Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.
Kaji semula keputusan buka sekolah untuk PdP bersemuka
Pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka perlu dikaji semula elak beri kesan lebih buruk. (Foto hiasan) Oleh Mohd Nurfaisal Baharuddin dan
Dr Irwan Mohammad Ali [email protected]
Pemaklumankaedah pengoperasian se- kolah oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menarik perhatian ra- mai pihak khususnya warga pendidik, ibu bapa, penjaga serta murid sendiri.
Pengoperasian Sektor Pendidikan membabitkan sekolah rendah dan me- nengah ini memperincikan kaedah pe- ngajaran dan pembelajaran (PdP) de- ngan mengambil kira statistik terkini penularan COVID-19 di Malaysia.
Perincian kaedah PdP secara bersemu- ka dicadangkan Kementerian Pendidi- kan (KPM) bermula 3 Oktober depan, dikhususkan kepada negeri berstatus Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ia memberi keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan uta- ma seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malay- sia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Bagi Fasa Tiga PPN, sesi persekolahan hanya dibuka berperingkat bagi menga- tasi masalah PdP di rumah (PdPR) se- perti capaian internet rendah dan per- anti berkaitan.
Namun, data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan jangkitan kes COVID-19 masih tinggi, begitu juga angka kematian harian. Kadar kebolehjangkitan
(R-naught) semasa juga turut mengundang kegu- saran ramai.
Sudah tentu, data ini antara kriteria utama KPM dalam memutuskan kebenaran PdP secara berse- muka di sekolah. Ketika ini juga, Program Imu- nisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar dan mencatatkan angka penerima vaksin yang sa- ngat memberangsangkan.
Apa pun, kebimbangan penularan tetap ada selagi tahap imuniti kelompok belum dicapai sepenuhnya.
Sasaran sekurang-kurangnya 85 peratus populasi penduduk negara mendapatkan suntikan vaksin be- lum tercapai.
Justeru, keputusan mengoperasikan semula seko- lah secara bersemuka harus dikaji semula berda- sarkan empat faktor utama.
Pertama, kadar kebolehjangkitan COVID-19. Pada
10 Mac lalu, kadar kebolehjangkitan berjaya ditu- runkan susulan impak positif tindakan kerajaan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat ketika itu. Justeru, unjuran nilai R-naught amat signifikan untuk dijadikan pan- duan bagi membendung penularan lebih parah.
Kedua, jangkitan varian baharu seperti Alpha, Beta dan Delta yang lebih mengganas di lokaliti, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kadar jangkitan membabitkan varian Delta paling domi- nan di negara ini dengan kadar kebolehjangkitan lebih tinggi, sekali ganda berbanding varian ter- dahulu yang melanda negara.
Ketiga, kadar vaksinasi ekosistem pendidikan di sekolah dan komuniti. Kadar vaksinasi ekosistem pendidikan di setiap lokaliti hendaklah seku- rang-kurangnya mencapai tahap imuniti kelompok berserta penilaian risiko oleh KKM dan Majlis Ke- selamatan Negara (MKN).
Keempat, penelitian semula SOP sekolah dalam norma baharu 2.0. Dengan mengambil kira penu- laran varian baharu semakin mengganas, garis pan- duan sedia ada dikeluarkan KPM sebelum ini hen- daklah dikaji semula dan ditambah baik.
Kesimpulannya, pengoperasian persekolahan se- cara bersemuka hendaklah dikaji dan diteliti secara holistik semua pihak berkepentingan dalam menge- kang penularan wabak COVID-19 ini.
Dengan mengambil kira tempoh sesi persekola- han bagi sesi 2021 hanya berbaki 10 minggu, se- barang keputusan diambil hendaklah bersandarkan keselamatan anak dan warga pendidik khususnya.
Sesuai peribahasa Melayu, ‘biar merangkak, ja- ngan menjalar’, yang bermaksud sebelum kemela- ratan itu menjadi besar, lebih baik menghindar- kannya dan tidak tergesa-gesa.
Mohd Nurfaisa adalah Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, manakala Dr Irwan adalah Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Perak.