Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Jurutera wanita pemangkin pembangunan negara
Hidayah Mohammed - Disember 9, 2018 @ 5:15pm [email protected]
Profesional wanita dalam bidang kejuruteraan meningkat 40 peratus menjelang 2022.
Headline Jurutera wanita pemangkin pembangunan
negara. Language Bahasa Melayu
Media Title BH Online Section/Page
No Lain-Lain.
Date 9 Disember 2018 Journalist Hidayah Mohammed.
Source https://www.bharian.com.my/wanita/lai n-lain/2018/12/507228/jurutera-wanita- pemangkin-pembangunan-negara.
Remarks Kejuruteraan, Jurutera.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya (JKR) menyasarkan jumlah pekerja wanita bertaraf profesional dalam bidang kejuruteraan dan teknikal meningkat 40 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ir Roslan Md Taha, berkata berdasarkan jangkaan itu, peratusan wanita profesional terbabit dalam bidang terbabit akan terus meningkat melebihi pekerja lelaki, sekali gus menyamai beberapa negara maju lain.
Katanya, berdasarkan perkembangan terkini dapat dilihat pelantikan kakitangan wanita untuk jawatan kanan seperti ketua jabatan juga semakin ramai dalam pelbagai sektor.
“Oleh itu, tidak mustahil JKR juga akan mencapai sasaran sama, pada masa depan. Pada masa sama, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) juga menyasarkan jumlah tenaga kejuruteraan turut meningkat, iaitu dengan nisbah seorang daripada 100 kakitangan adalah wanita.
Andaian mampu direalisasi
“Peningkatan jumlah itu dijangka dapat menyamai beberapa negara maju seperti Jepun, Taiwan dan New Zealand, menjelang 2025.
“Andaian mampu direalisasikan berdasarkan kepada hala tuju negara yang sedang menuju ke arah industri 4.0,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN), di sini, baru-baru ini. Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Pada majlis bertemakan Profesion Teknikal Pelopor Pembangunan tahun ini itu, HPTN memperkenalkan anugerah bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat bidang teknikal seperti jurutera, arkitek, juruukur bahan, juruukur bangunan, juru-ukur tanah, ahli geologi, pakar teknologi dan juruteknik.
Wanita lebih sensitive
Sementara itu, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek JKR, Datin AR Mariani Noor Suhud, berkata wanita lebih sesuai menerajui bidang teknikal khusus reka bentuk bangunan kerana lebih teliti, sensitif dan mempunyai sifat empati yang tinggi ketika membuat rekaan bentuk bangunan.
Katanya, jiwa keibuan dan kewanitaan sangat kuat menyebabkan mereka mampu reka bentuk bangunan lebih baik kerana sangat mementingkan ketelitian dan menghayati cita rasa setiap keperluan pelanggan.
Oleh itu, sektor pembinaan memerlukan kepekaan ini, iaitu sensitiviti dan empati dalam menghasilkan reka bentuk yang biasanya ciri itu ada pada kebanyakan wanita,” katanya.
Beliau berkata, rekaan bangunan meliputi pelbagai aspek termasuk mesra persekitaran untuk semua peringkat masyarakat dari anak kecil hingga warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
“Justeru, wanita yang mahu menyertai bidang teknikal terutama rekaan bangunan perlu memiliki sikap tegas dan yakin ketika membuat keputusan.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
“Jiwa kepemimpinan dan berpengetahuan tinggi dan memahami setiap keperluan dalam bidang teknikal membantu menghasilkan sesuatu kualiti pekerjaan,” katanya.