KENYATAAN TENDER (MITI: 2/2016)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang baharu 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106 dan 210107 yang telah berkuat kuasa pada 17 Jun 2012, selaras dengan surat Edaran Kementerian Kewangan Malaysia rujukan KK/eP 10/188 Jld 7(10), serta ePerolehan (eP) enable dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa:
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN PEMBAHARUAN LESEN ICT DI PUSAT DATA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA (MITI) SELAMA 2 TAHUN
Butiran Tender:
Tarikh Iklan : 17 Ogos 2016 (Rabu) Tarikh Tutup : 9 September 2016 (Jumaat) Tarikh Taklimat : 19 Ogos 2016 (Jumaat) Masa Taklimat : 10.00 pagi
Tempat Taklimat : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Bilik Seminar 1,Tingkat 1, Menara MITI
No.7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Syarat-Syarat Wajib Menyertai Tender:
1) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah di bawah kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106 dan 210107.
2) Kehadiran ke taklimat adalah diwajibkan.
3) Mendapatkan nombor rujukan unik yang dijana oleh Sistem ePerolehan di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, MITI dengan mengemukakan SALINAN ASAL dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut:
(a) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan; dan
(b) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dari Kementerian Kewangan (Jika Ada)
4) Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender pada 9 September 2016 (Jumaat) jam 12.00 tengahari. Dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke peti tender yang dialamatkan kepada:-
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA (MITI) UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN,
TINGKAT 24, MENARA MITI,
NO. 7, JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 50480 KUALA LUMPUR.
juga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 9 September 2016 (Jumaat). Tawaran tender yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa tersebut melalui sistem e-Perolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana arahan tender tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Tender MITI 2/2016 boleh dirujuk kepada:
Emel Telefon
Cik Mazni Bidin [email protected] 03-6200 0150
Puan Norakidah Zakaria
Encik Iqram Mohd Idrus [email protected]
[email protected] 03-6200 0152 03-6200 0157 Encik Mohd Faizal Ali
Encik Kumaravel Kangaratnam [email protected]
[email protected] 03-6200 0308 03-6200 0307