• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid 4, 2022 (ISSN 2636-9885)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid 4, 2022 (ISSN 2636-9885)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DARO, SARAWAK

Bryan Chew Ching Gee, Nor Aisyah binti Ahmad (SK Camporan Daro,Sarawak)

email: g-74520406@moe-dl.edu.my

ABSTRAK:

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan dasar Dual Language Programme (DLP) yang diimplementasikan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Satu borang soal selidik telah ditadbir sebagai instrumen pengumpulan data kajian ini. Sampel kajian ini ialah 119 orang guru subjek Sains dan Matematik Tahap 1 dari sekolah-sekolah rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Sarawak. Responden kajian dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Data yang berupa statistik deskriptif telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 28.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Sehubungan itu, analisis deskriptif mendapati min bagi tahap kesediaan guru (2.99) berada pada tahap sederhana dan min bagi tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran (2.86) juga berada pada tahap sederhana. Rumusannya, tahap kesediaan guru yang masih belum mencapai tahap tinggi secara tidak langsung akan mempengaruhi keupayaan guru untuk menjayakan pelaksanaan dasar DLP. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pihak berwajib yang bertindak selaku pemegang taruh dalam pelaksanaan dasar ini untuk menjalankan intervensi seterusnya melaksanakan langkah proaktif bagi meningkatkan tahap kesediaan guru-guru demi memastikan kejayaan pelaksanaan DLP.

Kata Kunci

Dual Language Programme (DLP), kesediaan guru, penggunaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

PENGENALAN

Dalam meniti arus globalisasi, satu pelan pendidikan yang menyeluruh perlu dibangunkan agar masyarakat dalam bidang pendidikan mempunyai panduan khusus untuk menjayakan visi dan misi pendidikan negara. Di Malaysia, perkara ini telah dilaksanakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PPPM 2013-2025 dilaksanakan melalui tiga fasa yang lebih dikenali sebagai gelombang bagi menyediakan persekitaran Bahasa Inggeris yang lebih mendalam iaitu:

Gelombang 1 (2013-2015) : Memperkukuh sistem sedia ada.

Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenalkan perubahan struktur.

Gelombang 3 (2021-2025) : Memperluas perubahan struktur.

Berhubung kait dengan perkara tersebut, Dual Language Programme atau DLP telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 (KPM, 2015).

Permulaan pelaksanaan DLP pada tahun 2018 di peringkat kebangsaan adalah selari dengan matlamat gelombang kedua iaitu untuk memperkenalkan perubahan struktur sedia ada. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018, DLP diperkenalkan dengan tujuan untuk menyokong kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid di negara ini. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran bidang Sains dan Matematik membolehkan murid mendapat lebih banyak pendedahan dengan penggunaan bahasa Inggeris (KPM, 2018). Sehubungan itu, tujuan DLP dilaksanakan juga adalah bagi memberikan peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global, menarik minat murid meneruskan pengajian dalam bidang Sains dan Matematik pada peringkat tertiari serta meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan (Norhisham et al., 2018). Namun begitu, dasar DLP yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan ini tidak bersifat paksaan sebaliknya membuka ruang pilihan kepada sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk melaksanakannya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan (KPM, 2018).

(2)

Sehubungan itu, pelaksanaan DLP di Sarawak pula dimulakan pada Tahun 2020 dan pelaksanaannya dikenali sebagai DLP Sarawak (KPM, 2019). Pelaksanaan DLP Sarawak, di bawah seliaan JPN Sarawak mewajibkan semua sekolah-sekolah kebangsaan di Sarawak untuk melaksanakan DLP secara berperingkat bermula tahun 2020. Usaha murni DLP Sarawak dilaksanakan sebagai satu inisiatif bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan taraf ekonomi negeri menjadi status berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 (KPM, 2019). Pada waktu kajian ini dilaksanakan, DLP Sarawak hanya melibatkan murid yang berada di Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3 sahaja. Manakala, murid Tahun 4, 5 dan 6 masih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Kesediaan dan sikap guru terhadap kurikulum terkini amat signifikan bagi memastikan pembaharuan atau reformasi dalam bidang pendidikan dapat dijayakan. (Kanafadzi &Jamaludin, 2021). Hal ini dikatakan demikian kerana, guru merupakan tunjang utama yang akan menentukan keberhasilan pelaksanaan sesuatu dasar itu pada akhirnya. Dalam konteks DLP di Sarawak, masih kurang kajian yang dilaksanakan ke atas guru-guru meskipun dasar ini telah memasuki usia tiga tahun pelaksanaannya. Di peringkat kebangsaan pula, kajian berkaitan DLP lebih banyak mengetengahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan DLP. Menurut Idris et al. (2017) cabaran utama guru untuk melaksanakan DLP dengan baik adalah kerana mereka perlu berhadapan dengan murid yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Yunus dan Sukril (2017) pula mendapati guru-guru Sains menghadapi masalah untuk mengajar DLP Sains dengan baik kerana guru yang mengajar tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang ilmu bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics atau lebih dikenali sebagai STEM. Secara tuntas, keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesediaan guru untuk melaksanakan DLP dengan berkesan.

Tan (2011) mendapati bahawa guru-guru terutamanya yang berada di kawasan luar bandar menghadapi cabaran besar semasa mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Hal ini kerana, guru-guru dan murid di kawasan luar bandar sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran subjek ini. Justeru, pengkaji melihat bahawa terdapat keperluan yang jelas untuk menjalankan kajian bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan DLP Sains dan Matematik. Perkara ini penting untuk memastikan pihak yang berkenaan dapat melaksanakan langkah penambahbaikan yang sewajarnya sekiranya diperlukan. Menurut Suliman et al. (2020), aspek kesediaan guru merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi keberhasilan pelaksanaan dasar DLP.

TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan penelitian pengkaji, terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah mengkaji tentang pelaksanaan DLP. Sebagai contoh, Unting dan Yamat (2017) telah menjalankan kajian untuk meninjau cabaran yang dihadapi oleh para guru semasa pelaksanaan DLP. Hasil daripada kajian tersebut, guru-guru mempunyai kesukaran untuk mengajar kerana kurangnya keupayaan murid untuk berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris. Pada ketika itu juga, guru-guru tidak bersedia menjalankan DLP kerana kurang garis panduan dan informasi tentang DLP.

Nasri et al. (2018) pula melaksanakan kajian tentang persepsi dan pengalaman guru Sains terhadap perubahan kurikulum yang memberikan fokus kepada pelaksanaan DLP. Kajiannya itu mendapati pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris dapat membantu pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan seterusnya meningkatkan peluang kerjaya yang lebih baik di masa hadapan.

Peserta kajian tersebut juga menyatakan bahawa pelaksanaan DLP turut berupaya memantapkan lagi kefahaman murid-murid dalam subjek tersebut kerana mereka dapat membiasakan diri dengan ungkapan Sains dan bahasa Inggeris secara langsung.

Seterusnya, kajian tentang DLP juga pernah dijalankan oleh Shamsudin et al. (2018). Kajian tersebut dilaksanakan di daerah Petaling Utama untuk mengkaji tahap kesediaan guru bagi melaksanakan DLP. Kajian tersebut dijalankan ketika dasar DLP baru sahaja dilaksanakan secara meluas di peringkat kebangsaan setelah berakhirnya program rintis DLP. Daripada kajian tersebut, didapati

(3)

kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan DLP daripada sudut pengetahuan adalah tinggi manakala kompetensi mereka adalah di tahap sederhana. Kajian ini turut mendapati kesediaan dan kompetensi para guru terhadap DLP akan memberi kesan yang mendalam terhadap pencapaian murid-murid.

Faisal (dipetik daripada Hamaludin & Rosli, 2019) menyatakan program pelaksanaan DLP merupakan satu usaha terancang untuk menghidupkan kembali dasar PPSMI yang telah diakui gagal dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun, pelaksanaan DLP dilaksanakan secara lebih meluas kerana DLP turut dilaksanakan dalam PdPc mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk Teknologi. Justeru, sistem pendidikan kita tiada pilihan tetapi harus mula menerima perubahan ini.

Kesimpulannya, pengkaji melihat terdapat kelompangan berlaku kerana masih kurang kajian yang dilaksanakan berkenaan dengan pelaksanaan DLP Sarawak. Maka, pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian ini sebagai satu sumbangan kepada kejayaan pelaksanaan dasar ini pada akhirnya.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Berdasarkan tajuk kajian yang dinyatakan, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai dua objektif yang berikut:

I. Mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru Sains dan Matematik terhadap pelaksanaan DLP.

II. Mengkaji tahap penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru Sains dan Matematik di dalam kelas DLP.

Selari dengan objektif kajian ini, persoalan kajian ini ialah:

I. Apakah tahap kesediaan guru Sains dan Matematik dalam pelaksanaan DLP?

II. Apakah tahap penggunaan bahasa Inggeris oleh guru Sains dan Matematik di dalam kelas DLP?

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengetahui tahap kesediaan guru-guru Sains dan Matematik dalam pelaksanaan DLP dan tahap penggunaan bahasa Inggeris oleh guru semasa PdPc Sains dan Matematik.

Data guru-guru DLP diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Daro bagi melancarkan lagi kajian ini. Populasi keseluruhan guru DLP di bawah seliaan PPD Daro berjumlah 172 orang.

Dalam kajian yang dijalankan ini, saiz sampel ditentu berpandukan kepada jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan jadual berkenaan, sampel yang diperlukan bagi populasi berjumlah 170 ialah 118. Perbezaan kiraan sampel daripada populasi berjumlah 170 hingga 180 adalah berjumlah 5 perbezaan. Maka berdasarkan kiraan tersebut, bilangan sampel yang sepatutnya diterima dalam kajian ini adalah seramai 119 orang responden.

Seterusnya, pengkaji telah membina instrumen soal selidik dengan berpandukan kepada objektif kajian ini. Instrumen soal selidik merupakan adaptasi daripada kajian Shamsudin et al. (2018) yang meninjau tahap kesediaan guru Sains melaksanakan DLP di daerah Petaling Utama.

Sehubungan itu, setiap item dalam instrumen ini merupakan pernyataan yang memerlukan responden memilih darjah persetujuan terhadap setiap pernyataan tersebut. Item ujian dibina dengan menggunakan skala Likert 5 mata, yang mana skala 1 dianggap sebagai Sangat Tidak Setuju dan skala 5 sebagai Sangat Setuju. Setelah instrumen soal selidik siap dibina, kajian rintis telah dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan instrumen yang dibina ini. Tahap kebolehpercayaan item- item yang dibina telah dinilai menggunakan pekali Alpha Cronbach. Daripada

(4)

analisis kajian rintis, didapati nilai kebolehpercayaan iaitu nilai Alpha Cronbach yang telah diperoleh ialah 0.94. Nilai tersebut menunjukkan instrumen yang dibina berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar.

Maka, instrumen kajian ini seterusnya diedarkan kepada responden menggunakan perisian Google Form.

Setelah maklum balas responden mencukupi, data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Min yang diperoleh seterusnya telah diinterpretasikan mengikut adaptasi kajian Pei et al. (2018) yang menetapkan julat skor min 1.0 hingga 2.33 diinterpretasikan sebagai rendah, julat skor min 2.34 hingga 3.66 diinterpretasikan sebagai sederhana dan julat skor min 3.67 hingga 5.00 diinterpretasikan sebagai tinggi sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 1. Interpretasi skor min ini seterusnya digunakan untuk menghuraikan dapatan soal selidik yang telah ditadbir kepada 119 orang guru Sains dan Matematik Tahap Satu di Daerah Daro selaku responden dalam kajian ini.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min bagi Menunjukkan Tahap Kesediaan

Skor Min Interpretasi Min

1.0 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Sumber: Pei et al. (2018)

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan analisis secara deskriptif dapatan kajian ini. Tiga aspek utama akan dihuraikan, iaitu aspek demografi responden, tahap kesediaan guru melaksanakan DLP dan tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kelas DLP Sains dan Matematik.

Demografi Responden

Jadual 2 yang berikut merupakan analisis latar belakang responden kajian ini. Pengkaji menetapkan enam ciri untuk meneliti demografi responden dalam kajian ini iaitu aspek jantina, umur, kelayakan akademik, opsyen, pengalaman mengajar dan jumlah kelas DLP yang diajar.

Jadual 2: Analisis latar belakang responden

Pemboleh ubah Item Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki 47 39.5

Perempuan 72 60.5

Umur

21-30 Tahun 24 20.2

31-40 Tahun 41 34.5

41-50 Tahun 41 34.5

51-60 Tahun 13 10.9

Kelayakan akademik

Diploma 13 10.9

Sarjana Muda 105 88.2

Sarjana 1 0.8

Opsyen

Sains 27 22.7

Matematik 40 33.6

Lain-lain 52 43.7

(5)

Pengalaman mengajar

Bawah 5 tahun 25 21.0

6-10 tahun 26 21.8

Lebih 10 tahun 68 57.1

Jumlah kelas DLP yang diajar

1 54 45.4

2 36 30.3

3 22 18.5

Lebih 3 kelas 7 5.9

Tahap Kesediaan Guru Melaksanakan DLP

Bahagian ini menghuraikan analisis secara deskriptif dapatan kajian aspek tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan DLP. Sembilan item iaitu item B1 hingga B9 telah dibina dan ditadbir kepada sampel kajian ini. Analisis min, sisihan piawai dan tafsiran min diterjemahkan dalam jadual 3 yang berikut.

Berdasarkan jadual tersebut, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi ialah item B2, iaitu “Saya mencari informasi daripada pelbagai sumber mengenai DLP,” dengan min yang diperoleh ialah 3.52 yang tafsirannya berada di tahap sederhana. Manakala min terendah pula ialah item B6 iaitu, “Saya berpandangan mengajar Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris adalah lebih mudah,” dengan min yang diperoleh ialah 2.20 menunjukkan bahawa responden kajian ini kebanyakannya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Secara umum, min keseluruhan bagi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan DLP berada pada tahap sederhana dengan min 2.99 dan sisihan piawai 0.788.

Jadual 3 :Min dan sisihan piawai bagi dimensi tahap kesediaan guru melaksanakan DLP

Item Min Sisihan

Piawai Tafsiran B1 Saya mempunyai pengetahuan yang cukup tentang

DLP. 3.13 0.953 Sederhana

B2 Saya mencari informasi daripada pelbagai sumber

mengenai DLP. 3.52 0.901 Sederhana

B3 Saya menggunakan sumber pengajaran DLP dalam

PdPc. 3.45 0.890 Sederhana

B4 Saya mampu memotivasikan murid untuk menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi.

3.11 1.015 Sederhana

B5 Saya yakin DLP mampu meningkatkan kemahiran

berbahasa Inggeris. 3.21 0.973 Sederhana

B6 Saya berpandangan mengajar Sains/Matematik

dalam bahasa Inggeris adalah lebih mudah. 2.20 1.054 Rendah

B7 Saya selesa melaksanakan DLP. 2.48 1.064 Sederhana

B8 Saya yakin DLP dapat meningkatkan mutu

pendidikan nasional. 2.92 1.046 Sederhana

B9 Saya bermotivasi dalam melaksanakan PdPc DLP. 2.87 1.024 Sederhana

Min Keseluruhan 2.99 0.788 SEDERHANA

(6)

Tahap Penggunaan Bahasa Inggeris oleh Guru dalam PdPc Kelas DLP Sains dan Matematik Bahagian ini menghuraikan analisis secara deskriptif dapatan kajian aspek tahap penggunaan bahasa Inggeris oleh guru dalam PdPC kelas DLP Sains dan Matematik. Lapan item iaitu item C1 hingga C8 telah dibina dan ditadbir kepada sampel kajian ini. Analisis min, sisihan piawai dan tafsiran min diterjemahkan dalam jadual 4 yang berikut.

Berdasarkan jadual tersebut, tahap penggunaan Bahasa Inggeris dalam PdPc kelas DLP Sains dan Matematik oleh guru-guru di daerah Daro pada keseluruhannya berada pada tahap sederhana dengan jumlah min keseluruhan bernilai 2.86. Data kajian menunjukkan min yang paling tinggi ialah item C4 iaitu pernyataan “Saya berasa sukar untuk menjelaskan contoh harian yang berkaitan dengan tajuk yang diajar menggunakan bahasa Inggeris,” dengan min 3.29. Min terendah pula ialah item C2 iaitu pernyataan “Saya menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam sesi PdPc di dalam kelas Sains/Matematik,” dengan kiraan min 2.54, menunjukkan masih kurang guru- guru menggunakan bahasa Inggeris secara menyeluruh di dalam kelas.

Jadual 4: Min dan sisihan piawai bagi dimensi penggunaan bahasa Inggeris oleh guru dalam PdPc Kelas DLP Sains dan Matematik

Item Min Sisihan

Piawai

Tafsiran

C1 Saya fasih bertutur bahasa Inggeris dalam kehidupan harian.

2.82 1.005 Sederhana

C2 Saya menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam sesi PdPc di dalam kelas Sains/Matematik.

2.54 0.891 Sederhana

C3 Saya yakin untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. 2.76 1.008 Sederhana C4 Saya berasa sukar untuk menjelaskan contoh harian

yang berkaitan dengan tajuk yang diajar menggunakan bahasa Inggeris.

3.29 1.196 Sederhana

C5 Saya boleh mengajar mata pelajaran Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris.

2.84 0.983 Sederhana

C6 Saya memastikan murid saya menggunakan bahasa Inggeris semasa PdP.

2.87 0.791 Sederhana

C7 Saya menguji kefahaman Sains/Matematik murid menggunakan bahasa Inggeris.

2.97 0.868 Sederhana

C8 Saya boleh menulis RPH dalam bahasa Inggeris dengan baik.

2.96 1.115 Sederhana

Min Keseluruhan 2.88 0.734 SEDERHANA

PERBINCANGAN

Kajian ini meninjau kesediaan guru dalam pelaksanaan DLP sekali gus mengenal pasti tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kelas DLP Sains dan Matematik. Min keseluruhan 2.99 domain kesediaan guru menunjukkan kesediaan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini masih berada di tahap sederhana-rendah. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya selari dengan kajian Norhisham et al. (2018) yang mendapati kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan DLP daripada aspek kemahiran dan minat responden pada ketika itu juga berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu, pengkaji berpendapat bahawa setelah empat tahun DLP dilaksanakan di peringkat kebangsaan, dapatan kajian tentang kesediaan guru sepatutnya menunjukkan peningkatan yang lebih signifikan. Ini kerana, jurang masa tujuh tahun sejak DLP diuar-uarkan sepatutnya mencukupi bagi meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakan DLP dengan berkesan. Menurut Zakaria et al,

(7)

(2017), apabila tahap kesediaan seseorang guru yang mengajar belum mencapai tahap tinggi, guru tersebut berkemungkinan besar bakal menghadapi masalah yang akhirnya bakal mengakibatkan objektif pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai. Oleh itu, dapatan kajian ini sepatutnya menunjukkan peningkatan tahap kesediaan guru yang lebih ketara berbanding ketika DLP baru sahaja mula dilaksanakan.

Seterusnya, kajian ini juga mendapati bahawa responden kajian kurang bersetuju dengan pernyataan item (B6) “Saya berpandangan mengajar Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris adalah lebih mudah”. Min bagi item tersebut ialah 2.20 yang ditafsirkan sebagai berada di tahap rendah. Ini menjadi bukti bahawa sebilangan besar responden kajian ini berpendapat PdPc Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah lebih mencabar jika dibandingkan dengan pengajaran dalam bahasa Melayu. Dapatan yang diperoleh ini disokong lagi dengan respons yang diberikan oleh sampel kajian Yunus dan Sukri (2017) yang menyatakan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sememangnya tidak boleh disangkal lagi, namun penggunaan bahasa Melayu merupakan saluran yang terbaik untuk menyampaikan pengetahuan Sains dan Matematik kepada sebilangan besar murid di Malaysia. Secara amnya, tahap kesediaan guru DLP yang masih di tahap sederhana bukan hanya membuatkan mereka merasa terbeban dengan tugas untuk memberikan kefahaman kepada murid tentang kandungan pelajaran, malah mereka turut merasa terbeban dengan tanggungjawab untuk mengimplementasikan keupayaan penggunaan dwibahasa dalam masa yang sama.

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap penggunaan bahasa Inggeris oleh guru dalam PdPc kelas DLP Sains dan Matematik juga hanya berada di tahap yang sederhana dengan min keseluruhan sebanyak 2.88. Malahan berdasarkan analisis item (C2), kiraan min 2.54 menunjukkan bahawa masih kurang guru-guru yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam kelas DLP. Dapatan seumpama ini dikhuatiri bakal memberi kesan kepada pemahaman murid dan akhirnya menyebabkan pelaksanaan DLP tidak mencapai objektif yang sepatutnya. Hal ini dinyatakan demikian kerana Professor Dr Saedah Siraj dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pernah mengutarakan kegusarannya tentang kekeliruan murid-murid dalam PdPc yang disebabkan oleh kekangan guru kurang berupaya untuk berbahasa Inggeris dengan baik (New Straits Times, 10 Mac 2019). Oleh itu, satu usaha jitu perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan atau meminimumkan masalah ini. Pemantapan daripada segi penguasaan bahasa Inggeris sewajarnya dijalankan bagi meningkatkan kebolehan guru untuk menjalankan pengajaran dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Menurut Othman et al., (2020), kefasihan guru-guru untuk menggunakan bahasa Inggeris adalah penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran DLP.

Dalam pada itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 43.7% responden kajian ini merupakan guru terlatih yang bukan berlatarbelakangkan opsyen Sains dan Matematik. Kontradiksi ini secara tidak langsung akan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara optimum seterusnya mengurangkan tahap kesediaan mereka untuk mengimplementasikan DLP dalam PdPc Sains dan Matematik. Menurut Ibrahim dan Mohamed (2021), guru bukan opsyen terpaksa memikul bebanan yang besar khususnya daripada aspek bebanan penguasaan kandungan ilmu. Jika dibandingkan dengan guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas subjek yang diajar, guru-guru bukan opsyen didapati kurang tahu tentang kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi topik-topik yang tertentu. Sesungguhnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung penuh kepada kesediaan guru untuk melaksanakan pengajaran dengan sebaiknya (Ramana & Mohamad, 2018). Masalah guru diarahkan untuk mengajar subjek di luar bidang opsyen mereka bukanlah fenomena yang baharu dalam dunia pendidikan di negara kita. Oleh hal yang demikian, pihak berwajib perlu mencari titik penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan seperti ini bagi memastikan dasar DLP dapat dilaksanakan dengan jayanya.

CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN

Sebagai usaha untuk menjayakan usaha murni kerajaan ini, pihak berwajib boleh mengadakan kursus teknik pengajaran berkesan bagi menarik minat murid-murid DLP mendalami ilmu Sains dan Matematik, selain menghantar guru-guru DLP untuk mengikuti kursus pemantapan bahasa Inggeris.

Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran, namun sekali gus akan meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk mengajar DLP dengan sebaiknya. Selain itu,

(8)

guru sendiri perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang peri pentingnya untuk meningkatkan kemahiran diri agar dapat melaksanakan DLP dengan berkesan. Dalam erti kata lain, guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk meningkatkan tahap kesediaan diri bagi melaksanakan DLP. Sebagai contoh, guru boleh mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus atau latihan dalam perkhidmatan dengan lebih giat bagi meningkatkan keupayaan melaksanakan DLP. Guru-guru DLP khususnya perlu mempersiapkan diri daripada segala aspek seperti kemahiran dwibahasa, pengetahuan tentang kandungan kurikulum dan kemahiran pedagogi agar dapat menyalurkan ilmu kepada murid-murid dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, kajian lanjut tentang kesediaan guru ini juga perlu dilaksanakan dengan lebih giat memandangkan negara kita baru sahaja beralih ke fasa endemik setelah beberapa tahun bergelut dengan Covid- 19 (C-19). Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar dijalankan kajian lanjutan yang menggunakan sampel kajian yang berbeza. Seperti yang telah dinyatakan, kajian ini menggunakan guru-guru DLP Tahap 1 sebagai sampel kajian. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar dijalankan kajian lanjutan berkenaan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan DLP kepada guru-guru di Sekolah Menengah. Keperluan menjalankan kajian kepada guru yang mengajar di Sekolah Menengah bertujuan untuk melihat sama ada mereka turut menghadapi situasi yang sama seperti dapatan kajian ini. Sehubungan itu, kajian lanjutan tersebut dicadangkan untuk mengadaptasi borang soal selidik daripada kajian ini.

Dalam pada itu, pengkaji turut mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan juga dalam reka bentuk kajian kualitatif. Sebagai contoh pengkaji boleh menjalankan temu bual dengan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan DLP. Oleh itu, pengkaji kajian lanjutan dicadangkan untuk membangunkan sebuah instrumen temu bual yang selari dengan dapatan kajian ini.

Pelaksanaan kajian lanjutan tersebut pastinya dapat mengukuhkan lagi pembuktian dapatan kajian ini. Malahan, pelaksanaan kajian lanjutan seumpama ini mampu memberi dorongan kepada pihak yang berkenaan untuk lebih giat berusaha dalam memastikan guru DLP benar-benar bersedia untuk menjayakan dasar ini.

Akhir sekali, pihak yang berkenaan juga boleh menjalankan kajian bagi mengenal pasti keperluan guru-guru untuk mengikuti kursus peningkatan kompetensi dalam pelaksanaan DLP. Kajian yang dilaksanakan itu dicadangkan untuk meninjau aspek keperluan guru-guru untuk mendapatkan latihan bagi meningkatkan keupayaan penggunaan bahasa Inggeris dan keperluan kursus untuk meningkatkan keyakinan mengajar DLP. Langkah ini penting agar intervensi dapat dilaksanakan secara lebih berfokus mengikut skop kajian yang dilaksanakan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan DLP adalah bertujuan untuk membawa sistem pendidikan negara kita ke arah yang lebih baik, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dengan kesedaran tentang kepentingan ini, pihak KPM dan JPN Sarawak telah melancarkan DLP dan DLP Sarawak sebagai persediaan bagi membentuk murid-murid yang berkebolehan untuk berbahasa Inggeris dengan baik.

Namun berdasarkan hasil kajian, tahap kesediaan guru-guru Sains dan Matematik terhadap pelaksanaan DLP kini berada pada tahap sederhana. Malahan turut didapati bahawa meskipun sebahagian besar responden kajian ini mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun, tahap kesediaan masih sahaja berada di tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan DLP perlu menggembleng tenaga bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Pihak KPM, JPN dan PPD haruslah menggiatkan pelaksanaan kursus dan latihan yang bersesuaian kepada guru-guru DLP.

Manfaat yang sangat besar dapat dicapai jika dasar DLP ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendidikan dwibahasa yang merentasi mata pelajaran mempunyai kesan penting untuk dasar pendidikan negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, penguasaan dwibahasa akan membuka laluan efektif untuk mendidik dan mengasimilasi pelajar yang berjaya. Sesungguhnya dasar DLP bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pembelajaran murid tetapi juga dapat menyediakan pelajar secara produktif dalam usaha untuk menempatkan diri mereka pada suatu tahap yang membanggakan pada masa hadapan.

(9)

RUJUKAN

Hamaludin, N. H., & Rosli, R. (2019). Pencapaian dalam pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019.

Ibrahim, H. H., & Mohamed, S. Kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 377-385.

Idris, N., Chum, U.P., Fadzil, N. S., & Rahman, A. N. H. (2017). Kajian pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP). Unit Penyelidikan Makro Sektor Penyelidikan dan Penilaian: KPM.

Kanafadzi, V., & Jamaludin, K. (2021). Tahap kesediaan dan sikap guru terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan 3. 461-475.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP).

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Sarawak Mulai Tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Li, J., Steele, J., Slater, R., Bacon, M., & Miller, T. (2016). Teaching practices and language use in two-way dual language immersion programs in a large public school district. International Multilingual Research Journal. 10(1), 31-43.

Nasri M. F., Yunus, M. S. & Abdullah, S. S. I. S. (2018). Exploring Dual Language Program (DLP) Science Teachers' Perceptions and Experiences of Curriculum Change.

New Straits Times. (2019, 10 March). MOE urged to intensify training to improve teachers' English proficiency. Diambil daripada https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/467780/moe-urged- intensify-training improve-teachers-english-proficiency

Noorzeliana, I., Chum, U.P., Nor, S. F., & Nuzul, H. A. R. (2017). Kajian pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP). Unit Penyelidikan Makro Sektor Penyelidikan dan Penilaian, KPM.

Othman, J., Mohd Saat., R, Adli, D., & Fatihah Senom. (2020). Dual Language Programme: teachers’

beliefs and practices in teaching Science through English. Journal of Nusantara Studies 2020 5(1) 255-269.

Pei, W. S., Ashari, M. Z., Ismail, Z., & Jumaat, N. (2018). Relationship between teachers' self- efficacy and instructional strategies applied among secondary school teachers in implementing STEM education. IEEE International Conference on Teaching, Assessment, and Learning for Engineering (TALE)

Ramanan, B., & Mohamad, M. (2018). Kesediaan guru luar bidang terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bilik darjah. Persidangan: Seminar Kebangsaan Pdpc Abad 21: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan & Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Shamsudin, N., Abdullah, N., & Mohamed Noh, N. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah terhadap pelaksanaan Dual Languange Programme (DLP): Readiness of teachers in implementing Dual Language Programme (DLP) among Science Teachers. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(1), 34–45. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vo l8.1.3.2018

(10)

Suliman, A., Yunus, M. M., & Nor, M. M. Y. (2020). Dual-language programme (DLP) implementation in Malaysian secondary schools: From the lenses of School Administrators (Implementasi program dual-language (DLP) di Sekolah Menengah Malaysia: Dari Lensa Pentadbir Sekolah).

Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(01SI). https://doi.org/10.17576/jpen-2020-45.01si-08

Tan, M. (2011). Mathematics and Science teachers’ beliefs and practices regarding the teaching of language in content learning. Language Teaching Research, 15(3), 325-342.

Unting, G. J., Yamat, H. (2017). Dual Language Programme (DLP): Teachers’ Voice. International Journal of Management and Applied Science (IJMAS) , 3(12), 97-101.

Yunus, M. M., & Sukri, A. S. I. (2017). The use of English in teaching Mathematics and Science: The PPSMI Policy vis-à-vis The DLP. Advances in Language and Literary Studies. 8. 133.

Zakaria, N. S., Pisol, M. M. I., Hamzah, H., Madzalan, J., & Yahya, S. S. M. N. (2017). Cabaran pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru bukan opsyen: kajian terhadap guru-guru Pendidikan Islam di SRA daerah Hulu Langat, Selangor. Malaysian Online Journal of Education 1(2), 13-19.

Referensi

Dokumen terkait

Data dari soal selidik Guru (Bahagain B, C, dan D) dianalisis menggunakan statisitik deskriptif mengenai beberapa aspek berkaitan dengan tahap pengetahuan, kesediaan dan

Teknik yang digunakan untuk mengetahui keberhasilan guru dalam penerapan pembelajaran relasi makna kajian semantik di kelas VII SMP N 19 Palu yaitu peneliti

Hasil penelitian menunjukkan bahwa ditinjau dari kelayakan aspek teknis usaha cangkul CV Rhodas dinyatakan layak untuk dijalankan karena berada di lokasi yang tepat, layout yang

Kegiatan pelatihan penggunaan software Maple dalam meningkatkan pemahaman materi olimpiade sains bagi guru matematika tingkat SMA se Kabupaten Pelalawan ini dapat

Untuk pengangkatan anak dan hubungannya dengan perwalian dalam tinjauan hukum Islam dan perundang-undangan di Indonesia studi kasus di pengadilan agama kelas 1 A