• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Efikasi Kendiri Guru di Daerah Tuaran (The Relationship Between Transformational Leadership Practices with Teacher's Self-Efficacy in Tuaran District)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Efikasi Kendiri Guru di Daerah Tuaran (The Relationship Between Transformational Leadership Practices with Teacher's Self-Efficacy in Tuaran District)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Efikasi Kendiri Guru di Daerah Tuaran

(The Relationship Between Transformational Leadership Practices with Teacher's Self-Efficacy in Tuaran District)

Elvtah Batundok1*, Azlin Norhaini Mansor1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.29

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Efikasi kendiri guru semakin terjejas akibat realiti cabaran dan bebanan tugas dalam bidang pendidikan masa kini. Terdapat kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar dapat membantu meningkatkan tahap efikasi kendiri guru. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru serta hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi kendiri guru. Rekabentuk kajian adalah tinjauan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan set soal selidik berbentuk

‘google form’ untuk mengutip data dalam kalangan populasi berjumlah 290 orang dan saiz sampel seramai 167 orang guru di daerah Tuaran melalui teknik persampelan rawak mudah.

Kebolehpercayaan soal selidik adalah pada nilai a=0.930. Dapatan kajian mengesahkan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di daerah Tuaran secara keseluruhnnya adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.381, s.p=0.483) dan tahap efikasi kendiri guru juga adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.421, s.p=0.417). Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan 0.000 (p<0.01) antara kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi kendiri guru secara korelasi positif yang kuat r=0.601. Cadangan kajian lanjutan adalah melibatkan beberapa daerah agar lebih banyak responden dengan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif untuk dapatan kajian yang lebih komprehensif bagi mengenalpasti bagaimana dan sejauhmana tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri guru.

Kata kunci: Pendidikan, Kepimpinan Tranformasional, Guru Besar, Efikasi Kendiri Guru

Abstract: The self-efficacy of teachers is increasingly affected by the reality of the challenges and burdens of tasks in the field of education today. There are studies showing that the practice of transformational leadership of head teachers can help to increase the level of self-efficacy of teachers. Hence, this study aims to identify the level of transformational leadership practices of head teachers and the level of teacher self-efficacy as well as the relationship between the transformational leadership of the head teacher and the self-efficacy of the teacher. The design of the study is a survey with a quantitative approach using a set of questionnaires in the form of 'google form' to collect data among a population of 290 people and a sample size of 167 teachers in Tuaran district through simple random sampling techniques. The reliability of the questionnaire is at the value of a=0.930. The findings confirm that the level of transformational leadership practices of head teachers in Tuaran district as a whole is at a very high level (mean=4.38 s.p=0.483) and the teacher's self-efficacy level are also at very

(2)

high levels (mean=4.421, s.p=0.417). Pearson's Correlation Analysis showed that there was a significant relationship of 0.000 (p<0.01) between the transformational leadership of the head teacher and the self-efficacy of the teacher in a strong positive correlation r=0.601. The proposed of further study involves several districts with more respondents using a combined quantitative and qualitative approach to the findings of more comprehensive study to identify how and to what extent the level of transformational leadership practices of head teachers in improving the level of teacher self-efficacy.

Keywords: Education, Tranformational Leadership, Headmaster, Teacher Self-Efficacy ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Guru berperanan penting bagi melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan. Namun demikian, efikasi kendiri guru kian terjejas akibat realiti cabaran dalam bidang pendidikan masa kini. Nas (2022), menurut Kesatuan perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dianggarkan lebih 10,000 orang guru membuat pilihan untuk bersara lebih awal akibat tekanan dalam pengurusan pendidikan sejak kebelakangan ini. Terdapat kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar dapat membantu meningkatkan tahap efikasi kendiri guru.

Burn (1978) menyatakan bahawa pemimpin transformasional mewujudkan hubungan dengan pengikut mereka untuk meningkatkan tahap motivasi dan moral bukan sahaja pengikut, tetapi juga pemimpin itu sendiri. Bass (1985) menambah konsep awal Burn dengan mengkaji cara mengevaluasi kepimpinan tranformasi yang dapat diukur melalui pengaruhnya kepada pengikut-pengikutnya melalui empat elemen dalam kepimpinan transformasi iaitu motivasi inspirasi, rangsangan intelek, pertimbangan individu dan karisma atau pengaruh unggul.

Pengaruh ideal seorang ketua yang mempunyai visi dan misi akan menjadi teladan bagi pengikutnya dan pekerja bawahannya lebih patuh dan mengagumi ketua.

Efikasi kendiri merupakan satu keyakinan kepada seseorang guru untuk menjalankan tugas- tugasnya. Efikasi kendiri yang kuat mempengaruhi kejayaan individu berhadapan dengan tugas yang sukar dan berusaha menyelesaikanya Bandura (1997). Terdapat tiga faktor efikasi kendiri iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran dan pengurusan bilik darjah dalam kajian ini yang diukur dengan menggunakan Teacher Sense of Efficacy Scale (Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy, 2001).

Amalan kepimpinan guru besar dan efikasi kendiri guru sering menjadi bahan penyelidikan beberapa tahun kebelakangan ini. Kajian oleh Christopher (2019) dan Peng Liu (2021) menyatakan terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan transformasional dan efikasi kendiri guru. Namun menurut kajian oleh Kaminski (2013) dan Short (2016), tidak ada hubungan signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua sekolah menengah dengan efikasi kendiri guru. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang dalam kajian mengenai kedua-dua pemboleh ubah iaitu kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi kendiri guru yang boleh difikirkan untuk kajian selanjutnya.

Pengajaran dan pembelajaran terjejas akibat Pandemik Covid-19 kerana pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan dari rumah (PdPR). Mahdzir (2021) menyatakan isu utama semasa PdPR ialah kehadiran murid adalah tidak mencapai 80 peratus. Kurangnya penglibatan murid membimbangkan guru-guru kerana ianya menjejaskan penguasaan murid terhadap

(3)

pelajaran. Muniroh et al. (2020) menyatakan pandangannya bahawa kesanggupan murid untuk melibatkan diri ketika dalam pengajaran dan pembelajaran PdP adalah berbeza ketika pandemik Covid-19 kerana kebanyakan kaedah dan strategi PdP dilaksanakan atas talian.

Mohd Fairuz et al. (2020), faktor psikologi seperti emosi, sikap dan tekanan menjadi punca penghalang kepada penglibatan murid PdP.

Amalan strategi pengajaran guru yang dinamik seiring dengan perkembangan globalisasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) akan lebih menarik. Ini kerana sektor pendidikan negara berhadapan dengan norma baharu dan perlu menerima penggunaan teknologi secara maksima untuk melaksanakan proses PdP dengan lancar (Hasnah, 2020). Kemampuan guru mengaplikasikan TMK dalam PdP adalah sangat diperlukan sebagai satu strategi untuk menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran namun demikian strategi pengajaran guru menggunakan TMK masih berada pada tahap membimbangkan Hatlevik dan Hatlevik (2018).

Menurut Yahya dan Roselan (2013), kurangnya kemahiran guru menggunakan pengajaran berbantukan komputer adalah kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran. Alagesan et al. (2020), menyatakan masih terdapat guru yang hanya berkemahiran asas dan sederhana sahaja dalam TMK.

Pengurusan bilik darjah adalah satu cabaran yang memberi tekanan kepada guru sehingga ada kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pengurusan bilik darjah dengan

“burnout” dalam kalangan guru. Waterford (2019) menyatakan burnout adalah tekanan kronik melampau yang boleh dialami oleh guru tanpa mengira semangat dan pengalaman dalam melaksanakan tugas. Leong dan Mohd Nordin (2021), menjelaskan burnout adalah keletihan berlebihan bagi seseorang pekerja yang melibatkan emosi sehingga tidak dapat menjalankan tugas lazimnya. Mohammad dan Nabila (2021) menjelaskan bahawa keletihan emosi mempunyai korelasi negatif yang signifikan dengan penglibatan kerja dalam kalangan guru.

Menurut Foziana Jamaludin et al. (2018), pengurusan bilik darjah sememangnya mencabar dan memerlukan kemahiran untuk mengurusnya secara berkesan. Pihak kepimpinan memainkan peranan yang penting bagi membantu menangani setiap permasalahan kakitangan bawahannya agar matlamat dan kejayaan organisasi akan tercapai kerana kepimpinan yang baik menggalakkan pencapaian berkualiti. Bottiani et al. (2019) menyatakan bahawa guru yang berefikasi kendiri tinggi lazimnya tidak akan mudah mengalami burnout.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasi guru besar, mengenalpasti tahap efikasi guru dan mengenalpasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan efikasi kendiri guru di daerah Tuaran. Hipotes kajian ini adalah, Ho: Tidak terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan efikasi guru di sekolah daerah Tuaran. Melalui kajian ini dapat menjelaskan tahap kepimpinan transformasional guru besar dan efikasi kendiri guru serta menjelaskan hubungan di antara kepimpinan trasformasional dengan efikasi kendiri guru. Pada peringkat sekolah kajian ini boleh dijadikan sebagai input dan panduan guru besar dalam menjalankan corak kepimpinan di sekolah. Pada peringkat pendidikan daerah (PPD) ianya dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang program misalnya majlis guru besar (MGB) bagi memantapkan kepimpinan guru besar. Begitu juga dengan pendidikan peringkat negeri (JPN) atau kementerian pendidikan (KPM), kajian ini dapat dijadikan rujukan untuk merancang sebarang program kepimpinan yang sesuai atau menambahbaik program dan latihan kepimpinan yang sedia ada misalnya dalam program Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi melahirkan pemimpin yang cekap dan dapat mempengaruhi atau memotivasikan guru-guru di bawah pimpinannya bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam sesebuah sekolah.

(4)

Rajah 1: Kerangka Konseptual

2. Tinjauan Literatur Kepimpinan di Sekolah

Kepimpinan adalah faktor penting dalam sesebuah organisasi kerana segala urusan dan perlaksanaan kerja adalah di bawah pentadbiran pemimpin. Jeong et al. (2016) mendefinisikan kepimpinan sebagai kepimpinan seseorang yang berpengaruh atau pembawa perubahan positif dalam sesebuah komuniti, firma atau organisasi. Kepimpinan juga merupakan proses pemimpin mempengaruhi kepercayaan dalam struktur atau organisasi yang melibatkan pelbagai budaya, sumber dan geografi. Amalan kepimpinan seorang ketua sangat mempengaruhi pengurusan, haluan dan pencapaian organisasi. Lussier (2007), mendefinisikan kepimpinan sebagai proses pemimpin mempengaruhi pengikutnya serta bijak membawa perubahan agar berjaya mencapai matlamat organisasi.

Don (2007) menyatakan kepimpinan sekolah sebagai kemampuan mempengaruhi, memotivasi, mentranformasi sikap dan perlakuan serta mencapai persetujuan pekerja bawahannya dalam melaksanakan program yang dirancang bagi mencapai matlamat sekolah. Lee dan Louis (2019) berpendapat bahawa pentadbir perlu mempertingkatkan komitmen staf sekolah dan memenuhi harapan mereka serta mewujudkan budaya sekolah positif yang lestari. Amalan kepimpinan berkesan oleh pentadbir merupakan faktor penting dalam menentukan keberhasilan sesebuah sekolah Anderson (2017). Seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi maka dunia pendidikan juga sentiasa mengalami perubahan maka pemimpin harus dinamik dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan tersebut. Menurut Mohammad Sani dan Mohd Izham (2012), seorang pemimpin yang berupaya mewujudkan dan memimpin perubahan pendidikan dalam organisasi akan dapat bertahan, berkembang dan terus maju. Aniza (2015), amalan gaya kepimpinan yang positif dan cemerlang menghasilkan pencapaian berkualiti.

Kepimpinan Transformasional Guru Besar

Guru besar merupakan pemimpin yang bertanggungjawab bagi kejayaan sesebuah sekolah dan harus memiliki kemampuan dalam mengurus dan mempengaruhi bawahannya. Kepimpinan transformasional sesuai untuk diamalkan kerana dapat meningkatkan kapasiti pengajaran (Liu, Li & Wang 2019). Kepimpinan transformasional merupakan amalan pentadbir yang dapat memotivasikan guru dalam menjalankan tugas pendidikan dan mencapai matlamat organisasi.

Pemimpin transformasional juga sentiasa sering berfikir jauh ke hadapan dan menjadi role model serta menjadi penasihat atau pembimbing yang baik kepada guru-guru. Nurul (2021) kepimpinan transformasional pada tahap tinggi dan memainkan peranan penting dalam mempromosi dan mengurus pembangunan sekolah dengan mempengaruhi efikasi guru.

Menurut Sharma dan Singh (2017), gaya kepimpinan transformasi sekolah guru besar membawa kepada perubahan yang menggalakkan kepada pengikutnya. Pemimpin

Kepimpinan Transformasional Pertimbangan Individu

Intelektual Motivasi Inspirasi

Karisma / Pengaruh Unggul

Teori Kepimpinan Transformasional Burns 1978 dan Bass 1985)

Efikasi Kendiri Guru Strategi Pengajaran Pengurusan bilik darjah Penglibatan murid

Teori Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy 2001)

(5)

transformasional boleh membuat pekerja bekerjasama, mempercayai antara satu sama lain, menggalakkan motivasi pekerja dan kemudian menghasilkan hasil kerja yang melebihi jangkaan melalui pengaruh ideal dengan orientasi nilai bersama. Maknanya, jika pemimpin sudah cukup lengkap dalam melaksanakan nilai-nilai sebagai pemimpin yang ideal, maka pengikutnya akan dengan jujur dan setia melaksanakan tanggungjawab dan mengikut perintah yang diberikan kepada mereka.

Kepimpinan Transformasional berfungsi sebagai penasihat dan menggabungkan tingkah laku yang mungkin meningkatkan motivasi dan kejayaan, Nandedkar et al. (2021). Tingkah laku tersebut termasuk penetapan jangkaan yang tinggi, mencipta matlamat yang boleh diukur, menggalakkan pengurusan diri, berkongsi maklumat secara terbuka dan pengetahuan dan motivasi intrinsik. Penasihat yang mengamalkan kepimpinan transformasional berkemungkinan mempengaruhi melalui motivasi sambil menghormati keperibadian mereka, menggalakkan dan memberi bantuan diperlukan dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan seperti kajian Margaret et al. (2021) mengkaji lebih mendalam dalam empat kepimpinan transformasional dengan ciri-ciri penasihat akademik.

Efikasi Kendiri Guru

Kajian Mardhiah dan Rabiatul (2016) mendapati guru memiliki tahap efikasi kendiri yang tinggi dan ini menggambarkan bahawa mereka telah bersedia untuk melaksanakan PdP dan berupaya mencipta situasi pembelajaran berkesan. Guru-guru perlu mengadakan persediaan dan kaedah pengajaran pembelajaran dengan sebaik-baiknya agar penyampaian pelajaran dilaksanakan secara optimum. Di samping itu, eleman pengurusan bilik darjah perlu dilaksanakan dengan baik kerana pengurusan bilik darjah dapat menunjukkan sejauhmana tahap efikasi kendiri seseorang guru. Guru yang berefikasi kendiri yang tinggi pasti dapat melaksanakan pengurusan bilik darjah secara berkesan dan disiplin murid adalah terkawal dengan baik. Efikasi kendiri guru yang tinggi berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkualiti.

Liang dan Tam (2021) dalam kajian tentang efikasi kendiri guru di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru adalah tinggi. Guru dapat mengurus kelas dengan baik, menggunakan strategi pengajaran yang berkesan serta menunjukkan bahawa tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran kelas juga aktif. Guru perlu disokong oleh pentadbir agar lebih berkesan dan dinamik agar berjaya menghadapi setiap perubahan dalam pendidikan.

Menurut Paige (2016), tahap efikasi kendiri guru dapat dinilai melalui kemampuan menaikkan prestasi murid seterusnya impak terhadap sekolah. Romzi et al. (2021), namun demikian, efikasi guru juga adalah dipengaruhi oleh kepimpinan pentadbir dalam sesebuah sekolah sebagai penentu keberhasilan organisasi dan menjayakan matlamat yang dirancang.

Awanis et al. (2016) mengkaji dua dimensi dalam efikasi guru iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar. Kajiannya menunjukkan bahawa tiada hubungan antara efikasi kendiri guru dengan pencapaian sekolah tetapi efikasi mengajar menunjukkan hubungan negatif dengan pencapaian sekolah. Guru berperanan penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Efikasi guru yang tinggi memberi keyakinan penuh terhadap kemampuan diri dalam menyampaikan PdP dan pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan. Pengalamam guru juga mempengaruhi pengajaran dapat dilihat dalam perbandingan di antara guru-guru yang telah lama berkhidmat dengan guru novis. Efikasi guru yang lebih lama berkhidmat lebih tinggi berbanding guru yang berkhidmat di bawah lima tahun menunjukkan bahawa kematangan mengajar mempengaruhi kemampuan guru melaksanakan tugasnya untuk mengajar.

(6)

Hubungan Kepimpinan Transformasional dan Efikasi Kendiri Guru

Christopher (2019), gaya kepimpinan transformasional pengetua sekolah berpengaruh terhadap efikasi kendiri guru. Kajian tersebut mengesyorkan pengetua sekolah supaya perlu terus memupuk penarafan kemahiran kepimpinan mereka dan inovasi sekolah. Tahap yang lebih tinggi adalah motivasi inspirasi, ganjaran luar jangka, keberkesanan, dan kepuasan guru. Tahap efikasi kendiri guru dimanifestasikan pada tahap tinggi dari segi strategi pengajaran, penglibatan pelajar dan pengurusan bilik darjah. Ini menunjukkan keupayaan guru dalam menghasilkan apa yang diinginkan dan meningkatkan penglibatan pelajar dalam PdP.

Implikasi pengurusan yang ketara diperolehi daripada dapatan kajian keperluan untuk sekolah ialah pengetua perlu penglibatan yang lebih aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sekolah, mempertingkatkan penjelasan peranan pemimpin kepada pengikut, menawarkan ganjaran terhadap penyiapan kerja dan meningkatkan kompetensi pengetua sekolah dalam melakukan perancangan strategik yang boleh mentakrifkan dengan jelas penyataan visi-misi sekolah hampir dengan realisasinya.

Hafiqah et al. (2021) pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasional yang sesuai dapat menaikkan efikasi kendiri pengikutnya. Pemimpin transformasional merujuk kepada pemimpin yang membelakangkan kepentingan mereka sendiri demi kebaikan organisasi.

Pemimpin transformasional cenderung untuk berkongsi sifat, ciri, dan tingkah laku dengan mempamerkan visi, pembangunan kakitangan, kepimpinan menyokong, pemerkasaan, pemikiran inovatif, dan berkarisma. Pemimpin transformasi memberi keyakinan kepada pengikut mereka dengan wawasan masa depan yang memberi inspirasi, melayan mereka sebagai individu dan menggalakkan perkembangan mereka, memberi pengiktirafan, menggalakkan kepercayaan dan kerjasama di kalangan mereka, membantu mereka mengembangkan pendekatan baru kepada masalah lama, dan menanamkan dalam diri mereka akan bangga dan menghormati antara satu sama lain. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengikut pemimpin transformasional cenderung untuk menjadikan pekerja lebih produktif dan berpuas hati (Carless, 2000).

Liu (2021) dalam kajiannya membuktikan terdapat kesan positif kepimpinan transformasional terhadap efikasi kendiri guru. Perancangan strategik yang baik menunjukkan pelan hala tuju masa hadapan untuk sekolah. Dalam proses ini, matlamat khusus ditetapkan untuk sekolah dengan penyertaan guru agar jelas tentang bagaimana sekolah mereka boleh mencapai matlamat masa depan yang ideal. Selain itu, penyertaan dalam proses perancangan strategik memberi peluang kepada guru untuk memperoleh kecekapan seperti kemahiran mengajar, kaedah, latihan, dan kepakaran. Penyeliaan guru dan proses mengurus program dengan menyediakan maklum balas guru tepat pada masanya mengenai aktiviti pengajaran mereka membolehkan mereka mengenali kecekapan kumpulan mereka. Ketidakberkesanan kepimpinan transformasional membangun kecekapan insan mungkin disebabkan oleh ketidak sefahaman antara sokongan, inspirasi dan jangkaan tinggi yang diberikan oleh pemimpin sekolah.

3. Metodologi

Rekabentuk kajian ini adalah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Populasi kajian melibatkan seramai 290 orang guru dari 11 buah sekolah rendah di daerah Tuaran dan saiz sampel seramai 167 orang berdasarkan jadual penetapan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Kaedah persampelan adalah rawak mudah untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik dalam bentuk ‘google form’ yang

(7)

diubahsuai daripada instrumen berdasarkan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X- Short (Avolio & Bass, 1995) untuk mengukur kepimpinan transformasional guru besar dan Model Efikasi Kendiri Guru (Tschannen-Moran & Hoy, 2001) bagi mengukur tahap efikasi kendiri guru. Instrumen tersebut telah diuji rintis dan mempunyai kebolehpercayaan pada nilai a= 0.930. Data berbentuk deskriptif dan inferensi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26.0. Analisis deskriptif berbentuk min dan frekuensi bagi menjawab persoalan 1 dan 2 manakala analisis inferensi dengan Korelasi Pearson bagi menjawab persoalan 3 iaitu hubungan antara dua pemboleh ubah. Menurut Creswell (2014), tinjauan deskriptif adalah memadai untuk memberikan penerangan kuantitatif terhadap populasi melalui kajian sebilangan sampel sahaja.

Analisis deskriptif dapat memberikan gambaran dan menerangkan profil responden kajian dengan menunjukkan kekerapan, min dan peratusan taburan demografi tentang jantina, umur, dan tempoh mengajar. Seterusnya, min dan sisihan piawai dalam statistik deskriptif turut digunakan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru. Oleh itu, pengkaji menggunakan jumlah skor min sebagai penentu antara skor bagi setiap dimensi kepimpinan transformasional guru besar dan dimensi efikasi kendiri guru. Selain itu, interpretasi skor min digunakan untuk menentukan tahap kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru seperti interpretasi yang dinyatakan dalam Jadual 1 (Sumber: Jainabee & Jamil, 2009).

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 – 1.80 Sangat Rendah

1.81 – 2.60 Rendah

2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Tinggi

4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Analisis inferensi iaitu ujian pekali korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian dan menjelaskan hubungan antara dua (2) pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu kepimpinan transformasional guru besar manakala pemboleh ubah bersandar ialah efikasi kendiri guru. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara dua pemboleh ubah dalam kajian ini. Nilai pekali korelasi mewakili kekuatan sesuatu korelasi dapat menguji kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2 (Sumber: Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saiful 2014).

Jadual 2: Interpretasi Korelasi dan Kekuatan Korelasi

Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

1.00 Sempurna

0.80 - 0.99 Sangat Kuat

0.60 - 0.79 Kuat

0.40 - 0.59 Sederhana

0.20 - 0.39 Lemah

0.01 - 0.19 Sangat Lemah

0.0 Tiada hubungan

(8)

4. Dapatan Kajian

Analisis kajian menunjukkan bahawa seramai 55 orang (32.9%) responden ialah lelaki manakala 112 orang (67.1%) responden ialah perempuan. Majoriti responden adalah berumur antara 50 hingga 60 tahun (79 orang atau 47.3 %) manakala minoriti responden adalah berumur bawah 30 tahun (12 orang atau 7.2%). Responden berumur antara 40 hingga 49 tahun adalah berjumlah 58 orang (34.7%) manakala 18 orang (10.8%) responden berumur 30 hingga 39 tahun. Ini menjelaskan bahawa responden adalah guru-guru yang matang dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengajar. Tempoh perkhidmatan menunjukkan bahawa responden yang melebihi perkhidmatan 10 tahun mencatatkan bilangan yang paling tinggi (139 orang atau 83.2%) manakala tempoh perkhidmatan antara 7 hingga 10 tahun adalah bilangan responden yang paling rendah (7 orang atau 4.2%). Bagi tempoh perkhidmatan di sekolah semasa pula, tempoh perkhidmatan di sekolah semasa melebihi 10 tahun berjumlah 72 orang (43.1%) merupakan bilangan yang paling tinggi manakala bilangan yang paling rendah adalah antara 7 hingga 10 tahun iaitu sebanyak 25 orang (15%).

Jadual 3: Profil Demografi Responden

Pemboleh ubah Kekerapan Peratus (%)

Jantina

Lelaki 55 32.9

Perempuan 112 67.1

Umur

Bawah 30 tahun 12 7.2

30-39 tahun 18 10.8

40-49 tahun 58 34.7

50-60 tahun 79 47.3

Tempoh Perkhidmatan

1-3 tahun 10 6

4-6 tahun 11 6.6

7-10 tahun 7 4.2

Lebih 10 tahun 139 83.2

Tempoh Berkhidmat Di sekolah Semasa

1-3 tahun 42 25.1

4-6 tahun 28 16.8

7-10 tahun 25 15.0

Lebih 10 tahun 72 43.1

Analisis dapatan kajian untuk persoalan kajian pertama iaitu mengenalpasti tahap kepimpinan guru besar dalam Jadual 4 menunjukkan amalan kepimpinan transformasional guru besar adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.381, s.p.=0.483). Guru bersetuju bahawa dimensi motivasi berinspirasi guru besar adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.498, s.p. =0.551), diikuti dimensi merangsang intelektual juga sangat tinggi (min=4.428, s.p.=0.552), dimensi pertimbangan berasaskan individu juga pada tahap sangat tinggi (min 4.335, s.p.=0.537) seterusnya dimensi memupuk pengaruh yang ideal (min=4.265, s.p.=0.565). Oleh itu, secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa kesemua empat dimensi kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh guru besar di sekolah bahagian daerah Tuaran adalah pada tahap sangat tinggi.

Jadual 4: Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Berdasarkan Dimensi

Dimensi Min S.P. Interpretasi

Memupuk Pengaruh yang Ideal 4.265 0.565 Sangat Tinggi

Merangsang Intelektual 4.428 0.552 Sangat Tinggi

(9)

Pertimbangan Berasaskan Individu 4.335 0.537 Sangat Tinggi

Motivasi Berinspirasi 4.498 0.551 Sangat Tinggi

Kepimpinan Transformasional Guru Besar 4.381 0.483 Sangat Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan Jadual 5 menunjukkan efikasi kendiri guru adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.421, s.p.=0.417). Guru bersetuju bahawa dimensi pengurusan bilik darjah adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.529, s.p. =0.471), diikuti dimensi penglibatan murid juga sangat tinggi (min=4.369, s.p.=0.463), seterusnya dimensi strategi pengajaran juga pada tahap sangat tinggi (min=4.365, s.p.=0.475). Oleh itu, secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa kesemua tiga dimensi efikasi kendiri guru di sekolah daerah Tuaran adalah pada tahap sangat tinggi.

Jadual 5: Tahap Efikasi Kendiri Guru

Dimensi Min S.P. Interpretasi

Penglibatan Murid 4.369 0.463 Sangat Tinggi

Straategi Pengajaran 4.365 0.475 Sangat Tinggi

Pengurusan Bilik Darjah 4.529 0.471 Sangat Tinggi

Efikasi Kendiri Guru 4.421 0.417 SangatTinggi

Ujian korelasi pearson seperti yang ditunjukkan pada Jadual 6 adalah bagi menjawab persoalan ketiga iaitu; Ho: Tidak terdapat pengaruh kepimpinan transformasi guru besar terhadap efikasi guru di sekolah daerah Tuaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, nilai korelasi pearson r=0.601, p<0.01, menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan positif pada tahap korelasi yang kuat antara kepimpinan transformasi guru besar dan efikasi kendiri guru di sekolah daerah Tuaran. Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.

Jadual 6: Hubungan Korelasi Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Daerah Tuaran

Efikasi Kendiri Kepimpinan

Transformasional

Pearson Correlation .601**

Sig. (2-tailed) .000

N 167

5. Perbincangan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar di daerah Tuaran adalah pada tahap sangat tinggi. Gaya kepimpinan transformasi dinilai dari segi pengaruh ideal, motivasi inspirasi, rangsangan intelek, pertimbangan individu. Ini bermakna kebanyakan guru besar di daerah Tuaran mengamalkan kepimpinan transformasional dalam melaksanakan pentadbiran sekolah. Motivasi berinspirasi adalah dimensi kepimpinan transformasional yang banyak diamalkan oleh guru besar menunjukkan bahawa pemimpin berpandangan optimis dan memotivasikan guru menyahut cabaran untuk mencapai matlamat. Kajian ini selari dengan kajian Nurul (2021) yang mendapati bahawa pemimpin mengamalkan kepimpinan transformasional pada tahap yang sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemimpin transformasional ini mempunyai matlamat jelas dan memberi inspirasi kepada pengikutnya. Sharma dan Singh (2017) dalam kajiannya kepimpinan transformasional membawa perubahan yang menggalakkan kepada guru-guru bekerjasama dan mempercayai antara satu sama lain, memberi motivasi pekerja untuk mencapai hasil kerja melebihi jangkaan. Pemimpin yang lengkap dalam melaksanakan nilai-nilai sebagai pemimpin

(10)

yang ideal maka pengikutnya akan jujur dan setia melaksanakan tanggungjawab dan mengikut perintah yang diberikan.

Guru-guru juga berpandangan optimis atau positif, bersemangat, mempunyai matlamat atau hala tuju yang jelas menyebabkan guru-guru yakin dalam melaksanakan tugas untuk mencapai sasaran pencapaian dan berasa seronok bekerja di bawah pentadbiran guru besar yang mengamalkan kepimpinan transformasional. Kajian ini selari dengan Aniza (2015) bahawa amalan gaya kepimpinan yang positif dan cemerlang menghasilkan pencapaian berkualiti dan juga kajian Nurul (2021) tentang amalan kepimpinan transformasional pada tahap tinggi di mana pemimpin yang mempunyai matlamat yang jelas memberi inspirasi yang baik terhadap pengikutnya. Romzi et al. (2021) menyatakan bahawa kepimpinan transformasional adalah aspek penting dan diperlukan bagi memastikan kejayaan organisasi untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Dapat kajian juga menunjukkan tahap efikasi kendiri guru adalah sangat tinggi iaitu setiap dimensi dalam efikasi kendiri guru iaitu strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar adalah pada tahap sangat tinggi. Kematangan guru yang telah lama berkhidmat dalam pendidikan menunjukkan bahawa mereka mampu mengurus bilik darjah dengan baik. Kajian ini selari dengan Awanis et al. (2016) efikasi kendiri guru yang telah lama berkhidmat adalah lebih tinggi berbanding guru novis yang berkhidmat bawah lima tahun.

Kematangan mengajar mempengaruhi kemampuan guru melaksanakan tugasnya untuk mengajar.

Guru-guru mampu memotivasikan dan meyakinkan murid yang kurang berminat dalam pelajaran dan mempunyai kemahiran dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru dapat menilai pencapaian murid dengan pelbagai strategi penilaian. Hal ini selari dengan kajian Paige (2016), tahap efikasi kendiri guru dapat dinilai melalui kemampuan menaikkan prestasi murid seterusnya memberi impak terhadap prestasi sekolah. Menurut Mardhiah dan Rabiatul (2016) guru yang mempunyai efikasi kendiri tinggi menggambarkan bahawa guru- guru telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dengan penyampaian pengajaran yang optimum. Liang dan Tam (2021) efikasi kendiri guru penting dan bermakna kepada guru agar lebih efektif dan dinamik agar berjaya menghadapi setiap perubahan dalam pendidikan.

Amalan kepimpinan transformasional guru besar mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi kendiri guru. Ini bermakna semakin tinggi amalan kepimpinan transformasional guru besar maka semakin tinggi efikasi kendiri guru. Hal ini jelas dilihat melalui tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru masing-masing pada tahap sangat tinggi. Guru besar yang menjalankan kepimpinan transformasional dapat mempengaruhi efikasi kendiri guru. Pemimpin yang bersemangat dan berpandangan optimis serta berupaya membimbing guru dalam menghadapi sebarang perubahan dalam pendidikan dapat meyakinkan guru dan dapat mencapai matlamat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kepimpinan transformasional juga mengambil keputusan dengan mengambil kira pandangan orang lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini meyebabkan guru berasa dihargai dan seronok bekerja juga menimbulkan rasa hormat bawahan kepada pemimpin mereka.

Kajian ini selari dengan kajian Hafiqah et al. (2021) tentang hubungan kepimpinan transformasi dan efikasi pemimpin menunjukkan terdapat hubungan signifikan gaya kepimpinan transformasi terhadap efikasi pemimpin. Christopher (2019) juga melihat gaya kepimpinan transformasi pengetua mempengaruhi efikasi kendiri guru. Tahap efikasi guru

(11)

dimanifestasikan pada tahap tinggi dari segi penglibatan pelajar, strategi pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Margaret et al. (2021) mengkaji ciri-ciri penasihat akademik dan melatih untuk memodelkan tingkahlaku pemimpin transformasional sebagai penasihat akademik dan kejayaan pelajar. Liu (2021) penyertaan guru dalam proses perancangan strategik sekolah membolehkan pemahaman guru jelas untuk mencapai matlamat. Pemimpin perlu meneruskan kemahiran dan pembangunan profesional guru. Kepimpinan transformasional adalah peramal positif bagi efikasi kendiri guru. Begitu juga dengan kajian Liu et al. (2019) menyatakan bahawa transformasional dapat meningkatkan kapasiti pengajaran guru.

6. Implikasi Kajian

Menerusi kajian ini memberi gambaran bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar di daerah Tuaran adalah berada pada tahap yang sangat tinggi. Hubungan antara tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru adalah signifikan positif yang kuat. Hasil kajian ini akan dapat membantu pihak yang berkepentingan untuk memperoleh maklumat yang relevan seterusnya membincangkannya untuk tujuan penambahbaikan elemen-elemen yang berkaitan dengan kepimpinan guru besar di sekolah rendah. Sehubungan itu, implikasi kajian ini akan diketengahkan secara langsung untuk tujuan pelaksanaan kajian lanjutan yang berterusan. Dapatan kajian ini juga mempunyai beberapa implikasi kepada teori, pembuat dasar, dan latihan kepada guru besar.

Implikasi teoritikal

Implikasi teoritikal kajian ini dilihat dari segi kesesuaian dan kelemahan teori kepimpinan transformasional Burns dan instrumen soal selidik amalan kepimpinan transformasional Bass dengan amalan kepimpinan dalam sektor pendidikan Malaysia. Secara keseluruhannya, teori kepimpinan transformasional Burns telah terbukti sebagai benar kerana ialah telah diuji oleh kajian lampau dan kebolehpercayaan ia disahkan melalui kajian empirikal. Keempat-empat dimensi dalam kepimpinan transformasional adalah saling berkait dan sememangnya perlu wujud bersama agar dapat membina persekitaran yang menggalakkan prestasi serta kompetensi yang tinggi.

Implikasi Kepada Pembuat Dasar

Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi praktikal kepada pembuat dasar di Kementerian Pendidikan. Pembuat dasar perlu mengambil kira amalan kepimpinan transformasional dalam meningkatkan efikasi kendiri guru sehingga dapat membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik. Dengan maklumat yang diperoleh, pihak berkepentingan seperti pihak KPM, JPN, PPD mahupun guru besar sekolah boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai panduan untuk merancang, merangka dan melaksanakan program atau kursus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pemimpin sekolah dan efikasi kendiri guru.

Implikasi Kepada Latihan Kepimpinan Guru Besar

Kajian ini memberi impak kepada KPM dalam usaha merancang dan melaksanakan latihan guru besar sebagai bakal pemimpin sekolah. KPM yang memberi perkhidmatan latihan kepada bakal pemimpin sekolah perlu merancang modul latihan yang dapat membantu bakal pemimpin atau pemimpin sekolah mengubah kepimpinan mereka secara transformasional. Penyediaan program latihan guru besar yang relevan dan selari dengan keadaan dan keperluan semasa dapat membantu untuk melahirkan bakal pemimpin yang berjaya meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara.

(12)

Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan kajian lanjutan adalah melibatkan beberapa daerah melibatkan lebih banyak jumlah responden agar dapatan yang lebih komprehensif untuk mengenalpasti bagaimana dan sejauhmana tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri guru jika sekiranya terdapat penyelidik yang ingin menerusan kajian yang telah dilaksanakan ini. Pengkaji juga boleh menjalankan kajian perbandingan antara dua jenis sekolah, menggunakan pendekatan kualitatif atau gabungan kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data yang lebih terperinci bagi amalan dan tahap kepimpinan transformasional dan efikasi kendiri guru.

7. Kesimpulan

Kajian ini menjelaskan tentang tahap kepimpinan transformasional guru besar dan tahap efikasi kendiri guru di daerah Tuaran. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepimpinan transformasional guru besar pada tahap sangat tinggi bagi keempat-empat dimensi. Guru besar paling kerap mengamalkan dimensi motivasi berinspirasi, diikuti dimensi merangsang intelektual seterusnya dimensi pertimbangan berasaskan individu kemudian dimensi pengaruh yang ideal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru mempunyai efikasi kendiri pada tahap sangat tinggi bagi ketiga-tiga dimensi dengan susunan didahului oleh pengurusan bilik darjah, penglibatan murid kemudian strategi pengajaran. Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dan efikasi kendiri guru yang signifikan dengan korelasi positif yang kuat dan berjaya menolak hipotesis nul.

Rujukan

Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili, & Mohana Dass Ramasamy. (2020). Kemahiran TMK Dalam Kalangan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities. https://doi.org/10.33306/mjssh/85 Awanis Mohd, Ainunmadiah Mohd Nawawi, & Dr Siti Noor Ismail. (2016). Tahap Efikasi

Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Sekolah Di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam Daerah Bachok. Proceedings of the ICECRS, 1(1), picecrs.v1i1.500.

https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.500.

Avolio, B. J. & Bass, B. M. (1995). Individual consideration viewed at muldple levels of analysis: A multi-level tramework for examining the diffusion tjf transformational leadership, leadership. Quarterly, 6, 199-218.

Avolio, B. J., & Gardner, W. L. (2005). Authentic leadership development: Getting to the root of positive forms of leadership. The Leadership Quarterly, 16(3), 315–338.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. W H Freeman/Times Books/ Henry Holt & Co.

Bass, B. M. & Avolio, B. J. (2000). MLQ Multifactor Leadership Questionnaire Redwood City:

Mind Garden.

Bass, B. M. (1985). Leadership: Good, better, best. Organizational Dynamics, 13(3), 26–40.

Bottiani, J. H., Duran, C. A. K., Pas, E. T. & Bradshaw, C. P. (2019). Teacher stress and burnout in urban middle schools: Associations with job demands, resources, and effective classroom practices. Journal of School Psychology, 77, 36–51.

Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

Carless, S., Wearing, A., & Mann, L. (2000). A short measure of transformational leadership.

Journal of Business and Psychology, 14, 389. Retrieved August 3, 2008 from EBSCO online

(13)

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Christopher DC. Francisco. (2019). School Principals’ Transformational Leadership Styles and Their Effects on Teachers’ Self-Efficacy. International Journal Advanced Research (IJAR), 7(10), 622-635

Chua Yan Piaw. (2021). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah Penyelidikan, Edisi Keempat, McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. ISBN: 978-967-0761- 49-7

Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah Penyelidikan &

Analisis Data SPSS. Penerbit Universiti Utara Malaysia. ISBN 978-967-0474-67-0 Foziana Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018).

Latihan Dalam Perkhidmatan : Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-12.

Hafiqah Mohd Hairuddin, Halimah Mohd Yusof & Rabeatul Husna Abdull Rahman. (2021).

Gaya Kepimpinan Transformasi dan Efikasi Kendiri dalam kalangan Pemimpin. Sains Humanika, 13:2-2 (2021) 87–93. e-ISSN ISSN: 2289-6996.

Hasnah, H. (2020). Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP: Satu Kajian Ringkas, UMP News.

Retrieved December 14, 2020, from http://news.ump.edu.my/experts/kesan-covid-19- kepada-pelajar-ump-satu-kajianringkas

Hatlevik Ida K. R. & Hatlevik Ove E. (2018). Examining the Relationship Between Teachers’

ICT Self-Efficacy for Educational Purposes, Collegial Collaboration, Lack of Facilitation and the Use of ICT in Teaching Practice. Original Research article. Front.

Psychol.

Jainabee, K. & Jamil, A. (2009). Kualiti Kepimpinan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Zon Selatan, Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16. Institut Aminudin Baki

Jeong, S., Lim, D., & Park, S. (2016). Leadership convergence and divergence in the era of globalization. In P. O. Pablos & R. D. Tennyson (Eds.), Handbook of research on human resources strategies for the new millennial workforce (pp. 285-308). Hershey, PA: IGI Global. doi:10.4018/978-1-5225-0948-6

Judge, T. A., Fluegge Woolf, E., Hurst, C., & Livingston, B. (2006). Charismatic and Transformational Leadership. Zeitschrift für Arbeits-und Organisationspsychologie A&O, 50(4), 203-214.

Kaminski, Julie L. (2013). High school principals’ leadership styles and their impact on teacher efficacy. Master's Theses and Doctoral Dissertations. 603.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Lee, M., & Louis, K. S. (2019). Mapping a strong school culture and linking it to sustainable school improvement. Teaching and Teacher Education, 81, 84-96

Leong, S. Y., & Mohd Nordin, N. (2021). Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dengan Burnout Guru Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 167–180. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.663

Liang Fei Shin & Tam Mei Kin. (2021). Efikasi Kendiri Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling (IJEPC), 6(40), 160-167.

Liu. P. (2021). Principals’ Transformational School Leadership and Collective Teacher Efficacy in Chinese Urban Upper Secondary Schools. ISEA, 49(2).

Liu P., Li, L., & Wang, J. (2019). Understanding the relationship between transformational leadership and collective teacher efficacy in Chinese primary schools. International Leadership of School, 23(5), 604-617

(14)

Lussier, R. N. & Achua C. F. (2007). Leadership : Theory, Application, Skill Development.

Ohio: South-Western College

Mardhiah & Rabiatul. (2016). Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dengan Efikasi Kendiri Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Julai 2016, Bil. 3, Isu 3. http://e- journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

Margaret Mbindyo, Rubab Jafry O’Connor, & Ankur Nandedkar. (2021). Linking Transformational Leadership Theory to the Practice of Academic Advising - A Conceptual Paper. Journal of Higher Education Theory and Practice, 21(12).

Mahdzir Khalid. (2021). PdPR: Di mana muridnya?. Rencana Utusan Malaysia.

Mohammad Saipol Mohd Sukor, & Nabila Azman. (2021). Hubungan antara burnout dan penglibatan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (8(SI)), 12-22. ISSN 1823-884x

Mohd Fairuz Jafar. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410

Mohd Khairy Bazli Abu Bakar & Bity Salwana Alias. (2020). Hubungan Antara Kepimpinan Multidimensi Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru, Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 35-41 Doi: Http://Dx.Doi.Org/10.17576/Jpen-2020-45.01si-05

Mohammed Sani, I., & Mohd Izham Mohd, H. (2012). Pengurusan Perubahan Makro Dalam Pendidikan. Bangi Selangor: Penerbit UKM.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19.

Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.

Nandedkar A, O’Connor R. J & Mbindyo M. 2021. inking Transformational Leadership Theory to the Practice of Academic Advising - A Conceptual Paper. Journal of Higher Education Theory and Practice, 21(12).

Nas Norziela Nasbah (2022), Tekanan Pengurusan Punca Guru Bersara Awal, Berita Harian 28 Jun (2022), https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/06/970661/

tekanan-

Nurul Husna Ibrahim & Jamalullail Abdul Wahab. (2021). Kepimpinan Transformasional Penolong Kanan Kokurikulun dan Hubungannya dengan Efikasi Guru, Malaysian Journal of social Sciences and Humanities (MJSSH) Vol 6, Issue 2, pg 181-196 Paige K. L. (2016). The Relationship between school climate, teacher eficacy, and techer

beliefs Liberty University.

Romzi Ationg, Azlan Abdullah, Anna Abu Bakar, Nurul Zulhaimi, Nurulsyikin Muda, Irma Othman & Abang Mohd Razif Abang Muis. (2021). Memahami Kepimpinan Sebagai Elemen Penting Dalam Sektor Pendidikan Berasaskan Tinjauan Literatur, Jurnal Of Islamic, Social, Economics Dan Development (JISED), elSSN: 0128-1755

Sharma, R., & Singh, S. (2017). Transformational leadership style and self-efficacy among teaching professionals. The International Journal of Indian Psychology, 4(2), 86–90.

Short, J. J. (2016). Teachers’ Self-Efficacy and Their Perceptions of Principals’

Transformational Leadership Practices. School of Education of Baker University . TSchannen-Moran, M., & Woolfolk Hoy, A. (2001). Teacher Efficacy: Capturing an Elusive

Construct. Teaching and Teacher Education, 17(7), 783-805.

Waterford. (2019).Teacher burnout: What it is, why it happens, and how you can prevent end- of-year burnout. May 28, https://www.waterford.org/education /how-to-prevent- teacher-burnout/

Wong, B. C., & Thien, L. M. (2020). Kepimpinan transformasional pengetua dan efikasi kendiri guru: Satu kajian empirikal di sekolah menengah persendirian Cina di Pulau Pinang, Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35(2), 17–37

(15)

Yahya Don. (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. PTS, Batu Caves, Selangor.

Professional Publishing Sdn Bhd. ISBN: 9789833376001, 9833376002

Yahya Othman & Roselan Baki. (2013). Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa:

Penguasaan Guru Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention . https://core.ac.uk/download/pdf/11782077.pdf.

Referensi

Dokumen terkait