S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31Jld. 12( )
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2002
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
YB Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kerajaan
KENAIKAN HAD NILAI DAN SYARAT-SYARAT PEMBELIAN TERUS BAGI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan perubahan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1999 mengenai had nilai dan syarat pembelian terus bagi bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:
Asal Baru
(i) Pembelian Terus Daripada Mana- mana
Pembekal/Syarik at
Sehingga RM 10,000 setahun
Sehingga RM10,000 bagi setiap pesanan tetapi jumlah keseluruhan perbelanjaan tidak melebihi RM50,000 setahun.
(ii) Pembelian Terus Daripada
Pembekal/Syarik at Bumiputera yang berdaftar
Melebihi RM 10,000 Sehingga RM 50,000 setahun
Melebihi RM10,000 sehingga RM50,000 setiap pesanan tetapi jumlah keseluruhan perbelanjaan tidak melebihi RM100,000 setahun.
Keseluruhan perbelanjaan di bawah (i) dan (ii) hendaklah tidak melebihi 50%
daripada peruntukan tahunan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
2
2. Bagi kategori (ii) di atas, perolehan hendaklah dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera di dalam daerah berkenaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Sekiranya terdapat kekurangan pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar di kawasan setempat, Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan diberi kuasa untuk meluluskan pembelian daripada mana-mana pembekal/syarikat Bumiputera di daerah berdekatan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan.
3. Setiap pesanan pembelian tempatan hanya boleh ditandatangani oleh Pengurus/Ketua Pusat Tanggungjawab atau pegawai-pegawai lain yang telah diberi kuasa secara bertulis. Semua agensi dikehendaki menyimpan senarai syarikat dan jenis perniagaan dalam kawasan masing-masing bagi memudahkan urusan pembelian terus.
4. Disamping itu, untuk memudahkan proses perolehan, klasifikasi bekalan mengikut ‘satu jenis item atau kelas jenis item’ yang terdapat dalam AP 170.1, AP 171.1, AP 173.1 dan AP 184.2(ii) dengan ini digantikan dengan klasifikasi mengikut ‘setiap jenis barangan’.
5. Dengan berkuatkuasanya SPP ini, para 5.1.1 SPP Bil. 4 Tahun 1995, para 3.1.1.1 dan para 3.1.1.2 SPP Bil. 2 Tahun 1999 dan para 4(a)(i) SPP Bil. 2 Tahun 2001 dibatalkan.
6. Pegawai Pengawal hendaklah membuat pemantauan bagi mempastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan.
7. SPP ini adalah berkuat kuasa pada tarikh ianya dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam) Ketua Setiausaha Perbendaharaan 30 Mac 2002
s.k.
Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara Malaysia Akauntan Negara Malaysia
Semua YB Pegawai Kewangan Negeri.