• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TINDAKAN RBT II.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJIAN TINDAKAN RBT II.docx"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyelidikan boleh didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara sistematik melalui proses pengumpulan, menganalisis dan pentafsiran sesuatu keputusan (Khalid, 2003). Penyelidikan merupakan satu prosedur yang sistematik, saintifik, kritikal dan dinamik digunakan oleh manusia untuk mencari makna, jawapan dan kebenaran terhadap sesuatu fenomena yang berlaku di dalam dunia ini.

Di sekolah rendah, Reka Bentuk dan Teknologi telah menjadi mata pelajaran yang perlu diajar kepada murid Tahap 2. Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain (Novak, 1984).

Pengajaran dan Pembelajaran dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid-murid mempelajari teori serta mengendalikan pelbagai alatan tangan dan bahan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreativiti mereka. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi juga bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan perkembangan industri yang semakin pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Prinsip utama seorang guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar ialah seorang yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar, pemudahcara, pemberi pedoman hidup serta contoh teladan ke arah kebaikan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah (Abdul Fatah, 1996).

Seorang guru itu akan memainkan peranan mengikut situasi atau keadaan dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas. Pengurusan yang sistematik juga mampu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran murid di

(2)

2

dalam bilik darjah walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu guru tempuhi pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru hendaklah sentiasa ke hadapan seiring dengan perkembangan global agar pendidikan di negara kita berkualiti sepanjang masa.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Tajuk Kit Model Kereta merupakan salah satu topik dalam bidang mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah Tahun 5. Pengalaman pengkaji selama tiga tahun mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi mendapati, sub topik tajuk ini menyukarkan murid-murid untuk mengingat semua nama dan fungsi komponen kit model kereta. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah membuat satu pemerhatian secara rambang ke atas keseluruhan murid di dalam kelas Tahun 5 Ibn Sina bagi tajuk Kit Model Kereta. Pemerhatian dan penilaian ini kerap dilakukan terhadap murid-murid.

Semasa langkah set induksi, pengkaji telah menunjukkan satu set Kit Model Kereta yang sebenar kepada murid-murid. Pengkaji mendapati langkah ini dapat menarik minat murid untuk belajar tentang Kit Model Kereta. Mereka tertarik dengan reka bentuk, warna serta pelekat yang digunakan.

Pada langkah yang pertama, pengkaji telah menerangkan kepada murid tentang pengenalan terhadap Kit Model Kereta. Pada langkah ini, murid perlu mengenal tiga alatan tangan yang digunakan untuk membuka dan memasang komponen Kit Model Kereta. Pengkaji telah menunjukkan alatan tangan yang sebenar kepada murid-murid. Pada langkah ini, pengkaji menerangkan kepada murid tentang nama serta fungsi tiga alatan tangan tersebut. Murid memberikan perhatian kepada penerangan yang diberikan serta boleh memahaminya. Ini menunjukkan bahawa langkah pertama ini berjaya dilaksanakan .

Pada langkah kedua, pengkaji telah menerangkan tentang manual Kit Model Kereta kepada murid. Pengkaji memberikan “hands out” kepada setiap murid. Ia mengandungi setiap langkah pemasangan Kit Model Kereta yang dipelajari. Murid memberikan tumpuan pada pembelajaran dengan memberikan respon terhadap soalan yang diajukan. Murid boleh menguasai pelajaran pada langkah ini kerana dapat menjawab soalan yang berkaitan.

(3)

3

Pada langkah ketiga, pengkaji mendapati hampir keseluruhan murid tidak dapat menguasai tajuk komponen Kit Model Kereta. Ini kerana murid sering keliru dengan nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta tersebut. Masalah masih berulang walaupun pengukuhan telah dijalankan. Terdapat 12 jenis komponen Kit Model Kereta seperti motor, gear, sensor, bateri, sel solar, suis, kerangka, pemegang bateri alat kawalan jauh, roda dan gandar, takal dan tali sawat serta gegancu dan rantai. Setiap komponen mempunyai fungsi yang berbeza. Murid tidak dapat mengingat atau menguasai semua nama dan fungsi komponen tersebut. Jawapan yang diterima apabila disoal ialah “….. mana boleh nak ingat semua, banyak benda yang nak kena ingat cikgu…..”

Pengkaji juga dapat mengenal pasti masalah ini melalui lembaran kerja yang diberikan serta daripada hasil semakan buku latihan murid. Didapati hampir keseluruhan murid Tahun 5 ibn Sina tidak dapat menjawab soalan latihan berkaitan nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta dengan tepat dan betul semuanya. Mengajar kesemua nama dan fungsi Kit Model Kereta mengambil masa yang agak lama, apatah lagi untuk mengulang semula dari awal hingga akhir setiap nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta tersebut. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran ini adalah terhad. Maka timbul pertanyaan, adakah kaedah yang digunakan tidak sesuai? Adakah cara guru mengajar tidak banyak membantu mereka? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?.

Sekiranya tindakan yang perlu tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak akan dapat menguasai sepenuhnya tajuk Kit Model Kereta ini. Oleh yang demikian, pengkaji telah mencari kaedah pembelajaran yang sesuai bagi kalangan murid-murid Tahun 5 Ibn Sina untuk meningkatkan penguasaan mereka berkaitan nama dan fungsi komponen Kit model Kereta. Ia akan dapat menarik minat murid untuk belajar serta tidak mengganggu murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

(4)

4

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN

2.1 Tinjauan Dan Analisis Masalah

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lalu pada langkah yang ketiga iaitu berkaitan dengan nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Hampir keseluruhan murid di dalam kelas 5 Ibn Sina tidak dapat menguasai nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Masalah ini berlaku kerana murid perlu mengingat semua nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta yang berbeza-beza. Mereka berasa keliru dengan nama komponen serta fungsinya dengan membuat kesilapan yang sama semasa membuat latihan yang diberikan sama ada lembaran kerja atau dalam buku tulis.

Perkara ini berlaku mungkin kerana pengkaji hanya menggunakan bahan maujud atau sedia ada dalam proses pembelajaran. Murid rasa teruja pada awalnya, tetapi jika diteruskan membuatkan murid berasa bosan kerana sudah biasa proses pengajaran yang dijalankan oleh guru. Jadi, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan cara pengajaran yang sesuai agar dapat menarik minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelbagai bahan bantu mengajar perlu digunakan supaya dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Masalah bukan hanya datang daripada cara pengajaran pengkaji sahaja, masalah juga datang daripada murid-murid lain yang terdapat di dalam kelas tersebut. Contohnya, terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada maklumat yang ingin disampaikan. Ada murid yang gemar bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan, bermain alat tulis atau membuat contengan. Pengkaji juga telah melakukan pelbagai cara, antaranya mengarahkan mereka berpindah tempat duduk atau kumpulan lain. Namun mereka sering melakukan perkara sama yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada murid lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru pastinya mempunyai masalah tertentu. Ini kerana guru berhubung dengan murid untuk menyampaikan maklumat serta membina kefahaman minda murid. Ini memberi peluang kepada pengkaji memfokuskan kajian terhadap masalah menyataakan nama serta fungsi komponen Kit Model Kereta.

(5)

5 2.2 Tinjauan Literatur

Pendidikan bertaraf dunia haruslah mampu menjana generasi yang mengaplikasikan budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Ini adalah kerana kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi sebagai pemikir globalisasi dalam pelbagai bidang. Al-Ghazali telah mengenal pasti lima fungsi otak iaitu ingatan, visual bayangan, perasaan, sintesis dan daya berfikir. Manusia mampu menjadi kreatif jika mereka tahu cara mengoptimakan minda.

Jika suatu masa dahulu, pendidikan itu lebih bersikap formal, serius serta bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata. Pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu pengkaji terpanggil untuk menghasilkan suatu kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan peta minda .

Peta Minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu murid dengan mencatat nota dengan cara yang paling ringkas dan berkesan. Penggunaan peta minda semakin penting kerana ianya berperanan sebagai satu kemahiran mengorganisasikan maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Berdasarkan pelbagai sumber bacaan terdapat ramai penyelidik menyatakan bahawa peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Menurut mereka lagi, peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Melalui beberapa kajian yang dijalankan, telah menunjukkan bahawa penggunaan konsep dalam pembelajaran bermakna menjadikan pembelajaran lebih huristik melalui penggunaan peta konsep. Pembelajaran berterusan adalah satu proses

(6)

6

mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada yang disedari dan yang tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di dalam persekitaran. Rangsangan yang sesuai dan perlu daripada persekitaran dipilih menggunakan organ-organ deria yang kemudiannya akan diproses di dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Peta minda membantu mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan (Dilip, 1996). Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.

Peta minda atau peta konsep adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting akan diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, anak panah, warna dan sebagainya. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik serta menggunakan kaedah yang betul dan sesuai amat diperlukan. Selain itu guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai sukatan pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.

Amalan pengajaran menggunakan peta konsep atau peta minda dalam pembelajaran di dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana penggunaan peta konsep atau peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajar (Wahidin, 2004). Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan

(7)

7

bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaan yang benar tentang sesuatu pelajaran itu. Peta Minda ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai “advancer organizer”.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 5 Ibn Sina dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi untuk tajuk komponen Kit Model Kereta melalui penggunaan “Peta Minda” .

3.2 Ojektif Khusus

i. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta minda ini ke arah meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk komponen Kit Model Kereta.

ii. Menilai tahap minat murid terhadap penggunaan peta minda bagi tajuk nama dan fungsi Komponen Kit Model Kereta.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sampel Kajian

Kajian melibatkan murid Tahun 5 Ibn Sina seramai 20 orang dan kesemuanya adalah murid lelaki. Responden terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Masing-masing ada mempunyai kebolehan serta keistimewaan tersendiri. Berdasarkan

(8)

8

pencapaian peperiksaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi yang lepas, responden berada pada tahap sederhana sahaja iaitu memperoleh markah 45%-65% .

Responden terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Responden ada yang tinggal di bandar dan di luar bandar. Pengkaji telah membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu, Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal. Kumpulan Eksperimental seramai 10 orang dan Kumpulan Terkawal juga 10 orang. Lihat Jadual 1.

KUMPULAN JANTINA BANGSA JUMLAH

Eksperimental Lelaki Melayu 10

Terkawal Lelaki Melayu 10

Jadual 1 : Kumpulan Sasaran

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan (2000), Reka Bentuk ialah suatu aturan susunan perancangan bahan dalam konteks penghasilan semua produk. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di samping meluaskan potensi manusia.

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah mencadangkan penggunaan “Peta Minda” iaitu bahan bantu mengajar sebagai panduan yang lebih jelas kepada murid semasa proses mengingat nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Data diperoleh daripada ujian pra dan ujian pos. Soal selidik juga dilakukan kepada murid-murid Tahun 5 Ibn Sina untuk mengenal pasti adakah penguasaan murid dapat ditingkatkan. Merujuk kepada Rajah 1 Pengkaji

(9)

9

menggunakan model kajian Kemmis & Mc Taggart (1988) untuk merancang tindakan bagi masalah ini .

Rajah 1 : Model kitaran Kemmis dan Mc Taggart

I. Tinjauan Awal II. Merancang Tindakan

III. Melaksana Tindakan dan Pemerhatian IV. Refleksi

Pada pendapat pengkaji, model ini sangat bersesuaian dengan kajian ini kerana penambahbaikan dapat sentiasa dilakukan secara berterusan sehingga masalah dapat diatasi. Model ini dimulakan dengan sesuatu isu atau masalah, seterusnya merancang tindakan. Semasa tindakan dilaksanakan akan berlaku proses pemerhatian. Kemudian, kajian itu akan dianalisis melalui refleksi yang dibuat oleh pengkaji.

Satu Kitaran Kajian Tinjauan Awal Merancang Tindakan Melaksana Tindakan Dan Pemerhatian Refleksi

(10)

10 5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Tindakan 1 : Tinjauan Awal

Tinjauan dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa tajuk Kit Model Kereta dilaksanakan. Pengkaji melakukan pemerhatian secara rawak untuk mendapatkan maklumat awal mengenai masalah murid.

Tindakan 2 : Ujian Pra

Ujian tentang Kit Model Kereta ini dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tinjauan awal. Ujian ini dinilai berdasarkan penilaian kompetensi semasa responden menjalani ujian. Tempoh pelaksanaan ujian adalah selama 30 minit. Selain itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian melalui senarai semak untuk lebih mengenal pasti masalah utama murid-murid dalam mengenal nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Pengkaji mendapati bahawa murid sebenarnya tidak dapat menjawab dengan baik tentang nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta setelah selesai sesi pengajaran dibuat penilaian.

Tindakan 3 : Merancang Tindakan

Pengkaji perlu merancang perkara yang hendak dilaksanakan. Pengkaji telah membuat rujukan ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidik di dalam dan di luar negara. Penggunaan Peta Minda banyak digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah ini diterapkan kerana daya ingatan murid dapat ditingkatkan serta mudah menguasai apa yang dipelajari. Oleh yang demikian, pengkaji ingin melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan peta minda di samping bahan bantu mengajar yang lain seperti gambar atau slide power point.

(11)

11 Tindakan 4 : Melaksanakan Tindakan

Pengkaji telah memulakan intervensi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan kaedah peta minda terhadap responden. Responden akan ditunjuk beberapa contoh peta minda yang boleh dihasilkan. Pengkaji menggunakan peta minda semasa pengajaran nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Responden akan diberikan kertas bersaiz A3 serta pen pelbagai warna untuk membina atau melukis peta minda. Pengkaji menayangkan slide power point berkaitan komponen Kit Model Kereta, manakala responden akan membina peta minda mengikut kreativiti masing-masing. Slide power point tersebut memaparkan nama komponen, gambar serta funsgsi komponen Kit Model Kereta.

Tindakan 5 : Ujian Pos

Pengkaji akan melaksanakan ujian setelah selesai melaksanakan kaedah yang digunakan iaitu peta minda. Responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan berkaitan nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Pengkaji juga melakukan pemerhatian melalui senarai semak untuk mendapatkan dapatan data dengan lebih tepat untuk mengetahui sama ada responden dapat meningkatkan penguasaan tentang nama dan fungsi komponen kit model kereta.

Tindakan 6 : Refleksi

Setelah pengkaji melaksanakan apa yang telah dirancang, pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan penggunaan kaedah peta minda terhadap penguasaan murid. Setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik yang mempunyai lima skala bagi setiap item kepada responden. Penjelasan telah dibuat sebelum responden mula menjawab. Responden diberikan tempoh sepuluh minit untuk menjawab soalan tersebut. Setelah borang itu dihantar,

(12)

12

pengkaji perlu membuat analisis tentang maklumat yang diperoleh. Soalan-soalan tersebut telah diberikan pilihan jawapan menggunakan skala likert iaitu bermula dari Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Tidak Pasti (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5).

5.2 Cara Pengumpulan Data

5.2.1 Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)

Ujian Pra dan Ujian Pos dibina untuk memperolehi maklumat dan mengukur tahap penguasaan murid terhadap tajuk komponen Kit Model Kereta. Ujian Pra diberikan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada responden mengenai tajuk yang dikaji. Ujian Pos diberikan setelah selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian yang dijalankan kepada responden adalah menepati Huraian Sukatan Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5. Soalan untuk kedua-dua ujian adalah setara. Namun begitu, tempoh pelaksanaannya adalah dalam jarak dua minggu.

Seterusnya pengkaji akan melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi kedu-dua kumpulan, iaitu Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal. Markah tersebut akan menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan. Perbandingan akan dibuat di antara kedua-dua keputusan ujian tersebut antara Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung akan dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang pengajaran dan pembelajaran berjalan. Fokus utama pemerhatian ini dilakukan adalah untuk melihat tingkah laku responden yang menunjukkan minat dalam sesi

(13)

13

pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur di mana pengkaji merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin. Setiap satu tema mempunyai dua pecahan aspek. Dapatan pemerhatian akan menunjukkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 Ibn Sina bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta.

5.2.3 Soal Selidik

Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Borang soal selidik yang diberikan berbentuk soalan tertutup yang menggunakan skala Likert di mana responden perlu memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap item dalam borang tersebut. Soalan yang dibina menjurus kepada objektif kajian, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi.

Ketika soal selidik hendak dijalankan, pengkaji terlebih dahulu memberikan penerangan setiap item soalan beserta skala kepada responden. Pengkaji juga mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan soal selidik tersebut, kesimpulan akan dapat dibuat sama ada penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk komponen Kit Model Kereta.

5.2.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan Kebolehpercayaan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan. Segala instrumen yang digunakan akan disahkan terlebih dahulu. Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan

(14)

14

keputusan yang sama di bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali. Namun begitu, kenyataan di atas adalah merujuk kepada fakta yang tetap dan tidak berubah.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji memastikan bahawa responden berada dalam keadaan stabil dan selesa. Ianya dilakukan supaya mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai langkah tambahan, pengkaji turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan atau kebimbangan di kalangan responden. Pengkaji akan membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang serta bersedia sebelum ujian dijalankan.

Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan soalan atau ujian yang digunakan dalam kajian dengan memberikan penerangan yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden agar menjawab setiap item soalan terutamanya soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

5.3 Analisis Ujian Penilaian

Data pertama yang diukur dalam kajian ini ialah Ujian Pra dan Ujian Pos mengenai tajuk yang diajar iaitu nama dan fungsi Kit Model Kereta ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimental serta Kumpulan Terkawal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Ujian Pos pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan. Hasil analisis akan membuktikan sama ada kaedah penggunaan peta minda dalam meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk

(15)

15

nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Ini berdasarkan kepada terdapatnya peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas tindakan. Jadual 2 di bawah menunjukkan markah dan gred yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

MARKAH GRED

80 - 100 A

60 - 79 B

40 - 59 C

0 - 39 D

Jadual 2 : Markah dan Gred Ujian

KUMPULAN UJIAN GRED A B C D Eksperimental Pra - - 1 9 Pos 4 4 2 - Terkawal Pra 2 8 Pos 3 2 4 1

Jadual 3 : Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal

(16)

16

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Eksperimental

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Terkawal 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D B ilan gan M u ri d Gred

Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi

Kumpulan Eksperimental

Ujian Pra Ujian pos 0 1 2 3 4 5 6 7 8 A B C D B ilan gan M u ri d Gred

Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan

Terkawal

Ujian Pra Ujian Pos

(17)

17

Dapatan hasil Ujian Pra dan Ujian Pos pada Jadual 3 ditunjukkan di dalam bentuk graf seperti pada Rajah 2 dan Rajah 3. Ini bagi menunjukkan perbandingan pencapaian yang berlaku pada gred ujian bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal. Merujuk kepada Rajah 2, bagi Kumpulan Eksperimental tiada seorang murid pun yang mendapat gred A dan B dalam Ujian Pra, seorang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 9 orang mendapat gred D. Setelah tindakan menggunakan kaedah peta minda, pencapaian murid dalam Ujian Pos menunjukkan peningkatan gred yang ketara. 4 orang murid telah mendapat gred A dan 4 orang murid lagi mendapat gred B dalam Ujian Pos. Murid yang memperoleh gred C meningkat daripada 1 kepada 2 orang.Berbeza dengan Ujian Pra sebelum ini di mana hampir keseluruhannya memperoleh gred D. Hasil analisis menunjukkan pencapaian yang positif terhadap Kumpulan Eksperimental dalam gred markah ujian. Ini bermakna, penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta berjaya meningkatkan penguasaan murid.

Merujuk kepada Rajah 3, bagi Kumpulan Terkawal hanya 2 orang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 8 orang murid lagi memperoleh gred D dalam Ujian Pra. Setelah Kumpulan Terkawal tersebut menjalani proses pengajaran dan pembelajaran konvensional, terdapat juga perubahan terhadap gred pencapaian murid. Jumlah murid yang memperoleh gred A meningkat kepada 3 orang daripada 0 serta murid yang mendapat gred B pula meningkat seramai 2 orang daripada 0. Murid yang mendapat gred C dalam Ujian Pra seramai 2 orang juga telah meningkat kepada 4 orang pada Ujian Pos. Namun, masih terdapat seorang murid yang memperoleh gred D. Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Terkawal juga menunjukkan perubahan yang positif, tetapi tidaklah sebaik peningkatan Kumpulan Eksperimental.

Bagi melihat dengan lebih teliti mengenai pencapaian murid menguasai topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta, perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal dipaparkan dalam Jadual 4.

(18)

18

Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi KumpulanEksperimental dan Kumpulan Terkawal

Perbandingan juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf yang berasingan bagi memudahkan proses menganalisis data seperti pada Rajah 4 dan Rajah 5.

Responden

Markah ( % )

Kumpulan Eksperimental Kumpulan Terkawal

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos

R1 10 90 20 80 R2 50 70 50 90 R3 30 90 40 80 R4 20 80 20 50 R5 20 90 20 70 R6 10 40 20 40 R7 20 50 20 60 R8 10 60 30 50 R9 10 70 20 40 R10 20 70 10 10

(19)

19

Rajah 4: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental

Rajah 5: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi kumpulan Terkawal 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 M ar kah ( % ) Responden

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi

Kumpulan Eksperimental

Ujian Pra Ujian Pos 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 m ar kah ( % ) Responden

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi

Kumpulan Terkawal

Ujian Pra Ujian Pos

(20)

20

Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat ke semua murid Kumpulan Eksperimental berjaya mencatatkan peningkatan markah pada Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh R1. Sebelum tindakan dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 10% dalam Ujian Pra. Selepas tindakan dilakukan, peningkatan markah sebanyak 80% telah berlaku yang menjadikan markah pada Ujian Pos sebanyak 90%. Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh R2 iaitu sebanyak 20%. Pada Ujian Pra markah R2 sebanyak 50% dan hanya meningkat kepada 70% pada Ujian Pos. Tetapi, R2 merupakan murid yang mencatat markah tertinggi dalam Ujian Pra.

Selain itu, R3, R4, R5, R8, R9 dan R10 juga telah menunjukkan peningkatan markah ujian yang memberangsangkan iaitu 50% ke atas. Bagi R6 dan R7, peningkatan markah adalah sebanyak 30%. Ini menunjukkan, kesemua responden bagi Kumpulan Eksperimental yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda berjaya meningkatkan jumlah markah pada Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Ini bermakna responden Kumpulan Eksperimental berjaya melepasi gred dan peratus lulus.

Berdasarkan kepada Rajah 5 pula, peningkatan markah ujian yang dicatatkan oleh Kumpulan Terkawal tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan Kumpulan Eksperimental. Markah tertinggi yang diperoleh Kumpulan Terkawal dicatatkan oleh R1 iaitu sebanyak 60% berbanding 80% oleh Kumpulan Eksperimental. Sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional, R1 mendapat markah sebanyak 20% pada Ujian Pra. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah sama, markah R1 meningkat kepada 80% pada Ujian Pos. Namun begitu, terdapat seorang responden yang tidak mencatatkan sebarang peningkatan markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu R10 dalam Kumpulan Terkawal. Responden ini mendapat markah 10% bagi kedua-dua ujian. Ini menjadikannya tidak melepasi tahap peratus lulus iaitu 40% ke atas.

Seterusnya R5 turut menunjukkan peningkatan markah ujian iaitu sebanyak 50%. Manakala R2, R3 dan R7 menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Selebihnya iaitu R6, R8 dan R9, peningkatan yang dicatatkan hanya 20% sahaja. Tidak lupa juga R4 yang mencatat peningkatan sebanyak 30% pada Ujian Pos. Keseluruhannya, 9 orang responden bagi Kumpulan

(21)

21

Terkawal berjaya mencapai peratus lulus tetapi terdapat seorang responden yang gagal mencatat sebarang peningkatan dalam kedua-dua ujian.

Peningkatan markah tertinggi bagi Kumpulan Eksperimental adalah sebanyak 80%, manakala peningkatan markah bagi Kumpulan Terkawal hanya 60% sahaja. Responden bagi Kumpulan Eksperimental berjaya memperolehi markah lulus semuanya dalam Ujian Pos, berbanding Kumpulan Terkawal yang mempunyai seorang responden yang gagal. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda bagi topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta ke atas Kumpulan Eksperimental amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid. Berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran kaedah konvensional ke atas Kumpulan Terkawal.

Hasil dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan memaparkan nilai min bagi Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.

KUMPULAN Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan

Eksperimental 20.0 71.0 51.0

Terkawal 25.0 57.0 32.0

Jadual 5 : Perbandingan Nilai Min Ujian Bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal .

Berpandukan kepada Jadual 5, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental ialah sebanyak 51.0 iaitu dari 20.0 kepada 71.0. Manakala Kumpulan Terkawal pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang dicatatkan ialah sebanyak 32.0 iaitu dari 25.0 kepada 57.0. Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa responden dalam Kumpulan Eksperimental yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda mampu mengingat nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta. Ini menunjukkan peningkatan penguasaan mereka terhadap tajuk tersebut berdasarkan nilai min ujian.

(22)

22

Berbeza dengan Kumpulan terkawal yang menjalani proses pengajaran kaedah konvensional bagi tajuk yang sama, peningkatan nilai min ujian kurang memberangsangkan. Oleh itu, objektif kajian ini untuk meningkatkan penguasaan murid-murid bagi tajuk nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta dengan penggunaan peta minda telah tercapai. Ia seperti yang dikatakan oleh Dilip (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat mempertingkatkan daya ingatan tanpa terlalu merugikan banyak kertas serta tenaga.

5.4 Analisis Pemerhatian

Analisis data ini diukur berdasarkan kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkah laku responden bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal. Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan murid apabila menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda bagi Kumpulan Eksperimental dan kaedah konvensional bagi Kumpulan Terkawal.Sila rujuk Jadual 6.

Jadual 6 : Tema dan Aspek yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian

TEMA ASPEK

Minat  Seronok belajar menggunakan kaedah yang digunakan.  Memberikan sepenuh perhatian semasa proses PdP

berlangsung.

Penglibatan  Menjawab soalan secara sukarela.  Menggalakkan rakan lain untuk belajar. Masalah Disiplin  Bercakap atau bermain.

 Mengganggu murid lain semasa proses PdP berlangsung.

Tingkah Laku Pasif  Berangan-angan atau termenung.

(23)

23

Berdasarkan Jadual 6, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, penglibatan, masalah disiplin dan tingkah laku pasif. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi Kumpulan Eksperimental dengan menggunakan kaedah peta minda. Begitu juga dengan Kumpulan Terkawal yang turut menjalani dua sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran memakan masa selama 60 minit. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji ke atas responden dalam kedua-dua sesi tersebut. Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran direkodkan di dalam Jadual 7.

TEMA KUMPULAN

KEKERAPAN TINGKAH

LAKU MURID JUMLAH

Sesi 1 Sesi 2 Minat Eksperimental 7 9 16 Terkawal 5 6 11 Penglibatan Eksperimental 8 10 18 Terkawal 6 7 13 Masalah Disiplin Eksperimental 2 1 3 Terkawal 4 4 8 Tingkah Laku Pasif Eksperimental 2 2 4 Terkawal 6 3 9

Jadual 7 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal .

(24)

24

Terdapat perbezaan jumlah kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal seperti yang dipaparkan dalam Jadual 7. Kekerapan tingkah laku murid bagi kedua-dua kumpulan dirumuskan dalam bentuk peratusan dan diterjemahkan kepada bentuk graf seperti yang dipaparkan dalam Rajah 6 .

Rajah 6 : Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan Rajah 6 tersebut, dapat dilihat perbandingan peratusan minat murid bagi Kumpulan Eksperimental adalah lebih besar iaitu 80% berbanding Kumpulan Terkawal hanya 55% sahaja. Aspek yang dinilai dalam tema ini ialah memberikan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta seronok belajar dengan kaedah yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Bagi Kumpulan Terkawal pula, menunjukkan bahawa murid

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90%

Tingkah Laku Pasif Masalah Disiplin Penglibatan Minat

Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

(25)

25

mungkin berasa kurang berminat jika proses pengajaran dan pembelajaran hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja.

Bagi tema yang kedua, peratusan yang ketara juga dapat dilihat di antara Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal dalam penglibatan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Graf menunjukkan penglibatan murid Kumpulan Eksperimental sebanyak 90% berbanding dengan Kumpulan Terkawal iaitu 65% . Terdapat perbezaan sebanyak 25% di situ. Aspek yang diperhatikan dalam tema ini ialah menjawab soalan dengan sukarela serta menggalakkan rakan lain untuk belajar. Ini menunjukkan kaedah penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berupaya menggalakkan penglibatan murid yang berada dalam Kumpulan Eksperimental. Tidak seperti Kumpulan Terkawal kaedah konvensional dilihat kurang berupaya meningkatkan penglibatan murid secara aktif pada topik yang diajarkan tersebut .

Seterusnya bagi tema masalah disiplin, hanya 15% murid Kumpulan Eksperimental didapati bermasalah. Didapati murid dalam Kumpulan Terkawal mencatat 40% masalah disiplin dalam aspek yang diperhatikan iaitu bercakap atau bermain serta mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berdasarkan perbezaan tersebut dapat dilihat bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengurangkan masalah disiplin murid di dalam kelas. Akan tetapi dengan hanya menggunakan kaedah konvensional masalah tersebut berada pada tahap yang sama sahaja bagi murid dalam Kumpulan Terkawal. Tidak seperti perubahan yang berlaku terhadap murid dalam Kumpulan Eksperimental.

Melihat kepada tema yang terakhir iaitu tingkah laku pasif, aspek yang dinilai iaitu membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran serta berangan-angan atau termenung. Peratusan murid dalam Kumpulan Eksperimental yang didapati bertingkah laku pasif hanya 20% setelah menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda. Manakala murid bagi Kumpulan Terkawal yang menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional pula, sebanyak 45% didapati bertingkah laku pasif. Ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda mampu mengurangkan tingkah laku pasif di kalangan murid-murid.

(26)

26

Perkara ini disebabkan oleh telah timbul perasaan minat dalam diri mereka untuk mengetahui lebih mendalam pada tajuk yang dipelajari.

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini untuk melihat peningkatkan minat dan penguasaan murid dalam mempelajari topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta menggunakan peta minda telah tercapai. Ia seperti yang diperkatakan oleh Wahidin (2004), bahawa penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajar. Kaedah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk tersebut ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar, menggalakkan penglibatan aktif murid, mengurangkan tingkah laku pasif serta meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.5 Analisis Soal Selidik

Soal selidik ini dijalankan selepas kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran selesai. Ia bagi mengukuhkan lagi keberkesanan kaedah yang digunakan. Kesemua responden daripada Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik tersebut dianalisis dengan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan pula di dalam bentuk jadual dan graf. Rujuk Jadual 8 dan Rajah 7.

BIL. ITEM NILAI MIN

Kumpulan Eksperimental

Kumpulan Terkawal 1 Saya berasa seronok selepas mengikuti

pelajaran hari ini .

4.3 2.8

2 Aktiviti yang dijalankan dapat menaikkan minat saya .

(27)

27 J a d u a l 8

Jadual 8 : Analisis Borang Soal Selidik

Rajah 7 : Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8

M

in

Perbandingan Min Soal Selidik Bagi Kumpulan

Eksperimental dan Kumpulan Terkawal

Kumpulan Eksperimental Kumpulan Terkawal 3 Saya berasa mudah untuk mengingat apa

yang dipelajari .

4.5 2.4

4 Pelajaran hari ini sungguh menarik . 4.1 2.9 5 Saya berasa teruja untuk menunggu

aktiviti yang seterusnya .

4.1 2.9

6 Saya bersemangat untuk belajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi .

4.5 2.8

7 Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan .

4 2.7

8 Saya boleh aplikasikan kaedah yang guru gunakan untuk tajuk lain .

(28)

28

Berdasarkan analisis min yang telah dijalankan seperti dalam Jadual 8 dan Rajah 7 tersebut, tahap keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan penguasaan murid bagi topik nama dan fungsi Kit Model Kereta telah dibahagikan seperti dalam Jadual 9.

MIN TAHAP KEBERKESANAN

0.00 - 1.50 Paling Rendah

1.51 - 2.50 Rendah

2.51 - 3.50 Sederhana

3.51 - 4.50 Tinggi

4.51 - 5.00 Paling Tinggi

Jadual 9 : Tahap Keberkesanan Setiap Item Dalam Nilai Min .

Berpandukan Rajah 7, min bagi Item 1 Kumpulan Eksperimental adalah melebihi daripada Kumpulan Terkawal sebanyak 1.5. Nilai min Kumpulan Ekperimental yang melebihi Kumpulan Terkawal menunjukkan bahawa responden Kumpulan Eksperimental berasa seronok selepas mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda, berbanding dengan Kumpulan Terkawal yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konvensional.

Item 2 pula menunjukkan Kumpulan Eksperimental memperoleh nilai min sebanyak 4.0 berbanding Kumpulan Terkawal yang mencatat nilai min sebanyak 2.9 . Ini bermakna, aktiviti yang dijalankan bagi Kumpulan Eksperimental dengan menggunakan kaedah peta minda dapat menaikkan minat responden dalam sesi pembelajaran. Responden Kumpulan Terkawal pula merasakan kaedah konvensional yang digunakan kurang menarik minat mereka dalam sesi pembelajaran.

(29)

29

Nilai min bagi Item 3, responden Kumpulan Eksperimental menyatakan mereka berasa mudah untuk mengingat apa yang dipelajari dengan kaedah penggunaan peta minda, tidak seperti Kumpulan Terkawal yang menggunakan kaedah konvensional. Kenyataan ini diinterprestasikan daripada nilai min yang dicatatkan iaitu 4.5 bagi Kumpulan Eksperimental dan hanya 2.4 bagi Kumpulan Terkawal. Manakala Item 4 juga menunjukkan nilai min Kumpulan Eksperimental berada di tahap yang lebih baik iaitu 4.1 jika dibandingkan dengan 2.9 nilai min daripada Kumpulan Terkawal.

Berdasarkan nilai min Item 5 yang diperoleh oleh Kumpulan Eksperimental iaitu 4.1, menunjukkan responden kumpulan tersebut yang menggunakan kaedah peta minda berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang seterusnya. Berbeza pendapat dengan Kumpulan Terkawal yang menggunakan kaedah konvensional memperoleh nilai min 2.9. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah penggunaan peta minda mampu membuatkan responden Kumpulan Eksperimental rasa bersemangat untuk belajar subjek Reka bentuk dan Teknologi berbanding Kumpulan Terkawal dengan perbezaan nilai min sebanyak 1.7 .

Responden Kumpulan Eksperimental juga menyatakan mereka suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan. Ini dapat dilihat melalui nilai min yang dicatat iaitu 4.0 bagi Item 7. Nilai min yang dicatat oleh Kumpulan Terkawal bagi Item 7 tersebut cuma 2.7. Seterusnya bagi item yang yang terakhir iaitu item 8, nilai min yang dicatatkan oleh Kumpulan Eksperimental juga lebih tinggi iaitu 4.2 jika dibandingkan dengan Kumpulan Terkawal 2.4. Terdapat perbezaan nilai min sebanyak 1.8. Ini bermaksud, responden Kumpulan Eksperimental bersetuju dengan item tersebut di mana mereka boleh menggunakan kaedah yang diperkenalkan iaitu peta minda untuk tajuk lain bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi khususnya.

Secara keseluruhannya, dapatan daripada analisis soal selidik yang dijalankan terhadap Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Berdasarkan item-item yang disoal serta analisis nilai min antara kedua-dua kumpulan, tahap keberkesanan penggunaan peta minda bagi Kumpulan Eksperimental berada pada tahap tinggi.

(30)

30 5.6 Refleksi Kajian

Berdasarkan keputusan analisis dan data dapatlah dirumuskan bahawa objektif penyelidikan tindakan ini telah dicapai. Jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta minda dapat memberi impak yang positif terhadap keberkesanan pengajaran dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid khususnya Tahun 5 dalam topik nama dan fungsi komponen Kit Model Kereta.

Bagi menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, guru bertanggungjawab mempelbagaikan kaedah pengajaran. Murid akan lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar sekiranya guru berjaya merangsang minda mereka ke arah pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Menurut Dunn & Dunn (1992), pelajar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap pelajar terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mencari pendekatan yang mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan kefahaman murid.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kaedah penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sememangnya berkesan dalam membantu menaikkan minat serta penglibatan murid dalam pembelajaran. Seterusnya berjaya meningkatkan penguasaan murid pada tajuk yang dipelajari. Proses pengajaran dan pembelajaran subjek Reka Bentuk dan Teknologi bukan hanya berpusatkan kepada amali sahaja tetapi teori juga amat dititikberatkan.

Dapatan hasil daripada kajian ini seharusnya dikongsi atau diperluaskan kepada mata pelajaran lain. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang.

(31)

31 Cadangan tersebut seperti :

i) Mengaplikasikan penggunaan peta minda bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi bukan sahaja bagi Tahun 5, malah diperluaskan kepada murid Tahun 4 dan Tahun 6.

ii) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu, selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada jumlah murid yang lebih ramai.

iii) Memperluaskan skop kajian dengan membuat perbandingan di antara prestasi murid lelaki dan prestasi muri perempuan atau perbandingan di antara kelas. iv) Menggunakan instrument temubual dengan murid serta guru pakar bagi

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam mengenal pasti masalah murid bagi memantapkan lagi dapatan kajian.

v) Menaiktaraf kajian dengan menggunakan video animasi atau info grafik supaya pembelajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan abad ke-21 yang menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(32)

32 RUJUKAN

Abdul Fatah (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak

dan Daya Berfikir.Utusan Publication & Distributor. Sdn. Bhd.

Al-Ghazali (1976). Ihya’ Ulumiddin,Jilid I-XII. Pustaka Indonesia,Medan.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.

Putrajaya:Penerbit BPPDP,KPM.

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Buzan,T. (1974). Use Your Head.BBC Publication.

Buzan,T. & Barry, B. (2003). Tony and Barry Buzan The Mind Map Book. BBC Worldwide Limited: London.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dilip, M. (1996).Superbrain-Train your brain and Unleash The Genius Within. Singapore:Oxford University Press.

(33)

33

Dunn, R., & Dunn, K. (1992). Teaching Elementary Students Through Their Individual ‘Learning Styles: Practical Approaches for Grades 3-6. Boston, MA: Allyn &

Bacon.

Khalid Mohamed Nor, Ph.D. (2003).Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai(M) Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5, Kuala Lumpur.

Kemmis,S. & McTaggart,R (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit: BPPDP,KPM.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum.9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Novak, J.D. & Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge University Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum,(2013), Huraian Sukatan Pendidikan RBT Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: PPK.

Wahidin. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee Dalam Meningkatkan sikap Pelajar Terhadap Kimia. Jurnal Pendidikan,(29). Ms 125-140.

(34)

34 LAMPIRAN A

Borang Tema dan Aspek Di Dalam Pemerhatian

TEMA KUMPULAN

KEKERAPAN TINGKAH

LAKU MURID JUMLAH

Sesi 1 Sesi 2 Minat Eksperimental Terkawal Penglibatan Eksperimental Terkawal Masalah Disiplin Eksperimental Terkawal Tingkah Laku Pasif Eksperimental Terkawal TEMA ASPEK

Minat  Seronok belajar menggunakan kaedah yang digunakan.  Memberikan sepenuh perhatian semasa proses PdP

berlangsung.

Penglibatan  Menjawab soalan secara sukarela.  Menggalakkan rakan lain untuk belajar. Masalah Disiplin  Bercakap atau bermain.

 Mengganggu murid lain semasa proses PdP berlangsung.

Tingkah Laku Pasif  Berangan-angan atau termenung.

(35)

35 LAMPIRAN B

Borang Soal Selidik

BIL. ITEM NILAI MIN

Kumpulan Eksperimental

Kumpulan Terkawal 1 Saya berasa seronok selepas mengikuti

pelajaran hari ini .

2 Aktiviti yang dijalankan dapat menaikkan minat saya .

3 Saya berasa mudah untuk mengingat apa yang dipelajari .

4 Pelajaran hari ini sungguh menarik . 5 Saya berasa teruja untuk menunggu

aktiviti yang seterusnya .

6 Saya bersemangat untuk belajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi .

7 Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan .

8 Saya boleh aplikasikan kaedah yang guru gunakan untuk tajuk lain .

Referensi

Dokumen terkait