• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah Daerah Klang Semasa Pandemik (Transformational Leadership Practices and Teacher’s Job Satisfaction in Primary School of Klang District During Pandemic)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah Daerah Klang Semasa Pandemik (Transformational Leadership Practices and Teacher’s Job Satisfaction in Primary School of Klang District During Pandemic)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah Daerah Klang Semasa Pandemik

(Transformational Leadership Practices and Teacher’s Job Satisfaction in Primary School of Klang District During Pandemic)

Adrience Loh Yee Shuen1*, Mohd Yusoff Mohd Noor1

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.3

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pandemik Covid 19 telah membawa perubahan kepada pendidikan di Malaysia dan membawa impak terhadap kepuasan kerja guru. Kepimpinan transfomasional dilihat sebagai kepimpinan yang dapat memberi sokongan serta menentukan hala tuju kepada guru untuk mengadaptasikan pendidikan norma baharu ini. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk meninjau amalan kepimpinan transformasional guru besar serta kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Klang semasa pandemik Covid 19. Sebanyak 292 orang responden yang dipilih secara rawak daripada populasi yang berjumlah sebanyak 5699 orang guru dari sekolah rendah di Klang terlibat dalam kajian tinjauan secara kuantitatif ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini dibina berdasarkan MLQ (Multi Faktor Leadership Questionnaire) (1994) dan Instrumen Job Descriptive Index (JDI). Analisis deskriptif dan inferensi digunakan sebagai kaedah analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan transformasional guru besar di daerah Klang berada pada tahap yang sederhana semasa pandemic (min=3.24) . Bagi tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana (min= 3.31) semasa pandemic. Kajian ini mendapati hubungan yang signifikan dan kuat antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru melalui ujian korelasi Pearson (r=0.751). Selain itu, menerusi analisis regresi berganda, kajian ini mendapati dimensi rangsangan intelek merupakan penyumbang dominan kepada kepuasan kerja guru.

Oleh itu diharapkan hasil kajian ini memanfaatkan pihak kepentingan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan guru besar serta kepuasan kerja guru.

Kata kunci: Kepimpinan Transformasional, Kepuasan kerja, Pandemik

Abstract: Pandemic had affected education system in Malaysia. This issue had brought some impact to job satisfation of teacher. Transfomastional leadership was proved as leadership that can support and enhance teacher’s job satisfactory through study before. Therefore, this study aims to survey the transformasional leadership of headmaster and job satisfaction of teachers in primary school of Klang District during pandemic. This survey involves 292 teachers from primary school in Klang District. Questionaire that adapted from Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) (1994) and Instrumen Job Descriptive Index (JDI) was used as instrument in this study. Descriptive and inference analysis was used to analyse the data collected. The finding showed the intermediate level of headmaster’s transformasional leadership practice in Klang District during pandemic(mean=3.24) while teacher’s job satisfaction also performce at intermediate level (min=3.31) during pandemic.This study found that transformational leadership is positively related with teacher job satisfaction, (r= 0.751)

(2)

and intellectual stimulation had significant influence on teacher’s job satisfaction during pandemic. Therefore, these findings are expected to assist the principals to enhance their leadership style in order to improve teacher’s job satisfaction.

Keywords: Transformational Leadership, Teacher’s Job Satisfaction, Pandemic

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Wabak Covid-19 telah memberi impak dan turut membawa perubahan kepada kehidupan kita.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan awalan dengan menutup semua institusi pendidikan seluruh negara untuk mencegah penyebaran virus Covid 19. Keputusan secara mendadak ini telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dan murid tidak dapat dijalankan mengikut rancangan. Maka, kaedah pengajaran dan pengajaran dalam talian diwujudkan bagi menggantikan pembelajaran dan pengajaran yang asalnya berinteraksi secara bersemuka di dalam bilik darjah untuk memutuskan rantaian wabak Covid 19 di samping meneruskan pengajaran dan pembelajaran (Pdp) guru. Namun begitu, sepanjang pelaksanaan PdP secara dalam talian ini, guru terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu. Google classroom, Whatapps, telegram serta aplikasi media sosial yang lain telah menjadi platform utama PdP guru dan murid.

Walaupun bermula dari 3 Oktober, sekolah dibuka semula secara berperingkat tetapi kerja guru yang semakin bertambah serta perubahan pendidikan yang tidak menentu ini telah menyebabkan tugasan guru lebih mencabar dan membebankan. Secara tidak langsung, kepuasan kerja guru terpengaruhi. Hal ini juga disokong oleh Flores (2020) bahawa perubahan yang berlaku secara mendadak ini merupakan cabaran yang besar kepada guru kerana guru perlu menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran yang baharu dalam masa yang singkat.

Kajian Yan (2012) jelas menunjukkan bahawa faktor emosi yang negatif dan kompleks guru seperti kebimbangan, ketidakpastian serta keraguan akan menyebabkan guru sukar untuk menerima norma baharu dan seterusnya menyebabkan perubahan pendidikan gagal dilaksanakan atau kurang berkesan. Collie (2021) juga menyatakan bahawa selain daripada murid, guru menghadapi tekanan emosi kerana kebanyakan guru tidak mempunyai persediaan secara mental dan fizikal dalam menghadapi perubahan pendidikan ini.

Dalam konteks ini, guru besar berperanan penting untuk memastikan guru dapat menjalankan tugas sekolah dengan lebih efektif. Guru besar merupakan pihak yang berperanan penting untuk menentukan hala tuju dan mengurus sekolah. Hasrat KPM untuk menempatkan kepimpinan yang beprestasi tinggi di sekolah juga dinyatakan dalam anjakan kelima PPPM 2013-2025. Untuk menghadapi cabaran pengajaran yang timbul dan membawa impak kepada guru semasa pandemik covid 19, sekolah memerlukan pemimpin mempunyai gaya pemikiran yang bersifat fleksibel untuk memantapkan kepimpinan mereka dan seterusnya dapat memberi kesan terhadap pengurusan dan perlaksanaan guru dalam pengajaran serta tugasan sekolah dalam tempoh krisis ini.

Secara logiknya, pemimpin sekolah mempunyai pengaruh untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai budaya kerja yang positif di sekolah. Guru-guru yang bekerja dalam suasana dan budaya kerja yang positif akan lebih berkomitmen untuk menjalankan tugas masing-masing. Menurut Rahayu et al. (2020), untuk menguruskan perubahan, pemimpin perlu mempunyai kepimpinan yang bersifat fleksibel dan

(3)

dapat mengambil tindakan mengikut keperluan semasa. Oleh itu, kepimpinan transformasional sesuai diamalkan oleh pemimpin sekolah untuk membantu guru menyesuaikan diri dalam norma baharu ini, Hal ini disebabkan kepimpinan transformasional dilihat lebih konsisten dan fleksibel dalam reformasi pendidikan. Oleh itu, kepimpinan ini diamalkan oleh pemimpin sekolah supaya dilengkapi diri dengan keupayaan untuk menghadapi perubahan pendidikan yang tidak menentu dan memimpin guru-guru sekolah dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, kajian-kajian lepas menunjukkan kepimpinan transformasional berkesan dalam membentuk komitmen serta kepuasan kerja guru. Maka, guru besar boleh memimpin serta membantu guru menghadapi cabaran yang timbul serta mengadaptasikan diri dalam krisis pandamik kepimpinan transformasional. Kepimpinan transformasional juga boleh membantu guru mencapai matlamat melalui pembangunan visi, komitmen serta sokongan terhadap adaptasi guru dalam pedagogi norma baru ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepimpinan transformasional guru besar dan tahap kepuasan kerja guru daerah Klang semasa pandemik Covid 19.

Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1 menunjukkan pembolehubah tidak bersandar untuk kajian ini ialah amalan kepimpinan transformasional yang merangkumi dimensi pengaruh yang ideal, inspirasi motivasi, rangsangan intelektual dan pertimbangan berasaskan individu. Pembolehubah bersandar pula ialah kepuasan kerja guru yang dikaji daripada enam aspek iaitu rakan sekerja, keadaan tempat kerja, gaji, pekerjaan, peluang memajukan diri dan penyeliaan.

Rajah 1: Kerangka Konseptual

2. Tinjauan Literatur

Kepimpinan Transformasional

Menurut Burns (1978), kepimpinan transfomasioanl ditakrifkan sebagai satu bentuk kepimpinan yang lebih menekankan keperluan sekolah pemimpin untuk meningkatkan moeral serta memberikan motivasi kepada bawahannya untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyumbangkan kepada organisasi. Burns (2003) juga menegaskan bahawa pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasional juga dapat mengenal pasti dan membentuk pemimpin-pemimpin baharu daripada bawahannya. Halinger (2003) mentakrifkan kepimpinan transformasional adalah kepimpinan yang melibatkan ahli-ahli lain. Menurut Halinger, kepimpinan ini lebih berfokus terhadap merangsangkan perubahan dengan praktis bottom-up.

Halinger (2003) juga melihatkan kepimpinan transformasional dapat mewujudkan iklim yang membolehkan guru melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang saling berkongsi pengetahuan serta secara berterusan. Takrifan ini disokong oleh Jazmi (2015) yang menyatakan bahawa pemimpin transformasional mempunyai visi yang kuat untuk memaksimumkan sumber yang sedia ada dan potensi guru agar matlamat yang ditetapkan boleh dicapai oleh

Kepimpinan Transformasional Guru Besar

• Inspirasi Motivasi

• Pertimbangan berasaskan individu

• Rangsangan Intelektual

• Pengaruh yang ideal (Bass & Avolio, 1990)

Kepuasan Kerja Guru

• Rakan sekerja

• Keadaan Tempat Kerja

• Gaji

• Pekerjaan

• Peluang memajukan diri (Herzberg, 1959)

(4)

semua anggota sekolah dengan lebih efektif. Kepimpinan transformasional terdiri daripada empat dimensi. Dimensi-dimensi yang ditekankan oleh Bass ialah rangsangan intelektual, pertimbangan berasaskan individu, motivasi berinspirasi dan pengaruh yang ideal.

i. Pertimbangan Berasaskan Individu- mengutamakan nilai kemanusiaan dan memahami keperluan guru daripada pelbagai aspek semasa membantu guru mengadaptasikan diri dengan norma baharu

ii. Motivasi Berinspirasi- menggalak semangat serta komitmen pengikutnya dengan perkongsian matlamat, visi serta misi

iii. Rangsangan Intelektual- usaha pemimpin dalam pencetusan daya pemikiran positif guru berkaitan dengan tugas di sekolah

iv. Pengaruh yang ideal- menjadi teladan untuk mengerakkan guru-guru ke arah mencapai matlamat sekolah

Kepuasan Kerja Guru

Shamugan et al. (2021) memberi definisi kepuasan kerja sebagai emosi, reaksi atau perasaan yang subjektif seseorang terhadap pekerjaan mereka. Afendi (2014) berpendapat bahawa kepuasan kerja ialah rasa gembira, seronok, senang, aman terhasil daripada pengalaman atau sikap terhadap pekerjaannnya. Ibrahim et al. (2019) menyatakan bahawa kepuasan kerja dilahirkan daripada diri seseorang dan dicapai apabila seseorang dapat melaksanakan tugasannya dengan baik.

Menurut Ali Yassin et al. (2016), kebanyakan pekerja yang berpuas hati terhadap kerja mereka akan lebih berkeyakinan dalam peningkatan prestasi mereka. Hal ini membeuktikan kepuasan kerja juga dapat mendorong seseorang untuk melibatkan diri dengan menyeluruh kearah pencapaian dan peningkatan dalam prestasi kerjaya. Oleh itu, kepuasan kerja guru penting untuk menjamin keberkesanan pengoperasian sesebuah sekolah. Guru-guru akan lebih bersemangat atau rajin untuk melaksanakan tugas-tugas sekolah apabila kepuasan kerja dipenuhi. Secara umumnya, kepuasan kerja merupakan faktor yang boleh mempengaruhi prestasi kerja seseorang.

3. Metodologi Kajian

Kaedah tinjauan yang berbentuk kuantitatif digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan transformasional guru besar di Klang serta tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah di Klang semasa pandemik Covid 19. Data yang bersifat emprikal akan dianalisis untuk mendapatakan statistic deskriptif tentang tahap kepimpinan transformasional guru besar serta tahap kepuasan kerja guru di Klang semasa tempoh pandemik ini. Hubungan antara dua pemboleh ubah ini pula akan dianalisis secara inferensi. Data dikumpul dengan soal selidik untuk memudahkan pengumpulan data kuantitatif dan menjimatkan masa. Populasi kajian ini ialah semua guru sekolah rendah di daerah Klang. Terdapat 5699 orang guru daripada 93 buah sekolah rendah daerah Klang. Daripada populasi ini, sebanyak 291 orang guru dipilih secara rawak untuk memastikan semua guru berpeluang untuk menjadi responden kajian ini.

Item-item bahagian A adalah mengenai maklumat responden. Item bahagian ini berkaitan dengan umur, jantina, lokasi serta tempoh perkhidmatan responden.Bahagian B pula terdiri daripada 16 item yang berkaitan dengan tahap amalan KPP guru mengikut lima dimensi. Item bahagian B diadaptasi daripada soal selidik MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire) oleh Avolio dan Bass (1994) untuk mengukur tahap kepimpinan transformasional guru besar. Item- item dalam bahagian ini terdiri daripada 16 item yang berasaskan dimensi kepimpinan transformasional iaitu pertimbangan berasaskan individu, motivasi berinspirasi, rangsangan intelektual dan pengaruh yang ideal. Item Bahagian C pula diadaptasi daripada Instrumen Job

(5)

Descriptive Index (JDI) yang dihasilkan oleh (Michelle et al., 2009; Smith, Kendall dan Hulim, 1969) untuk menilai kepuasan kerja guru yang melaksanakan pengajaran sepanjang Pandemik Covid 19. Terdapat 28 item yang dibina mengikut dimensi kepuasan kerja guru.

Kajian ini menggunakan analisis deskriptif untuk meninjau tahap kepimpinan transformasional guru besar serta tahap kepuasan guru di daerah Klang sepanjang pandemik Covid 19. Korelasi Pearson digunakan dalam analisis inferensi kajian ini untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru. Analisisi regresi berganda sebagai analisis inferensi juga digunakan dalam kajian ini untuk mengenalpastikan dimensi dominan kepimpinan transformasional guru besar yang menyumbang kepada kepuasan kerja guru.

4. Dapatan Kajian

Berdasarkan jadual 1, tahap kepimpinan guru besar di Klang semasa pandemik adalah pada tahap sederhana dengan skor min sebanyak 3.24. Antaranya, dimensi ransangan intelektual mendapat min yang paling tinggi iaitu (min= 3.31). Skor min ini menunjukkan dimensi ransangan intelektual hanya berada pada tahap sederhana. Seterusnya, dimensi pertimbangan berasaskan individu juga berada pada tahap sederhana dengan skor min sebanyak (min= 3.26).

Jadual juga menunjukkan dimensi motivasi berinspirasi dan pengaruh yang ideal mendapat min yang sama iaitu (min=3.20) . Maka kedua-dua dimensi ini hanya berada pada tahap sederhana.

Jadual 1: Tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar Di Sekolah Klang Daerah Klang Semasa Pandemik

Dimensi Min Sisihan Piawai Interprestasi

Motivasi Berinspirasi 3.20 0.88 Sederhana

Rangsangan Intelektual 3.31 0.87 Sederhana

Pertimbangan berasaskan

individu 3.26 0.90 Sederhana

Pengaruh yang ideal 3.20 0.87 Sederhana

Tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar

3.24 0.88 Sederhana

Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di daerah Klang semasa pandemik hanya berada tahap sederhana dengan skor min sebanyak 3.31. Hasil kajian ini menunjukkan skor min untuk dimensi rakan sekerja adalah paling tinggi dan berada pada tahap yang rendah.

Dimensi keadaan tempat kerja mendapat min yang paling rendah dengan skor (min=3.16).

Walaupun begitu, dimensi keadaan tempat kerja masih berada pada tahap sederhana.

Jadual 2: Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Klang Semasa Pandemik

Dimensi Min Sisihan Piawai Interprestasi

Rakan sekerja 3.55 0.86 Sederhana

Keadaan Tempat Kerja 3.16 0.97 Sederhana

Gaji 3.34 0.92 Sederhana

Pekerjaan itu sendiri 3.20 0.92 Sederhana

Peluang memajukan diri 3.34 0.84 Sederhana

Penyeliaan Guru Besar 3.23 0.89 Sederhana

Tahap Kepuasan Kerja Guru 3.31 0.90 Sederhana

(6)

Analisis ujian korelasi Pearson adalah seperti dalam jadual 3. Bagi sampel kajian (n=292), nilai pekali korelasi Pearson antara tahap kepimpinan transformasional guru besar (min= 3.24) serta kepuasan kerja guru (min=3.30)di daerah Klang semasa pandemik adalah r=0.751 dengan nilai signifikan, p <0.01. Hal ini menunjukkan bahawa korelasi antara kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru di daerah Klang sangat kuat. Dengan kata lain, terdapat hubungan signifikan positif yang kuat dan signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Maka, hipotesis null adalah ditolak.

Jadual 3: Hubungan Antara Tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar Serta Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Klang Semasa Pandemik

Hubungan Pemboleh Ubah Korelasi Pearson r Aras Signifikan Tahap Kepimpinan

Transformasional Guru Besar Serta Kepuasan Kerja Guru

0.751 0.000

Analisis regresi digunakan untuk melihat pengaruh dimensi dalam kepimpinan transformasional guru besar daerah Klang terhadap kepuasan kerja guru semasa pandemik.

Nilai R square=0.584 dalam jadual 4 bermaksud 58% perbezaan yang diperhatikan dalam tahap kepuasan kerja guru boleh dijelaskan oleh variasi dimensi kepimpinan transformasional iaitu dimensi pertimbangan berasaskan individu, rangsangan intelek, motivasi inspirasi dan pengaruh ideal.

Ujian Annova digunakan menguji signifikan model regresi. Berdasarkan jadual 5, hasil ujian F(287)= 100.68, (p<0.001) menunjukkan terdapat hubungan linear yang signifikan oleh dimensi kepimpinan Transformasional guru besar daerah Klang terhadap kepuasan kerja guru semasa pandemik. Dengan kata lain, analisis data ini menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat satu faktor yang mempunyai hubungan linear yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu, hipotesis null kedua ditolak.

Berdasarkan analisis regresi yang ditunjukkan dalam jadual 6, dapatan menunjukkan hanya dimensi rangsangan intelek terdapat hubungan linear yang signifikan dengan kepuasan kerja guru dengan p<0.001. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa dimensi rangsangan intelek merupakan dimensi kepimpinan transformasional dominan yang menyumbangkan terhadap kepuasan kerja guru semasa pandemik.

Jadual 4: Model Summary Pengaruh Kepimpinan Transformasional Guru Besar Daerah Klang Terhadap Kepuasan Kerja Guru Semasa Pandemik

Jadual 5: ANOVA Bagi Pengaruh Kepimpinan Transformasional Guru Besar Daerah Klang Terhadap Kepuasan Kerja Guru Semasa Pandemik

Model R

R Square

Adjuste d R Square

Sumbangan (%) Std. Error of the Estimate

1 .764a .584 .578 58% 0.045

Model

Sum of

Squares df

Mean

Square F Sig.

1 Regression 80.900 4 20.225 100.679 .000b

Residual 57.654 287 .201

Total 138.554 291

(7)

Jadual 6: Analisis Regresi Berganda Bagi Pengaruh Kepimpinan Transformasional Guru Besar Terhadap Kepuasan Kerja Guru Semasa Pandemik

B Std. Error Beta t Sig.

(Constant) .979 .120 8.174 .000

Pertimbangan Berasaskan Individu

.120 .099 .141 1.216 .225

Rangsangan Intelektual .463 .076 .505 6.106 .000 Motivasi Berinspirasi .120 .114 .139 1.058 .291

Pengaruh Ideal .005 .094 .005 .052 .959

5. Perbincangan

Tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar

Dapatan ini menunjukkan tahap kepimpinan transformasional guru besar sekolah rendah daerah Klang hanya bertahap sederhana dengan min=3.24 secara keseluruhan. Hal ini menujukkan bahawa kepimpinan guru besar di sekolah rendah daerah Klang tidak menonjolkan sifat kepimpinan transformasional yang ketara semasa tempoh pandemik. Dapatan ini berbeza dengan hasil kajian Fung dan Azlin (2022) yang dijalankan di sekolah menengah TS25.

Dapatan juga mendapati bahawa kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh guru besar adalah berada pada tahap yang tinggi semasa pandemik melalui kajian ini, Kajian Kartini et al.

(2022) juga menunjukkan hasil yang sama dengan kajian Fung dan Azlin (2022) di mana tahap kepimpinan transformasional di sekolah TS25 adalah tinggi. Perbandingan ini menjelaskan bahawa kepimpinan transformasional di sekolah TS25 lebih mantap berbanding dengan kepimpinan transformasioanl guru besar sekolah rendah harian yang biasa.

Dapatan kajian ini juga tidak bersamaan dengan dapatan kajian Bavani dan Izham (2022) yang dijalankan di Kuala Lumpur. Kajian ini menunjukkan bahawa amalan tahap kepimpinan transformasional di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Lumpur adalah bertahap tinggi.

Menurut pengkaji, motivasi inspirasi yang diberikan oleh guru besar memberi kesan yang positif kepada guru Maka, hal ini menunjukkan guru besar di sekolah Klang masih perlu penambaikan serta peningkatan dalam kepimpinan transformasional untuk menghadapi perubahan pendidikan yang berlaku secara mendadak memandangkan dimensi motivasi inspirasi kajian ini hanya bertahap sederhana. Pemimpin sekolah bukan sahaja perlu menitik berat kepada pengetahuan professional guru malah perlu mengambil berat tentang kehendak dan keperluan guru. Hal ini disebabkan melalui nasihat dan galakkan yang diberi oleh guru besar, guru akan lebih berkeyakinan untuk menjalankan pengajaran

Seterusnya, dapatan yang diperolehi dalam kajian ini juga mempunyai perbezaan dengan dapatan Hoh dan Azlin (2021) yang dijalankan di Kuala Selangor. Kajian ini juga menumpukan kepada tahap transformasional pemimpin serta tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah cina sepanjang pandemik. Akan tetapi, hasil kajian ini mendapati tahap transformasional guru besar di sekolah kebangsaan cina di daerah Kuala Selangor berada pada tahap tinggi (min=

4.30). Oleh itu, boleh dijelaskan bahawa guru besar di Kuala Selangor berperanan penuh dalam kepimpinan transformasional semasa tempoh pandemik. Perbezaan tahap transformasional ini mungkin disebabkan saiz sekolah rendah Cina di Kuala Selangor yang lebih sederhana dan kecil. Manakala, kebanyakan sekolah rendah di daerah Klang bersaiz besar. Guru besar dapat mengamalkan kepimpinan transformasional dengan lebih menyeluruh di sekolah yang bersaiz sederhana atau kecil berbanding dengan sekolah yang bersaiz besar dalam tempoh krisis ini.

(8)

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Analisis kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah Klang hanya berada pada tahap sederhana sepanjang pandemik (min=3.31). Ini menunjukkan guru sekolah rendah di daerah Klang masih berpuas hati dengan kerjayanya semasa pandemik. Hasil kajian ini tidak sejajar dengan kajian kepuasan kerja Fung dan Azlin (2022) yang berada pada tahap yang tinggi. Kajian Fung dan Azlin (2002) menunjukkan kepuasan guru daripada segi keperluan fisiologi (min=4.37) dan keperluan pencapaian hasrat diri (min=4.34) mencapai tahap yang sangat tinggi semasa pandemik. Sebaliknya, bagi analisis data kajian ini, kepuasan kerja daripada aspek fisiologi seperti dimensi gaji serta pekerjaan itu sendiri serta aspek keperluan pencapaian hasrat diri seperti peluang memajukan diri hanya berada pada tahap sederhana. Oleh itu, perbandingan analisis ini menjelaskan bahawa guru di sekolah rendah Klang kurang sangat puas hati dengan gaji dan pekerjaan sendiri semasa pandemik. Hal ini mungkin disebabkan tugasan sekolah yang perlu dilaksanakan sepanjang pandemik bertambah banyak. Tambahan lagi, perubahan dasar pendidikan yang tidak menentu semasa pandemik membebankan pengajaran guru. Jadi, guru berasa pendapatannya tidak setimpal dengan kerja yang membebannya sepanjang pandemik.

Sehubungan itu, hasil kajian ini juga lain dengan kajian Goh dan Azlin (2019) serta Wee dan Mohamad (2018) yang dijalankan sebelum pandemik. Kedua-dua kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah adalah bertahap tinggi sebelum pandemik. Perbezaan ini melihatkan kesan negatif yang dibawa oleh wabak Covid 19 dalam mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kualiti pengajaran guru merosot kerana guru belum bersedia untuk menghadapi pendekatan pengajaran berbeza yang disebabkan oleh perubahan pendidikan yang tidak menentu. Secara tidak langsung, hal ini menyumbang kepada stress guru. Hal ini mendapat sokongan Syed Kamaruzaman et al, (2017) yang menyatakan bahawa peningkatan tekanan kerja dalam kalangan guru berpunca daripada aspek pengurusan murid, aspek persekitaran kerja dan pengurusan masa. Oleh itu, secara rumusnya, kajian ini mendapati perubahan daripada aspek-aspek ini semasa pandemik akan menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan guru.

Antara dimensi kepuasan kerja guru, dimensi rakan sejawat mendapat skor min yang paling tinggi berbanding dengan dimensi lain (min=3.55) Hasil kajian ini selaras dengan kajian Tor dan Bity (2021) di mana dimensi rakan sejawat dalam kajiannya juga mendapat skor min yang paling tinggi jika berbanding dengan dimensi lain. Hal ini membuktikan hubungan guru dengan rakan sejawat yang baik penting kerana dapat meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah.

Seperti mana yang dinyatakan dalam kajian Desta Ayele (2014), rakan sejawat berperanan sebagai sumber pendorong, pemberi nasihat dan bantuan serta penyokong di sekolah. Bagi golongan guru yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pengajaran, perkongsian pengalaman serta bahan pdp antara rakan sejawat dapat meringankan beban guru dan seterusnya meningkatkan kepuasan kerja guru di sekolah. Oleh itu, hubungan antara rakan sejawat di sekolah rendah daerah Klang perlu dititikberatkan supaya iklim yang kondusif dapat diwujudkan dalam persekitaran kerja.

Akhir sekali, dimensi keadaan tempat kerja mendapat skor min yang paling rendah antara dimensi kepuasan kerja guru (min=3.14). Hal ini menunjukkan guru kurang puas hati dengan keselamatan di sekolah semasa pandemik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hassan et.al.

(2021), guru akan mengalami keletihan pandemik apabila mereka berasa penat secara fizikal dan mental semasa berhadapan dengan pelbagai SOP susulan pandemik ini, Tambahan lagi, kes Covid yang masih berlaku dalam kawasan sekolah membawa risiko jangkitan kepada keselamatan guru-guru di sekolah.

(9)

Secara rumusnya, guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dapat menyumbangkan kepada pendidikan yang lebih berkualiti. (Yusoff et al. 2020). Penyataan ini juga mendapat sokongan daripada kajian Than et al, (2021) yang berpendapat bahawa kepuasan kerja merupakan pengukuran tentang perasaan pekerja terhadap pekerjaannya. Guru akan bermotivasi tinggi sekiranya kepuasan kerjanya tinggi.

Hubungan Antara Tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar Serta Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Klang Semasa Pandemik

Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan positif antara tahap kepimpinan transformasional guru besar serta kepuasan kerja guru di daerah Klang sepanjang pandemik dengan r=0.751, p< 0.001. Hal ini jelas menunjukkan kepimpinan transformasional guru besar penting serta mampu mempengaruhi kepuasan kerja guru untuk membangkit perubahan dalam pendidikan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian Tahir et al. (2018), guru besar yang berkepimpinan transformasional dilihat sebagai agen perubahan yang menjana proses perubahan dalam organisasi. Pandemik ini merupakan salah satu perubahan pendidikan yang tanpa diduga. Oleh itu, amalan kepimpinan transformasional yang lebih komprehensif serta menyeluruh amat diperlukan terutama dalam keadaan pandemik sehingga pandemik ini untuk memastikan tahap kepuasan kerja guru dapat sentiasa bertahap tinggi. Nursyafina et al. (2018) menyokong dapatan ini dengan menyatakan bahawa hanya kepimpinan transformasional dapat menggalakkan pembangunan ahli organisasi dan menyuburkan budaya positif di sekolah.

Hasil kajian Fadlah et al, (2019) dan Rosimah dan Jamalullai (2019) turut menyokong dapatan ini kerana pengkaji menyatakan bahawa tahap kepimpinan transformasional guru besar yang tinggi akan memberi kesan positif kepada kepuasan kerja guru dalam kajian mereka, Kajian Jong dan Yusoff (2020) juga menunjukkan hubungan yang signifikan dan kuat wujud antara kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru dengan nilai korelasi, r=0.836,. Kajian ini juga menunjukkan bahawa dimensi pertimbangan individu merupakan faktor domain yang menyumbangkan kepada kepuasan kerja seseorang guruguru.

Dapata ini juga samadengan kajian Than, 2021 yang membuktikan terdapat hubungan signifikan yang positif dan kuat antara kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru dengan nilai korelasi (r =0.675, p= 0.001). Kajian Than menunjukkan kepimpinan transformasional pengetua sekolah menengah swasta di Vietnam membawa impak kepada kepuasan kerja guru. Sepertimana dinyatakan dalam kajian Mohd Firdaus dan Norsiah (2018), sifat motivasi inspirasi yang terdapat pada seorang pemimpin transformasional mampu mempengaruhi organisaisi untuk mengikut idea baharu yang diingini oleh pemimpin dan menjayakan perubahan. Hal ini menunjukkan guru besar yang mengamalkan kepimpinan transformasional juga perlu memain peranan yang penting untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada guru. Galakkan yang memberangsangkan atau pujian boleh diguna untuk menaikkan semangat dan seterusnya mencetuskan motivasi dalam kalangan guru untuk memberi komitmen dalam tugasan sekolah.

Dimensi Amalan Kepimpinan Transformasional Yang Menyumbangkan Kepada Kepuasan Kerja Guru Semasa Pandemik

Hasil analisis membuktikan hubungan yang signifikan wujud antara dimensi rangsangan intelek serta kepuasan kerja guru melalui analisis regresi berganda. Oleh itu, dimensi rangsangan intelek jelas sebagai dimensi kepimpinan transformasional dominan di mana ia menyumbangkan kepada kepuasan kerja guru semasa pandemik. Dimensi rangsangan intelektual dijelaskan sebagai usaha pemimpin untuk mencetuskan kebolehan intelek guru untuk berfikir dan bertindak dengan kreatif dan inovatif menurut Colquitt (2011).

(10)

Hasil kajian ini berlainan dengan hasil kajian Philip dan Azlin (2016) yang menyatakan motivasi berinspirasi serta pertimbangan individu sebagai dimensi yang menyumbangkan kepada kepuasan kerja guru sebelum pandemik. Hasil kajian ini juga berlainan dengan dapatan kajian Jong dan Yussoff (2020) yang menunjukkan bahawa pertimbangan berasaskan inividu sebagai faktor penyumbang dalam kepuasan kerja guru. Maka, boleh dikatakan bahawa kebolehan seseorang pemimpin sekolah untuk merangsangkan pemikiran guru untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran murid dilihatkan penting dan amat diperlukan semasa pandemik untuk meningkat kepuasan kerja guru.

Guru besar berperanan penting untuk pemimpin transformasional harus mengunakan pelbagai pendekatan untuk membantu guru-guru mengenalpastikan masalah yang dihadapi dalam perubahan pendidikan yang tercetus akibat pandemik Covid 19 serta cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini sememangnya memberi impak dalam penerimaan serta komitmen guru terhadap tugasnya. Menurut Rahayu (2018), tindakan yang fleksibel mengikut keperluan semasa diambil oleh pemimpin sekolah. dapat mempengaruhi guru-guru untuk melakukan inisiatif perubahan pendidikan dengan lebih berkesan dalam urusan sekolah terutamanya berkaitan pembelajaran dan pemudahcaraan

Selain itu, perkongsian visi yang jelas dengan guru-guru melalui dimensi rangsangan intelek merupakan ikatan serta komitmen moral antara guru besar dengan guru-guru supaya mereka jelas dan faham keperluan serta kepentingan untuk melaksanakan pengajaran (Nur Nadirah dan Jamalullail, 2019) serta tugas pencegahan jangkitan Covid 19 pada masa kini.

8. Implikasi dan Cadangan Lanjutan

Kajian ini telah menyumbangkan kepada penambahan kajian empirikal tentang kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru dalam konteks pendidikan negara kita dan diharapkan dapat membantu serta memberi idea kepada pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)untuk menilai keberkesanan kepimpinan transformasional dalam membantu guru untuk mengadaptasikan perubahan pendidikan dalam norma baharu. Di samping itu, hasil kajian ini juga boleh memberi infomasi kepada JPS untuk menilai dan merancang program yang dapat membantu pengurusan sekolah dalam mengurangkan beban guru dan memastikan keselamatan guru terjamin semasa melaksanakan tugas serta tanggungjawab di sekolah Selangor sepanjang pandemik sehingga endemik Covid 19. Seterusnya, dapatan ini juga boleh menjadi panduan kepada pembinaan model kepimpinan khas yang berasaskan konteks dan budaya Malaysia untuk memenuhi keperluan guru-guru di Malaysia.

Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat menjanakan ilmu tambahan serta memberikan iktibar tentang amalan kepimpinan transformasional kepada guru besar di Malaysia untuk membantu guru-guru menangani cabaran yang dihadapi semasa dalam perubahan pendidikan. Guru besar perlu mengamalkan kepimpinan transformasional untuk menangani isu-isu pendidikan dengan fleksibel dan seterusnya mewujudkan pengurusan sekolah yang berkesan.Selain itu, kajian ini memberi kesedaran kepada pemimpin sekolah agar sentiasa mewujudkan peluang kepada guru- guru untuk bekerjasama dan mendorong perbincangan kritis dan kreatif untuk membantu guru meningkatkan kemahiran ICT serta kualiti pengajaran sepanjang pandemik Covid 19 atau sebagai penyediaan untuk perubahan pendidikan yang mungkin tercetus bila-bila masa.

(11)

Sehubungan itu, dapatan gambaran yang lebih jelas tentang situasi serta persepsi guru-guru sekolah rendah di daerah Klang semasa pandemic juga diberi melalui kajian ini. Hal ini menegaskan peranan pemimpin sekolah untuk memberi kesedaran kepada guru supaya sentiasa ingat serta melaksanakan tanggungjawab diri sebagai pendidik tidak dalam tempoh pandemik Covid 19 atau di sekolah Pemimpin sekolah juga perlu selalu mengingatkan guru serta menjadikan teladan kepada guru supaya mementingkan pembelajaran kendiri serta pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan profesionalisme diri serta kompetensi semasa melaksanakan segala tugas di sekolah.

Memandangkan dapatan kajian ini masih tidak dapat mewakili sekolah rendah untuk seluruh negeri Selangor atau negara Malaysia. Maka dicadangkan kajian lanjutan boleh meluaskan lokasi kajian supaya melibatkan lebih banyak sampel dalam negeri Selangor atau negara Malaysia supaya hasil kajian lebih berkredibiliti. Selain itu, memandangkan kajian ini hanya berfokus kepada sekolah rendah harian di daerah Klang, jadi dicadangkan kajian seperti ini boleh dilaksanakan di sekolah menengah atau institusi pendidikan lain agar dapat membuat perbandingan antara tahap kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru.

Seterusnya, kajian yang selanjutnya juga boleh menggunakan kaedah kualitatif atau campuran untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih dalam dan menyeluruh untuk menjelaskan fenomena terkini yang dihadapi. Sebagai contoh, melalui kaedah temu bual, pengkaji dapat memperoleh dapatan yang lebih terperinci tentang masalah yang dihadapai oleh guru atau halangan guru besar dalam menjalankan kepimpinan transformasional.

9. Kesimpulan

Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan transformasional di sekolah rendah daerah Klang masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan dan mempunyai ruang untuk penambaikan semasa pandemik Covid 19 berbanding dengan sekolah rendah lain.

Begitu juga, kajian ini mendapati tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah Klang hanya berada pada tahap yang sederhana semasa pandemik Covid 19. Dengan kata lain, wabak Covid 19 ini telah membawa impak yang negatif terhadap kepuasan kerja guru.

Selain itu, kajian ini juga membuktikan kepimpinan transformasional guru besar memberi impak kepada kepuasan kerja guru dalam aspek keperluan luar guru seperti penyeliaan, rakan sekerja, keadaan tempat kerja, gaji dan status pekerjaan, Oleh itu, guru besar sebagai pemimpin sekolah perlu mengambil peranan dalam melaksanakan kepimpinan transformasional untuk memimpin dan membantu guru-guru menghadapi cabaran dalam perubahan pendidikan ini.

Bagi implikasi kajian pula, kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan secara empirikal sebagai sokongan bagi kajian lepas dan memberi idea kepada kajian yang selanjutnya.

Sehubungan itu, kajian ini juga boleh membantukan pihak berkepentingan seperti guru besar dan guru untuk meningkatkan kualiti diri melalui gaya kepimpinan yang cemerlang serta komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

Rujukan

Affendi, F. (2014). Tahap Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) .

(12)

Bavani. S & Izham, M.H.M. (2022). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Dunia Pendidikan.

Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

Collie, R. J., Shapka, J. D., & Perry, N. E. (2012). School climate and social–emotional learning: Predicting teacher stress, job satisfaction, and teaching efficacy. Journal of Educational Psychology, 104(4), 1189. Crossman.

Desta Ayele. (2014). Teachers’ Job Satisfaction and Commitment in General Secondary Schools of Hadiya Zone in Southerin Nation Nationality and People of Regional State.

Doctoral Thesis.

Fadhlah Afif, Azlin Norhaini, M. & Shahlan Surat. (2019). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru di Daerah Kuala Langat.

International Journal of Education, Psychology and Counseling. 4(27), 63-75.

Flores, M.A. (2020). The COVID-19 pandemik and its effects on teacher education. European Journal of Teacher Education 00(00): 1–4.

Fung, L. & Azlin, N.M. (2022). Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah TS25: Tinjauan Semasa Pandemik Covid-19.

International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. 6(Issue 1): 2–9.

Goh Yee Shean & Azlin Norhaini Mansor. (2019). ICOFEA 2019 Conference Proceeding elSBN 978-967-14616-6-2. 144-151.

Hallinger, P. 2003. Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education 33(3): 329–351.

Hoh, R.Y. & Azlin, N.M. (2021). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Kuala Selangor Semasa Pandemik Covid-19.

Proceedings Of The International Conference Of Future Education And Advances (Icofea) 2021.

Ibrahim, M.A., Sulaiman, W.S.W., Ibrahim, N.I., Malek, M.A.A. & Bausing, A. (2018).

Influence of Organizational Justice, Job Satisfaction, Organizational Commitment, and Task Performance towards Organizational Citizenship Behavior among Academicians.

Jurnal Psikologi Malaysia 32(4): 75–86.

Jong, X.C. & Yusoff, M. bin M.N. (2020). Gaya Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kesannya Terhadap Tahap Kepuasan Kerja Guru Di SJKC Negeri Terengganu.

ICOFEA 2020 Conference Proceeding. 19–26.

Philip, S.K.S. & Azlin, N.M. (2017). Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Belud, Sabah. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2017). 403–420

Rahayu A.B, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(1): 1–23.

Shamugam, V. a/p, Ruslin Amir1, I.R. & 1. (2021). Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia : Kajian Meta-Analisis ( Level of Job Satisfaction Among Teachers in Malaysia : Meta- Analysis Study ). Jurnal Dunia Pendidikan 3(3): 342–350

Than, M. T., & Vinitwatanakhun, W. (2021). A Study of the Relationship Between Teachers’

Perception Towards the Principal’s Transformational Leadership Style and Teachers’ Job Satisfaction at St. John’s Private High School, Pathein, Myanmar. Scholar: Human Sciences, 13(1), 306-320.

Yusoff, M. A. M., Ismail, S. N., & Abdullah, A. S. (2020). Kepimpinan Transformasional, Kepuasan Kerja Guru Dan Peranan Iklim Sekolah Sebagai Mediator. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 1-11.

Referensi

Dokumen terkait