KENYATAAN SEBUTHARGA (MITI: 4/2016)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat‐syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang baru 210104, 210105 dan 210106 yang telah berkuat kuasa pada 17 Jun 2012, selaras dengan surat Edaran Kementerian Kewangan Malaysia rujukan KK/eP 10/188 Jld 7(10), mempunyai alamat berdaftar di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Selangor serta ePerolehan (eP) enable dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa:
PERKHIDMATAN PENGUJIAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA) DAN PERKHIDMATAN BERKAITAN DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Butiran Sebutharga:
Tarikh Iklan : 14 April 2016 (Khamis) Tarikh Tutup : 5 Mei 2016 (Khamis) Masa Tutup : 12.00 tengahari
Syarat‐Syarat Wajib Menyertai Sebutharga:
1) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah di bawah kod bidang 210104, 210105 dan 210106.
2) Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key‐in) ke dalam sistem e‐
Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup pada 5 Mei 2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke peti sebutharga yang dialamatkan kepada:‐
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA (MITI) UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN,
TINGKAT 24, MENARA MITI,
NO. 7, JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 50480 KUALA LUMPUR.
juga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 5 Mei 2016 (Khamis). Tawaran sebutharga yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa tersebut melalui sistem e‐Perolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana arahan sebutharga tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga MITI 4/2016 boleh dirujuk kepada:
Emel Telefon
Cik Mazni Bidin mazni.bidin@miti.gov.my 03‐6200 0150 Encik Iqram Mohd Idrus iqram.idrus@miti.gov.my 03‐6200 0157 Encik Mohd Nadzri Yusof
Encik Wan Mohd Nadzir Hadzril Wan Ismail
nadzri@miti.gov.my wmnadzir@miti.gov.my
03‐6200 0326 03‐6200 0309