KENYATAAN SEBUT HARGA (MITI: 10/2016)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang baru 210101, 210102, 210103, 210104, 210105 dan 210106 yang telah berkuat kuasa pada 17 Jun 2012, selaras dengan surat Edaran Kementerian Kewangan Malaysia rujukan KK/eP 10/188 Jld 7(10), mempunyai alamat berdaftar di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Selangor serta ePerolehan (eP) enable dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa:
PERKHIDMATAN MENYELENGGARA PERKAKASAN DAN PERISIAN FIREWALL DI IBU PEJABAT DAN PEJABAT CAWANGAN KEMENTERIAN
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Butiran Sebutharga:
Tarikh Iklan : 22 Disember 2016 (Khamis) Tarikh Tutup : 11 Januari 2017 (Rabu) Masa Tutup : 12.00 tengahari
Syarat-Syarat Wajib Menyertai Sebutharga:
1) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah di bawah kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105 dan 210106.
2) Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup pada 11 Januari 2017 (Rabu) jam 12.00 tengahari. Dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke peti sebutharga yang dialamatkan kepada:-
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA (MITI) UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN,
TINGKAT 24, MENARA MITI,
NO. 7, JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 50480 KUALA LUMPUR.
juga sebelum atau pada 11 Januari 2017 (Rabu) jam 12.00 tengahari. Tawaran sebutharga yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa tersebut melalui sistem e-Perolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana arahan sebutharga tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga MITI 10/2016 boleh dirujuk kepada:
Emel Telefon
Cik Mazni Bidin [email protected] 03-6200 0150
Encik Iqram Mohd Idrus [email protected] 03-6200 0157 Encik Mohd Nadzri Yusof
Encik Wan Mohd Nadzir Hadzril Wan Ismail
[email protected] 03-6200 0326 03-6200 0309