KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
6 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,133 kes (526,809 kes kumulatif, 85.4%);
• Kes baharu : 6,241 kes (616,815 kes kumulatif);
• Kes import : 14 kes (5 warganegara, 9 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,227 kes [5,404 warganegara (86.8%);
823 bukan warganegara (13.2%)];
• Kes aktif : 86,628 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 890 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 444 kes;
• Kes kematian : 87 kes (3,378 kes kumulatif, 0.55%;
84 warganegara, 3 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,338 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,625 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 713 kluster.
Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di
Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan COVID-19.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan
kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4
yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES SPORADIK HARIAN DAN KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA
Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID- 19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13]. Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan. Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana- mana kes atau kluster sedia ada.
i) Kumulatif mingguan kes baharu COVID-19
Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati jumlah kumulatif
kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13
(sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0
peratus adalah kes sporadik). Pada ME ke-19, jumlah kes
baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7
peratus adalah kes sporadik). Negara kemudiannya
merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada
ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus
adalah merupakan kes sporadik. Tren kes kes sporadik kekal
tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes
baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik). Graf 1 menunjukkan peningkatan peratusan kes-kes sporadik COVID-19 berbanding kes-kes kluster mengikut ME.
Graf 1: Peratusan Kes Positif COVID-19 Mengikut Minggu Epidemiologi (Minggu Epidemiologi Ke-13 Hingga Ke-22)
ii) Kumulatif mingguan kes kematian COVID-19
Bagi kumulatif kes kematian COVID-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu. Kes kematian COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik).
Jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 iaitu sebanyak 641 kes
kematian COVID-19 (559 kes sporadik). Graf 2 jelas menunjukkan peningkatan pecahan kes kematian COVID-19 yang merupakan kes-kes sporadik berbanding kes kematian daripada kluster COVID-19. Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum.
Graf 2: Bilangan Kes Kematian COVID-19 Mengikut Minggu Epidemiologi (Minggu Epidemiologi Ke-13 Hingga Ke-22)
319 9 26 1 34 7 42 5 51 10 23 22 24 57 82
85
113
187
309
394
559
0 100 200 300 400 500 600
ME12 ME13 ME14 ME15 ME16 ME17 ME18 ME19 ME20 ME21 ME22 Kluster Sporadik
Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan
sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana
mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes- kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.
Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP). Lindungilah diri, keluarga, dan komuniti dalam memerangi pandemik ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;
1) Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
2) Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika boleh, wakilkan kepada hanya seorang bagi setiap rumah/keluarga untuk keluar bagi sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
3) WAJIB mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik).
Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan
yang lebih baik;
4) SANGAT DIGALAKKAN mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar;
5) DINASIHATKAN juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM BERISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan);
6) Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid- 19.moh.gov.my/hotline ;
7) Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance
Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan
bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah
dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain.
Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
8) Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
KKM menyeru semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara.
Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, dan negara kita.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Jun 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES
BAHARU *( )
BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,178 (10) 202,146
SABAH 305 63,870
WP KUALA LUMPUR 415 (1) 62,917
JOHOR 565 (1) 61,543
SARAWAK 600 (1) 51,171
PULAU PINANG 271 30,753
KELANTAN 270 30,142
NEGERI SEMBILAN 556 29,972
PERAK 174 22,426
KEDAH 125 20,452
MELAKA 225 13,531
PAHANG 155 10,726
TERENGGANU 158 9,871
WP LABUAN 212 (1) 4,752
WP PUTRAJAYA 30 2,006
PERLIS 2 537
JUMLAH KESELURUHAN 6,241 (14) 616,815
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 87 kes kematian pada 6 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No.
Kematian Negeri
Jantina
(Warganegara) Umur (Tahun)
Hospital / Tempat Kematian
Latar Belakang Penyakit
3292 Sarawak
Lelaki (WN)
72 Hospital Sibu
Darah tinggi,
dislipidemia, dan paru-paru kronik
3293 Pahang
Lelaki (WN)
60
Hospital Tuanku Ampuan Afzan,
Kuantan
Kencing manis
3294 Selangor
Lelaki (WN)
52 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis dan asma
3295 Pahang
Lelaki (WN)
59
Hospital Tuanku Ampuan Afzan,
Kuantan
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3296 Selangor
Perempuan (WN)
69 Hospital KPJ Damansara
Buah pinggang kronik dan penyakit autoimun
3297 Selangor
Lelaki (WN)
61 Hospital Sungai
Buloh Penyakit jantung
3298 Selangor
Lelaki (WN)
57 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis dan darah tinggi
3299 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
62 Hospital Tampin -
3300 Pulau
Pinang
Perempuan (WN)
67
Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang
Obesiti
3301 Selangor
Lelaki (WN)
54 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis dan darah tinggi
3302 WP Kuala Lumpur
Perempuan (WN)
61 Hospital Sungai
Buloh Penyakit autoimun
3303 Kedah
Perempuan (WN)
63
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
Penyakit tiroid, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3304 Sarawak
Perempuan (WN)
73 Hospital Sarikei Darah tinggi
3305 Kedah
Perempuan (WN)
56
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3306 Selangor
Perempuan (WN)
68 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis dan darah tinggi
3307 Selangor
Lelaki (WN)
69 Hospital
Selayang -
3308 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
81 Hospital Tampin Strok
3309 Kelantan
Perempuan (WN)
63
Hospital Raja Perempuan
Zainab II, Kota Bharu
Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3310 Kedah
Lelaki (WN)
63 Hospital Kulim
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru
kronik
3311 WP Labuan
Lelaki (WN)
49 Hospital Labuan Darah tinggi dan dislipidemia
3312 Selangor
Perempuan (WN)
75 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dan asma
3313 Johor
Lelaki (WN)
50
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
-
3314 Johor
Lelaki (WN)
69
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Kencing manis dan darah tinggi
3315 Johor
Lelaki (WN)
70
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3316 Sarawak
Lelaki (WN)
62 Hospital Miri Darah tinggi
3317 Pulau
Pinang
Lelaki (WN)
84 Hospital
Pulau Pinang -
3318 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
83 Hospital Tampin Darah tinggi, jantung dan dislipidemia
3319 Pahang
Lelaki (WN)
82
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan
buah pinggang kronik
3320 Pulau
Pinang
Lelaki (WN)
75 Hospital Pulau
Pinang Darah tinggi
3321 Pulau
Pinang
Lelaki (WN)
35
Jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya
Obesiti
3322 Melaka
Lelaki (WN)
55 Hospital Melaka Kencing manis dan darah tinggi
3323 Selangor
Perempuan (WN)
44 Hospital Ampang
Penyakit asma, darah tinggi, dan jantung
3324 Kedah
Perempuan (WN)
38 Hospital Kulim Obesiti dan darah tinggi
3325 Selangor
Perempuan (WN)
71 Hospital Tampin Kencing manis dan darah tinggi
3326 Selangor
Lelaki (WN)
49
Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala
Lumpur
Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3327 Sarawak
Lelaki (WN)
62 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3328 Johor
Perempuan (WN)
52
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3329 Kedah
Lelaki (WN)
63 Hospital Kulim Kencing manis
3330 Selangor
Lelaki (WN)
64 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan
obesiti
3331 Selangor
Lelaki (WN)
63 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3332 Selangor
Lelaki (WN)
45 Hospital Sungai Buloh
Penyakit jantung, darah tinggi, dan dislipidemia
3333 Johor
Lelaki (WN)
69
Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru
-
3334 Melaka
Perempuan (WN)
38 Hospital Melaka -
3335 Selangor
Lelaki (WN)
79 Hospital Serdang
Dislipidemia, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3336 Selangor
Lelaki (WN)
73
Jenazah dibawa ke Hospital
Serdang
-
3337 Johor
Perempuan (WN)
62
Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru
Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3338 Terengganu
Perempuan (WN)
68
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu
Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3339 Terengganu
Perempuan (WN)
76
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu
Kencing manis dan darah tinggi
3340 Johor
Lelaki (WN)
70
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Darah tinggi
3341 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
67
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Darah tinggi dan penyakit jantung
3342 WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
44
Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
Cheras
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
kronik, dan strok
3343 Terengganu
Perempuan (WN)
58
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3344 WP Labuan
Lelaki (WN)
63 Hospital Labuan Darah tinggi dan dislipidemia
3345 Selangor
Lelaki (WN)
66
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
kronik, jantung, tuberkulosis, dan strok
3346 Selangor
Lelaki (WN)
60 Hospital
Putrajaya Kencing manis
3347 Selangor
Perempuan (WN)
47 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3348 Kelantan
Perempuan (WN)
74 Hospital Tanah Merah
Penyakit jantung, darah tinggi, dan paru-paru
kronik
3349 Kedah
Perempuan (WN)
59
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
Kencing manis
3350 Selangor
Lelaki (WN)
70
Jenazah dibawa ke Hospital
Serdang
Kanser, darah tinggi, dan dislipidemia
3351 Selangor
Perempuan (WN)
89
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kencing manis dan darah tinggi
3352 Selangor
Perempuan (WN)
55 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia,
dan obesiti
3353 WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
85 Hospital Kuala Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3354 Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
79
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
kronik, dan jantung
3355 Selangor
Lelaki (WN)
88
Hospital Angkatan Tentera Tuanku
Mizan, Kuala Lumpur
Darah tinggi, penyakit jantung, dan
dislipidemia
3356 Selangor
Perempuan (WN)
82 Hospital Sungai Buloh
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3357 Selangor
Lelaki (WN)
80
Hospital Angkatan Tentera Tuanku
Mizan, Kuala Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3358 Selangor
Perempuan (WN)
77
Hospital Angkatan Tentera Tuanku
Mizan, Kuala Lumpur
Darah tinggi, penyakit jantung, dan
dislipidemia
3359 Selangor
Perempuan (WN)
77 Hospital Serdang
Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3360 Selangor
Perempuan (WN)
74 Hospital Ampang
Kencing manis, dislipidemia, dan
penyakit tiroid
3361 Selangor
Perempuan (WN)
68 Hospital Kuala Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3362 Selangor
Perempuan (WN)
69
Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
Cheras
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, asma, dan
penyakit saraf
3363 Selangor
Lelaki (WN)
25
Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh
Penyakit sawan
3364 Selangor
Lelaki (WN)
57
Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh
-
3365 WP Kuala Lumpur
Perempuan (WN)
60 Hospital Kuala Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3366 Johor
Lelaki (WN)
71
Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
kronik, dan jantung
3367 Johor
Perempuan (WN)
68
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Kanser, penyakit hati, dan dislipidemia
3368 Johor
Lelaki (WN)
64
Hospital Sultan Ismail, Johor
Bahru
Darah tinggi, penyakit jantung, kanser, dan
obesiti
3369 Johor
Lelaki (WN)
64
Hospital Sultan Ismail, Johor
Bahru
Kencing manis dan darah tinggi
3370 Johor
Lelaki (WN)
46
Hospital Sultan Ismail, Johor
Bahru
Kencing manis, darah tinggi
3371 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
33
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Obesiti
3372 Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
84
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi
3373 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
70
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan
asma
3374 Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
65
Jenazah dibawa ke Hospital
Tampin
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan
strok
3375 Selangor
Perempuan (WN)
79 Hospital Ampang
Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
kronik, dan jantung
3376 Selangor
Perempuan (BWN)
54 Hospital Serdang
Kencing manis, darah tinggi, obesiti
3377 WP Kuala Lumpur
Lelaki (BWN)
44 Hospital Kuala
Lumpur -
3378 Kelantan
Perempuan (BWN)
55
Hospital Sultan Ismail Petra,
Kuala Krai
Kencing manis, darah tinggi, dan strok
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara