp. 49 - 57

Page | 50

Abstract

The interpretation of the Qur'an has been started since the time of the Prophet Muhammad SAW and continued until the time of the Companions, Tabi'in and the present day. Tafsir al-Lubab is one of the interpretations composed by M. Quraish Shihab in the present day to provide understanding in deepening the interpretation of the Qur'an. This article aims to describe the background of M. Quraish Shihab as well as explain the method of interpreting the book tafsir al-Lubab. The methodology of this study is qualitative. Data collection is obtained from the content of documents such as books, journals, theses and proceedings. Data analysis using Nvivo 12 software descriptively. The results of the study found that this tafsir al-Lubab is a modern tafsir book that interprets and explains through the content of the verses of the Quran. Tafsir al- Lubab uses a general method of interpretation. M. Quraish Shihab begins his interpretation with an introduction to 1] the name of the surah 2] the gist of the content of the surah and 3] the lessons from the surah. The implication of this study is to understand the interpretation methodology of tafsir al-Lubab as an approach to interpretation that is very easy for everyone to understand. While the style of language and the arrangement of sentences used is very relaxed but very deep in meaning.

Keywords: Tafsir al-Lubab, M. Quraish Shihab, Interpretation, Tafsir Method PENGENALAN

Penghasilan kitab-kitab tafsir Melayu pada abad-abad mutakhir ini amat menggalakkan jika dibandingkan dengan abad-abad terdahulu. Ianya merupakan satu fenomena yang cukup baik yang muncul di kalangan ulama Nusantara. Nusantara atau dikenali juga dengan nama Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Indonesia, Filipina, Brunei, Patani dan Malaysia (Mazlan Ibrahim et al. 2018).

Negeri-negeri ini terletak di antara Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan. Ianya merupakan pintu sempit yang mesti dilalui oleh kapal-kapal yang berulang-alik di antara Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan. Kata Nusantara berasal dari Bahasa Jawa Kuno, iaitu Nusa yang bererti pulau dan antara yang bererti hubungan. Jadi, Nusantara bermaksud rangkaian pulau-pulau (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Penyebaran Agama Islam di Nusantara melalui dua tahap iaitu tahap ketibaan dan tahap perkembangan. Terdapat berbagai-bagai pendapat tentang tarikh kedatangan agama Islam ke Nusantara. Ada yang mengatakan bahawa Islam dibawa masuk ke Nusantara pada abad kesembilan Masihi, manakala pendapat yang lain mengatakan pada abad kelapan Masihi. Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa Islam telah tiba lebih awal dari tarikh tersebut iaitu pada abad ketujuh Masihi (Mahyuddin, 2001).

Kemunculan kitab tafsir pertama di Indonesia telah mencetuskan revolusi baru kepada ulama-ulama tafsir Nusantara untuk sama-sama menyumbangkan saham bagi membantu masyarakat setempat memahami dan mendalami lagi maksud-maksud serta tafsiran yang terdapat di sebalik ayat-ayat al-Quran. Kitab-kitab tafsir lain yang muncul di Indonesia ialah Tafsir al- Quranul Karim karangan Zainal Abidin Abbas, A. Halim Hassan dan Abdul Rahim Haitami, Tafsir al-Azhar karangan HAMKA dan juga Tafsir al-Nur karangan Tengku Muhammad Hasbi Ash- Shiddieqy (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Selain itu, kehadiran Tafsir al-Lubab menambah deretan kitab tafsir ulama Indonesia yang ditulis dalam bahasa Indonesia di era kontemporari saat ini. Sebagai penulisnya, Muhammad Quraish Shihab telah mempersembahkan khazanah yang sangat berharga yang tidak ternilai bagi perbendaharaan dan perkembangan tafsir al-Quran di Indonesia.

(4)

Kajian ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi biografi Muhammad Quraish Shihab iaitu latar belakang kehidupan beliau, pendidikan, pekerjaan, karya- karya yang dihasilkan dan ketokohan beliau, manakala bahagian kedua adalah kandungan kitab tafsir iaitu pengenalan kitab, rujukan pentafsiran, metodologi penulisan dan penyusunan dan metodologi pentafsiran.

1. Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data diperoleh daripada kandungan dokumen seperti kitab, jurnal, tesis dan prosiding. Analisis data menggunakan perisian Nvivo 12 secara deskriptif.

2. Analisis Kajian Dan Perbincangan Latar Belakang M. Quraish Shihab

Beliau ialah Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab. Beliau adalah seorang cendekiawan muslim di dalam ilmu-ilmu al-Quran. Lahir di Rappang, Sulawesi Selatan Indonesia pada tarikh 16 Februari 1944. Mubaidillah (2016) menyebutkan secara terperinci tempat kelahiran Muhammad Quraish Shihab iaitu di Rappang, Kabupaten Sidenreng Rappang, Sulawesi Selatan. Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Dua orang adiknya bernama Alwi Abdurrahman Shihab dan Umar Shihab. Ayah beliau Abdurrahman Shihab adalah seorang ulama dalam bidang tafsir. Bekas rektor (Canselor) Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin Ujung Pandang Sulawesi Selatan (1972- 1977). Beliau juga antara pengasas Universitas Muslimin Indonesia (UMI) Makasar dan menjadi pengetua semenjak tahun 1959-1965 (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Adik beradik Muhammad Quraish Shihab terkenal kerana mereka adalah ilmuwan.

Adiknya iaitu Alwi Shihab mempunyai gelaran doktor daripada Universiti Ain Shams, Mesir dan juga Universiti Temple, Amerika Syarikat. Alwi Shihab berbeza dengan kedua abangnya kerana beliau lebih menumpukan kepada pembelajaran mengenai dialog antara agama (Anwar, 2016).

Menurut Anwar (2016), Muhammad Quraish Shihab mempunyai keperibadian yang serupa dengan ayahnya. Ayah beliau, Abdurrahman adalah merupakan seorang ulama dan tokoh pendidik yang progresif dan aktif serta memiliki prestasi yang baik dalam kalangan masyarakat Sulawesi Selatan. Abdurrahman berpendapat bahawa sebagai seorang cendekiawan yang berfikiran kreatif, pendidikan mempunyai peranan penting dalam membawa perubahan pada masa hadapan.

Sebagai seorang anak daripada ulama besar pada masa itu, Quraish Shihab sudah mendapat perhatian dan juga motivasi daripada ayahnya. Menurut Anwar (2016), Quraish Shihab membuat pengakuan bahawa rasa cinta beliau terhadap al-Quran dan bidang tafsir sudah tertanam di dalam dirinya sejak dahulu lagi oleh ayahnya. Ayah beliau sering mengajak anak- anaknya untuk duduk bersama setelah selesai menunaikan solat maghrib bersama-sama di rumah.

Ketika itu, ayah beliau akan mengambil peluang untuk memberikan nasihat-nasihat agama yang berdasarkan al-Quran, al-Hadith serta qaul sahabat dan para ulama yang lain.

Maka, sejak dari kecil lagi semasa berusia enam atau tujuh tahun, Quraish Shihab sudah terbiasa berinteraksi dengan al-Quran. Ayah beliau menggalakkan Quraish Shihab untuk menyertai pengajian yang diadakan oleh ayahnya. Ketika pengajian tersebut, selain daripada membaca al-Quran, ayahnya juga akan menerangkan dan menghuraikan kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran (Anwar, 2016).

Pendidikan

(5)

Nur Azawani, Wan Hilmi / TURATH – Journal of Al-Quran and Al-Sunnah. vol. 7, no. 2 (2022) pp. 49 - 57

Page | 52

Muhammad Quraish Shihab menyelesaikan pendidikan dasarnya di Ujung Pandang, seterusnya melanjutkan pendidikan peringkat menengah di Malang Jawa Timur. Di samping itu, beliau juga belajar agama di Pondok Pesantren Darul-Hadits al-Faqihiyyah di bawah asuhan Habib Abd Qadir bin Ahmad bin Faqih (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Pada tahun 1958 dalam umur 14 tahun beliau bersama adiknya Alwi Abdurrahman Shihab berangkat ke Kaherah Mesir dan diterima di tingkatan II Tsanawiyah al-Azhar. Selepas itu beliau masuk universiti dan lulus tahun 1967 dengan meraih gelar Lc (sarjana muda) pada Fakulti Usuluddin Jabatan Tafsir dan Hadis Universiti al-Azhar. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan di peringkat Master (sarjana) pada fakulti yang sama dan selesai tahun 1969 untuk spesialisasi bidang tafsir al-Quran dengan disertasi bertajuk al-I’jaz al-Tasyri’i li al-Quran al-Karim (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Menurut Muhammad (2015), Muhammad Quraish Shihab tidak hanya mendapat pendidikan formal di sekolah, malah beliau juga mendapatkan pendidikan secara tidak formal iaitu daripada guru-guru atau syeikh yang berada di Al-Azhar. Antara guru yang paling berpengaruh di dalam lingkungan Universiti al-Azhar ialah Sheikh Abdul Halim Mahmud (1910- 1978) (Muhammad, 2015).

Pembelajaran secara bertalaqqi bersama sheikh tersebut ialah membeli impak yang besar dalam cara beliau berfikir. Beliau menjadi pakar di dalam bidang tafsir dan juga bidang yang lain.

Oleh kerana sifat sheikh yang bersahaja dan sangat arif di dalam bidangnya menyebabkan Quraish Shihab juga bersikap bersahaja. Selain daripada itu, Sheikh Abdul Halim Mahmud merupakan seorang guru ketiga Quraish Shihab yang paling berpengaruh di dalam kehidupannya (Muhammad, 2015).

Pekerjaan

Setelah kembali ke Indonesia pada tahun 1984, Quraish Shihab ditugaskan di Fakulti Usuluddin dan Fakulti Pasca-Sarjana (siswazah) IAIN (sekarang Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, Pensyarah di IAIN Sunan Kalijaga Yogjakarta dan IAIN Ar-Raniri Aceh.

Selain itu, di luar kampus beliau juga diberi kepercayaan untuk menduduki pelbagai jawatan, antaranya ialah Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat (sejak 1984), Anggota Lajnah Pentashih al-Quran Departemen Agama dan Anggota Badan Pertimbangan Pendidikan Nasional pada tahun 1989 serta Ketua Lembaga Pengembangan (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Beliau juga aktif dalam beberapa organisasi profesional seperti Pengurus Perhimpunan Ilmu-ilmu Syariah, Pengurus Konsorsium Ilmu-ilmu Agama Departemen Pendidikan dan Kebudayaan dan Asisten Ketua Umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI). Pada tarikh 14 Mac 1998 sehingga Mei 1998 beliau dilantik sebagai Menteri Agama. Selepas pemerintahan Suharto dan digantikan dengan Burhanuddin Yusuf Habibi, beliau dilantik Sebagai Duta Besar Indonesia untuk Republik Mesir iaitu pada tarikh 17 Februari 1999 sehingga 2001 (Mazlan Ibrahim et al., 2018).

Karya-Karya M. Quraish Shihab

Selain menjadi pensyarah di berbagai-bagai universiti, Quraish Shihab juga sangat aktif menulis.

Antara buku yang ditulis beliau adalah:

Karya Tafsir (Tafsir Tahlili)

1. Mahkota Tuntunan Ilahi: Tafsir Surah al-Fatihah (Untagma, 1988).

2. Tafsir al-Qur’an al-Karim: Tafsir atas Surah-surah Pendek Berdasarkan Urutan Turunnya Wahyu (Pustaka Hidayah, 1997).

3. Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, 2000).

(6)

4. Perjalanan Menuju Keabadian: Kematian, Syurga, dan Ayat-Ayat Tahlil (Lentera Hati, 2001).

5. Menjemput Maut: Bekal Perjalanan Menuju Allah SWT. (Lentera Hati, 2002).

Tafsir Maudu’i

1. Wawasan al-Qur’an (Mizan, 1996).

2. Secercah Cahaya Ilahi (Mizan, 2000).

3. Menyingkap Tabir Ilahi: al-Asmaul-Husna dalam Perspektif al-Quran (Lentera Hati, 1998).

4. Yang Tersembunyi: Jin, Malaikat, Iblis, Setan (Lentera Hati, 1999).

5. Jilbab: Pakaian Wanita Muslimah, Pandangan Ulama Masa Lalu dan Cendekiawan Kontemporer (Lentera Hati, 2004).

6. Perempuan [Dari Cinta Sampai Seks, Dari Nikah Mut’ah sampai Nikah Sunnah, dari Bias Lama sampai Bias Baru] (Lentera Hati, 2004).

7. Pengantin al-Qur’an (Lentera Hati, 2007).

Tafsir Ijmali

1. Al-Lubab: Makna, Tujuan dan Pelajaran dari Surah-Surah al-Quran (Lantera Hati, 2012).

Terjemahan al-Quran

1. Al-Quran dan Maknanya (Lantera Hati, 2010).

Pemikiran M. Quraish Shihab

Muhammad Quraish Shihab mempunyai pemikiran keislaman yang bersifat rasional dan toleransi.

Sifat rasional pemikiran Quraish Shihab dikhaskan untuk tidak memaksa agama untuk mengikut kehendak realiti kontemporari, tetapi cuba memberikan penjelasan atau kepentingan khazanah agama klasik untuk masyarakat kontemporari atau menghargai kemungkinan pemahaman dan tafsiran baru tetapi tetap mengekalkan tradisi lama yang baik. Dengan kata lain, beliau masih mematuhi pepatah ulama al-muhāfadzah bi al-Qadim al-Ṣalih wa al-akh bi al-jadid al-aṣlah iaitu mengekalkan tradisi lama yang masih relevan dan mengambil tradisi baru yang lebih baik (Anon, t.th).

Berdasarkan huraian tersebut, dapat difahami bahawa Muhammad Quraish Shihab adalah sarjana muslim kontemporari Indonesia yang berjaya tidak hanya dalam karier keilmuannya, malah dalam karier sosial kemasyarakatan terutama sekali di dalam bidang pemerintahan.

Kejayaan beliau dalam karier keilmuan telah ditunjukkan dengan kenyataan bahawa beliau berjaya mendapat gelaran doktor daripada Universiti Al-Azhar, Mesir (Hafiz, 2017).

Dalam perjalanan karya-karya penulisan tokoh Muhammad Quraish Shihab mestilah seiring dengan pemahaman teologi dan mazhab. Ianya adalah sebagai sebahagian daripada cara berfikir dan menulis kitab tafsir al-Lubab ini. Sebagai seorang yang bersikap sederhana semestinya agak sukar untuk menentukan kefahaman teologi dan mazhab yang dianuti, apatah lagi di dalam kitab al-Lubab ini tidak ada satu rujukan atau referensi pun yang beliau tuliskan (Mubaidillah, 2016).

Namun, sekiranya dirujuk kitab Tafsir al-Mishbah, terdapat empat nama yang selalu menjadi sumber rujukan beliau iaitu al-Biqa’i, Ibnu Asyur, Sayyid Quthub dan Thaba’ thaba’i.

Kebarangkalian kerana adanya nama terakhir iaitu Thaba’thaba’i, Quraish dituduh sebagai penyebar ajaran Syi’ah di Indonesia (Mubaidillah, 2016).

(7)

Nur Azawani, Wan Hilmi / TURATH – Journal of Al-Quran and Al-Sunnah. vol. 7, no. 2 (2022) pp. 49 - 57

Page | 54

3. Metodologi Pentafsiran Tafsir Al-Lubab

Sebagaimana yang diketahui, terdapat beberapa metodologi tafsir yang digunakan oleh para ulama tafsir daripada zaman dahulu sehingga sekarang ketika melakukan pentafsiran ayat al-Quran.

Terdapat empat metodologi pentafsiran iaitu metodologi tafsir Ijmali, Tahlili, Maudhu’i dan Muqorran.

Tafsir Ijmali bermaksud menjelaskan ayat al-Quran secara meluas, ringkas dan padat tanpa memperluaskan perbahasan dan memperincikan penjelasan. Maksud utama kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna dan uslub yang digunakan. Kaedah tafsir Ijmali ini berkembang sewaktu zaman sahabat (Syaeful, 2017).

Menurut Syaeful (2017), tafsir Tahlili pula adalah metodologi yang digunakan oleh seorang mufasir dalam menyingkap ayat sampai pada kata perkataannya dan Mufasir melihat petunjuk ayat dari pelbagai segi serta menjelaskan kaitan perkataan dengan perkataan yang lain sama ada di dalam satu ayat atau beberapa ayat. Maka dapat disimpulkan bahawa tafsir Tahlili adalah Mufassir meneliti ayat al-Quran sesuai dengan tertib di dalam mashaf baik pengambilan pada sejumlah ayat atau satu surah atau satu mashaf semuanya, kemudian dijelaskan pentafsirannya yang berkaitan dengan makna kata dalam ayat, balaghah, i’rab, asbab al-nuzul, dan hal yang berkaitan dengan hukum atau hikmahnya (Syaeful, 2017).

Tafsir Maudhu’i pula merupakan metode dalam tafsir moden walaupun memiliki usul di zaman dulu, tetapi tidak seluas pembahasannya pada zaman sekarang. Metode Maudhu’i berusaha mengumpulkan dan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang memiliki tema yang sama. Sebahagian besar tafsir dengan metode Maudhu’i ini digunakan pada penelitian-penelitian ilmiah di perguruan tinggi dan lainnya (Syaeful, 2017).

Tafsir Muqarran adalah sebuah penelitian mendalam dan pengumpulan pendapat- pendapat berkaitan dengan tafsir ayat-ayat atau surah di dalam al-Quran yang memiliki hubungan tema yang sama. Kemudian dipelajari secara mendalam untuk mengenal perkataan yang lebih rajih (kuat). Itu semua untuk mencapai petunjuk al-Quran yang berkaitan dengan tema yang diteliti (Syaeful, 2017).

Maka, kitab Tafsir al-Lubab ini menggunakan metodologi tafsir secara Ijmali. Tafsir Ijmali adalah mentafsir al-Quran secara singkat dan umum. Melalui metodologi ini, para pentafsir al- Quran mampu menjelaskan maksud-maksud ayat al-Quran dengan huraian yang ringkas dan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. Ketika menggunakan kaedah pentafsiran ini, para pentafsir menjelaskan al-Quran dengan asbab al-nuzul, peristiwa sejarah, hadis Nabi Muhammad SAW atau pendapat ulama (Mutawali, 2017).

Maka metodologi pentafsiran tafsir al-Lubab adalah metodologi tafsir Ijmali. Hal ini demikian kerana, di dalam tafsir al-Lubab ayat al-Quran dan terjemahannya tidak dinyatakan di dalam tafsir ini. Penulis kitab al-Lubab ini hanya menyatakan terus pengenalan tentang surah dan menyatakan tujuan sesebuah surah itu diturunkan. Selain itu, Muhammad Quraish Shihab juga menghuraikan secara ringkas kandungan sesebuah surah serta pengajaran dan nasihat yang diperolehi di dalam sesebuah surah dan ayat al-Quran tersebut (Mubaidillah, 2016).

Setelah meneliti kitab tafsir al-Lubab jilid satu ini, pengkaji mendapati bahawa kitab tafsir tersebut tidak mempunyai rujukan sama ada al-Quran mahupun hadith. Kitab tafsir ini hanyalah sebuah pemikiran dan ijtihad Quraish Shihab dalam menerangkan ayat-ayat al-Quran dan kemampuan beliau tidak dapat diragukan lagi. Hal ini demikian kerana, Quraish Shihab telah menulis dan mengarang banyak kitab dan karya yang menjadi petunjuk seluruh umat Islam dan salah satunya adalah kitab Tafsir al-Misbah yang mempunyai 15 jilid. Kitab tafsir al-Lubab ini juga merupakan ringkasan kepada tafsir al-Misbah yang lebih terperinci.

(8)

Contoh Pentafsiran Di Dalam Tafsir al-Lubab: Surah al-Fatihah

سِب

ِِمِِ

َِِللّٱ

ِِنَٰمحَرلٱ ِِ

ِِميِحَرلٱ ِِ

ِِ

١

ِملٱ ِ

ِ دم

َِِِللّ ِِ

ِِ بمر ِِ

ِميِمملَٰمعلٱ ِِ

ِِ

٢

ِِنَٰمحَرلٱ ِِ

ِِميِحَرلٱ ِِ

ِِ

٣

ِِكِلَٰمم ِ

ِِمومي ِِ

ِِنيِ دلٱ ِِ

ِِ

٤

ِمكَيَِّإ ِ

ِ د بعمن ِِ

ِمكَيَِّإمو ِِ

ِ

ِ يِعمتسمن

ِِ

٥

ِمنِدهٱ ِِ

ِمطَٰمرِ صلٱ ِِ

ِمميِقمتس لمٱ ِِ

ِِِ

٦

ِمطَٰمرِص ِِ

ِمنيِذَلٱ ِِ

ِمتممعنمأ ِِ

مِهيملمع ِ

ِِيمغ ِِ

ِِبو ضغملمٱ ِِ

مِهيملمع ِِ

ِملمو ِ

ِِميِ لٓاَض ِِلٱ ٧

(al-Quran, Al-Fatihah, 1:1-7) Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari akhirat. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Menurut M. Quraish Shihab (2012), dalam surah al-Fatihah terdapat perkara penting tentang tauhid yang terletak pada ayat satu dan dua. Selain itu, pada ayat yang keempat adalah tentang percaya pada hari kiamat dan pada ayat kelima adalah berkaitan ibadah. Pada ayat lima dan enam pula adalah berkaitan pengakuan tentang kelemahan manusia dan keharusan meminta pertolongan hanya kepada Allah SWT. Akhir sekali pada ayat ketujuh adalah tentang pelbagai keadaan manusia dalam menghadapi segala perintah Allah SWT, ada yang menerima dan ada juga yang sesat.

Tujuan penurunan surah ini adalah memelihara kesedaran tentang wujudnya Allah dan sentiasa mengawasi segala gerak-geri manusia. Oleh kerana itu, setelah menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang-Nya serta kuasa-Nya dalam memberi balasan kepada manusia, maka ayat di dalam surah ini disusuli dengan ayat yang menyatakan tentang Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dan Allah SWT maha mengetahui segalanya (Quraish Shihab, 2012).

Pengajaran yang terdapat daripada surah al-Fatihah menurut M. Quraish Shihab ialah ayat pertama memberi pengajaran agar setiap perbuatan kita mestilah dimulai dengan ucapan basmallah sehinggan terjalin hubungan yang erat diantara sang pencipta dan makhluknya.

Seterusnya memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa rahmat Allah itu sentiasa bersama sesiapa sahaja yang berada di atas muka bumi ini dan jangan mudah berputus asa dengan dugaan dan cabaran di dalam kehidupan. Seterusnya, sentiasa menunjukkan rasa syukur kepada Allah dengan mengucapkan “Alhamdulillah” dengan segala nikmat yang Allah berikan sepanjang hari di dalam kehidupan seharian.

Pada bahagian metodologi ini pengkaji merujuk kepada al-Lubab: makna, tujuan, dan pelajaran dari Surah-Surah al-Quran Jilid 1. Berdasarkan buku tersebut sebelum memulakan pentafsirannya M. Quraish Shihab akan memberi pengenalan tentang surah tersebut. Seterusnya, Quraish Shihab menyatakan intisari sesebuah surah, tujuan utama surah tersebut diturunkan dan pengajaran yang dapat diambil daripada surah tersebut.

Berdasarkan kitab jilid 1 tersebut juga menunjukkan bahawa kitab tafsir al-Lubab ini merupakan tafsiran berdasarkan ijtihad Quraish Shihab sepenuhnya. Pada setiap ayat yang ditafsirkan tidak disandarkan dengan ayat al-Quran yang lain mahupun dengan hadis Nabi Muhammad SAW. Jelaslah di sini bahawa tafsir al-Lubab ini sangat ringkas, padat dan sistematik.

Ia mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana kurang tebal dan senang untuk difahami.

(9)

Nur Azawani, Wan Hilmi / TURATH – Journal of Al-Quran and Al-Sunnah. vol. 7, no. 2 (2022) pp. 49 - 57

Page | 56

Selain daripada tafsir al-Lubab, terdapat juga kitab yang bertajuk Wawasan al-Quran yang dikarang oleh M. Quraish Shihab. Kitab tafsir tersebut menggunakan metode tafsir secara tematik iaitu Quraish Shihab membahagikan lima tema dalam pentafsirannya. Tema yang pertama adalah pokok-pokok keimanan. Kedua, keperluan asas manusia. Seterusnya adalah manusia dan masyarakat serta kegiatan manusia. Terakhir adalah masalah tentang umat (Fuji, 2019).

Seterusnya, M. Quraish Shihab juga telah mengarang kitab tafsir al-Misbah. Bentuk tafsir al-Misbah dominan kepada bentuk tafsir bi al-Ra’yi, metode tahlili dan bercorak adabi ijtima’i.

Tafsir ini mempunyai beberapa jilid. Nama al-Misbah dipilih adalah kerana Quraish Shihab berharap tafsir ini dapat menjadi petunjuk dan pegangan bagi sesiapa yang berada di dalam kejahilan dalam mencari petunjuk yang dapat dijadikan sebagai pedoman di dalam hidupnya.

Tafsir al-Misbah ini bukan sahaja hasil daripada ijtihad Quraish Shihab malah ia juga merujuk kepada penjelasan ulama terdahulu dan ulama kontemporari seperti Ibrahim Ibnu Umar al-Biqa’i.

Selain itu, Quraish Shihab juga merujuk kepada tafsir Sayyid Muhammad Thanthawi, Sheikh Mutawalli as-Sya’rawi, Sayyid Qutb, Muhammad Thahir Ibnu ‘Asyur, Sayyid Muhammad Thabathaba’i dan beberapa pakar tafsir lain (Hafiz, 2017).

Di samping itu, M. Quraish Shihab juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk

“Membumikan al-Quran Fungsi dan Peran Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat”. Buku ini merupakan hasil daripada kumpulan makalah-makalah dan ceramah-ceramah tertulis yang pernah disampaikan oleh M. Quraish Shihab. Pembahasan yang terdapat di dalam buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mempunyai empat bab yang mengupas tentang gagasan al-Quran mengenai bukti-bukti kebenarannya. Pada bahagian ini dibahaskan tentang keaslian al- Quran seperti yang dikemukakan oleh para ulama dan pakar. Selain itu, dibahaskan juga tentang sejarah perkembangan tafsir (Danial, 2016).

Bahagian kedua di dalam buku ini juga mempunyai empat bab yang menghuraikan gambaran tentang amalan al-Quran. Pembahasan dimulakan dengan menganalisis tentang perlunya seseorang untuk beragama. Atas dasar itu, Quraish Shihab memperluas penjelasan tentang tuntutan untuk melakukan ibadah dan kepentingannya kepada masyarakat. Pembahasan di dalam bab ini diakhiri dengan pembicaraan tentang peranan ulama dalam menyampaikan pesanan-pesanan di dalam al-Quran kepada seluruh umat Islam (Danial, 2016).

Kesimpulannya, M. Quraish Shihab melakukan pentafsiran tidak hanya menggunakan satu metode sahaja, tetapi menggunakan metode maudhu’i dan metode tahlili. Quraish Shihab berusaha untuk memahami makna kosa kata al-Quran dengan melihat penggunaannya oleh al- Quran itu sendiri dan ditambah metode lain yang relevan (Danial, 2016).

KESIMPULAN

Daripada pembahasan tentang kitab tafsir al-Lubab ini, dapat disimpulkan bahawa tafsir al-Lubab ini adalah salah satu kitab tafsir yang ditulis, disusun dan diolah mengikut keadaan semasa yang berupa penjelasan dan kandungan dari ayat-ayat al-Quran. Tafsir al-Lubab ini ditafsir menggunakan metodologi tafsir Ijmali. Muhammad Quraish Shihab memulakan pentafsirannya dengan pengenalan terhadap nama surah, kemudian intisari kandungan surah, kemudian yang terakhir adalah pengajaran daripada surah.

Selain daripada itu, jelas di sini menunjukkan bahawa kitab Tafsir al-Lubab ini mempunyai pentafsiran yang ringkas, padat, sistematik dan praktikal. Ia dapat memudahkan para pembaca untuk mudah memahami tafsiran ayat-ayat al-Quran dan juga menghayatinya. Tafsir al-Lubab ini sesuai untuk semua umat Islam dan buat mereka yang mempunyai jadual harian yang agak sibuk dan masih ingin memenuhi rohani dengan perkara dan nasihat yang baik daripada al-Quran.

Maka, tafsir al-Lubab ini sesuai buat golongan tersebut.

(10)

Jadi, kesimpulannya tafsir al-Lubab ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tidak kira sama ada muda atau tua. Selain itu, bahasa yang digunakan adalah yang mudah difahami. Pengkaji berharap agar seluruh umat Islam dapat memahami dan menghayati al-Quran dengan lebih baik dengan menggunakan tafsir al-Lubab ini.

Bibliografi

Al-Quran.

Anon. t.th. Biografi dan Karya Pemikiran Muhammad Quraish Shihab.

Anwar. 2016. Biografi dan Perjalanan Intelektual M. Quraish Shihab.

Fuji Nur Iman. 2019. Wawasan Al-Quran Karya M. Quraish Shihab (Sebuah Kajian Intertekstualitas Tafsir di Nusantara). Jurnal Nun. 5(1): 1-21

M. Danial Alwi. 2016. Membumikan al-Quran (Membedah Gaya Penafsiran al-Quran Quraish Shihab). Jurnal Ilmiah al-Syirah. 1(1): 1-12

Mahyuddin Haji Yahya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazlan Ibrahim, Jawiah Dakir dan Muhd. Najib Abdul Kadir. 2018. Pengenalan Tokoh-Tokoh Dan Kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Hafiz. 2017. Tajassus Menurut Perspektif al-Quran dalam Tafsir al-Misbah. Program Studi Ilmu al- Quran dan Tafsir, Fakultas Ushuluddin dan Filsafat, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Darussalam Banda Aceh.

Mubaidillah. 2016. Tafsir al-Lubab Karya M. Quraish Shihab (Kajian Metodologi Tafsir Kontemporeri). Jurnal Nur El-Islam: Jurnal Pendidikan dan Sosial Keagamaan. 3 (1): 196-212.

Muhammad. 2015. Biografi M. Quraish Shihab dan Kitab Tafsir al-Misbah.

Muhammad Mutawali Aminy, Rahmah Murtadha. 2017. Tafsir Ijmali Sebagai Metode Tafsir Rasulullah.

Syaeful Rokim. 2017. Mengenal Metode Tafsir Tahlili. Jurnal Stai al-Hidayah Bogor. 3(1): 41-56.

Referensi

Dokumen terkait

Kasih Sayang Kepada Anak Dengan Panggilan “Yâ bunayya” Selanjutnya akhlak ayah yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 132,133 surah Hud ayat 42, 43 surah Al-Qashash ayat 26,27 surah

Penulis tertarik memaparkan penafsiran kata rezeki dalam ayat-ayat Al-Qur’a>n menggunakan kitab tafsir tafsir Al-Qur’a>n al-Az{im atau yang lebih dikenal dengan nama kitab Tafsir Ibnu