INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : 31 Januari 2013
IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
(a) JAWATAN : PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) GRED W17 (b) TARAF
JAWATAN : TETAP
(c) JADUAL GAJI : P1 RM 928.74(Minimum) – P1 RM 2527.73(Maksimum) P2 RM 986.85(Minimum) – P2 RM 2664.63(Maksimum) P3 RM 1046.67(Minimum) – P3 RM 2806.39(Maksimum) (d) KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN : RM95.00 (e) IMBUHAN
(i) TETAP KHIDMAT
AWAM : RM115.00
(ii) TETAP
PERUMAHAN : RM180.00
(iii) BANTUAN SARA
HIDUP : RM300.00
(f) SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(Gaji permulaan P1 : RM928.74)
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan P1 : RM985.13)
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan P1 : RM1154.33)
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(Gaji permulaan P1 : RM1379.92)
(v) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
1 of 2 02/02/2013 4:30 PM
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 Pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (www.frim.gov.my) atau boleh memdapatkan borang tersebut di Pejabat Bahagian Sumber Manusia, Blok B3, FRIM. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Blok B3, 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan pada atau sebelum 20 Februari 2013.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 Februari 2013 (Rabu) CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No. Dokumen: 10129300
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
2 of 2 02/02/2013 4:30 PM