• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap pencapaian rendah dalam mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap pencapaian rendah dalam mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN TERHADAP FAKTOR PENYUMBANG TERHADAP PENCAPAIAN RENDAH DALAM MATA

PELAJARAN EKONOMI STPM DI SABAH

KETUA PROlEK

DR. ABDUL SAID BIN AMBOTANG

t'tl<PUSTAKAAN 1INIVERSlTI MALAYSIA SAU�

AHLI - AHLI PENYELIDIK

DR. MUHAMAD SUHAIMI BIN TAAT DR.NUR QISTINA ABDULLAH

PROlEK DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN KOO : RAG0019-SSl-2012

NILAI : RM40,000.00

(2)

ABSTRAK

KAJIAN TERHADAP FAKTOR PENYUMBANG TERHADAP PENCAPAIAN RENDAH MATA PELAJARAN EKONOMI STPM DI

SABAH

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan faktor guru, faktor sekolah, faktor ibu bapa dan faktor kendiri pelajar terhadap pencapaian rendah mata pelajaran Ekonomi tingkatan enam. Maklum balas diambil dari dua kumpulan responden yang terdiri daripada 247 orang pelajar tingkatan enam mewakili seluruh negeri Sabah telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan oleh penyelidik berasaskan teori PCK Shulman dan teori Bandura yang dijadikan asas kajian lnl. Analisis statistik lnferens iaitu ujian-e ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi berganda digunakan untuk menguji 13 hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan mewakili variabel terpilih. Keputusan ujian korelasl pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresl berganda turut menunjukkan terdapatnya sumbangan variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Semua hasil kajian regresi berganda dalam kajian ini mendapati faktor kendiri pelajar dan faktor sekolah menunjukkan sumbangan yang lebih dominan berbanding dengan faktor ibu bapa terhadap pencapaian rendah Ekonomi. Manakala faktor guru Ekonoml didapati bukan faktor penyumbang yang signifikan terhadap pencapaian rendah guru Ekonomi. Selaras dengan dapatan ini satu kajian terperinci dengan fokus tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi dan memperkasakan pengurusan kelas pra universiti perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Ekonomi di Sabah.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesan pendekatan naratif dan komunikatif terhadap motivasi belajar, keterlibatan dalam pembelajaran dan pencapaian

Dalam kajian ini faktor yang dilihat sebagai penyumbang kepada kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPT adalah bidang kurikulum, kokurikulum, kerjaya, tenaga pengajar,

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor keluarga terhadap tabiat dan minat membaca dalam kalangan murid Tahap 2, di Sekolah Rendah Jenis

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tentang keberkesanan kaedah pembelajaran think-pair-share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dan mengenal pasti minat murid

Kajian ini mengkaji kesan GBL terhadap pencapaian murid sekolah rendah dalam matematik, mengenal pasti skor min bagi ujian pra dan juga ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan

Penerapan patriotisme dalam kalangan guru-guru Sejarah sekolah menengah di Sabah ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan patriotisme guru- guru

PERNYATAAN MASALAH Dalam pelaksanaan program bacaan pantas, fokus utama kajian untuk mengenal pasti keberkesanan modul yang dibangunkan supaya penambahbaikan boleh dilakukan khususnya