• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Persepsi Pelajar Universiti dan Cadangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian Persepsi Pelajar Universiti dan Cadangan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Persepsi Pelajar Universiti dan Cadangan

Penambahbaikan Pelaksanaan Kaedah Pengajaran TPR dalam Kelas Bahasa Mandarin

(A Study of University Students’ Perceptions and Suggestions for Improving the Implementation of TPR Teaching Method in Mandarin

Class)

Tan Hua An1,2*, Tan Tiam Lai3

1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

2 Student Development Section, Malaysian Spanish Institute, Universiti Kuala Lumpur, Kulim, Kedah, Malaysia.

3 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: [email protected]; [email protected] Accepted: 15 September 2022 | Published: 1 October 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.13

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) telah lama digunakan di negara lain, namun ia tidak begitu popular lagi di Malaysia, khususnya dalam bidang pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di institusi pengajian tinggi. Kajian ini adalah lanjutan kajian pengkaji untuk memaparkan perspektif baharu daripada pelajar pengajian tinggi tempatan terhadap kaedah pengajaran TPR. Seramai 32 orang pelajar bukan penutur natif bahasa Mandarin telah menjawab soal selidik. Keputusan menunjukkan pelajar mempunyai persepsi positif terhadap keempat-empat peringkat (persembahan: 4.25, peniruan:

3.96, pemahaman 4.10, aplikasi: 4.00). Dengan kata lain, kaedah pengajaran TPR diterima baik oleh pelajar dalam pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan telah disyorkan kepada pengajar dan pelajar semasa menggunakan kaedah pengajaran TPR dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dalam konteks Malaysia.

Kata kunci: persepsi, bahasa Mandarin sebagai bahasa asing, kaedah pengajaran TPR

Abstract: Total Physical Response (TPR) teaching method has long been used in other countries, however, it is not very popular in Malaysia, especially in the field of teaching Mandarin as a foreign language in higher education institutions. This study is an extension of the researchers’ study to show a new perspective from local tertiary students on the TPR teaching method. A total of 32 non-native students of Mandarin answered the questionnaire.

The results indicated that the students had positive perceptions toward all four levels (presentation: 4.25, imitation: 3.96, understanding 4.10, application: 4.00). In other words, the TPR teaching method was well received by the students. Besides that, several suggestions for improvement were recommended for instructors and students when using the TPR teaching method in teaching and learning Mandarin as a foreign language in the Malaysian context.

(2)

Keywords: perception, Mandarin as a foreign language, TPR teaching method

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Total Physical Response (TPR) diperkenalkan oleh Dr. James J. Asher, seorang profesor psikologi di San Jose State University pada tahun 1960-an. Beliau menyarankan penggabungan bahasa dan pergerakan, iaitu mengajar bahasa asing atau bahasa kedua dengan menggunakan pergerakan badan (Asher, 2009, ms.3-4).

Tujuan kaedah pengajaran TPR adalah untuk mengajar pelajar kemahiran asas bahasa pada peringkat permulaan. Ia bertujuan untuk membantu pelajar memperolehi bahasa kedua sama seperti perolehan bahasa pertama mereka (Richards & Rodgers 2001, ms.76).

Hasil dapatan dan huraian ini adalah lanjutan daripada kajian Tan & Tan (2020). Kajian ini diharap dapat memaparkan gambaran yang baharu tentang persepsi pelajar di peringkat pengajian tinggi tempatan.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pembelajaran sesuatu bahasa asing kadang-kadang akan menimbulkan kegelisahan. MacIntyre (1998, ms.27) berpendapat kegelisahan bahasa sebagai "kebimbangan dan reaksi emosi negatif yang timbul semasa belajar atau menggunakan bahasa kedua". Pelajar berasa gelisah kerana mereka perlu mempraktikkan dan menggunakan bahasa baharu. Kegelisahan telah dikenalpasti sebagai tindak balas emosi yang biasa di dalam bilik darjah bahasa asing. Satu pertiga daripada pelajar bahasa asing mengalami sekurang-kurangnya tahap kebimbangan terhadap bahasa asing yang sederhana (Horwitz, 2001, ms.112-126).

Selain itu, pembelajaran sesuatu bahasa asing juga akan menimbulkan tekanan dalam kalangan pelajar. Tekanan adalah faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa, ia bukan hanya memberi kesan kepada motivasi pelajar, tetapi juga menghasilkan kesan negatif dan halangan prestasi kepada pelajar (Arnold, 2005, ms. 58-59).

Kegelisahan dan tekanan akan menyebabkan pengalaman pembelajaran bahasa asing menjadi tidak menyeronokan bagi pelajar. Tambahan pula, menurut Chen (2013, ms.96) “pembelajaran bahasa selalu dianggap sebagai tugas yang membosankan. Jika pengajar tidak menguasai dan menggunakan kemahiran dan seni pengajaran dengan baik akan mewujudkan suasana kelas yang tertekan dan tegang.”

Justeru itu, kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas sangat penting. Hasil tinjauan literatur didapati terdapat beberapa orang pakar bahasa mengesyorkan penggunaan kaedah pengajaran TPR. Contohnya, Liu (2000, ms.266) dan Chen (2013, ms.64) bersependapat kaedah pengajaran TPR lebih sesuai digunakan pada peringkat permulaan pengajaran bahasa kedua. Menurut Zhu (2007, ms.371), hasil pelaksanaan penggunaan kaedah pengajaran TPR pada peringkat permulaan pengajaran bahasa asing telah mencapai hasil yang lebih baik kerana ia menyediakan teknik pengajaran yang lebih efektif. Jiang (2008, ms.123) berpendapat kaedah pengajaran TPR mengukuhkan pemahaman dan penggunaan melalui pergerakan badan merupakan kaedah pengajaran yang baik.

(3)

Kaedah pengajaran TPR tidak terhad sahaja di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kaedah pengajaran ini juga sesuai digunakan untuk kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan di institusi pengajian tinggi. Pelaksanaan kaedah pengajaran ini telah mendapat maklum balas dan sambutan yang baik. Contohnya, hasil kajian Zhang (2018) menunjukkan kesemua responden suka akan kaedah pengajaran dan berpendapat kaedah pengajaran ini membolehkan minda tidak tertekan. Hasil kajian Yang (2019) menunjukkan majoriti responden berpendapat kaedah pengajaran TPR sangat menarik dan tidak berasa gelisah di kelas komprehensif bahasa Mandarin yang menggunakan kaedah pengajaran ini.

Hasil kajian Wu (2019) menunjukkan kebanyakan responden menerima kaedah pengajaran TPR dan berpendapat penggunaan kaedah pengajaran TPR dapat mengurangkan perasaan gelisah.

3. Metodologi

Responden kajian terdiri daripada 32 orang pelajar yang diajar dengan kaedah pengajaran TPR.

Mereka ialah pelajar dari salah sebuah kampus cawangan UniKL iaitu Malaysian Institute of Information Technology (MIIT).

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik. Borang soal selidik kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat demografi responden. Terdapat 3 item dalam bahagian A. Bahagian B digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR. Terdapat 15 item dalam bahagian B. Skala Likert lima mata telah digunakan dalam item-item bahagian B iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Agak Setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju).

4. Dapatan Kajian

Data asal bagi kajian ini adalah data daripada instrumen soal selidik responden. Program SPSS versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan analisis adalah seperti di bawah.

Jadual 1: Data Demografi Responden Kajian

Faktor Demografi Kategori Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 24 75

Perempuan 8 25

Peringkat Pendidikan Diploma 18 56.3

Sarjana Muda 14 43.8

Semester Pengajian

Semester 3 27 84.4

Semester 4 3 9.4

Semester 5 2 6.3

Berdasarkan Jadual 1 di atas, responden kajian terdiri daripada pelajar lelaki seramai 24 orang (75%) dan pelajar perempuan pula 8 orang (25%). Dari peringkat pendidikan pula, seramai 18 orang pelajar diploma (56.3%) dan 14 orang pelajar sarjana muda (43.8%). Manakala jika mengikut semester pengajian pula, seramai 27 orang adalah dari semester 3 iaitu 84.4%, 3 orang dari semester 4 iaitu 9.4% dan 2 orang dari semester 5 iaitu 6.3%.

Jadual 2 menunjukkan bilangan item dalam soal selidik. Bahagian A adalah maklumat mengenai responden berkaitan dengan jantina, peringkat pendidikan dan semester pengajian.

Bahagian B adalah item bagi setiap peringkat yang digunakan semasa pelaksanaan kaedah

(4)

pengajaran TPR. Terdapat 15 item dalam soal selidik untuk menguji persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran TPR. Item soal selidik ini mempunyai empat peringkat iaitu persembahan, peniruan, pemahaman dan aplikasi.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diubahsuai berdasarkan soal selidik Zhang (2012) yang berkaitan dengan tinjauan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR dalam kelas pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Jadual 2: Bilangan Item Dalam Soal Selidik

Bahagian Bilangan Item

A Maklumat responden berkaitan jantina, peringkat pendidikan dan semester pengajian 3

B Peringkat Persembahan 3

Peringkat Peniruan 5

Peringkat Pemahaman 3

Peringkat Aplikasi 4

Jadual 3 menunjukkan pernyataan item bagi setiap peringkat yang diuji. Terdapat tiga item bagi peringkat persembahan, lima item bagi peringkat peniruan, tiga item bagi peringkat pemahaman dan empat item bagi peringkat aplikasi. Jumlah keseluruhan ialah 15 item.

Jadual 3: Pernyataan Item Bagi Setiap Peringkat Peringkat No.

Item

Pernyataan Item Peringkat

Persembahan

1 Ini merupakan kali pertama saya didedahkan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin.

2 Saya suka dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) yang digunakan.

3 Saya boleh memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

Peringkat Peniruan 4 Saya memberi respon yang memberangsangkan semasa pensyarah mengajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

5 Saya berasa selesa belajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

7 Saya berasa tertekan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin.

8 Saya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

9 Perbuatan yang digunakan untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin senang diikuti.

Peringkat Pemahaman

6 Saya dapat memahami isi kandungan pembelajaran dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

10 Pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin melalui kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) memberi kesan yang baik kepada saya.

11 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) meningkatkan pemahaman saya tentang kosa kata bahasa Mandarin yang saya dipelajari.

(5)

Peringkat Aplikasi 12 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya menguasai kosa kata bahasa Mandarin.

13 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari.

14 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) sesuai digunakan untuk mengajar kosa kata bahasa Mandarin.

15 Saya berharap pensyarah menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) pada masa akan datang.

Berikut membincangkan kebolehpercayaan instrumen. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran dalam soal selidik. Bagi mengkaji kebolehpercayaan instrumen soal selidik, analisis Alpha Cronbach telah digunakan. Nunnally & Bernstein (1994) menyatakan Alpha Cronbach adalah ukuran kebolehpercayaan ketekalan dalaman, dengan nilai melebihi 0.70 dianggap pengukuran minimum bagi kesahan dalaman. Weiner (2007) menyatakan nilai yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi untuk Alpha Cronbach adalah sama dengan atau melebihi 0.70. Merujuk Jadual 4, nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik kajian ini adalah 0.918 yang bermaksud tinggi dan soal selidik ini boleh diguna pakai bagi mengkaji kajian ini.

Jadual 4: Kebolehpercayan Soal Selidik

Bilangan Item Nilai Alpha Cronbach

Soal Selidik 15 0.918

Seterusnya adalah analisis deskriptif statistik bagi setiap peringkat. Analisis deskriptif statistik dijalankan bagi setiap peringkat iaitu peringkat persembahan, peniruan, pemahaman dan aplikasi. Analisis ini menerangkan kekerapan bagi setiap item dan peratusan pelajar yang menjawab. Berdasarkan kajian daripada Jamil Ahmad (2002), intepretasi min dan tahap adalah seperti Jadual 5.

Jadual 5: Kategori Tahap Bagi Setiap Skor Min

Skor Min Tahap

3.67 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.66 Sederhana

1.00 - 2.33 Rendah

Terdapat tiga item dalam peringkat persembahan. Merujuk pada Jadual 6, majoriti pelajar sangat bersetuju bagi ketiga-tiga item dalam peringkat ini. Bagi item 1, seramai 14 (43.75%) orang responden sangat bersetuju, seramai 10 (31.25%) orang responden yang setuju, seramai tujuh (21.88%) orang responden yang agak setuju dan hanya satu (3.13%) orang responden yang tidak setuju. Bagi item 2, seramai 15 (46.88%) orang responden yang sangat setuju, seramai 10 (31.25%) orang responden yang setuju dan hanya tujuh (21.88%) orang responden yang agak setuju. Manakala bagi item 3, seramai 17 (53.13%) orang responden sangat bersetuju, seramai 9 (28.13%) orang responden bersetuju dan hanya enam (18.75%) orang responden yang agak setuju. Keseluruhan min bagi peringkat persembahan ini adalah tinggi iaitu nilai min 4.25.

(6)

Jadual 6: Skor Min Peringkat Persembahan No

Item Peringkat Persembahan Kekerapan (Peratusan)

1 2 3 4 5

1

Ini merupakan kali pertama saya didedahkan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin.

0 (0%)

1 (3.13%)

7 (21.88%)

10 (31.25%)

14 (43.75%)

2

Saya suka dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) yang digunakan.

0 (0%)

0 (0%)

7 (21.88%)

10 (31.25%)

15 (46.88%)

3

Saya boleh memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

0 (0%)

0 (0%)

6 (18.75%)

9 (28.13%)

17 (53.13%)

Min Keseluruhan 4.25 (Tinggi)

Terdapat lima item dalam peringkat peniruan. Merujuk pada Jadual 7, majoriti responden bersetuju bagi item 4, 5 dan 9 dalam peringkat ini. Majoriti respoden sangat bersetuju bagi item 7. Manakala majoriti responden agak bersetuju bagi item 8. Bagi item 4, seramai lapan (25%) orang responden sangat bersetuju, seramai 14 (43.75%) orang responden bersetuju, terdapat lapan (25%) orang responden agak bersetuju dan hanya dua (6.25%) orang responden tidak bersetuju. Bagi item 5, seramai 12 (37.5%) orang responden sangat bersetuju, seramai 14 (43.75%) orang responden bersetuju, dan hanya enam (18.75%) orang responden agak bersetuju. Bagi item 7, seramai 16 (50%) orang responden sangat bersetuju, seramai 10 (31.25%) orang responden bersetuju dan hanya lima (15.63%) orang responden agak bersetuju.

Bagi item 8, seramai empat orang responden (12.5%) sangat bersetuju, seramai 10 (31.25%) orang respoden bersetuju dan 18 (56.25%) orang respoden agak bersetuju. Bagi item 9, terdapat tujuh (21.88%) orang responden sangat bersetuju, seramai 15 (46.88%) orang responden bersetuju dan 10 (31.25%) orang respoden agak bersetuju. Keseluruhan min bagi peringkat peniruan adalah tinggi iaitu nilai min 3.96.

Jadual 7: Skor Min Peringkat Peniruan No

Item Peringkat Peniruan Kekerapan (Peratusan)

1 2 3 4 5

4

Saya memberi respon yang memberangsangkan semasa pensyarah mengajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

0 (0%)

2 (6.25%)

8 (25%)

14 (43.75%)

8 (25%)

5

Saya berasa selesa belajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

0 (0%)

0 (0%)

6 (18.75%)

14 (43.75%)

12 (37.5%)

7

Saya tidak berasa tertekan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response

1 (3.1%)

0 (0%)

5 (15.63%)

10 (31.25%)

16 (50.0%)

(7)

(TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin.

8

Saya mengambil bahagian secara aktif dalam

pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

0 (0%)

0 (0%)

18 (56.25%)

10 (31.25%)

4 (12.5%)

9

Perbuatan yang digunakan untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin senang diikuti.

0 (0%)

0 (0%)

10 (31.25%)

15 (46.88%)

7 (21.88%)

Min Keseluruhan 3.96 (Tinggi)

Terdapat tiga item dalam peringkat pemahaman. Merujuk pada Jadual 8, majoriti pelajar bersetuju bagi ketiga-tiga item dalam peringkat ini. Bagi item 6, seramai 10 (31.25%) orang responden sangat bersetuju, seramai 12 (37.5%) orang responden bersetuju dan hanya 10 (31.25%) orang responden agak setuju. Bagi item 10, seramai 11 (34.38%) orang responden sangat bersetuju, seramai 15 (46.88%) orang responden bersetuju dan hanya enam (18.75%) orang responden agak setuju. Bagi item 11, seramai 11 (34.38%) orang responden sangat bersetuju, seramai 15 (46.88%) bersetuju dan hanya enam (18.75%) pelajar agak bersetuju.

Keseluruhan min bagi peringkat pemahaman adalah adalah tinggi iaitu nilai min 4.10.

Jadual 8: Skor Min Peringkat Pemahaman No

Item Peringkat Pemahaman Kekerapan (Peratusan)

1 2 3 4 5

6

Saya dapat memahami isi kandungan

pembelajaran dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

0 (0%)

0 (0%)

10 (31.25%)

12 (37.5%)

10 (31.25%)

10

Pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin melalui kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) memberi kesan yang baik kepada saya.

0 (0%)

0 (0%)

6 (18.75%)

15 (46.88%)

11 (34.38%)

11

Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) meningkatkan pemahaman saya tentang kosa kata bahasa Mandarin yang saya dipelajari.

0 (0%)

0 (0%)

6 (18.75%)

15 (46.88%)

11 (34.38%)

Min Keseluruhan 4.10 (Tinggi)

Terdapat empat item dalam peringkat aplikasi. Merujuk pada Jadual 9, majoriti pelajar bersetuju bagi keempat-empat item dalam peringkat ini. Bagi item 12, terdapat enam (18.75%) orang responden sangat bersetuju, seramai 16 (50%) orang responden bersetuju dan seramai 10 (31.25%) orang responden agak setuju. Bagi item 13, terdapat enam (18.75%) orang responden sangat bersetuju, seramai 16 (50%) orang responden bersetuju, seramai sembilan (28.13%) orang responden agak bersetuju dan hanya satu (3.13%) orang responden tidak bersetuju. Bagi item 14, terdapat sembilan (28.13%) orang responden sangat bersetuju, seramai

(8)

17 (53.13%) orang responden bersetuju dan hanya enam (18.75%) orang responden agak bersetuju. Bagi item 15, seramai 13 (40.63%) orang responden sangat besetuju, seramai 14 (43.75%) bersetuju, terdapat empat (12.5%) agak bersetuju dan hanya satu (3.13%) orang responden sangat tidak setuju. Keseluruhan min bagi peringkat aplikasi adalah tinggi iaitu nilai min 4.00.

Jadual 9: Skor Min Peringkat Aplikasi No

Item Peringkat Aplikasi Kekerapan (Peratusan)

1 2 3 4 5

12

Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya menguasai kosa kata bahasa Mandarin.

0 (0%)

0 (0%)

10 (31.25%)

16 (50%)

6 (18.75%)

13

Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari.

0 (0%)

1 (3.13%)

9 (28.13%)

16 (50%)

6 (18.75%)

14

Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) sesuai digunakan untuk mengajar kosa kata bahasa Mandarin.

0 (0%)

0 (0%)

6 (18.75%)

17 (53.13%)

9 (28.13%)

15

Saya berharap pensyarah menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) pada masa akan datang.

1 (3.13%)

0 (0%)

4 (12.5%)

14 (43.75%)

13 (40.63%)

Min Keseluruhan 4.00 (Tinggi)

Berikut adalah analisis skor min bagi setiap peringkat. Analisis skor min dijalankan bagi setiap peringkat bagi mengkaji tahap bagi setiap item dalam soal selidik. Analisis yang dijalankan adalah untuk mengambil nilai purata bagi setiap item dalam soal selidik dan menentukan tahap item tersebut berdasarkan Jadual 5.

Berdasarkan Jadual 10 bagi analisis skor min bagi peringkat persembahan adalah tinggi.

Ketiga-tiga item mempunyai min lebih dari skor 4. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bagi setiap item dalam peringkat persembahan.

Jadual 10: Skor Min Bagi Item Peringkat Persembahan

Pernyataan Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 1 Ini merupakan kali pertama saya didedahkan dengan kaedah pengajaran

Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin. 4.16 0.884 Tinggi 2 Saya suka dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) yang

digunakan. 4.25 0.803 Tinggi

3 Saya boleh memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa

Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR). 4.34 0.787 Tinggi

Skor min bagi peringkat peniruan berdasarkan Jadual 11 adalah tinggi. Item 5 dan item 7 menunjukkan nilai skor min yang tinggi (min >4). Item 4, item 8 dan item 9 menunjukkan skor min lebih dari 3. Hampir semua item dalam peringkat peniruan berada dalam tahap tinggi kecuali bagi item 8 sahaja yang berada dalam tahap sederhana Ini menunjukkan pelajar bersetuju bagi setiap item di peringkat peniruan.

(9)

Jadual 11: Skor Min Bagi Item Peringkat Peniruan

Pernyataan Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 4 Saya memberi respon yang memberangsangkan semasa pensyarah

mengajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

3.88 0.871 Tinggi 5 Saya berasa selesa belajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah

pengajaran Total Physical Response (TPR). 4.19 0.738 Tinggi

7 Saya berasa tertekan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response

(TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin. 1.63 0.751 Rendah 8 Saya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran

menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR). 3.56 0.716 Sederhana 9 Perbuatan yang digunakan untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin

senang diikuti. 3.91 0.734 Tinggi

Skor min dalam Jadual 12 bagi peringkat pemahaman juga adalah tinggi. Ketiga-tiga item berada dalam tahap yang tinggi (skor min >4) dan min ketiga-tiga item berada dalam skala bersetuju.

Jadual 12: Skor Min Bagi Item Peringkat Pemahaman

Pernyataan Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 6 Saya dapat memahami isi kandungan pembelajaran dengan kaedah

pengajaran Total Physical Response (TPR). 4.00 0.803 Tinggi

10 Pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin melalui kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) memberi kesan yang baik kepada saya.

4.16 0.723 Tinggi 11 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) meningkatkan

pemahaman saya tentang kosa kata bahasa Mandarin yang saya dipelajari.

4.16 0.723 Tinggi

Skor min dalam Jadual 13 bagi peringkat aplikasi juga berada dalam tahap tinggi. Keempat- empat item menunjukkan skor min melebihi 3.66. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan setiap item dalam peringkat aplikasi.

Jadual 13: Skor Min Bagi Item Peringkat Aplikasi

Pernyataan Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 12 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya

menguasai kosa kata bahasa Mandarin. 3.88 0.707 Tinggi

13 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari.

3.84 0.767 Tinggi 14 Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) sesuai digunakan

untuk mengajar kosa kata bahasa Mandarin. 4.09 0.689 Tinggi

15 Saya berharap pensyarah menggunakan kaedah pengajaran Total Physical

Response (TPR) pada masa akan datang. 4.19 0.896 Tinggi

Seterusnya adalah analisis keseluruhan bagi setiap peringkat. Jadual 14 menunjukkan min bagi setiap peringkat. Berdasarkan Jadual 14, setiap peringkat mempunyai skor min yang berada dalam tahap yang tinggi. Skor min keseluruhan adalah 4.06. Ini menunjukkan purata skor min bagi soal selidik ini berada dalam tahap yang tinggi.

(10)

Jadual 14: Skor Min Bagi Setiap Peringkat

Peringkat Min Sisihan Piawai

Persembahan 4.25 0.60

Peniruan 3.96 0.59

Pemahaman 4.10 0.64

Aplikasi 4.00 0.59

Min Keseluruhan 4.06 0.54

Secara keseluruhan, dapatan soal selidik menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang sangat baik dan positif terhadap kaedah pengajaran TPR. Hasil soal selidik mendapati responden menunjukkan persepsi yang memberangsangkan bagi keempat-empat peringkat.

5. Perbincangan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk mempelajari kosa kata bahasa Mandarin peringkat permulaan. Hasil soal selidik mendapati responden menunjukkan persepsi yang memberangsangkan bagi keempat-empat peringkat dalam kaedah pengajaran TPR iaitu persembahan, peniruan, pemahaman dan aplikasi.

Pelajar memberi pandangan yang positif terhadap kaedah pengajaran yang digunakan. Ini terbukti dengan skor min bagi item 1, item 2, item 3, item 4, item 5, item 6, item 8, item 9, item 10, item 11, item 12, item 13, item 14 dan item 15 berada pada tahap yang tinggi, iaitu di antara julat skor min 3.56 hingga 4.34. Hasil daripada analisis soal selidik menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran TPR adalah sangat memberangsangkan.

Pelajar menerima kaedah pengajaran TPR kerana kaedah pengajaran ini membantu mereka mempelajari dan menguasai kosa kata bahasa Mandarin.

Dapatan yang diperolehi daripada soal selidik tersebut di atas mempunyai persamaan dengan beberapa kajian yang lepas. Contohnya, sebanyak 96.9% pelajar suka dengan kaedah pengajaran TPR (item 2). Ini selaras dengan kajian oleh Yang (2019) yang mendapati 92.8%

pelajar suka dengan kelas yang menggunakan kaedah pengajaran TPR. Kajian oleh Wei (2014) mendapati sebanyak 91% suka dengan kaedah pengajaran TPR. Kajian oleh Zhang (2012) mendapati 100% pelajar suka dengan kelas yang menggunakan kaedah pengajaran TPR.

Di samping itu, sebanyak 93.75% pelajar dapat memahami isi kandungan pembelajaran dengan kaedah pengajaran TPR (item 6). Ini selaras kajian Wei (2014) di mana sebanyak 95% pelajar memahami isi kandungan yang diajar. Kajian Zhang (2012) pula menunjukkan 100% pelajar memahami isi kandungan yang disampaikan.

Seterusnya, sebanyak 96.9% pelajar berharap pensyarah menggunakan kaedah pengajaran TPR pada masa akan datang (item 15). Ini sama dengan kajian oleh Yang (2019) di mana sebanyak 89.3% pelajar sudi meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran TPR.

Kajian Wei (2014), mendapati sebanyak 68% pelajar berharap pengajar menggunakan kaedah pengajaran TPR pada masa hadapan.

Di samping itu, sebanyak 87.5% pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran TPR (item 8). Kajian oleh Wei (2014) dan Zhang (2012) menunjukkan semua pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran TPR.

(11)

Secara keseluruhan, dapatan soal selidik menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pengajaran TPR.

6. Limitasi Pelaksanaan Kaedah Pengajaran TPR

Tiada kaedah pengajaran yang sempurna. Setiap kaedah pengajaran mempunyai limitasi masing-masing. Berikut adalah lima limitasi semasa pelaksanaan kaedah pengajaran TPR.

6.1 Sukar Digunakan untuk Perkataan yang Membawa Maksud Abstrak

Kaedah pengajaran TPR sukar digunakan untuk mengajar kosa kata yang membawa maksud abstrak. Kaedah pengajaran ini agak sukar digunakan apabila terdapat banyak perkataan sedemikian. Lin (2015) berpendapat kaedah pengajaran TPR ada kekangannya iaitu apabila mengajar kandungan yang lebih rumit dan abstrak, kaedah ini lebih sukar untuk digunakan.

Oleh itu, perkataan yang membawa maksud abstrak tidak dimasukkan dalam kajian ini.

6.2 Limitasi Masa

Kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan di institusi pengajian tinggi di negara kita biasanya berbentuk kelas komprehensif. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan bagi kelas komprehensif. Menurut Jiang (2008, ms.166), kelas komprehensif mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan termasuk aspek pengetahuan, kemahiran bahasa dan afektif. Ini menyebabkan pengajar menghadapi limitasi masa untuk melaksanakan kaedah pengajaran TPR dalam masa kelas yang terhad. Pengajar kadang-kadang terpaksa mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran sehingga tiada masa untuk memberi perhatian kepada pelaksanaan kaedah pengajaran di dalam kelas.

6.3 Sifat Pengajar

Sifat pengajar memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kaedah pengajaran TPR.

Pada kebiasaannya, pengajar yang bersifat ekstrovet lebih mudah menerima dan menggunakan kaedah pengajaran ini berbanding pengajar yang bersifat introvert.

6.4 Kekurangan Bahan Rujukan

Kekurangan bahan rujukan yang sesuai dengan kaedah pengajaran TPR khususnya yang berkaitan dengan pengajaran kosa kata bahasa Mandarin sebagai bahasa asing pada peringkat permulaan merupakan halangan bagi pengajar yang ingin menggunakan kaedah pengajaran ini.

Bahan rujukan adalah penting sebagai panduan sebelum pelaksanaannya di dalam kelas, khususnya bagi pengajar yang berhasrat menggunakannya tetapi tidak memiliki pengetahuan atau kekurangan pemahaman tentang pelaksanaannya.

6.5 Kesukaran Pelaksanaan Dalam Talian

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian mempunyai ekosistem yang tersendiri. Kaedah pengajaran TPR sukar dilaksanakan secara dalam talian. Pelaksanaannya dalam talian menghadapi pelbagai limitasi yang berpunca daripada tiada capaian internet, capaian internet tidak stabil, masalah teknikal alat peranti elektronik, keberkesanan platform yang digunakan dan sebagainya.

(12)

7. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengajaran TPR Kepada Pengajar

Demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pengajar dan pembelajaran pelajar, berikut merupakan enam cadangan langkah penambahbaikan.

7.1 Bilangan Pelajar yang Sederhana

Atribut kaedah pengajaran TPR telah menentukan saiz bilangan pelajar adalah terhad. Pengajar harus memastikan bilangan pelajar yang sederhana sebelum melaksanakannya. Bilangan pelajar di kelas tidak harus terlalu ramai. Sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai, pengajar sukar memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif semasa pelaksanaan kaedah pengajaran TPR. Tambahan pula, tempoh kelas yang terhad juga menyukarkan pengajar melatih setiap pelajar dengan berkesan. Ini akan menjejaskan keberkesanannya.

Demi memenuhi keperluan latihan pelajar dan memudahkan pemantauan kelas, pengajar harus mempertimbangkan jumlah bilangan pelajar di dalam kelas sebelum menggunakan kaedah pengajaran ini untuk memastikan keberkesanan proses PdP.

7.2 Pergerakan Badan yang Sederhana

Ketika menggunakan kaedah pengajaran TPR, pergerakan yang digunakan haruslah sederhana.

Memandangkan keupayaan ingatan pelajar adalah terhad, jumlah pergerakan yang dirancang untuk setiap kelas tidak seharusnya terlalu banyak sehingga membebankan pelajar. Menurut Liu (2000, ms.107) “kapasiti ingatan jangka pendek adalah terhad. Setiap kali maklumat ditunjukkan atau dibentangkan, ia dapat mengingat semula 7 (± 2) unit maklumat dalam ingatan jangka pendek”. Pergerakan yang berlebihan akan membebankan ingatan otak pelajar dan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran.

Di samping itu, pergerakan badan tidak boleh keterlaluan. Pergerakan badan yang terlalu banyak atau keterlaluan akan menyebabkan pelajar salah faham dan keliru. Satu perkataan haruslah dihadkan kepada satu pergerakan. Sekiranya satu perkataan mempunyai lebih daripada satu pergerakan nescaya akan mengelirukan pelajar. Pergerakan yang banyak juga akan membebankan ingatan dan menyukarkan pemahaman pelajar.

7.3 Memahami Perbezaan Budaya

Komunikasi antara budaya adalah komunikasi yang melintasi dua budaya yang berbeza dan berlaku antara orang daripada dua latar belakang budaya yang berlainan (Zhou, 2017, ms.348).

Menurut Zhao (2014, ms.106), pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing merupakan pengajaran komunikasi antara budaya.

Pengajar harus memahami dan menghormati perbezaan budaya, khususnya di kelas yang mempunyai pelajar berbilang bangsa dan agama. Pengajar harus memahami maksud sesuatu pergerakan sebelum menggunakannya untuk mengelakkan salah faham pelajar. Hal ini amat penting kerana pergerakan tersebut akan diikuti oleh pelajar. Sekiranya pelajar berasa tidak selesa dengan pergerakan tersebut akan menyebabkan mereka tidak ingin melibatkan diri dan sekaligus memudaratkan keseluruhan proses PdP.

Di samping itu, perbezaan umur, sifat dan latar belakang juga mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap sesuatu pergerakan. Oleh itu, pengajar harus membuat persediaan yang sepenuhnya sebelum pelaksanaan kaedah pengajaran TPR untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan proses PdP.

(13)

7.4 Gabungkan dengan Kaedah Pengajaran Lain untuk Mencapai Hasil yang Terbaik Setiap kaedah pengajaran mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kaedah pengajaran TPR juga tidak terkecuali. Oleh itu, adalah sukar untuk mencapai kesan pengajaran yang ideal hanya semata-mata bergantung kepada kaedah pengajaran TPR.

Di samping itu, sekiranya kaedah pengajaran yang sama digunakan berulang kali, pelajar akan berasa jemu dan bosan. Bayangkan jika kaedah pengajaran TPR digunakan di setiap kelas, pelajar pasti akan hilang minat untuk belajar seterusnya menjejaskan keberkesanannya.

Oleh itu, gabungan kaedah pengajaran TPR dengan kaedah pengajaran lain akan membantu untuk mencapai kesan pembelajaran yang terbaik. Contoh kaedah pengajaran yang lain adalah seperti Direct Method, Audiolingual Method, Audio-Visual Method, Functional Method, Task- based Teaching Method dan sebagainya.

7.5 Pengurusan Kelas yang Baik

Pengajar harus memastikan pengurusan kelas berada dalam keadaan yang terkawal semasa pelaksanaan kaedah pengajaran TPR. Ini disebabkan kadang-kadang pelajar akan menganggapnya sebagai permainan sehingga tidak mengikut arahan yang diberikan.

Di samping itu, pelajar yang bersifat introvert mungkin akan kurang mengambil bahagian semasa pelaksanaan kaedah pengajaran TPR. Pengajar harus mencari jalan penyelesaian untuk meminimakan masalah atau situasi tersebut agar tidak menjejaskan keberkesanannya.

7.6 Latihan untuk Pengajar

Terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian sebelum pelaksanaan kaedah pengajaran TPR. Contohnya, bilangan pelajar yang sederhana, pergerakan badan yang sederhana, memahami perbezaan budaya, gabungan dengan kaedah pengajaran lain dan pengurusan kelas yang baik. Semasa pelaksanaan kaedah pengajaran ini, pengajar berperanan sebagai seorang penganjur, pengelola, pembimbing dan fasilitator. Oleh itu, sekiranya pengajar tidak memiliki pengetahuan atau kekurangan pemahaman tentang pelaksanaannya akan menyukarkan kejayaan pelaksanaannya di kelas.

Keadaan ini bertambah sukar dengan kekurangan bahan rujukan yang sesuai. Justeru itu, latihan harus diadakan untuk pengajar untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran. Ini akan memastikan pengajar dapat melaksanakannya dengan baik dan mencapai hasil yang berkesan.

8. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengajaran TPR Kepada Pelajar

Terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh pelajar dalam penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk mempelajari kosa kata bahasa Mandarin demi mempromosikan pelaksanaan yang lebih baik sepanjang proses PdP.

8.1 Penglibatan Pelajar yang Aktif

Kaedah pengajaran TPR berpusatkan pelajar. Pelajar berperanan sebagai pendengar, pemerhati dan pelakon pada peringkat yang berbeza. Penglibatan pelajar secara aktif akan memastikan kejayaan pelaksanaannya.

Memandangkan kaedah pengajaran TPR melibatkan pergerakan badan, pelajar berkemungkinan menganggapkannya kebudak-budakan dan berasa segan-silu mengikutinya.

(14)

Semasa pelaksanaan kaedah pengajaran ini, pelajar harus mengurangkan keegoan diri.

Sebaliknya, mereka haruslah sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya dan mengikuti setiap peringkat yang dijalankan.

8.2 Komitmen Daripada Pelajar

Selain usaha yang dilakukan oleh pengajar, pelajar juga harus sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan kosa kata bahasa Mandarin dengan mengambil inisiatif sendiri.

Contohnya memperbanyakkan bacaan, membuat ulangkaji, menghafal kosa kata dan sebagainya.

Selain itu, praktik yang berulang kali memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Oleh itu, pelajar harus sentiasa mengambil inisiatif dan peluang mengamalkan perbualan bahasa Mandarin dengan kawan dan pengajar sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan mengurangkan perasaaan gugup dan seterusnya meningkatkan keyakinan pelajar.

9. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR dalam pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin sebagai bahasa asing pada peringkat permulaan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran TPR telah menarik minat dan meningkatkan semangat pelajar dalam pembelajaran kosa kasa bahasa Mandarin.

Di samping itu, beberapa cadangan penambahbaikan telah disyorkan kepada pengajar dan pelajar semasa menggunakan kaedah pengajaran TPR dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dalam konteks Malaysia.

Walaupun kaedah pengajaran ini telah lama digunakan di negara lain, namun ia tidak begitu popular lagi di Malaysia, khususnya di bidang pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, melalui pengenalan dan penggunaan kaedah pengajaran TPR dalam kajian ini, pengkaji berharap lebih ramai pengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di negara kita akan mengenalinya dan menggunakannya pada masa akan datang.

Rujukan

Arnold, J. (2005). Affect in Language Learning. Cambridge: Cambridge University Press.

Asher, J.J. (2009). Learning Another Language Through Actions (7th edition). Los Gatos, CA:

Sky Oaks Productions.

Chen, C.L. (2013). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Shanghai: Fudan Press.

Horwitz, E. K. (2001). Language Anxiety and Achievement. Annual Review of Applied Linguistics, 21.

Jamil Ahmad. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jiang, L.P. (2008). Duiwai Hanyu Jiaoxue Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press.

Lin, M. C. (2015). TPR Zai Chuji Hanyu Kouyu Jiaoxue Zhong De Yingyong. Reading Digest, 2, 67-68.

Liu, X. (2000). Duiwai Hanyu Jiaoyu Xue Yin Lun. Beijing: Beijing Language and Culture

(15)

University Press.

MacIntyre, P. D. (1998). Language Anxiety: A Review of the Research for Language Teachers.

In D. J. Young (Ed.), Affect in Foreign Language and Second Language Learning (pp.

24-45). Boston: McGraw-Hill.

Nunnally, J.C. & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric theory (3rd Edition). New York:

McGraw-Hill.

Richards, J. C. and Rodgers, T. S. (2001). Approaches and Methods in Language Teaching.

Cambridge: Cambridge University Press.

Tan, H.A. & Tan, T.L. (2020) Kajian Persepsi Pelajar Universiti Kuala Lumpur Terhadap Kaedah Pengajaran Total Physical Response dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Mandarin. Jurnal Dunia Pendidikan, v. 2, n. 4, p. 19-29.

Wei, X. (2014). TPR Jiaoxue Fa Zai Chuji Hanyu Kouyu Ketang Jiaoxue Zhong De Yingyong Yanjiu. Xi’an International Studies University.

Weiner, J. (2007). Measurement: Reliability and Validity Measures. Johns Hopkins Bloomberg, School of Public Health.

Wu, Q. (2019). The Application and Research of Total Physical Response in Elementary Chinese Teaching Procedures in Chile – Illustrated by the Example of Santo Tomas Confucius Institute in Chile. Anhui University, China.

Yang, M.R. (2019). The Application of Systemic Reaction Method in the Elementary Chinese Comprehensive Course – Taking the Pakistani Medical Prep Class in Hebei University as an Example. Hebei University, China.

Zhang, M. (2018). Qianxi TPR Jiaoxuefa Zai Sudan Hanyu Jiaoxue Chuji Ketang Zhong De Shiyongxing. Technology and Economic Guide, 26 (3).

Zhang, Y. (2012). The Application Research of TPR Teaching Method in Chinese Teaching for Foreigner: Take Primary Chinese Teaching in Confucius Institute at University of Khartoum as an Example. Northwest Normal University.

Zhao, J.M. (2014). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Beijing: The Commercial Press.

Zhou, X.B. (2017). Duiwai Hanyu Jiaoxue Rumen (3rd Edition). Guangzhou: Sun Yat-Sen University Press.

Zhu, Z.P. (2007). Hanyu Di’er Yuyan Jiaoxue Lilun Gaiyao. Beijing: Peking University Press.

Referensi

Dokumen terkait

Kaedah pertama dalam menganalisis data bagi persepsi pelajar dalam penerapan kemahiran kepimpinan menerusi PSSGMUTHM ialah dengan menganalisis dokumen berkaitan

Data dari soal selidik Guru (Bahagain B, C, dan D) dianalisis menggunakan statisitik deskriptif mengenai beberapa aspek berkaitan dengan tahap pengetahuan, kesediaan dan

Dengan itu, soal selidik yang dibina adalah berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat iaitu sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains (keyakinan diri, persepsi

Setelah pengajaran dengan kaedah pengutaraan masalah selesai iaitu dua siklus, seterusnya sampel diberikan soal selidik berkenaan dengan pembelajaran, dan

Dapatan kajian diperoleh daripada set soal selidik yang diedarkan kepada seramai 31 responden bagi menilai persepsi pelajar terhadap aplikasi didik hibur Teroka Tajwid dari tiga

• Terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar kelas lemah dengan pelajar kelas pandai terhadap iklim bilik darjah daripada aspek pengajaran, jangkaan guru dan

Rekabentuk kajian yang telah dipilih adalah dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif menggunakan borang soal selidik dan kaedah statistik deskriptif untuk

“…Sesi soal jawab..” S4_TB1_173 Jadual 1: Kaedah Pelajar Minati Nama Pelajar Kaedah Pelajar Minati Berpusatkan Pelajar S1 Perbahasan dan Pembentangan S2 Pembentangan S3