• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Literatur Bersistematik: Aspek Yang Mempengaruhi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian Literatur Bersistematik: Aspek Yang Mempengaruhi"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Literatur Bersistematik: Aspek Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Matematik (Systematic Literature Review: Aspect Influencing Student

Engagement in Mathematics Learning)

Nurul Aina Ab Halim1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 November 2022 | Published: 1 December 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.2

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik menunjukkan tiga dimensi utama dalam aspek tingkah laku, emosi dan kognitif. Kajian bagi isu penglibatan murid menjadi pilihan ramai pengkaji dengan dapatan pelbagai aspek. Kesan pandemik Covid-19, banyak kajian tentang penglibatan murid dan pencapaian dikaji. Namun begitu, masih kurang kajian yang mengkaji aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik menggunakan kaedah tinjauan literatur.

Dapatan PRISMA menunjukkan sebanyak 22 artikel yang berkaitan telah dikenal pasti melalui dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science daripada 859 artikel. Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat 4 kategori utama dengan 12 aspek yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Kategori individu dengan aspek seperti sikap murid, motivasi murid, efikasi kendiri dan pencapaian akademik murid merupakan aspek yang mempengaruhi penglibatan murid. Dapatan kajian ini, menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik. Walau bagaimanapun, kajian yang berfokus kepada penglibatan murid khususnya pembelajaran Matematik masih kurang dilaksanakan di negara Malaysia.

Justeru, sebagai cadangan kajian empirikal dapat dilaksanakan bagi mengupas konteks penglibatan murid dalam pembelajaran matematik pada masa akan datang.

Kata kunci: aspek, penglibatan murid, pendidikan matematik, sorotan literatur.

Abstract: Student involvement in learning mathematics shows three main dimensions in behavioural, emotional and cognitive aspects. The study of the issue of student involvement is the choice of many researchers with findings from various aspects. The impact of the Covid- 19 pandemic, many studies on student engagement and achievement are being studied.

However, there is still a lack of research that examines the aspects that affect student engagement in Mathematics learning. Therefore, this study aims to identify aspects that influence student engagement in learning mathematics using the literature review method.

PRISMA findings show that 22 related articles have been identified through two main databases, namely Scopus and Web of Science, out of 859 articles. The results of the analysis show that there are 4 main categories with 12 aspects that influence student engagement in learning mathematics. Individual categories with aspects such as student attitude, student motivation, self-efficacy and student academic achievement are aspects that influence student engagement. The findings of this study show that teaching and learning strategies are the main

(2)

aspects that influence student engagement in Mathematics learning. However, studies that focus on student engagement, especially in Mathematics learning, are still not implemented in Malaysia. Therefore, as a recommendation, an empirical study can be carried out to examine the context of student involvement in mathematics learning in the future.

Keywords: aspects, student involvement, mathematics education, systematics literature ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pencapaian dalam sesuatu bidang kemahiran boleh dikuasai sebaiknya dengan penglibatan yang baik daripada sesorang individu. Penglibatan dapat memberikan pengalaman akademik yang baik dengan jumlah tenaga fizikal dan psikologi yang diberikan oleh murid (Astin, 2014).

Manakala menurut Trowler (2010) dalam Alrajeh & Shindel (2020), penglibatan murid didefinisikan sebagai kesanggupan dan usaha daya pelajar untuk melibatkan diri secara berkesan dalam aktiviti sekolah yang menyumbang kepada hasil yang berjaya. Pengalaman akan diperoleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran apabila seseorang murid itu melibatkan diri dengan aktiviti secara aktif. Sehubungan itu, penglibatan murid dalam sesuatu proses pembelajaran yang sangat penting.

Pendidikan merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah negara. Justeru, Malaysia telah menyertai pentaksiran antarabangsa Programme for International Student Assessment (PISA) bagi mengetahui landasan pendidikan negara ini. Pentaksiran PISA menitikberatkan perkembangan seorang pelajar dalam tiga domain literasi iaitu Literasi Bacaan, Literasi Matematik dan Literasi Saintifik. Dapatan laporan PISA bagi tahun 2018, menunjukkan prestasi Matematik berapada pada tempat kedua dengan skor purata 440 dalam kalangan negara Asia Tenggara. Walaupun dapatan menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan bagi literasi matematik iaitu sebanyak 13 mata berbanding PISA 2012, namun pencapaian pelajar Malaysia masih berada pada tahap 2. Hal ini jelas menunjukkan bahawa matematik merupakan sebuah mata pelajaran yang penting untuk dikuasai oleh setiap murid bermula dari usia muda lagi.

Terdapat banyak aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Kebelakangan ini, banyak kajian telah dilakukan untuk meninjau dan mengkaji penglibatan murid dalam pembelajaran matematik(Alrajeh & Shindel, 2020; Cevikbas &

Kaiser, 2021; Frenzel et al., 2019; Kalogeropoulos et al., 2021; Martina et al., 2022). Tahap penglibatan pelajar dalam Matematik telah menjadi perhatian ramai pengkaji. Namun begitu, kajian secara sistematik bagi mengkaji aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik masih kurang. Sehubungan itu, artikel ini adalah untuk mengisi jurang dan mensintesis kajian emperikal berkaitan penglibatan murid dalam pembelajaran matematik.

Bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendidikan matematik, salah satu aspek yang perlu diperhatikan oleh guru matematik adalah aspek penglibatan murid. Guru matematik perlu mengenal pasti aspek yang mempengaruhi penglibatan murid. Selain itu, kesan daripada aspek penglibatan yang terdapat dalam kalangan murid juga perlu dikenalpasti bagi membantu guru matematik memastikan pencapaian Matematik terus meningkat. Justeru, kajian ini dapat membantu guru matematik merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid.

(3)

Tujuan kajian literatur bersistematik ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti aspek dalam penglibatan murid terhadap pembelajaran Matematik dan menjawab persoalan-persoalan berikut :

1) Apakah trend kajian yang melibatkan isu penglibatan murid dalam pembelajaran matematik ?

2) Apakah aspek-aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik ?

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan literatur sistematik yang merupakan satu kaedah menyeluruh yang digunakan untuk mengenal pasti, menilai dan mensintesiskan kajian sedia ada yang telah dihasilkan oleh para pengkaji dan penyelidik. Kaedah kajian ini akan menganalisis kajian terdahulu bagi mengenalpasti aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen bagi artikel yang berkaitan dengan skop kajian dari tahun 2018 hingga Mei 2022. Pencarian artikel bagi kajian ini menggunakan pengkalan data seperti Scopus, dan Web Of Science (WOS). Selain itu, semua artikel yang dipilih akan diteliti agar bertepatan bagi menjawab persoalan dalam kajian ini.

Proses pencarian dan pemilihan artikel dilaksanakan menggunakan kaedah pemetaan skema Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analysis (PRISMA). Pencarian artikel yang menepati kriteria ini dilakukan secara empat fasa. Penggunaan kata kunci yang bertepatan dengan fokus kajian digunakan semasa pencarian artikel. Oleh itu, dalam kajian ini kata kunci yang digunakan bagi mengumpul artikel pada fasa mengenalpasti adalah faktor, kesan, penglibatan murid dan matematik. Terdapat 859 artikel yang ditemui daripada dua pengkalan data iaitu 542 artikel daripada pengkalan data Scopus dan Web Of Science sebanyak 317 artikel. Seterusnya, 33 buah artikel dikecualikan apabila artikel tersebut tidak memenuhi kriteria seperti tidak mempunyai teks penuh dan dapatan kajian tidak berkaitan dengan fokus kajian ini. Pada fasa terpilih (included) pengkaji hanya memilih 22 buah artikel yang dapat membantu dapatan kajian ini. Artikel yang terpilih akan diteliti dengan baik kemudian disintesis bagi mendapatkan dapatan kajian sistematik.

2.1 Fasa Mengenal Pasti (Identification)

Fasa pertama iaitu mengenal pasti (Identification) adalah proses pencaria menggunakan terma spesifik iaitu penggunaan perkataan seperti “faktor” atau “kesan” atau “hubungan” dan

“penglibatan murid” dan “matematik”. Pengkalan data yang digunakan adalah Scopus dan Web of Science. Artikel yang telah dikenal pasti semasa fasa pertama ini adalah sebanyak 859 artikel daripada dua database. 542 artikel daripada pengkalan data Scopus dan Web Of Science sebanyak 317 artikel. Jadual 1 menunjukkan kata kunci yang digunakan semasa fasa mengenal pasti.

Jadual 1: Rentetan carian yang digunakan Pengkalan

Data

Search String

Scopus TITLE-ABS-KEY (("factor*" OR "effect*" OR "affect*" OR "influence*" OR "relation*”) AND ("student engage*" OR "mathematics engage*") AND ("mathematics"))

Web Of Science

TS=(("factor*" OR "effect*" OR "affect*" OR "influence*" OR "relation*”) AND ("student engage*" OR "mathematics engage*") AND ("mathematics"))

(4)

Rajah 1 : Carta Alir PRISMA

2.2 Fasa Pemeriksaan (Screening)

Seterusnya adalah fasa pemeriksaan iaitu semua artikel akan disaring agar memenuhi kriteria artikel yang ditetapkan. Semasa fasa ini, 859 artikel yang dijumpai daripada dua pengkalan data disaring agar artikel yang dipilih tidak sama dan telah diterbitkan pada tahun sebelum 2018. Selain itu, artikel tersebut merupakan artikel yang terdapat daripada buku, jurnal prosiding dan review articles yang menggunakan Bahasa inggeris dan Bahasa melayu. Rekod artikel yang boleh digunakan selepas fasa pemeriksaan adalah 116 artikel.

2.3 Fasa Kelayakan (Eligibility)

Fasa ketiga adalah fasa kelayakan atau eligibility. 116 artikel yang terpilih semasa fasa pemeriksaan disaring untuk memilih artikel yang boleh diakses dan mempunyai artikel teks penuh yang berkaitan dengan aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik.

2.4 Fasa Terpilih (Included)

Fasa keempat iaitu fasa terpilih (included), artikel yang layak untuk disintesis dan dipilih untuk kajian sistematik adalah sebanyak 22 artikel. Proses pemilihan bagi kajian ini diringkaskan dalam Rajah 1.

(5)

Proses Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Artikel yang telah disaring dan dipilih dikumpulkan dalam jadual yang dibina melalui Microsoft Excel 2019. Semua artikel dianalisis bagi mendapatkan maklumat seperti tahun penerbitan, negara kajian, dan reka bentuk kajian. Jadual 2 menunjukkan senarai artikel yang telah dipilih.

Jadual 2: Senarai artikel yang dipilih pada tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022

Bil Penulis Tahun Tajuk Artikel

1 Martina et al. 2022 The Influence of Student Engagement on Mathematical Achievement among Secondary School Students

2 Sneck et al. 2022 More active lessons: teachers' perceptions of student engagement during physically active maths lessons in Finland

3 Stanciulescu et al. 2022 Assessing the impact of visualization media on engagement in an active learning environment

4 Buchele et al. 2021 Increasing the effect of a remedial mathematics course by switching to an online format during the COVID-19 crisis: evidence from a German university

5 Capone & Lepore 2021 From Distance Learning to Integrated Digital Learning: A Fuzzy Cognitive Analysis Focused on Engagement, Motivation, and Participation During COVID-19 Pandemic

6 Cevikbas & Kaiser 2021 Student Engagement in a Flipped Secondary Mathematics Classroom 7 Kalogeropoulos et al. 2021 Learning Mathematics From Home During COVID-19: Insights From

Two Inquiry-Focussed Primary Schools

8 Lishchynska et al. 2021 Online mathematics supports in lieu of university tutorials during COVID-19: student and lecturer perspectives

9 Mac An Bhaird et al. 2021 Student experiences of online study groups and drop-in mathematics support during COVID-19

10 Lambert & Schuck 2021 ‘‘The Wall Now Between Us’’: Teaching Math to Students with Disabilities During the COVID Spring of 2020

11 Skilling el al. 2021 The “ins and outs” of student engagement in mathematics: shifts in engagement factors among high and low achievers

12 Alrajeh & Shindel 2020 Student engagement and math teachers support

13 Attard & Holmes 2020 “It gives you that sense of hope” An exploration of technology use to mediate student engagement with mathematics

14 Deng et al. 2020 Digital game-based learning in a Shanghai primary-school mathematics class: A case study

15 Hong et al. 2020 The longitudinal linkages among Chinese children’s behavioural, cognitive, and emotional engagement within a mathematics context

16 Ransom 2020 Love, Trust, and Camaraderie: Teachers' Perspectives of Care in an Urban High School

17 Abu Hilal & Al Abed 2019 Relations among Engagement, Self-Efficacy, and Anxiety in Mathematics

among Omani Student

18 Bobis et al. 2019 “Sage on the stage” or “meddler in the middle”: shifting mathematics teachers’ identities to support student engagement

19 De Ruiter et al. 2019 Relevant classroom events for teachers:

A study of student characteristics, student behaviors, and associated teacher emotions

20 Frenzel et al. 2019 Learners’ awareness of their emotions

(6)

and their engagement with mathematics tasks in a mathematics club

21 Putwain et al. 2018 Achievement goals, behavioural engagement, and mathematics achievement: A mediational analysis

22 Schuetz et al. 2018 Is Technology the Answer? Investigating Students’ Engagement in Math

3. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bagi menjawab persoalan kajian pertama, analisis kandungan artikel dilaksanakan dengan kaedah analisis deskriptif. Analisis ini dilaksanakan bagi melihat perkembagan trend kajian ke atas penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Kaedah analisis deskriptif ini digunakan setelah 22 artikel disaring dan dipilih yang ditemui daripada pengkalan data SCOPUS dan WOS. Perkembangan trend kajian yang dianalisis adalah seperti tahun penerbitan, negara, reka bentuk kajian, populasi kajian dan instrumen kajian yang digunakan.

Tahun Penerbitan

Salah satu kriteria yang telah ditetapkan dalam kajian ini adalah mengkaji artikel yang berkaitan dalam lingkungan tahun 2018 hingga 2022. Jadual 3 menunjukkan tahun penerbitan kajian yang dipilih. Secara keseluruhannya, dapatan analisis menunjukkan trend bagi kajian yang melibatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik adalah tidak seimbang.

Dapatan menunjukkan penerbitan artikel paling banyak adalah pada tahun 2021 adalah sebanyak 8 kajian berbanding pada tahun – tahun sebelumnya. Pada tahun 2018 hanya 2 kajian, tahun 2019 sebanyak 4 kajian, tahun 2020 sebanyak 5 kajian manakala tahun 2022 sebanyak 3 kajian. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kajian. Secara keseluruhannya, pengkaji menunjukkan minat dalam membuat kajian terhadap penglibatan murid dalam pendidikan matematik.

Jadual 3: Tahun penerbitan kajian

Negara Mengikut Penerbitan

Sebanyak 13 buah negara yang terlibat dalam kajian terhadap penglibatan murid dalam pendidikan matematik. Berdasarkan dapatan kajian ini, Amerika Syarikat dan Australia merupakan negara yang paling banyak menjalankan kajian terhadap skop penglibatan murid dalam pendidikan matematik. Manakala negara Itali, Ireland dan China menghasilkan 2 kajian dan negara-negara lain pula hanya 1 kajian sahaja.

Tahun Penerbitan Bilangan Penulis

2018 2 Putwain et al. ; Schuetz et al.

2019 4 Abu Hilal & Al Abed ; Bobis et al. ; De Ruiter et al. ; Frenzel et al.

2020 5 Alrajeh & Shindel ; Attard & Holmes ; Deng et al. ; Hong et al. ; Ransom 2021 8 Buchele et al. ; Capone & Lepore ; Cevikbas & Kaiser ; Kalogeropoulos et

al. ; Lishchynska et al. ; Mac An Bhaird et al.; Lambert & Schuck; Skilling et al.

2022 3 Martina et al. ; Sneck et al. ; Stanciulescu et al.

(7)

Jadual 4 : Negara mengikut penerbitan kajian

Reka bentuk Kajian

Jadual 5 menunjukkan trend bagi reka bentuk kajian yang digunakan dalam 22 artikel yang terpilih. Dapatan menunjukkan penyelidikan kuantitatif merupakan pilihan pengkaji yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 9 kajian. Manakala sebanyak 8 kajian menggunakan penyelidikan kualitatif dan 5 kajian pula menggunakan gabungan reka bentuk kajian.

Jadual 5: Reka bentuk kajian

Negara Bilangan Penulis

Amerika Syarikat 4 Stanciulescu et al. (2022) Lambert & Schuck (2021) ; Ransom (2020)

Schuetz et al. (2018) Australia 4 Kalogeropoulos et al. (2021)

Skilling et al. (2021) Attard & Holmes (2020) Bobis et al. (2019) Itali 2 Capone & Lepore (2021)

Cevikbas & Kaiser (2021) Ireland 2 Lishchynska et al. (2021)

Mac An Bhaird et al. (2021)

China 2 Deng et al. (2020)

Hong et al. (2020) Malaysia 1 Martina et al. (2022)

Finland 1 Sneck et al. (2022)

Jerman 1 Buchele et al. (2021)

Saudi Arabia 1 Alrajeh & Shindel (2020) Oman 1 Abu Hilal & Al Abed (2019) Netherlands 1 De Ruiter et al. (2019) South Africa 1 Frenzel et al. (2019)

England 1 Putwain et al. (2018)

Reka bentuk Bilangan Penulis

Kuantitatif 9 Stanciulescu et al. (2022) Martina et al. (2022) Mac An Bhaird et al. (2021) Buchele et al. (2021) Hong et al. (2020) Alrajeh & Shindel (2020) Abu Hilal & Al Abed (2019) De Ruiter et al. (2019) Putwain et al. (2018)

Kualitatif 8 Sneck et al. (2022)

Lambert & Schuck (2021) Cevikbas & Kaiser (2021) Ransom (2020)

Attard & Holmes (2020) Deng et al. (2020) Frenzel et al. (2019) Bobis et al. (2019)

Gabungan 5 Capone & Lepore (2021)

Kalogeropoulos et al. (2021) Skilling et al. (2021) Lishchynska et al. (2021) Schuetz et al. (2018)

(8)

Instrumen Kajian

Jadual 6 menunjukkan jenis instrumen kajian yang digunakan dalam 22 buah artikel.

Berdasarkan analisis, soal selidik merupakan instrumen yang paling banuak digunakan dalam kajian. Instrumen temu bual juga kerap digunakan dalam mendapatkan data bagi kajian yang dilaksanakan. Penggunaan soal selidik merupakan instrumen yang paling banyak digunakan kerana instrumen ini memudahkan pengkaji yang menjalankan penyelidikan kuantitatif. Selain itu juga, tahun yang paling banyak kajian dilaksanakan adalah pada tahun 2021. Sehubungan dengan isu pandemik yang melanda kebanyakan negara, maka instrumen soal selidik merupakan instrumen yang mudah untuk dikumpulkan data. Instrumen seperti ujian, pemerhatian, analisis dokumen, diari pelajar serta nota lapangan turut digunakan dalam kajian penglibatan murid dalam pendidikan matematik.

Jadual 6: Instrumen kajian

Penulis Ujian Soal Seldik Temu Bual Pemerhatian Lain-Lain

Martina et al. (2022) /

Sneck et al. (2022) /

Stanciulescu et al. (2022) / /

Buchele et al. (2021) / /

Capone & Lepore (2021) / /

Cevikbas & Kaiser (2021) / / /

Kalogeropoulos et al.

(2021)

/ / / /

Lishchynska et al. (2021) / / / /

Mac An Bhaird et al.

(2021)

/

Lambert & Schuck (2021) / /

Skilling el al. (2021) / / /

Alrajeh & Shindel (2020) / /

Attard & Holmes (2020) / /

Deng et al. (2020) / / /

Hong et al. (2020) / /

Ransom (2020) / / /

Abu Hilal & Al Abed (2019)

/

Bobis et al. (2019) / / /

De Ruiter et al. (2019) /

Frenzel et al. (2019) / / / /

Putwain et al. (2018) /

Schuetz et al. (2018) / / /

Secara keseluruhannya, persoalan pertama kajian ini menunjukkan trend bagi isu penglibatan murid semakin meningkat. Kajian ini banyak menggunakan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan isntrumen soal selidik sebagai pengumpulan data.

(9)

Analisis aspek yang mepengaruhi penglibatan murid.

Bagi menjawab persoalan kajian kedua, analisis data bagi aspek - aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pendidikan matematik dilaksanakan. Sebanyak 10 aspek telah dikenal pasti mampu mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik.

Jadual 7 menunjukkan dapatan analisis aspek yang terlibat dalam penglibatan pelajar.

Berdasarkan Jadual 7, 10 aspek telah dikenal pasti dapat mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Secara keseluruhannya, aspek yang mempengaruhi penglibatan murid boleh dikategorikan kepada 4 aspek utama iaitu kategori demografi, kontekstual, individu dan persekitaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.

Jadual 7 : Analisis aspek penglibatan murid

Aspek Bilangan Penulis

Jantina 2 Buchele et al. (2021)

Alrajeh & Shindel (2020)

Strategi Pengajaran

Guru 8

Sneck et al. (2022) Stanciulescu et al. (2022) Capone & Lepore (2021) Cevikbas & Kaiser (2021) Kalogeropoulos et al. (2021) Deng et al. (2020)

Putwain et al. (2018) Ransom (2020) Penggunaan

Teknologi 4

Capone & Lepore (2021) Attard & Holmes (2020) Deng et al. (2020) Schuetz et al. (2018)

Sikap Murid 4

Sneck et al. (2022) Lishchynska et al. (2021) Lambert & Schuck (2021) Skilling el al. (2021)

Motivasi Murid 2

Martina et al. (2022) Lambert & Schuck (2021) De Ruiter et al. (2019) Frenzel et al. (2019) Hong et al. (2020) Pencapaian

Akademik 2 Martina et al. (2022)

Skilling el al. (2021) Efikasi Kendiri 2 Lambert & Schuck (2021)

Abu Hilai & Al Abed (2019) Sokongan Guru 1 Bobis et al. (2019)

Rakan Sebaya 1 Mac An Bhaird et al. (2021) Sokongan Ibu bapa 1 Lambert & Schuck (2021)

Jadual 8: Kategori aspek penglibatan murid dalam pembelajaran matematik

Kategori Bilangan Kajian Aspek yang mempengaruhi penglibatan murid

Demografi 2 Jantina (n=2)

Kontekstual 12 Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik (n=8) Penggunaan teknologi (n=4)

Individu 13

Sikap murid (n=4) Motivasi murid (n=5) Efikasi Kendiri (n=2) Pencapaian Akademik (n=2)

(10)

Secara keseluruhan, terdapat 4 kategori yang telah diklasifikasikan bagi melihat aspek yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Penglibatan murid dalam sesuatu pembelajaran merupakan aspek penting yang mampu mempengaruhi hasil sesuatu pembelajaran (Fredicks et al., 2004). Kajian-kajian lepas telah membuktikan pelbagai aspek yang dapat membantu meningkatkan penglibatan murid. Selain itu, terdapat juga kajian lepas yang membuktikan penglibatan murid dipengaruhi dengan pelbagai aspek seperti yang dapat dilihat daripada hasil 22 buah kajian ini.

Berdasarkan Jadual 8, kategori individu merupakan aspek utama yang mempengaruhi penglibatan murid iaitu sebanyak 13 daripada 22 kajian. Dalam Jadual 8, sebanyak 5 kajian yang mengkaji motivasi mempengaruhi penglibatan murid (Frenzel, Lampen, and Brodie, 2019; Hong et al., 2020; Lambert and Schuck, 2021; Maamin, Maat, and Iksan, 2022; de Ruiter, Poorthuis, and Koomen, 2019). Manakala 4 kajian pula menyatakan penglibatan murid dalam pembelajaran matematik dipengaruhi oleh sikap murid itu sendiri. (Lambert and Schuck 2021;

Lishchynska, Palmer, and Cregan 2021; Skilling, Bobis, and Martin 2021; Sneck et al. 2022).

Tambahan lagi, 2 kajian pula menunjukkan pencapaian akademik dan efikasi kendiri mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik (Abu-Hilal & Al Abed 2019; Lambert & Schuck 2021; Martina et al. 2022; Skilling et al. 2021).

Selain itu, kategori kontekstual menunjukkan aspek kedua tertinggi yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik. Sebanyak 12 daripada 22 kajian menunjukkan aspek strategi pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknologi merupakan aspek utama dalam isu penglibatan murid. Terdapat 8 kajian yang menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik memberi impak besar terhadap penglibatan murid iaitu (Capone and Lepore 2021; Cevikbas and Kaiser 2021; Deng et al. 2020;

Kalogeropoulos et al. 2021; Putwain et al. 2018; Ransom 2020; Sneck et al. 2022; Stanciulescu, Castronovo, and Oliver 2022). Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah pembelajaran masteri, pembelajaran flipped-classroom, dan pembelajaran inkuiri. Manakala, 4 lagi kajian menunjukkan penggunaan teknologi telah mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik seperti dalam kajian Attard & Holmes 2020; Capone & Lepore 2021; Deng et al. 2020; Schuetz et al. 2018).

Di samping itu, kategori persekitaran turut menyumbang kepada aspek yang mampu mempengaruhi penglibatan murid iaitu sebanyak 3 daripada 22 kajian. Kajian oleh Bobis et al. (2020) menyatakan sokongan guru turut menyumbang dalam aspek yang mempengaruhi penglibatan murid selain aspek rakan sebaya (Mac An Bhaird et al., 2021) dan aspek sokongan ibu bapa (Lambert & Schuck, 2021).

Secara keseluruhannya, kajian ini menujukkan strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek dominan yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik. Pelbagai strategi pengajaran yang digunakan sememangnya mampu meningkatkan penglibatan murid. Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk mempelajari matematik dengan baik. Penglibatan murid yang baik mampu meningkatkan sikap dan motivasi murid untuk belajar seperti dapatan dalam kajian Sneck et al. (2022).

Persekitaran 3

Sokongan ibu bapa (n=1) Sokongan Guru (n=1) Rakan Sebaya (n=1)

(11)

5. Kesimpulan dan Cadangan

Kajian sistematik ini telah menganalisis sebanyak 22 artikel yang berkaitan aspek-aspek yang mempengaruhi penglibatan murid bagi tempoh 5 tahun. Pada tahun 2021 menunjukkan bilangan kajian paling banyak dilaksanakan iaitu sebanyak 8 kajian. Hal ini menunjukkan penglibatan murid merupakan salah satu isu yang dibangkitkan dalam pendidikan kebelakangan ini. Sememangnya penglibatan murid merupakan aspek utama yang dititikberatkan dalam pendidikan kerana dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik meningkat apabila penglibatan murid meningkat. Hasil analisis menunjukkan pelbagai aspek yang ditemui mempengaruhi pembelajaran khususnya pembelajaran Matematik.

Penglibatan murid dalam pembelajaran matematik semakin dititikberatkan dalam memastikan pencapaian akademik dalam mata pelajaran ini semakin meningkat. Matematik yang sering dianggap sukar perlu diubah persepsinya agar murid lebih menarik untuk belajar. Dapatan kajian ini menunjukkan penglibatan murid semakin menjadi tarikan pengkaji sejak kebelakangan ini. Hal ini dapat dilihat daripada kesan pandemik yang menunjukkan murid penglibatan murid dalam pembelajaran matematik semakin membimbangkan. Namun, kajian menunjukkan aspek konstektual dan aspek individu mampu mempengaruhi penglibatan murid.

Guru perlu lebih kreatif dalam merancang dan menyediakan pengajaran yang mampu menarik minat murid. Melalui aktiviti pembelajaran yang menarik, secara tidak langsung elemen minat, sikap dan tingkah laku murid dapat ditingkatkan. Murid akan membentuk efikasi kendiri dengan menyedari kepentingan mempelajari matematik dengan baik.

Dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan manfaat kepada para pendidik untuk meningkatkan kemahiran pedagogi guru bagi meningkatkan pencapaian murid. Maka, sebagai cadangan kajian lanjutan berbentuk empirikal bagi melihat aspek-aspek yang boleh mempengaruhi penglibatan murid khususnya di Malaysia. Kajian berkaitan penglibatan murid didapati masih kurang dilaksanakan di Malaysia. Selain itu, kajian lanjutan dengan kaedah tinjauan sistematik dilaksanakan khususnya dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian diharapkan dapat menunjukkan jenis strategi yang paling baik dapat mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran matematik.

Rujukan

Abu-Hilal, Maher M., and Adnan S. Al Abed. (2019). “Relations among Engagement, Self- Efficacy, and Anxiety in Mathematics among Omani Students.” Electronic Journal of Research in Educational Psychology 17(48): 241–66.

Alrajeh, Tahani Salman, and Beth Winfrey Shindel. (2020). “Student Engagement and Math Teachers Support.” Journal on Mathematics Education 11(2): 167–80.

Mac An Bhaird, Ciarán et al. (2021). “Student Experiences of Online Study Groups and Drop- in Mathematics Support during COVID-19.” Teaching Mathematics and its Applications 40(4): 356–73.

Astin, Alexander W. (2014). “Student Involvement: A Developmental Theory for Higher Education.” College Student Development and Academic Life: Psychological, Intellectual, Social and Moral Issues (January 1984): 251–63.

Attard, Catherine, and Kathryn Holmes. (2020). “‘It Gives You That Sense of Hope’: An Exploration of Technology Use to Mediate Student Engagement with Mathematics.”

Heliyon 6(1): e02945. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e02945.

Bobis, Janette, Maryam Khosronejad, Jennifer Way, and Judy Anderson. (2020). “‘Sage on the Stage’ or ‘Meddler in the Middle’: Shifting Mathematics Teachers’ Identities to Support

(12)

Student Engagement.” Journal of Mathematics Teacher Education 23(6): 615–32.

https://doi.org/10.1007/s10857-019-09444-1.

Capone, Roberto, and Mario Lepore. (2021). Technology, Knowledge and Learning From Distance Learning to Integrated Digital Learning: A Fuzzy Cognitive Analysis Focused on Engagement, Motivation, and Participation During COVID-19 Pandemic. Springer Netherlands. https://doi.org/10.1007/s10758-021-09571-w.

Cevikbas, Mustafa, and Gabriele Kaiser. (2021). “Student Engagement in a Flipped Secondary Mathematics Classroom.” International Journal of Science and Mathematics Education (0123456789). https://doi.org/10.1007/s10763-021-10213-x.

Deng, Li, Shaoyang Wu, Yumeng Chen, and Zhengmei Peng. (2020). “Digital Game-Based Learning in a Shanghai Primary-School Mathematics Class: A Case Study.” Journal of Computer Assisted Learning 36(5): 709–17.

Frenzel, Jeanne-Mari, Christine Erna Lampen, and Karin Brodie. (2019). “Learners’

Awareness of Their Emotions and Their Engagement with Mathematics Tasks in a Mathematics Club.” Journal of Education (77).

Hong, Wei et al. (2020). “The Longitudinal Linkages among Chinese Children’s Behavioural, Cognitive, and Emotional Engagement within a Mathematics Context.” Educational Psychology 40(6): 666–80. https://doi.org/10.1080/01443410.2020.1719981.

Kalogeropoulos, Penelope et al. (2021). “Learning Mathematics From Home During COVID- 19: Insights From Two Inquiry-Focussed Primary Schools.” Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 17(5): 1–16.

Lambert, Rachel, and Rachel Schuck. (2021). “‘The Wall Now Between Us’: Teaching Math to Students with Disabilities During the COVID Spring of (2020).” Asia-Pacific Education Researcher 30(3): 289–98. https://doi.org/10.1007/s40299-021-00568-8.

Lishchynska, Maryna, Catherine Palmer, and Vincent Cregan. (2021). “Online Mathematics Supports in Lieu of University Tutorials during COVID-19: Student and Lecturer Perspectives.” Teaching Mathematics and its Applications 40(4): 417–35.

Maamin, Martina, Siti Mistima Maat, and Zanaton H. Iksan. (2022). “The Influence of Student Engagement on Mathematical Achievement among Secondary School Students.”

Mathematics 10(1): 1–14.

Putwain, David W., Wendy Symes, Laura J. Nicholson, and Sandra Becker. (2018).

“Achievement Goals, Behavioural Engagement, and Mathematics Achievement: A Mediational Analysis.” Learning and Individual Differences 68(March): 12–19.

https://doi.org/10.1016/j.lindif.2018.09.006.

Ransom, Julia C. (2020). “Love, Trust, and Camaraderie: Teachers’ Perspectives of Care in an Urban High School.” Education and Urban Society 52(6): 904–26.

de Ruiter, Janneke A., Astrid M.G. Poorthuis, and Helma M.Y. Koomen. (2019). “Relevant Classroom Events for Teachers: A Study of Student Characteristics, Student Behaviors, and Associated Teacher Emotions.” Teaching and Teacher Education 86: 102899.

https://doi.org/10.1016/j.tate.2019.102899.

Schuetz, Rachael Law, Gina Biancarosa, and Joanna Goode. (2018). “Is Technology the Answer? Investigating Students’ Engagement in Math.” Journal of Research on

Technology in Education 50(4): 318–32.

https://doi.org/10.1080/15391523.2018.1490937.

Skilling, Karen, Janette Bobis, and Andrew J. Martin. (2021). “The ‘Ins and Outs’ of Student Engagement in Mathematics: Shifts in Engagement Factors among High and Low Achievers.” Mathematics Education Research Journal 33(3): 469–93.

Sneck, Sirpa, Heidi Syväoja, Sanna Järvelä, and Tuija Tammelin. (2022). “More Active Lessons: Teachers’ Perceptions of Student Engagement during Physically Active Maths Lessons in Finland.” Education Inquiry 00(00): 1–22.

(13)

https://doi.org/10.1080/20004508.2022.2058166.

Stanciulescu, Andrew, Fadi Castronovo, and Jesús Oliver. (2022). “Assessing the Impact of Visualization Media on Engagement in an Active Learning Environment.” International Journal of Mathematical Education in Science and Technology.

https://doi.org/10.1080/0020739X.2022.2044530.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat jenis penglibatan pengusaha kapal sewaan dalam aktiviti memancing rekreasi laut dalam Kota Kinabalu, Sabah, iaitu aspek

Walau bagaimanapun, dalam konteks kajian ini penelitian dan pemerhatian akan difokuskan kepada aspek pengisian serta kaedah pelaksanaan ibadah bagi pelatih kategori

Hasil kajian juga mendapati terdapat tiga faktor utama mempengaruhi daya tahan seperti faktor afektif yang melibatkan tingkah laku dan personaliti, penyelesaian masalah

Walau bagaimanapun, masalah atau isu yang timbul adalah sehingga kini tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman

Dapatan kajian mendapati faktor bahasa pengantar terhadap masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan responden semasa proses pengajaran dan

Kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sememangnya berkesan dalam membantu menaikkan minat serta penglibatan murid

Persepsi pelajar terhadap aspek dalam perisian matematik yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penglibatan dalam kelas, perubahan minda pelajar dan pencapaian

Faktor Kesedaran ibu bapa dalam penglibatan pembelajarn murid pendidikan khas etnik dusun di rumah dan sekolah Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa anak bekeperluan