International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 4 [December 2022]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
KEUNIKAN MODEL PEMBELAJARAN TASMIK DI SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM J-QAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Zainal Abiden Abdul Rasid1* dan Mohd Isa Hamzah2
1 Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Sarikei, Sarawak, MALAYSIA
2 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA
*Corresponding author: [email protected]
Article Information:
Article history:
Received date : 26 October 2022 Revised date : 4 November 2022 Accepted date : 15 December 2022 Published date : 19 December 2022
To cite this document:
Abdul Rasid, Z. A., & Hamzah, M. I.
(2022).KEUNIKAN MODEL PEMBELAJARAN TASMIK DI SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM J-QAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
International Journal of Social Science Research, 4(4), 209-214.
Abstrak: Model Tasmik merupakan satu model yang unik kerana ia tidak hanya memberi penekanan kepada pencapaian murid yang sudah memasuki bacaan al- Quran tetapi ia diwujudkan dalam system Pendidikan di Malaysia juga bagi murid yang belum menguasai al- Quran. Model ini menggunakan pendekatan talaqqi dan mushafahah iaitu dilaksanakan secara bersemuka antara guru dengan murid. Hal yang demikian membolehkan guru mendengar bacaan murid dengan jelas dan secara spontan akan memberikan bimbingan secara langsung terhadap kesalahan dalam bacaan murid. Secara umumnya pembelajaran melalui Model Tasmik ini menekankan terhadap pembelajaran yang berfokus dan pelaksanaannya dilakukan secara berterusan. Terdapat pelbagai perkara yang menjadi keunikan dalam pembelajaran tasmik di sekolah rendah jika diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci.
Terdapat sekurang-kurangnya 7 keunikan yang terdapat dalam Model Tasmik dalam program j-QAF ini. Semua keunikan tersebut adalah Bimbingan secara individu dan berfokus, Kolaboratif antara tenaga pengajar dalam tasmik, Penekanan kepada kemahiran mendengar dan kemahiran menyebut, Keseragaman naskhah buku Iqra’ dan mushaf al-Quran Bertajwid, Jadual waktu pelaksanaannya yang fleksibel. Aktiviti tasmik dilaksanakan dengan agak bebas dan tiada tekanan dan Konsep mentor-mentee dalam pembelajaran tasmik.
Sebagai rumusannya adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk memberikan bekerjasama bagi mempastikan peranan masing-masing dilaksana dengan baik demi keberkesanan pembelajaran tasmik. Seperti untaian peribahasa bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Dengan ini hasrat
210
1. Pengenalan
Pendidikan Agama Islam (PAI) sekolah rendah diperkasakan dengan adanya Model Tasmik walaupun ia merupakan kaedah tradisi dalam pembelajaran al-Quran peringkat asas tetapi impak serta keberkesanannya sangat baik bagi pembelajaran murid. Dengan peruntukan dua waktu seminggu bagi setiap kelas sudah dikenalpasti mencukupi untuk menjayakan proses pembelajaran secara talaqqi dan mushafahah dijalankan dengan elemen kolaboratif lebih dari seorang guru mengikut nisbah bilangan murid kelas.
Selanjutnya jadual pelaksanaannya yang sangat sistematik dan konsisten yang biasanya dibuat di luar sidang jadual induk sama ada sebelum atau selepas jadual PDPc biasa memungkinkan lagi kemenjadian murid dalam menguasai bacaan al-Quran. Oleh itu menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah untuk mempastikan pelaksanannya tidak mengalami apa-apa gangguan serta kepincangan yang boleh menjejaskan prestasi pembelajaran murid.
Pada sisi lain pula guru Pendidikan Islam selaku kakitangan pelaksana adalah disarankan untuk memperkukuhkan lagi kefahaman serta komitmen mereka terhadap usaha menjadikan murid celik al-Quran dengan perancangan yang lebih cemerlang.
Model Tasmik j-QAF merupakan salah satu model pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program j-QAF yang menggunakan pendekatan talaqqi dan mushafahah sebagai salah satu method pembelajaran al-Quran (Bahagian Pendidikan Islam, 2015). Menerusi pendekatan kaedah ini, proses PdP Al-Quran dijalankan secara bersemuka. Guru akan mendengar dan membetulkan kesalahan bacaan al-Quran atau Iqra’ murid kemudian murid mengulang semula bacaan dengan betul dan jelas (Yusof et al., 2018). Kaedah ini diperkasakan melalui pelaksanaan program jQAF yang dijalankan secara kolaboratif. Guru tasmik terdiri daripada Guru Pendidikan Islam (GPI) dan boleh dibantu oleh Guru Bahasa Arab untuk memenuhi keperluan bilangan guru yang mencukupi bagi setiap kelas tasmik. Pihak sekolah juga boleh melantik guru akademik biasa (GBA) yang berkemahiran dalam bacaan al-Quran untuk membimbing bacaan murid melalui pelaksanaan Model Tasmik j-QAF. (Fenny Farhana Mohd Sajari & Hafizhah Zulkifli, 2021).
Matlamat utama model tasmik dilaksanakan adalah untuk membimbing dan membantu murid membaca Al-Quran secara individu. (Fenny Farhana Mohd Sajari & Hafizhah Zulkifli, 2021).
Sementara itu elemen-elemen penting model Tasmik adalah seperti berikut (slaid Program J- Qaf Memperkasa Program J-Qaf Memartabat Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Sarawak oleh Ustaz Mohammad Hasmadi bin Mat):
• Dilaksanakan secara Kolaboratif yang ditetapkan
• Setiap kelas dikehendaki melaksanakan 2 waktu Tasmik dan dikira sebagai waktu mengajar rasmi guru dan dimasukkan dalam jadual waktu persendirian guru
• Pengisian Tasmik adalah seperti berikut :
Kementerian Pendidikan Malaysia melihat generasi celik Al-Quran akan dapat direalisasikan dengan jayanya.
Kata Kunci: model, Tasmik, sekolah rendah, program J-QAF, pendidikan.
o Iqra’ (bagi murid yang belum menguasai al-Quran);
o al-Quran (Konsep Tajwid Berwarna);
o Penerusan bacaan sukatan & merekod bacaan murid;
o Tadarus setelah murid khatam al-Quran
2. Keunikan-Keunikan yang Terdapat Dalam Pembelajaran Tasmik Bimbingan Secara Individu dan Berfokus
Satu keunikan model Tasmik ini adalah apabila seorang guru membimbing dan membantu muridnya membaca menggunakan buku iqra’ atau mushaf al-quran adalah murid itu dibimbing secara individu serta berfokus. Bimbingan berfokus ini memberi peluang dan ruang kepada guru untuk memperbetulkan kesilapan bacaan murid secara langsung. Inilah praktik kepada kaedah Talaqqi iaitu bersemuka dengan guru dan Mushafahah iaitu murid membaca mengikut bacaan langsung mendengar dari bibir seorang guru. Sebagai contoh sekiranya murid keliru dengan sebutan huruf yang hampir sama bunyi seperti kha’ ( خ) dan ha’ (ح) maftuhah iaitu berbaris satu di atas maka guru dapat memperdengarkan sebutan yang jelas serta tepat kepada anak muridnya. Jadi berlakulah satu sesi pembelajaran aktif di mana murid rasa lebih yakin untuk menyebut huruf yang diajarkan.
Kolaboratif Antara Tenaga Pengajar Dalam Tasmik
Kolaboratif merujuk kepada satu kaedah pengajaran bersama dua orang guru atau lebih pada masa yang sama bagi meningkatkan kreativiti dan keberkesanan pencapaian tahap maksimum dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPc) (Siti Faizah Binti Said, 2018). Elemen kerjasama ini perlu ditetapkan terlebih awal oleh pihak pentadbir bagi setiap kelas yang melebihi bilangan murid Islam 16 orang dan ke atas.
Siti Faizah Said et.al (2018) bahawa kolaboratif merujuk kepada satu kaedah pengajaran Bersama dan pada waktu yang sama yang melibatkan dua pengajar atau lebih terdiri dari guru j-QAF dan seorang guru Pendidikan Islam, bagi mata muridan Tilawah al-QuranModul Khatam al-Quran j-QAF. Semua guru ini akan bekerjasama dan berkolaborasi dalam pengajaran dan kepakaran bagi meningkatkan kreativiti dan keberkesanan pencapaian tahap maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna kelas yang mempunyai 16 orang murid dan ke atas sehingga 30 org murid perlu ditetapkan 2 guru yang mengajar secara kolaboratif kerana mengikut nisbah 1 hingga 15 orang murid diperuntukkan seorang guru. Meskipun elemen ini juga terdapat dalam Model Khatam Al-Quran namun kewujudannya dalam model ini sangat signifikan disebabkan Model Tasmik menekankan bacaan yang sangat asas dalam proses penguasaan Al-Quran oleh setiap murid.
Inilah yang menyebabkan pembelajaran Tasmik sangat unik.
Selanjutnya PDPc guru tasmik yang dilaksanakan secara kolaboratif yang tidak hanya berfokus pada pengagihan kumpulan sahaja tetapi boleh menjangkau kerjasama dalam kreativiti pengajaran bersama bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada peningkatan prestasi murid. Jadi pihak pentadbir harus mempastikan elemen ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru agar matlamat berkolaborasi menjadi lebih efektif dan memberi kesan positif pada pembelajaran murid.
212
Pendek kata kolaboratif jika dilaksanakan dengan baik akan memberikan impak yang baik kepada PDPc tasmik. Kolaboratif boleh menjadi model yang berkuasa untuk memperkasa pihak berkepentingan untuk berkongsi tanggungjawab untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Elisabetta Ghedin (2020)
3. Penekanan kepada Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Menyebut Definisi Talaqqi
Istilah talaqqi berasal daripada kalimah Arab (يقل) yang bermaksud bertemu (Mohd Idris Abdul Rauf al-Marbawi, 1990: 225) atau pertemuan antara murid dan guru secara bersemuka. Ia juga bermakna mempelajari al-Quran secara langsung dengan mendengar dan menyalin secara lisan daripada guru yang mempunyai kesinambungan sanad daripada Rasulullah SAW. Manakala istilah mushafahah secara harfiyah bermaksud menerima secara lisan daripada pergerakan bibir guru. Walau bagaimanapun, istilah ini merujuk kepada keadaan di mana murid menerima pengetahuan secara lisan dengan memberi tumpuan kepada pergerakan bibir guru dan mengulangi bacaan. (Nor Hafizi Yusof at al., 2018).
Antara keunikan pembelajaran tasmik yang lain adalah penekanan kepada kemahiran mendengar dan menyebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pada ketika guru memperkenalkan serta membimbing murid membaca huruf atau bacaan mengandungi hukum tajwid menggunakan buku Iqra’ atau mushaf al-Quran mengikut pencapaian murid masing-masing sementara murid akan mendengar dengan penuh teliti apa yang akan disebut oleh guru. Pada saat inilah murid terdedah dengan kemahiran mendengar bunyi bacaan yang ingin disampaikan oleh guru.
Dalam artikel oleh Waterford.org (2020) “Pendengar aktif memberi perhatian kepada guru dan mendengar untuk memahami. Ia juga termasuk tumpuan sepenuhnya pada guru dengan gangguan yang minimum sebagai rasa hormat dan niat untuk belajar “. Dalam pembelajaran Tasmik suasana persekitaran atau biah seperti ini adalah keadaan sebenarnya di mana murid cuba untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gurunya. Oleh itu praktis pembelajaran tasmik yang baik membantu murid menjadi pendengar aktif dan seterusnya menjadi murid lebih berpotensi berasa yakin, selesa dan bersedia untuk berjaya di sekolah.
Kemudian kebiasaannya murid akan terus menyebut bacaan seperti bunyi bacaan yang disebutkan oleh guru. Sesudah itu guru terus meneruskan akan memastikan murid menyebut huruf atau bacaan yang mengandungi hukum tajwid yang diajar dengan bacaan yang paling baik dan paling tepat.
Dalam pada itu kedua-dua kemahiran ini sangat berkaitan satu dengan yang lain iaitu apabila mendengar bacaan guru secara langsung murid akan cuba membaca sebaik mungkin seperti bacaan gurunya. Sebagai contoh guru memperkenalkan murid tahun satu di permulaan buku Iqra’ satu, maka selepas membimbing muridnya membaca basmalah dan doa maka guru terus membaca satu demi satu huruf ت ب ا maftuhah serta diikuti oleh murid. Jadi dalam proses berlakunya 2 kemahiran ini maka guru dan murid tidak lari dari kaedah talaqqi dan mushafahah. Itulah dikatakan kaedah Jibrai a.s. ketika mengajarkan Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
4. Keseragaman Naskhah Buku Iqra’ dan Mushaf al-Quran Bertajwid
Keseragaman pada naskhah buku Iqra’ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mushaf al-Quran bertajwid adalah juga suatu keunikan di mana keseragaman ini memberi impak yang baik kepada pembelajaran murid dari segi ketepatan perekodan pencapaian prestasi bacaan murid. Dalam konteks buku Iqra’ Kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana muka surat yang seragam berpotensi mengelakkan daripada kekeliruan dan kesalahan semasa merekod pencapaian murid. Hal ini sangat penting apabila bimbingan murid berpindah kepada guru lain. Dalam pada itu naskhah buku Iqra’ cetakan selain cetakan KPM mempunyai penetapan muka surat yang agak berlainan dengan cetakan KPM. Oleh itu pentingnya semua murid Iqra’ dibimbing menggunakan naskhah ini walaupun harganya agak sedikit mahal tetapi ia menjamin dari kekeliruan dan kesilapan semasa perekodan prestasi murid.
Begitulah juga keadaannya dengan penggunaan naskhah al-Quran Bertajwid di mana penetapan penggunaan naskhah ini mempunyai tujuannya yang tersendiri. Mungkin hasrat di sebalik penggunaan naskhah al-Quran adalah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran pelajaran tajwid yang diajarkan. Jadi setiap guru perlu memahami tujuan asal penetapan penggunaan kedua-dua naskhah yang digunakan dalam pembelajaran tasmik agar proses PDPc berjalan dengan lancer dan mencapai sasaran.
5. Jadual Waktu Pelaksanaannya Yang Fleksibel
Jadual waktu tasmik bersifat fleksibel maksudnya waktu pelaksanaan pembelajaran tasmik dilaksanakan di luar waktu jadual induk kelas sama ada dilaksanakan sebelum atau selepas kelas. Pihak sekolah bebas memilih sama ada meletakkan waktu pelaksanaannya di awal atau di akhir sesi persekolahan. Ciri inilah yang menjadikannya agak unik dari model atau mata pelajaran yang lain. Malah di sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang sangat sedikit menjadi kebiasaan beberapa kelas yang hampir sama tahap akan digabung menjadi satu kelas tasmik.
Mungkin atas alasan yang ketara ia menjadi fleksibel dan dilaksanakan sedemikian rupa adalah merujuk kepada jumlah keseluruhan waktu matapelajaran Pendidikan Islam yang lebih banyak dari subjek Pendidikan Moral yang tidak memungkinkan kedua-dua matapelajaran dilaksanakan secara serentak.
6. Aktiviti Tasmik Dilaksanakan Dengan Agak Bebas dan Tiada Tekanan
Guru bebas merancang aktiviti pembelajaran tasmik dan pelaksanaan yang dikatakan agak santai ini memberikan situasi keseronokan dan tiada tekanan emosi sama ada kepada guru dan murid. Ia menjadi suatu yang unik dan lain dari yang lain adalah kerana ia tidak terikat seperti PDPc perdana yang lain yang memerlukan perancangan dalam Rancangan Mengajar Harian (RPH) yang lengkap serta menyeluruh. Perkara ini tidak bermakna proses pembelajarannya dilaksanakan secara sembrono dan kelam kabut tetapi itulah hakikat pembelajaran tasmik yang tiada atau jarang terwujud dalam model atau matapelajaran lain.
7. Konsep Mentor-Mentee Dalam Pembelajaran Tasmik
Tahap potensi semua murid dalam sebuah kelas berlainan antara satu dengan yang lain dalam penguasaan Al-Quran di mana ada yang lemah, sederhana dan menguasai bacaan. Dalam pada itu menurut kaedah pelaksanaan kelas tasmik murid yang sudah mengkhatamkan bacaan al- Quran boleh meneruskan bacaan dengan bertadarus sesama rakan yang lain dan dalam masa yang sama mereka juga boleh dipilih untuk membantu mengajar rakan mereka. Oleh itu
214
keunikan proses menjadi mentor mentee antara sesame murid ini sudah pasti akan memberikan impak masa depan murid yang terlibat menjadi mentor dari segi kepimpinan adalah sangat signifikan seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. daripada Uthman bin Affan RA;
ُهَمَّلَع َو َنآ ْرُقلا َمَّلَعَت ْنَم ْمُك ُرْيَخ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat al-Bukhari: 5027).
8. Kesimpulan
Tuntasnya, terdapat pelbagai perkara yang menjadi keunikan dalam pembelajaran tasmik di sekolah rendah. Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat mestilah sentiasa bekerjasama dengan mempastikan peranan masing-masing dilaksana dengan baik demi keberkesanan pembelajaran tasmik. Seperti untaian peribahasa bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Dengan ini hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melihat generasi celik Al-Quran akan dapat direalisasikan.
Rujukan
Alison Doyle,2022, The balance careers, https://www.thebalancecareers.com/active-listening- skills-with-examples-2059684
Elisabetta Ghedin and Debora Aquario, 2020, Collaborative teaching in mainstream schools:
Research with general education and support teachers
Fenny Farhana Mohd Sajari & Hafizhah Zulkifli, (2021), Pelaksanaan Model Tasmik J-QAF Secara Dalam Talian: Satu Pendekatan
Siti Faizah Said, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Othman Talib, (2018), Penggunaan Teknik Kolaboratif Dalam Pengajaran Modul Khatam Al-Quran J-Qaf Siti Faizah Said, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Othman Talib, 2018,
Penggunaan Teknik Kolaboratif Dalam Pengajaran Modul Khatam Al-Quran j-QAF.
Nor Hafizi Yusof, Mohd A'tarahim Mohd Razali, Najmiah Omar, Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil, Mohd Shafiee Hamzah, (2018), Concept And Execution Of Talaqqi And Musyafahah Method In Learning Al-Quran
Waterford.org.,2020, https://www.waterford.org/education/active-listening-in-the-classroom/