• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBIMBANGAN MATEMATIK, EFIKASI KENDIRI DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN (MATHEMATICS ANXIETY, SELF-EFFICACY AND ADDITIONAL MATHEMATICS PERFORMANCE)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEBIMBANGAN MATEMATIK, EFIKASI KENDIRI DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN (MATHEMATICS ANXIETY, SELF-EFFICACY AND ADDITIONAL MATHEMATICS PERFORMANCE)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KEBIMBANGAN MATEMATIK, EFIKASI KENDIRI DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN

(MATHEMATICS ANXIETY , SELF-EFFICACY AND ADDITIONAL MATHEMATICS PERFORMANCE)

*1Siti Zaharah Binti Yahya & 2Ruslin Bin Amir

1,2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia * [email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah kebimbangan matematik dan efikasi kendiri dengan pencapaian matematik tambahan pelajar di samping melihat sejauhmanakah permboleh ubah tersebut mampu meramal pencapaian matematik tambahan pelajar. Kaedah persampelan rawak sistematik telah digunakan untuk mendapatkan 69 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek matematik tambahan sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan korelasi yang menggunakan soal-selidik sebagai instrument untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki. Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik efikasi kendiri dan kebimbangan matematik (mathematics self-efficacy and anxiety questionnaire) yang diambil dari May (2009). Keputusan analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik tambahan (r= .350, k < .01), terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara pemboleh ubah efikasi kendiri dengan pencapaian matematik tambahan (r = .286, k < .05). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemboleh ubah efikasi kendiri dengan kebimbangan matematik (r= .567, k < .05). Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa hanya pemboleh ubah kebimbangan matematik sahaja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan pelajar. Kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan pencapaian matematik tidak hanya bergantung kepada kebolehan kognitif, tetapi juga melibatkan faktor psikologi pelajar.

Kata Kunci: Kebimbangan Matematik, Efikasi Kendiri, Matematik Tambahan, Mengelak, Pemboleh ubah Afektif.

ABSTRACTS

The purpose of the study is to explore the relationship between math anxiety and self -efficacy towards additional mathematics' achievement. Random systematic sampling method is used to find 69 form four students who are taking additional mathematics course as the respondents for this study. The study is using correlational method which used questionnaire as the instrument to collect the data. Mathematics Self-efficacy and Anxiety Questionnaire (MSEAQ) by May (2009) was used in this study. According to the result, most students are reported to have moderate mathematics anxiety level while most of the sample are reported to have high self-efficacy level. The result of the study also showed that the positive relationship between mathematics anxiety and additional mathematics performance with (r= .350, k < .01), self-efficacy is also reported to have a positive relationship with additional mathematics performance (r= .286, k < .05). Besides, mathematics anxiety also established positive relationship with self-efficacy. The result from regression analysis showed only mathematics anxiety as the predictor of additional mathematics performance Thus the result of this study shows that cognitive ability is not the sole factor in determining students’ additional mathematics performances.

(2)

PENGENALAN

Matematik tambahan merupakan salah satu subjek elektif yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Subjek matematik tambahan merupakan subjek yang mesti dipelajari oleh pelajar-pelajar yang berada di aliran sains dan pelajar yang ingin memasuki bidang sains di peringkat pengajian tinggi seterusnya menjadi tenaga kerja mahir dalam bidang sains dan teknologi (Fatin et. al, 2014; Foley et. al, 2017). Selain itu, pengetahuan dan aplikasi matematik tambahan dilihat sebagai suatu perkara yang penting dan mampu membentuk pemikiran pelajar menjadi kreatif dan kritikal. Namun, ianya sebaliknya menurut Fatin et. al (2014), Chowdhury (2014), Asyathamby et. al (2014) di mana pengkaji ini menyatakan bahawa pelajar tidak dapat memahami kepentingan subjek matematik malah menganggap subjek ini sebagai subjek yang sukar dan mustahil untuk dikuasai. Kajian yang telah dijalankan walaubagaimanapun tidak menolak bahawa sifat subjek ini yang abstrak menjadi cabaran kepada kebolehan kognitif seseorang pelajar (Zainon Ismaon et.al 2013).

Pencapaian matematik atau matematik tambahan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kebolehan kognitif. Pengkaji-pengkaji telah menemukan pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian matematik antaranya ialah faktor kebimbangan matematik (Remirez et. al 2013; Wang et. al 2014; Afifi et. al 2016; Hafiz et. al 2016). Kebimbangan matematik merupakan satu bentuk kebimbangan yang spesifik dalam kontek matematik seperti apabila melibatkan pembelajaran matematik, tugasan, peperiksaan ataupun aktiviti yang berkait dengan angka (Siti Zaleha, 2014). Pelajar yang mempunyai kebimbangan matematik juga akan mengalami kesan sama ada dari segi emosi atau tingkah laku seperti berpeluh, resah yang tidak berkesudahan, hilang keyakinan dan akan mengelak daripada sebarang aktivi berkaitan matematik (Wang et. al , 2015; Beilock dan Maloney, 2015). Kesan negatif kebimbagan matematik terhadap pencapaian matematik telah dibuktikan oleh ramai pengkaji, malah kebimbangan matematik juga menjadi peramal kepada pencapaian matematik (Arsythamby et al, 2014; Firouzeh dan Limou, 2014).

Selain itu, faktor efikasi kendiri juga sering dikaitkan dengan pencapaian matematik (Chang dan Beilock, 2016, Wang et. al 2015; Luo et. al 2014; Lai et. al 2015). Bandura (1997) mencadangkan bahawa individu yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi cenderung untuk menjadi lebih bermotivasi dan cekal apabila menghadapi tugasan yang sukar dan mencabar. Menurut Bandura lagi, terdapat empat sumber yang mempengaruhi pembinaan efikasi kendiri seseorang iaitu pengalaman prestasi peribadi (personal mastery experience), pembelajaran secara pemerhatian (obsevational learning), galakan sosial (social persuation) dan rangsangan psikologi serta emosi (psychological and emotional arousal) . Efikasi kendiri memberikan kesan positif terhadap pencapaian matematik dan menjadi salah satu faktor yang meramal pencapaian matematik (Keklik & Keklik, 2013; Parker et.al, 2013; Bakan, 2015).

Kajian terhadap kebimbangan matematik dan efikasi kendiri di seluruh dunia pada akhir-akhir ini (OECD, 2013; Bakan, 2015; Soleymanpoor et.al, 2017; Cheema & Galluzo, 2013). Namun kajian yang dijalankan mengukur kedua-dua pemboleh ubah ini secara berasingan. Kebimbangan matematik dan efikasi kendiri pelajar merupakan dua perkara yang saling berkaitan (Cheema dan Galluzo, 2013; Bakan, 2015). Kajian tersebut menyatakan bahawa efikasi kendiri yang tinggi akan membantu mengurangkan kebimbangan matematik pelajar. Kajian oleh Firouzeh dan Limou(2014) menyatakan bahawa efikasi kendiri merupakan perantara kepada hubungan kebimbangan matematik dan pencapaian matematik selain mempunyai kesan lansung kepada kebimbangan matematik. Dalam erti kata lain,pelajar yang mempunyai efikasi kendiri yang lemah akan menganggap tugasan matemtik lebih kompleks dan menyebabkan pelajar tersebut merasa penat, bimbang dan tidak mampu menyelesaikan tugasan tersebut. Sepanjang pembacaan, pengkaji melihat trend kajian yang menggunakan pencapaian matematik sama ada melalui PISA, matematik kolej atau matematik sekolah rendah sebagai kayu ukur dalam kajian. Walaupun terdapat kajian yang dijalankan oleh Arsaythmby et. al (2014) menggunakan pencapaian matematik tambahan sebagai kayu ukur, kajian tersebut hanya mengukur pemboleh ubah kebimbangan matematik sahaja. Justeru, pengkaji berhasrat untuk mengisi jurang ini dan menerokai hubungan kebimbangan matematik dan efikasi kendiri dan pencapaian matematik tambahan pelajar sekolah menengah yang dipilih.

(3)

Pengkaji berhasrat untuk

(i) Mengkaji hubungan antara pemboleh ubah kebimbangan matematik dan efikasi kendiri dengan tahap pencapaian matematik tambahan pelajar

(ii) Mengkaji peramal terbaik terhadap pencapaian matematik tambahan.

Kajian ini penting supaya semua pihak terutamanya guru, ibu bapa serta pelajar sendiri menyedari wujudnya kebimbangan matematik dalam pembelajaran di sekolah dan seterusnya merangka langkah intervensi untuk membantu pelajar yang mempunyai kebimbang matematik yang tinggi mengawal keadaan tersebut. Walaubagaimanapun hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kerana hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Kajian yang melibatkan sampel lebih besar perlu dibuat pada masa hadapan agar dapatan kajian boleh digeneralisasikan di peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini diharapkan dapat membuka kefahaman lebih banyak pihak tentang kebimbangan

matematik serta mengambil langkah yang bersesuaian dalam meningkatkan pencapaian matematik tambahan.

KAJIAN LEPAS

Kajian berkaitan hubungan kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik

Secara amnya, Menurut Rachman (2013) kebimbangan adalah keadaan tegang tidak berkesudahan yang boleh menganggu kehidupan individu tetapi tidak dapat digambarkan keadaannya. Kesan negatif yang dirasai ini kadang-kala tidak dapat dikawal. Berbanding dengan kebimbangan secara am,

kebimbangan matematik merujuk kepada reaksi negatif yang dialami pelajar ketika berhadapan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian masalah matematik seperti gugup, tertekan, berpeluh dan sebagainya (Wang et. al, 2015; Bakan, 2015; OECD, 2013). Keadaan ini akan terjadi hanya apabila pelajar berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka menggunakan pengetahuan matematik.

Kajian-kajian yang melibatkan kebimbangan matematik ke atas pencapaian matematik masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini dalam pelbagai peringkat kumpulan umur atau peringkat pengajian pelajar. Remirez et. al (2013) dan Wang et. al (2014) contohnya telah menjalankan kajian tentang kebimbangan matematik terhadap pelajar sekolah rendah. Kajian-kajian ini membuktikan bahawa wujudnya hubungan negatif antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik boleh terjadi sejak dari peringkat sekolah rendah. Manakala Arsaythamby et. al (2014), Luo et. al (2014), Bakan (2015), Cifti (2015), OECD (2013) dan Cheema dan Galluzo (2013) masing-masing telah menjalankan kajian berkenaan kebimbangan matematik di peringkat sekolah menengah. Dapatan daripada Cheema dan Galluzo (2013) dan Cifti (2015) menunjukkan bahawa kebimbangan

mempunyai kesan langsung terhadap pencapaian matematik. Selain itu, kajian berkaitan kebimbangan matematik di peringkat pengajian tinggi yang dijalankan oleh Wang et. al (2015); Firouzeh dan Limou (2014); Mohd Hafiz et. al (2016) dan Afifi et. al (2016) turut menyimpulkan bahawa kebimbangan matematik memainkan peranan dalam pencapaian matematik pelajar.

Kajian berkaitan hubungan efikasi kendiri dengan pencapaian matematik

Efikasi kendiri membantu menentukan seberapa banyak usaha seseorang luangkan terhadap sesuatu aktiviti, berapa lama mereka boleh bertahan menghadapi cabaran dan keupayaan mereka dalam menangani situasi yang tidak menyenangkan (Bandura, 1997). Secara umumnya efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan seseorang terhadap keupayaan dirinya dalam menjayakan atau melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam konteks kajian ini definisi efikasi kendiri yang digunakan adalah berkaitan dengan keyakinan seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, semasa menjayakan tugasan matematik yang diberikan kepada mereka ataupun ketika berhadapan dengan ujian matematik tambahan.

Laporan PISA pada tahun 2012 oleh OECD (2013) menunjukkan bahawa efikasi kendiri matematik mempunyai hubungan yang positif terhadap pencapaian subjek matematik . Laporan tersebut

(4)

juga menyimpulkan bahawa pelajar yang mempunyai efikasi kendiri di tahap rendah menunjukkan prestasi matematik yang kurang memberangsangkan berbanding dengan pelajar yang yakin dengan kemampuan mereka melakukan tugasan matematik. Jamali et. al (2017), Thien et. al (2015), Thien & Ong (2015) dan Hajar et. al (2016) turut menyokong kajian ini dengan mengambil kira sampel kajian dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Begitu juga kajian berkaitan efikasi kendiri yang dijalankan di peringkat universiti oleh Azar dan Mahmoudi (2014), dapatan kajian turut menemukan kesimpulan yang sama iaitu hubungan yang positif antara pemboleh ubah efikasi kendiri dan skor subjek Statistik.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan korelasi yang menggunakan soal-selidik. Sampel kajian diambil dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek matematik tambahan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. Seramai 69 orang pelajar terdiri dari 35 orang pelajar

perempuan dan 34 orang pelajar lelaki mengambil bahagian dalam menjawab soal-selidik yang diedarkan yang ditadbir secara penilaian kendiri (self- administered questionnaire). Instrument yang digunakan ialah Mathematics Self-Efficacy and Anxiety Questionnaire (MSEAQ) dari May (2009). Soal selidik ini digunakan untuk menilai efikasi kendiri dan kebimbangan matematik. Terdapat 29 item untuk mengukur pembolehubah tersebut dan semua item berkait dengan kebimbangan matematik adalah item negatif. Soal selidik ini menggunakan skala Likert dengan lima pilihan iaitu (1) sangat tidak benar, (2) tidak benar, (3) tidak pasti, (4) benar dan (5) sangat benar. Kebolehpercayaan bagi intrument ini secara keseluruhannya ialah 0.907. Manakala purata markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun Matematik Tambahan Tingkatan 4 tahun 2017 telah digunakan untuk mengukur pencapaian matematik tambahan. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hubungan antara pemboleh ubah kebimbangan matematik, efikasi kendiri dan pencapaian matematik tambahan.

Pemboleh ubah Efikasi kendiri Kebimbangan matematik

Skor pencapaian Matematik Tambahan Efikasi kendiri r 1 .567** .286* k .000 .017 Kebimbangan matematik r .567** 1 .350** k .000 .003 ** k> 0.01 * k > 0.05

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik tambahan. Hal ini bertentangan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas seperti Arsaythambi et. al (2014), Syed Azman dan Siti Mistima (2017), Remirez et. al (2013), Wang et. al (2014), Afifi et. al (2016) dan Hafiz et. al (2016). Pengkaji-pengkaji ini menyatakan bahawa tahap kebimbangan matematik yang tinggi boleh memberi kesan negatif kepada pencapaian matematik pelajar di semua peringkat pengajian. Namun menurut Bakan (2015), walaupun sebahagian besar kajian menunjukkan hubungan negatif kebimbangan matematik terhadap pencapaian matematik pelajar, keputusan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua negara atas alasan sistem pendidikan yang berbeza. Hal ini disokong dalam laporan oleh OECD (2013) yang menyatakan bahawa pencapaian matematik pelajar-pelajar di Albania tidak terkesan dengan kebimbangan matematik.

Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemboleh ubah efikasi kendiri dengan pencapaian matematik tambahan (r= .286, k <

(5)

.05). Hal ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Usta (2016), Fallan dan Opstad (2016), Cheema dan Galluzo (2013), Howard (2015), Jamali et. al (2017), Thien dan Ong (2015), Hajar et. al (2016), Thien et. al (2015) dan Tasdemir (2016). Dapatan dalam laporan PISA (2012) menyimpulkan bahawa pelajar yang mempunyai efikasi kendiri di tahap rendah menunjukkan prestasi matematik yang kurang memberangsangkan berbanding dengan pelajar yang yakin dengan kemampuan mereka melakukan tugasan matematik.

Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang kuat antara kebimbangan matematik dengan efikasi kendiri (r= .567, k < .01). Hal ini selari dengan kajian oleh Usta (2016) dan OECD (2013), yang menyatakan bahawa di Turki pelajar yang mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi juga mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Menurut Usta (2016), individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan berusaha lebih keras untuk menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti meluangkan lebih banyak masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga kajian yang dijalankan menunjukkan hubungan negatif antara kebimbangan matematik dan efikasi kendiri (Cheema dan Galluzo, 2013; Azar dan Mahmoudi, 2014; Bakan, 2015 ). Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh OECD (2013), efikasi kendiri cenderung untuk meningkat di negara yang menunjukkan pengurangan dari segi tahap kebimbangan matematik. Kajian oleh Azar dan Mahmoudi (2014) mendapati bahawa bukan sahaja kebimbanan matematik dan efikasi kendiri berhubung secara negatif, malah kebimbangan matematik dipengaruhi secara negatif oleh efikasi kendiri melalui model SEM yang telah dilakukan.

Peramal terbaik terhadap pencapaian matematik tambahan

Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah kebimbangan matematik dan efikasi kendiri signifikan hanya apabila dilihat secara bersama, namun jika dilihat secara berasingan hanya pemboleh ubah kebimbangan matematik sahaja yang boleh disimpulkan sebagai peramal bagi pencapaian matematik tambahan pelajar yang dikaji. Hal ini menunjukkan, walaupun efikasi kendiri pelajar direkodkan berada pada tahap yang tinggi, namun ianya tidak cukup untuk menjadikan efikasi kendiri sebagai peramal kepada pencapaian matematik tambahan jika dilihat secara berasing. Berbeza dengan dapatan kajian oleh Cleary dan Kitsantas (2017), mendapati efikasi kendiri adalah peramal kepada pencapaian matematik dan dapatan ini disokong dalam dapatan kajian oleh Keklik & Keklik (2013); Parker et. al (2013); Bakan (2015). Keputusan yang berbeza ini tidak mustahil jika mengambil kira aspek budaya dan sistem pendidikan masing-masing

KESIMPULAN

Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan sampel dari sebuah sekolah sahaja. Pengkaji yang ingin menjalankan kajian yang sama pada masa hadapan boleh menggunakan sampel kajian yang lebih besar supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan hubungan yang positif oleh kedua pemboleh ubah yang dikaji iaitu kebimbangan matematik dan efikasi kendiri terhadap pencapaian matematik tambahan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati hubungan positif antara kebimbangan matematik dan efikasi kendiri pelajar. Manakala hanya kebimbangan matematik sahaja yang menjadi peramal kepada pencapaian matematik tambahan pelajar yang dikaji.

Perbezaan dapatan kajian ini menurut Bakan (2015) adalah tidak mustahil atas sebab sistem pendididikan yang berbeza. Usta (2016) menyatakan bahawa kebimbangan yang ada dalam diri pelajar akan menjadikan pelajar lebih berjaga-jaga dan membuatkan mereka berusaha dengan lebih keras untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Hal ini menunjukkan bahawa kebimbangan matematik juga mampu memberikan kesan yang positif kepada pencapaian matematik tambahan pelajar sekiranya dikawal. Oleh itu, semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa, guru mahupun pelajar sendiri perlu diberikan pendedahan berkaitan kebimbangan matematik dan efikasi kendiri serta tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

(6)

RUJUKAN

Azar, Firouzeh Sepehrian, and Limou Mahmoudi. 2014. “Relationship between Mathematics , Self-Efficacy and Students ’ Performance in Statistics : The Meditational Role of Attitude toward Mathematics and Mathematics Anxiety.” Journal of Educational Sciences & Psychology IV (1):32–42.

Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.

Beilock, Sian L, and Erin A Maloney. 2015. “Math Anxiety : A Factor in Math Achievement Not to Be Ignored.” Behavioral and Brain Sciences 2 (1):4–12.

Chang, Hyesang, and Sian L. Beilock. 2016. “The Math Anxiety-Math Performance Link and Its Relation to Individual and Environmental Factors: A Review of Current Behavioral and Psychophysiological Research.” Current Opinion in Behavioral Sciences 10.:33–38.

Cheema, Jehanzeb, and Gary Galluzzo. 2013. “Analyzing the Gender Gap in Math Achievement: Evidence from a Large-Scale US Sample.” Research in Education 90 (1):98–112.

Chowdhury, Susanta Roy. 2014. “A Study on Mathematics Anxiety among the 9th and 10th Grade Secondary School Students of Tinsukia District in Assam, India.” The Clarion International Multidisciplinary Journal 3 (1):51–60.

Çiftçi, Ş. Koza. 2015. “Effects of Secondary School Student’ Perceptions of Mathematics Education Quality on Mathematics Anxiety and Achievement.” Educational Sciences: Theory & Practice 15 (6):1487–1502.

Cleary, Timothy J, and Anastasia Kitsantas. 2017. “Motivation and Self-Regulated Learning Influences on Middle School Mathematics Achievement.” School Psychology Review 46 (1):88–107. Erdem KeklİK, Devrim, and İbrahim KeklİK. 2013. “Motivation and Learning Strategies As Predictors

of High School Students’ Math Achievement.” Cukurova University Faculty of Education Journal 42 (1):96–109.

Fallan, Lars, and Leiv Opstad. 2016. “Student Self-Efficacy and Gender-Personality Interactions.” International Journal of Higher Education 5 (3):32–44.

Fatin Aliah, Phang, Abu Mohd Salleh, Ali Mohammad Bilal, and Salmiza Salleh. 2014. “Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis.” Sains Humanika 2 (4):63–71.

Foley, Alana E., Julianne B. Herts, Francesca Borgonovi, Sonia Guerriero, Susan C. Levine, and Sian L. Beilock. 2017. “The Math Anxiety-Performance Link: A Global Phenomenon.” Current Directions in Psychological Science 26 (1):52–58.

Jamali, Seyedh Mahboobeh, Mohd Ali Ahmad Nurulazam, Md Zain Samsudin, and Nader Ale Ebrahim. 2017. “Self-Efficacy, Scientific Reasoning, and Learning Achievement In The STEM Project-Based Learning Literature.” Journal of Nusantara Studies (JONUS) 2 (2):29–43.

Kalaycıoğlu, Dilara Bakan. 2015. “The Influence of Socioeconomic Status, Self-Efficacy, and Anxiety on Mathematics Achievement in England, Greece, Hong Kong, the Netherlands, Turkey, and the

(7)

USA.” Educational Sciences: Theory & Practice 15 (5):1391–1401.

Hajar Kamalimoghaddam, Rohani Ahmad Tarmizi, Fauzi Mohd Ayub, and Wan Jaafar Wan Marzuki. 2016. “Confirmatory Model of Mathematics Self-Efficacy , Problem Solving Skills and Prior Knowledge on Mathematics Achievement : A Structural Equation Model Faculty of Educational Studies , Universiti Putra Malaysia Introduction.” Malaysian Journal of Mathematical Sciences 10:187–200.

Lai, Yinghui, Xiaoshuang Zhu, Yinghe Chen, and Yanjun Li. 2015. “Effects of Mathematics Anxiety and Mathematical Metacognition on Word Problem Solving in Children with and without Mathematical Learning Difficulties.” PLoS ONE 10 (6):1–20.

Luo, Wenshu, David Hogan, Liang See Tan, Berinderjeet Kaur, Pak Tee Ng, and Melvin Chan. 2014. “Self-Construal and Students’ Math Self-Concept, Anxiety and Achievement: An Examination of Achievement Goals as Mediators.” Asian Journal of Social Psychology 17 (3):184–95.

May, Diana K. 2009. “Mathematics Self-Efficacy and Anxiety Questionnaire.” University of Georgia. Afifi Md Desa, Syafawati Ab Saad, Siti Aisyah Zakaria, and Mohd Hafiz Zakaria. 2016. “Exploring Mathematics Anxiety among First Year Business Students: UniMAP Experience.” AIP Conference Proceedings 1775.

OECD. 2013. “Mathematics Self-Beliefs and Participation in Mathematics-Related Activities.” Ready to Learn: Students’ Engagement, Drive and Self-Beliefs III:79–104.

Parker, Philip David, Herbert W. Marsh, Joseph Ciarrochi, Sarah Marshall, and Adel Salah Abduljabbar. 2014. “Juxtaposing Math Self-Efficacy and Self-Concept as Predictors of Long-Term Achievement Outcomes.” Educational Psychology 34 (1):29–48.

Ramirez, Gerardo, Elizabeth A. Gunderson, Susan C. Levine, and Sian L. Beilock. 2013. “Math Anxiety, Working Memory, and Math Achievement in Early Elementary School.” Journal of Cognition and Development 14 (2):187–202.

Rachman, Stanley. Anxiety (ed ke 3). East Sussex: Psychology Press. 2013

Siti Zaleha Khalin. 2014. Kebimbangan Matematik Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar TingkatanEmpat Di Daerah Perak Tengah (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Syed Ismail, Syed Azman, and Siti Mistima Maat. 2017. “Hubungan Antara Kebimbangan Terhadap Matematik Dengan Pencapaian Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah.” Education Mathematic 16 (1999):170–76.

Thien, Lei Mee, I Gusti Ngurah Darmawan, and Mei Yean Ong. 2015. “Affective Characteristics and Mathematics Performance in Indonesia , Malaysia , and Thailand : What Can PISA 2012 Data Tell Us ?” Large-Scale Assessments in Education. Springer US.

Thien, Lei Mee, and Mei Yean Ong. 2015. “Malaysian and Singaporean Students ’ Affective Characteristics and Mathematics Performance : Evidence from PISA 2012.” SpringerPlus. Springer International Publishing.

Usta, H. Gonca. 2016. “Analysis of Student and School Level Variables Related to Mathematics Self-Efficacy Level Based on PISA 2012 Results for China-Shanghai, Turkey, and Greece.”

(8)

Educational Sciences: Theory & Practice 16 (4):1297–1323.

Veloo, Arsaythamby, Ruzlan Md Ali, and Hariharan N. Krishnasamy. 2014. “Affective Determinants of Additional Mathematics Achievement in Malaysian Technical Secondary Schools.” Procedia - Social and Behavioral Sciences 112 (Iceepsy 2013): 613–20.

Wang, Zhe, Sara Ann Hart, Yulia Kovas, Sarah Lukowski, Brooke Soden, Lee A. Thompson, Robert Plomin, et al. 2014. “Who Is Afraid of Math? Two Sources of Genetic Variance for Mathematical Anxiety.” Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied Disciplines 55 (9):1056–64. Wang, Zhe, Sarah L Lukowski, Sara A Hart, Ian M Lyons, Lee A Thompson, Yulia Kovas, Michèle M

M Mazzocco, Robert Plomin, and Stephen A Petrill. 2015. “Is Math Anxiety Always Bad for Math Learning ? The Role of Math Motivation.” Psychological Science 26 (12):1863 –1876.

Zakaria, Mohd Hafiz, Nor Hizamiyani Abdul Azziz, Nornadia Mohd Yazid, and Syafawati Ab Saad. 2016. “The Anxiety Level versus Performance in Mathematics for Engineering Undergraduates in UniMAP.” AIP Conference Proceedings 1775.

Zainun Ismaon, Zanaton Iksan, and Norziah Othman. (2013). "Kesan pembelajaran koperatif model stad ke atas sikap terhadap matematik (The Effects of STAD Cooperative Learning Model on Students’ Attitude towards Mathematics)." Jurnal Pendidikan Matematik 1.1 (2013): 11-18.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara efikasi-kendiri guru dengan persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti hubungan efikasi kendiri dengan tahap pencapaian akademik mahasiswa di Jabatan Pengajian Islam Unisel semasa proses pembelajaran bersemuka

Dapatan bagi faktor persekitaran berdasarkan 24 artikel yang dikaji menunjukkan bahawa guru merupakan antara individu yang memberikan pengaruh besar terhadap kebimbangan matematik dalam