KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
8 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 6,962 kes (541,319 kes kumulatif, 86.3%);
• Kes baharu : 5,566 kes (627,652 kes kumulatif);
• Kes import : 4 kes (4 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 5,562 kes [4,895 warganegara (88.0%);
667 bukan warganegara (12.0%)];
• Kes aktif : 82,797 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 903 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
• Kes kematian : 76 kes (3,536 kes kumulatif, 0.56%; 75 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,385 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,655 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 730 kluster.
Sebanyak 76 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, 13 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat (4) kes di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga (3) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan
kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4
yang disertakan bersama kenyataan media ini.
SITUASI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA:
PENULARAN MASIH DALAM SITUASI GENTING
KKM ingin memaklumkan status terkini situasi jangkitan COVID- 19 di Malaysia bagi tempoh dua (2) minggu epidemiologi (ME) iaitu ME ke-21 (dari 23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021) dan ME ke-22 (dari 30 Mei 2021 hingga 5 Jun 2021).
i) Jumlah kes positif COVID-19 harian jangkitan tempatan
Statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif COVID-19
pada ME ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes (penurunan sebanyak
2.6 peratus) berbanding ME ke-21. Situasi ini adalah susulan
daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
oleh kerajaan bermula pada 12 Mei 2021. Namun begitu dalam
tempoh yang sama, jumlah kes aktif didapati terus meningkat
berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan
ME ke-21. Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif
adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei
2021), ianya meningkat kepada 78,017 kes [peningkatan
sebanyak 20,995 kes (37 peratus)]. Meskipun terdapat
penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif
masih terus meningkat. Pada 8 Jun 2021, jumlah kes aktif
COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah
sebanyak 82, 797 kes.
Graf 1 : Bilangan Kumulatif Kes Harian, Kes sembuh, dan Kematian Mengikut
Minggu Epidemiologi 2021
ii) Kapasiti dan keupayaan fasiliti kesihatan
Sehingga 6 Jun 2021, kadar penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua (2) minggu, iaitu dari 99 peratus kepada 89 peratus, begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan katil COVID-19 di ICU telah meningkat dari 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun
16186 21536
25360
29206 29060
23084
18467 18043
13462 10632
9304 8929 8968 9507 13742
17393 21342
25350 29386
38785 53419
52040
12340 10543
19644
2450825443 22319
35464
25413 19286
15040 11550
9140 8838 8845 9658
1349614542 18281
23606 26905
30432 42010
59 52
73 79
111 101 93
70
45 40
23 22 35 35 49 56
95 136
209 333
451 641
0 100 200 300 400 500 600 700
0 10000 20000 30000 40000 50000 60000
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
JUMLAH KES
MINGGU EPID
Kes Sembuh Kematian
2021. Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.
iii) Tempoh rawatan di fasiliti kesihatan (Kategori 4 dan Kategori 5)
Hospital-hospital di seluruh negara sedang berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius (kategori 4 dan 5) yang memerlukan bantuan oksigen dan bantuan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity).
Pesakit-pesakit ini memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19. Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari.
Kesinambungan daripada situasi yang dinyatakan, KKM ingin
mengingatkan semua pihak bahawa situasi penularan COVID-
19 yang dihadapi negara masih kekal pada situasi sangat
serius. Bahaya penularan COVID-19 dan kapasiti hospital
(terutama ICU) bagi menampung kes-kes COVID-19 adalah di
tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun. Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini.
Oleh itu, KKM mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan perkara-perkara berikut;
1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu;
2. Amalkan norma baharu dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM;
3. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid- 19.moh.gov.my/hotline ;
4. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance
Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan
bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah
dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain.
Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera;
5. Dapatkan maklumat berkenaan situasi terkini jangkitan COVID-19 daripada sumber yang diyakini kesahihannya;
dan
6. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.
Semua individu perlu berperanan menjadi agen perubahan di
dalam komuniti dan mengambil tanggung jawab bersama agar
kesinambungan kehidupan normal dapat dikecapi semula
dengan kadar segera.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 Jun 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 8 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES
BAHARU *( )
BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,524 (2) 205,044
SABAH 350 64,556
WP KUALA LUMPUR 466 (2) 63,838
JOHOR 456 62,354
SARAWAK 707 52,581
PULAU PINANG 185 31,091
NEGERI SEMBILAN 505 31,048
KELANTAN 204 30,687
PERAK 225 22,828
KEDAH 148 20,794
MELAKA 314 14,023
PAHANG 157 10,982
TERENGGANU 106 10,094
WP LABUAN 191 5,152
WP PUTRAJAYA 27 2,041
PERLIS 1 539
JUMLAH KESELURUHAN 5,566 (4) 627,652
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 76 kes kematian pada 8 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No.
Kematian Negeri
Jantina
(warganegara) Umur (Tahun)
Hospital / Tempat Kematian
Latar Belakang Penyakit
3461 WP Kuala Lumpur
Lelaki
(WN) 62 Hospital Kuala
Lumpur Penyakit jantung 3462 WP Kuala
Lumpur
Perempuan
(WN) 64 Hospital Putrajaya Kencing manis dan darah tinggi
3463 Kelantan Perempuan
(WN) 44
Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu
Kencing manis
3464 Johor Lelaki
(WN) 69
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Darah tinggi dan strok
3465 Selangor Perempuan
(WN) 68 Hospital Serdang
Kencing manis, darah tinggi, dan
jantung
3466 Selangor Lelaki
(WN) 83
Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
Darah tinggi, dislipidemia, dan
tuberkulosis
3467 Melaka Lelaki
(WN) 71 Hospital Melaka
Darah tinggi, dislipidemia, dan
buah pinggang kronik
3468 Perak Perempuan
(WN) 85
Hospital Raja Permaisuri Bainun,
Ipoh
Darah tinggi
3469 Melaka Lelaki
(WN) 78 Hospital Melaka Kencing manis
dan darah tinggi
3470 Selangor Lelaki
(WN) 64 Hospital Ampang Kencing manis
dan darah tinggi
3471 Johor Perempuan
(WN) 78
Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Muar
Darah tinggi dan strok
3472 Terengganu Lelaki
(WN) 58
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Penyakit jantung dan paru-paru
kronik 3473 Selangor Perempuan
(WN) 62 Hospital Serdang Kencing manis
3474 Kelantan Perempuan
(WN) 65
Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu
Darah tinggi dan kanser
3475 Johor Perempuan
(WN) 66 Hospital Segamat
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia
3476 Johor Lelaki
(WN) 48
Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Muar
Obesiti
3477 Kedah Perempuan
(WN) 59 Hospital Sultan Abdul
Halim, Sungai Petani Kencing manis
3478 Johor Perempuan
(WN) 52
Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Muar
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik 3479 Negeri
Sembilan
Perempuan
(WN) 60 Hospital Tampin Kencing manis
dan darah tinggi 3480 WP Labuan Lelaki
(WN) 30 Hospital Labuan Obesiti
3481 WP Kuala Lumpur
Perempuan
(WN) 61 Hospital Sungai
Buloh
Darah tinggi dan buah pinggang
kronik
3482 Sarawak Lelaki
(WN) 83 Hospital Sri Aman
Darah tinggi, dislipidemia, jantung, kanser,
dan paru-paru kronik
3483 Kedah Lelaki
(WN) 66 Hospital Sultanah
Bahiyah, Alor Setar Darah tinggi
3484 Pahang Lelaki
(WN) 59
Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan
Tiroid
3485 Selangor Lelaki
(WN) 28 Hospital Ampang
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, tiroid, dan buah pinggang kronik
3486 Perak Lelaki
(WN) 65 Hospital Taiping Darah tinggi
3487 WP Labuan Lelaki
(WN) 82 Hospital Labuan
Darah tinggi, dislipidemia, dan
jantung 3488 WP Labuan Lelaki
(WN) 87 Hospital Labuan Darah tinggi dan kanser
3489 Johor Perempuan
(WN) 37
Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Muar
-
3490 Kedah Lelaki
(WN) 80 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
kronik
3491 WP Labuan Lelaki
(WN) 55 Hospital Labuan -
3492 Kelantan Perempuan
(WN) 80
Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu
Darah tinggi dan tiroid
3493 Negeri Sembilan
Perempuan
(WN) 61 Hospital Tampin
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik
3494 Melaka Perempuan
(WN) 70 Hospital Melaka
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia
3495 WP Kuala Lumpur
Lelaki
(WN) 65 Hospital Kuala
Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan
strok
3496 Kelantan Perempuan
(WN) 69
Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Kota Bharu
Kencing manis, darah tinggi, dan
strok
3497 Selangor Lelaki
(WN) 65 Hospital Shah Alam Obesiti
3498 Selangor Perempuan
(WN) 32 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban -
3499 Selangor Lelaki
(WN) 77 Hospital Serdang Darah tinggi
3500 Terengganu Lelaki
(WN) 79
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Kencing manis, darah tinggi, dan
jantung
3501 Terengganu Perempuan
(WN) 72
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Strok, darah tinggi, dan
jantung
3502 WP Labuan Perempuan
(WN) 84 Hospital Labuan
Kencing manis, darah tinggi, dan
penyakit buah pinggang kronik
3503 Johor Lelaki
(WN) 72 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Kencing manis dan darah tinggi
3504 WP Labuan Perempuan
(WN) 75 Hospital Labuan
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia
3505 Kedah Lelaki
(WN) 79 Hospital Baling
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik
3506 Selangor Lelaki
(WN) 79
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan
jantung
3507 Sabah Perempuan
(WN) 71 Jenazah dibawa ke
Hospital Tawau -
3508 WP Kuala
Lumpur
Lelaki
(WN) 59 Hospital Kuala
Lumpur Dislipidemia
3509 Negeri Sembilan
Perempuan
(WN) 59 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan
obesiti
3510 Selangor Lelaki
(WN) 76 Hospital Selayang Darah tinggi
3511 Selangor Lelaki
(WN) 72 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia
3512 Selangor Perempuan
(WN) 66 Hospital Sungai
Buloh
Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3513 Selangor Perempuan
(WN) 62 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3514 Selangor Perempuan
(WN) 62 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik
3515 Selangor Perempuan
(WN) 60 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik
3516 Selangor Lelaki
(WN) 60 Hospital Ampang
Kencing manis, darah tinggi, dan
buah pinggang kronik 3517 Selangor Perempuan
(WN) 36 Hospital Selayang -
3518 Selangor Lelaki
(WN) 25
Jenazah dibawa ke Hospital Sungai
Buloh
Obesiti
3519 WP Kuala Lumpur
Perempuan
(WN) 69 Hospital Selayang
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan
kanser
3520 WP Kuala Lumpur
Lelaki
(WN) 74 Hospital Sungai
Buloh
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia
3521 WP Kuala Lumpur
Perempuan
(WN) 41 Hospital Kuala
Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan
obesiti
3522 Johor Lelaki
(WN) 37 Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru Tuberkulosis
3523 Johor Lelaki
(WN) 74 Hospital Kota Tinggi -
3524 Johor Perempuan
(WN) 75 Hospital Pakar KPJ Johor
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, asma,
dan obesiti
3525 Johor Perempuan
(WN) 67 Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru Darah tinggi
3526 Johor Lelaki
(WN) 60 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3527 Negeri Sembilan
Lelaki
(WN) 84 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dan
dislipidemia 3528 Negeri
Sembilan
Perempuan
(WN) 71 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi
3529 Negeri Sembilan
Lelaki
(WN) 69 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dan
strok 3530 Negeri
Sembilan
Lelaki
(WN) 59 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi 3531 Negeri
Sembilan
Lelaki
(WN) 52 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi
3532 Negeri Sembilan
Perempuan
(WN) 51 Hospital Tuanku
Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan
asma
3533 Melaka Perempuan
(WN) 101 Hospital Melaka -
3534 Pahang Perempuan
(WN) 79
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan
Darah tinggi
3535 WP Labuan Lelaki
(WN) 70 Hospital Labuan
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan
buah pinggang kronik
3536 Johor Lelaki
(BWN) 46
Jenazah Dibawa Ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
-
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara