• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

Nurul Farayantie Mohd Shahid

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

IB (Thknologi Senireka)

:J>13.3

11914 2006

2006

(2)

D

l"u, (Khldmat MakJumat AkadellUA

l

UNlVER",lTI MALAYSIA SARAWA!h 4'3()() KOla Sarnarat\aD

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

1111111111111 "" 11111111

1000191104

KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

NURUL F ARAY ANTlE MOHO SHAHIO

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Te~logi Senireka

Fakuti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

2006

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS LAPORAN

SESI PENGAJIAN :"S.~~i.~.Q.Q.~aQQ~...

Saya Nurul Farayantie Mohd Shahid

mengaku membenarkan tesislLaporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. *sila tandakan [ ]

D

D

SUUT (mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

D

TERHAD termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah

TJDAK TERHAD telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana Penyelidikan dijalankan)

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

No 54, Pasoh 4,

72300 Simpang Pertang,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Catalan: "TesisiLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Muda

.. Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, siJa lampirkan surat daripada pihak berkuasa organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

II

(4)

Projek bertajuk 'Kajian Masalah Buli Pelajar di Sekolah Menengah' telah disediakan oleh Nurul Farayantie Mohd Shahid dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagaj memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi Senireka.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Prof Madya Ahmad Khiri Mohd Zain )

Tarikh:

111

(5)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

mendokumentasikan hasil penyelidikan saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga tersayang, terutama sekali bonda tercinta Siti Khotijah Hamzah, kedua abang saya Muhammad Harun Kamal dan Indera Shahril serta kakak Nanee Rahayu yang ban yak memberi galakan untuk saya meneruskan penyelidikan saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif terutama Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd Zain (penyelia) dan Encik Mastika Lamat yang telah banyak memberi pandangan dan pendapat untuk saya menyiapkan tesis saya ini.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohammad Hidzir Sam ion dan rakan-rakan yang turut sarna men yo kong dan membantu memberikan idea bagi mendalami tajuk yang dikaji. Semoga apa yang telah !I1>elajari akan saya aplikasikan pada masa yang akan datang.

IV

(6)

ABSTRAK

Pada masa kini, kes buli sering berlaku di sekolah dan gejala yang dianggap serius.

Walaupun ianya berlaku sekali sekala tetapi ia perlu dibanteras dan dikawal supaya keadaan tidak sihat ini tidak menjadi lebih teruk lagi. Kajian ini menerangkan kepada semua pihak mengenai implikasi gejala dan fen omena yang membimbangkan semua lapisan masyarakat berlaku di kalangan remaja.Tujuan penyelidikan adalah untuk membuat satu pandangan yang kritikal ke atas permasalahan kes buli. Pengkaji telah membuat kajian ke atas permasalahan ini dan mengupas kenapa sindrom negatif ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab terhadap masalah ini dan golongan pelajar yang manakah terlibat dalam kes buli. Penyelidik juga telah membuat analisa elemen rekaan terhadap kemp en anti buli yang telah dijalankan di luar negara. Penyelidik turut mengkaji dari segi periklanan iaitu media apakah yang sesuai digunakan dalam menyampaikan maklumat. Hasil penyelidikan ini, penyelidik dapat mengaplikasikan beberapa keputusan untuk mencipta satu kempen yang berkesan untuk membanteras gejala yang tidak diingini ini dan menerapkan ke dalam nilai budaya kehidupan masyarakat kita.

v

~~ ~~~---

(7)

I I

r f"

:

ABSTRACT

Bullying in schools becomes a topic recently. This problem needs to address effecting so that it would not become a social illness. This research explains about the implication of bully victim and also to create public awareness. The analysis methods include identify to the efficiency campaign that have done internationally which were the element of design.

Through the research, researcher identified the effective advertising campaign address the bullying issues.

VI

1

(8)

, sa nulmat l\U1IUUmal AKaael UNIVERSITI MALAYSIA SARAW.

0410() KOla SamarahaD

INDEKS

Halaman tajuk

Borang Pengesahan Status Laporan ii

Pengesahan dan Tandatangan penyelia III

Penghargaan IV

Abstrak V

Abstract vi

BABI PENDAHULUAN

1. 1 Pengenalan

1.2 Permasalahan kajian

1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran. 9

1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang, sikap, kepercayaan, gay a hidup terhadap

kumpulan sasaran 10

1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan media massa dan elektronik bagi mengatasi gejala

buli ini. 11

1.3 Objektif kajian.

1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan

penting bagi mengatasi apajua masalah di negara ini. II 1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen

kesedaran yang lain 12

(9)

1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kemp en 12

1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran, media dan strategi supaya dapat mewujudkan

kempen yang lebih berkesan. 13

1.4 Skop kajian

1.4.1 Konsep kempen periklanan. 13

1.4.2 Mengkaji media dan teknik yang efektif 14 1.4.3 Media periklanan menepati kumpulan sasaran. 15

1.4.4 Penggunaan slogan 15

1.4.5 Membuat perbandingan keberkesanan kempen

tempatan dan antarabangsa 16

1.5 Definisi 16

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Penyelidi kan Sekunder 18

.~

2.2.1 Kajian lepas 18

2.3 Penyelidikan Asas 21

2.3.1 Soal Selidik 21

2.3.2 Wawancara / Temuramah 22

2.3.3 Instrumen kajian 23

2.3.4 Fotografi 24

(10)

2.3.5 Analisa kajian 24

BAB 3 ANALISA HASIL DAPAT AN KAJIAN

3.1 Wawancara 26

3.1.1 Wawancara I 26

3.1.2 Wawancara 2 27

3.2 Analisa Hasil Dapatan Soal Selidik 28

3.2.1 Bahagian A : Demografi 28

3.2.2 Bahagian B : Masalah buli 32

3.2.3 Bahagian C : Kempen kesedaran 37

3.2.4 Bahagian D : Periklanan 40

3.3 Analisa poster 42

3.3.1 Analisa I 42

3.3.2 Analisa 2 44

3.3.3 Analisa 3 45

3.3.4 Analisa 4 46

3.3.5 Analisa 5 47

.~

3.3.6 Analisa 6 48

3.3.7 Analisa 7 49

3.3.8 Analisa 8 50

3.3.9 Analisa 9 51

3.3.10 Analisa 10 52

(11)

BAB4 CADANGAN

4.1 Cadangan 53

BAB S PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Menyediakan promosi melalui media cetak dan

elektronik bagi membanteras buli. 57

5.3 Mencipta kempen yang lebih kreatifuntuk

menyedarkan masyarakat 58

5.4 Remaja sebagai kumpulan sasaran 58

BAB 6 KESIMPULAN 59

Bibliografi 61

Lampiran A Soal Selidik 62

Lampiran B Wawancara 67

Lampiran B Cadangan 69

Lampiran C Kesinambungan Kempen Hentikan Buli dalam Iklan TV 73

(12)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian ibubapa dan masyarakat umum. Masalah buli dan pergaduhan turut disebut selain dari gejala dan pelanggaran disiplin sekolah yang lain. Berdasarkan sejarah, gejala buli bukanlah budaya masyarakat negara ini. Buli dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang man gsa secara fizikal atau psiko.ogi bagi satu jangka masa yang tertentu. Tingkah laku ini dilakukan berkali-kali.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam laman web karyanet yang diJawati pada, 22 Disember 2005 buli bermaksud perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau menakutkan. Ini bermakna buli ~ujuan hanya untuk mempermainkan seseorang supaya mangsa berasa takut dan sentiasa tunduk kepada pembuli.

SeJain itu, menurut Datin Dr Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web Utusanonline yang telah dilawati pada II September 2005 yang bertajuk Empat langkah halang perbuatan buli menerangkan bahawa "contoh-contoh buli fizikal ialah

(13)

menolak, menampar, memukul atau memeras ugut dan dari beberapa kes yang pernah dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan."

Buli juga merupakan satu perlakuan yang melibatkan pelbagai bentuk kekerasan seperti menumbuk, menendang, melanyak man gsa untuk mendapatkan sesuatu seperti untuk mendapatkan wang. Ini dikenali sebagai buli secara fizikal. Manakala buli secara psikologi pula adalah dengan cara mengejek atau mengeluarkan kata-kata hinaan atau sind iran untuk menjatuhkan air muka mangsa. Misalnya nama pelajar itu sendiri atau nama bapa pelajar yang agak luar biasa maka ia akan dijadikan bahan tertawa kepada pembulL Masalah ini akan menjadi lebih serius setelah mereka tamat persekolahan dan budaya ganas ini akan menular ke dalam masyarakat seperti membunuh dan ini akan mengancam keselamatan orang ramaL Pembuli juga akan mencipta satu peraturan supaya dirinya dipandang hebat dan berkuasa. Walaupun peraturan yang ditetapkan tidak disukai oleh mangsa, mangsa perlu melakukannya. Pembuli akan memulaukan atau memencilkan mangsajika peraturan yang ditetapkan tidak diikuti oleh mangsa. Selain itu, pembuli akan melakukan tindakan ganas dengan merosakkan harta benda atau barangan peribadi milik mangsa. Semua perlakuan ini dianggap sebagai satu bentuk matlamat iaitu untuk

..

~

menguasai mangsa. Kesan dari dibuli, man gsa akan kehilangan keyakinan diri dan mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai.

Ciri-ciri seorang pembuli ialah memiliki saiz tubuh badan yang besar, tinggi,

\ garang, jarang tersenyum, tidak suka bergaul dengan orang lain melainkan kumpulan mereka sendirL Kadangkala pembuli juga memiliki kelebihan dari segi harta bend a atau rupa paras. Mereka menganggap diri mereka kacak, hebat, bergaya, berduit dan ingin

2

l

(14)

menunjukkan kepada orang ramai apa yang dimiliki. Selain itu, pembuli juga ingin menunjukkan kekuatan supaya mangsa akan berasa takut dan menuruti apa yang disuruh.

Ada pembuli yang ingin mendapatkan populariti agar disanjung dan ingin menarik perhatian orang lain. Tetapi ada pembuli yang berasa cemburu atas kejayaan orang lain.

Ini akan mengakibatkan pembuli menyimpan perasaan dendam dan akan merendah­

rendahkan atau menjatuhkan air muka mangsa dikhalayak ramai. Pembuli juga boleh terdiri dari mangsa-mangsa yang pernah dibuli pada masa dahulu. Mereka berasa sudah tiba masa untuk membuli orang lain. Perkara ini amat membimbangkan kerana ia akan menjadi budaya turun-temurun dan sukar dihapuskan.

Oatin Or Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web Aliran Pendidik yang telah dilawati pada 14 Ogos 2005 bertajuk Hal-hal semasa berpendapat, "di Malaysia, pelajar yang berusia 13 tahun adalah pelajar tingkatan satu dan ini boleh dijadikan petunjuk bahawa pelajar yang menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga. Manakala pelajar yang membuli pula terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam."

Ciri-ciri mangsa buli pula !aalah terdiri dari orang yang lemah dari segi fizikal, harta benda, bodoh dan kurang rupa paras seperti hodoh, gemuk atau pendek. Oi asrama mangsa dianggap masih mentah dan sering dipaksa untuk menuruti setiap perintah yang ditetapkan oleh pembuli seperti mencuci pakaian, mencuci tandas, atau mengambil makanan. Mereka ini dianggap seperti orang suruhan. Selain itu mangsa buli bukan terdiri dari orang yang mempunyai kekurangan malahan orang yang mempunyai kecemerIangan dalam bidang akademikjuga turut menjadi mangsa buli. Mereka akan diejek, disindir dan

3

(15)

dipuJau supaya mangsa akan berasa rendah diri dan tidak akan menonjolkan kecemerlangan di khalayak ramai.

Kesan dari perbuatan membuli akan menjejaskan rupa dari segi fizikal, mental dan akan menganggu kehidupan seharian. Jika dari segi fizikal mangsa akan mengalami luka parah, lebam, patah atau retak tulang, luka yang perlu jahitan, mata yang boleh jadi buta, wajah akan jadi cacat dan lain-lain bergantung dengan senjata yang digunakan semasa kejadian. Ada juga mangsa yang tidak menunjukkan kecacatan luaran tetapi mereka akan mengalami muntah-muntah dan terus koma akibat pendarahan yang terlalu serius.

Kadangkala terdapat kes yang boleh mendatangkan kecederaan parah dan mengundang maut. Kesan dari segi mental pula mangsa akan menjauhkan diri, murung, sedih, pendiam dan merosot pencapaian akademik. Ada mangsa takut untuk ke sekolah kerana tidak mahu mengalami keadaan yang sarna berulang lagi. Kadangkala mangsa akan berindak agresif dengan cara membuli orang lain pula untuk membalas dendam.

Pada dasamya, buli mempunyai tujuan yang baik iaitu pelajar junior perIu dibuli bagi memastikan mereka menghormati pelajar senior untuk mewujudkan semangat 'kekitaan' seterusnya mengeratka..~ silaturrahim dan merapatkan jurang umur.

Masalahnya, apabiJa budaya buli diamalkan dikalangan remaja yang masih cetek pertimbangan akal tindakan itu telah bertukar kepada perIakuan ganas.

Menurut Berita Harian yang bertarikh 29 Jun 2005 di halaman pendidikan, kronologi menerangkan "laporan kes buli pelajar bermula ogos 2003 iaitu seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik batu Pahat, lohor Mohd Hafizi Jumhari,

4

(16)

cedera parah sehingga satu buah pinggangnya dibuang, dipercayai selepas dibelasah sekumpulan pelajar atasan. Kronologi kedua iaitu Mac 2004 pelajar tingkatan empat kolah Menengah Dato Kiana Petra Maamor (SMADKPM), Negeri Sembilan, Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dibelasah lapan pelajar tingkatan lima kolah itu. Kronologi ketiga iaitu Februari 2005, pelajar tingkatan lima Maktab Rendah ains Mara, Pendang, Kedah, Mohd Zaki Shukri patah satu tulang rusuk dan lebam di badan selepas dibelasah lima rakan asramanya. Kronologi keempat iaitu 14 Jun 2005, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Pahang, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, dipercayai dibuli pelajar atasan di sekolahnya." Keadaan itu menyebabkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah telah melawat sekolah berkenaan untuk mengetahui kejadian yang sebenar. Baginda berasa marah dengan kejadian yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pelajar yang dianggap sebagai pemangkin pada masa hadapan.

Antara punca kejadian buli hanyalah dari perkara kedl seperti enggan meminjamkan cerek kepada pelajar atasan. Hanya perkara kedl remaja hilang pertimbangan serta kesabaran dan akan melakukan perkara di luar batasan. Pelbagai

.'

persoalan mula timbul antaranya adakah remaja sekarang sudah tidak takut lagi melakukan kesalahan undang-undang dan juga tidak takut terhadap hukuman yang bakal diterima. Seharusnya, kejadian yang telah menimpa mangsa buli ini patut dijadikan pengajaran oleh semua pihak. Undang-undang boleh diambil sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan kesengsaraan pada orang lain.

5

(17)

Walaupun masalah ini dianggap perkara biasa dan merupakan kes kecil atau terpinggir yang hanya berlaku sekali-sekala, namun ia perlu diketahui oleh masyarakat kerana ia juga membabitkan kecederaan terhadap mangsa. Seperti juga penyakit, jika tidal< dicegah atau diubati secepatnya ia akan merebak dan menjadi semakin teruk.

Keperihatinan dan tindakan cepat semua pihak akan dapat membendung masalah ini.

Masalah disiplin dan penglibatan pelajar dalam perkara negatif banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan media massa moden masa kini. Ini akan mengundang lebih banyak lagi masalah disiplin peLajar. lbubapa perlu mengambil tahu tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan tingkahlaku rakan-rakan mereka yang naka\. Menurut di dalam laman web nobully yang dilawati pada 5 september 2005 yang bertajuk What IS bullying menerangkan bahawa "bullying is when someone keeps doing or saying things to have power over another person." Ia menerangkan bahawa buli al<an berlaku apabila seseoarang itu melakukan atau mengatakan bahawa mereka mempunyai kuasa dari orang lain.

Antara punca terjadinya buli adalah peranan ibubapa, remaja itu sendiri, media, guru-guru dan persekitaran sekeliiing. Zaman era siber yang serba canggih ini, kita tidak

...

dapat elak dari gejala-gejala negatif. Akibat kesibukan bekerja, ibubapa kurang memperuntukan masa atau memberi perhatian kepada anak-anak dan mengetahui masalah mereka. lbubapa kurang mengambil berat tentang aktiviti anak mereka di sekolah, tidak tabu dengan siapa anak mereka berkawan, kurang memberi perhatian kasih sayang, kurang memberi didikan agama yang sempurna, anak sering dimanjakan dan tidak menerapkan nilai-nilai positif pada diri anak mereka seperti hormat-menghormati orang

6

(18)

lain. Sebagai ibubapa, mereka perlu tahu dengan siapa anak-anak mereka berkawan, apa yang mereka sering lakukan selepas habis kelas dan masalah yang sering mereka hadapi.

Dengan cara ini, ibubapa dan anak-anak dapat berinteraksi dan bermesra bersama keluarga. Anak-anak juga tidak berasa diri dipinggirkan dan ini dapat menyemai sikap positif dan cara hidup yang sihat ke dalam diri anak-anak.

Sikap remaja yang kita tahu bahawa remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya, ingin mencuba sesuatu yang baru, suka balas dendam, ego yang terlalu tinggi seperti ingin menunjukkan diri mereka hebat dari orang lain, tekanan dari keluarga, tekanan peribadi, tekanan emosi dan suka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menghabiskan masa dengan lepak bersama rakan-rakan tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.

Media massa juga antara punca terjadinya buli seperti menyiarkan rancangan televisyen yang berunsur ganas, pergaduhan, pembunuhan, dendam dan jenayah. Apabila

menonton rancangan itu mereka akan mudah terpengaruh dan cuba meniru aksi yang ditonton samada ianya berjaya atau tidak. Sebagai guru mereka tidak sepatutnya menyembunyikan masalah sekolah .-nata-mata ingin menjaga nama baik sekolah itu sendiri. Mereka perlu bekerjasama dengan polis dan mengambil tindakan dengan cara

menghukum pelajar itu terhadap apa yang telah mereka lakukan. Mereka yang terlibat sepatutnya menerima hukuman yang sewajarnya agar dapat dijadikan pengajaran kepada pelajar-pelajar lain dan memberitahu mereka bahawa apa yang telah mereka lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang dan tidak boleh diterima oleh masyarakat lain. Selain . ,guru-guru hendaklah memantau kelakuan dan disiplin pelajar. Membuat pemeriksaan

7

(19)

jika mendapati kelakuan pelajar itu meragukan. Sentiasa mengambil berat tentang masalah pelajar. Guru-guru juga jangan cuba menyembunyikan masalah ini dari pengetahuan umum semata-mata ingin menjaga nama baik sekolah.

Masyarakat juga mestilah peka dengan masalah ini dan jangan menganggap masalah ini bukan masalah kita sebaliknya bersama-sama memantau agar kejadian yang tidak diingini tidak akan berulang lagi. Mereka yang terlibat sering melakukan aktiviti ini dengan memilih tempat yang jauh dari orang ramai, di dalam bilik kosong, di belakang sekolah dan di dalam tandas. Mereka tidak mahu orang ramai melihat aksi mereka yang dirasakan hebat.

Pelbagai cara digunakan bagi membanteras buli antaranya masuk campur dari Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato' Hishamudin Tun Hussein. Beliau turut sarna turun padang bertemu sendiri pelajar yang dibuli dan mengambil tindakan yang sewajamya terhadap pelajar dan sekolah yang terlibat.

Media massa juga telah banyak kali mengeluarkan cerita yang berkaitan kes buli ini.

Kempen periklanan merupakan alat perantara untuk menyampaikan mesej. Ia boleh

.. '

.

disampaikan melalui pelbagai media massa iaitu akhbar, radio, televisyen, majalah, papan

iklan dan sebagainya. Menurut Wells, Burnett dan Moriarty di dalam buku Advertising Principles and Practice (1992), menerangkan "advertising is paid non personal communication from an identified sponsor using mass media to persuadeor influence audience." Ini bermakna periklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan

8

(20)

atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan oleh pelbagai media. Manakala

kempen merupakan segala usaha seperti menjalankan kegiatan dan tindakan yg dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan seperti rayuan dan lain-

lain untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matiamat dan lain-lain.

Menurut Wells, Burnett dan Moriarty (1992), di dalam buku Advertising Principles and Practice (1992) menerangkan bahawa "closely related to the identification of an advertising problem is the statement of the advertising objectives. Objectives are goal statement; they identify the effect the message is intended to have the audience within a

specified time frame. They are logically derived from the problem analysis. Ideally, if the advertising accomplishes its objectives, then the problem will have been solved." Kempen periklanan merupakan saluran maklumat daripada pengiklan kepada orang ramai dan disampaikan dalam pelbagai bentuk. Pengiklan akan memberitahu apa yang ingin disampaikan dengan menggunakan pelbagai taktik seperti pengaruh, galakan dan suruhan.

lni akan mengubah sikap, kepercayaan dan pendirian orang ramai yang melihat. Kempen mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dan menjadikan kita sebagai orang yang

.'

sentiasa beringat terhadap sesuatu perkara. Selain itujuga, kempen memberi kesan kepada

budaya, alam sekitar dan moral. Oleh itu kempen kesedaran terhadap masyarakat tidak boleh dipandang remeh.

1.2 Permasalahan kajian

Antara permasalahan kajian merangkumi:

9

(21)

1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran.

Masyarakat kurang prihatin dengan masalah ini. Mereka menganggap masalah ini bukan masalah mereka dan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Walaupun ianya merupakan kes kecil, tetapi akibat dari perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa. Ia perlu diketahui oleh semua pihak tidak kira peringkat umur agar perkara ini tidak berulang lagi.

1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang, sikap, kepercayaan, gaya hidup terhadap kumpulan sasaran

Kempen yang membosankan adalah kempen yang kurangnya kajian terhadap kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mendalami latar belakang kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mengkaji dari segi umur, jantina, pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan lain-lain untuk

membuat satu kempen. Sebagaimana yang kita tahu tidak semua orang mempunyai citarasa yang sarna .

. '

Selain itu juga, pengiklan kurang mengkaji sikap kumpulan sasaran itu. Apakah yang dikehendaki dalam menyampaikan satu kempen. Apakah konsep dan bentuk penyampaian yang disukai. Ada yang berfikiran terbuka, tidak ambil kisah, sensitif, kurang percaya pada sesuatu yang baru dan sebagainya. Masing-masing mempunyai cara berfikiran yang berlainan. Gaya hidup juga adalah salah satu faktor yang perJu pengiklan

10

(22)

kaji. Ada yang kurang berpendidikan tinggi, sederhana dan terpelajar.

Sikap akan terbentuk melalui cara pendidikan dan latar belakang individu itu sendiri. Bermacam-macam gaya hidup yang perlu pengiklan tahu. Ada yang suka mengambil berat terhadap isu sosial dan ada yang lebih gemar hidup bersendirian.

Oi samping itu juga, pengiklan kurang mengambil kira kepercayaan kumpulan sasaran. Semua orang mempunyai cara penerimaan yang berbeza. Ada yang boleh menerima sesuatu keadaan yang baru dengan cepat, sederhana dan ada juga yang mengambil masa yang lama untuk menerima perubahan baru. Pengiklan mesti kreatif agar objektif yang ingin disampaikan, sampai ke pihak kumpulan sasaran.

1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan media massa dan elektronik bagi mengatasi gejala buli ini.

Masih tiada lagi promosi kempen antibuli yang dijalankan oleh pihak

."

media samada menerusi media elektronik mahupun media cetak. Isu buli dianggap serius dan perIu penyebaran yang meluas supaya masyarakat sedar dan faham apa itu buli dan mengapa ia berIaku. Promosi media bertujuan memberitahu dan mengajak masyarakat agar turut sarna membanteras dan mendidik remaja supaya tidak melakukannya.

Objektif kajian.

11

(23)

1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan penting bagi mengatasi apa jua masalah di negara ini.

Pada hari ini, terdapat banyak piiihan media yang digunakan di dalam periklanan. Media cetak seperti akhbar, majalah. Media elektronik pula seperti radio, televisyen dan internet. Manakala media luaran seperti poster dan papan iklan. Media merupakan

penghubung yang penting untuk menyampaikan mesej dengan cepat dan meluas. Oengan adanya media semua golongan masyarakat dapat mengetahui perkembangan semasa tidak kira di mana mereka berada. Pemilihan media yang betul penting supaya mesej yang 1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen kesedaran yang lain

Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana strategi sesuatu

kempen itu berjaya atau tidak berjaya. Oi sini kita boleh membuat kajian terhadap konsep yang digunakan dan sekali gus kita dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan terhadap sesuatu kempen.

Membuat kajian tlrtadap keunikan sesuatu kempen itu. Apakah elemen yang digunakan untuk menjayakan kempen tersebut. Oari situ kita dapat mengetahui bagaimana membuat kempen kesedaran yang berkualiti dan mudah diingati oleh semua lapisan masyarakat. Kajian terhadap pesaing-pesaing juga akan dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap kempen kesedaran.

12

(24)

1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kempen

Tujuannya adalah untuk mengetahui apakah daya tarikan yang terdapat pada setiap kempen kesedaran seperti menggunakan slogan yang dapat menarik perhatian orang ramai supaya orang ramai akan mudah ingat terhadap sesuatu kempen. Mengkaji strategi periklanan yang digunakan untuk membuat kempen yang lebih efektif. Selain itu, mengkaji mutu persembahan yang disampaikan dalam setiap kempen.

1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran, media dan strategi supaya dapat mewujudkan kempen yang lebih berkesan.

Mendapatkan maklumat tentang strategi dan media yang digunakan dan mengkaji kumpulan sasaran untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dikehendaki oleh mereka. Membuat soal selidik tentang keberkesanan kempen kesedaran terhadap orang ramai. Kajian terhadap kumpulan sasaran penting bagi mengetahui seluas mana mesej itu akan tersebar dan setiap mesej yang akan dituju dapat disampaikan dengan jelas.

Dari hasil kajian kita dapat mengetahui peratusan mana yang lebih tinggi terhadap media yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan informasi tentang kemp en yang dibuat. Strategi juga penting supaya pengiklan tahu ia penting dan cara yang berkesan dan sistematik untuk kempen yang akan dibuat.

13

Referensi

Dokumen terkait

Based on the above phenomenon and empiri- cal findings, this study examines the existence of real earnings management in Indonesia capital market, followed by the test of differences