• Tidak ada hasil yang ditemukan

KKSA anjur Program Latihan Asas Bahasa Isyarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "KKSA anjur Program Latihan Asas Bahasa Isyarat"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

7/24/2019 UMS - KKSA anjur Program Latihan Asas Bahasa Isyarat

www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/6559-kksa-anjur-program-latihan-asas-bahasa-isyarat?tmpl=component&print=1&layout=default&page= 1/2

KKSA anjur Program Latihan Asas Bahasa Isyarat

Terakhir dikemaskini: Isnin, 02 April 2018 16:09 | Cetak | Jumlah paparan: 391

ISNIN, 02 APRIL - Voice For You anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

diadakan baru-baru ini bagi mempelajari asas bahasa isyarat.

Program yang dianjurkan buat julung-julung kalinya di

peringkat kolej kediaman UMS itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Sabah (PRISMA) dan

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKSA.

Majlis perasmiannya

disempurnakan Pengetua Kolej Kediaman Sri Angkasa, Wijaya Kamal Ramlan.

Dalam ucapannya beliau berkata, penganjuran program seperti itu mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam memahami asas bahasa isyarat sekali gus dalam masa yang sama mampu membantu rakan- rakan daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani kehidupan di kampus.

Pengarah Program, Ayla Farihah Zainuddin pula memaklumkan idea penganjuran program tersebut adalah hasil pemantauan dan pengalaman sendiri yang mengalami sedikit kesukaran ketika berkomunikasi dengan golongan yang istimewa itu.

“Sukar untuk membantu mereka disebabkan oleh masalah komunikasi dan diharapkan melalui penganjuran program ini saya dan rakan-rakan semua dapat mempelajari asas bahasa isyarat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Program itu dibimbing wakil-wakil PRISMA iaitu terdiri daripada Syamsudin Nurdin, Katijah Kapin dan Schoastica Jilos.

Majlis berkenaan turut dihadiri felo, barisan kepimpinan JAKMAS, sekretariat dan warga KKSA.

Sumber: Kolej Kediaman Sri Angkasa

Tweet

Kongsi4 Syorkan4 Kongsi Share

Referensi

Dokumen terkait

Winnunga Nimmityjah Aboriginal Health and Community Services, Australian Capital Territory We read with interest the recent article entitled ‘Holistic primary health care for

1/15/2018 PEREKA 2015 Showcases UMS Research Study - Laman Rasmi UMS