• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kognitif dan Pembangunan Manusia 5;:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kognitif dan Pembangunan Manusia 5;:"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

. ,

Kognitif dan Pembangunan Manusia 5;:

BF'

637 S622 2005

(2)

BORANG PENGESAI-IAN STATUS TESIS

Saya

7 VW-A*IL~Q

Qn)3n

Maw

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis

*

ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5.

**

silatandakan(.\l )

SULIT (mengandungi maklurnat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organismihadan di mana penyelidikan dijalankan)

Alamat Tetap:

c14,

LP-G \kW E c Q F (I,, kW

c

, 3 L N C t t E Q W ,

5-60790,

pfm4

LCly\OJC .

Tarikh : 19 /.7/ 5 Tarikh:

I I

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sa rjana Muda

*Jka tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada plhak berkuasa/organisasi

berk-n dengan menyatakan sekali sebab dan twpoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

(3)

b

l \ \ 0 3 2 18

Pusat Khidmat Makiumat A k a d e m UNIVERSITI IMALAYSIA SARAWAK

927(?0 !<:I** s?-qy-,hsn P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

TINJAUAN PANDANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR TENTANG TINGKAHLAKU BERETIKA

SIT1 NORAZILAH BINTI MOHD SAID

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(4)

Projek bertajuk 'Tinjauan Pandangan Kaunselor Berdafiar Tentang Tingkahlaku Beretika' telah disediakan oleh Siti Norazilah binti Mohd Said dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Prof. Madya

Tarikh:

(5)

PENGHARGAAN I ACKNOWLEDGEMENT

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.. .

Alhamdulillah.. .Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Prof Madya Puan Zuraidah Abdul Rahrnan yang telah banyak meluangkan masa dan tenaga dalam memberi bimbingan dan idea di dalam membantu saya menyiapkan kajian ini.

Begitu juga kepada semua kaunselor berdafiar yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam menjawab borang soal-selidik sebagai responden kajian saya. Kerjasama tuadpuan amat saya hargai.

Khas kepada ahli keluarga saya yang sering berada di sisi saya dan memberikan sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga yang mendorong saya menyempurnakan kajian ini ke saat akhir.

Akhir sekali, kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembikinan kajian ini.

Semoga kebaikan yang lahir dari hati kalian akan diberkati olehNya.

Sekian, terima kasih.

SIT1 NORAZILAH BINTI MOHD SAID KAUNSELING, UNIMAS 2005

(6)

JADUAL KANDUNGAN / TABLE OF CONTENTS

Penghargaan/Acknowledgement Jadual KandunganITable of Contents Senarai RajahIList of Figures

Senarai JadualIList of Tables AbstraWAbstract

AbstracuAbstrak 1. Pendahuluan

1.0 Pengenalan

1.1 Latarbelakang Kajian 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Umum 1.4.2 Objektif Khusus 1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rangka Konseptual

1.7 Definisi Konseptual dan Operasi 1.7.1 Etika

1.7.2 Kaunseling 1.7.3 Kaunselor 1.7.4 Kerahsiaan

1.7.5 Pemberitahuan Persetujuan 1.7.6 Salahlaku seksual

1.7.7 Isu-isu sempadan 1.7.8 Kepelbagaian Budaya 1.7.9 Kompetensi

1.7.1 0 Penyeliaan 1.8 Limitasi Kajian

1.8.1 Saiz Sampel

1.8.2 Pemilihan Responden 1.8.3 Kejujuran Responden

1.8.4 Pengedaran Boa1 Soal Selidik 1.8.5 Soal Selidik Yang Digunakan

iii iv vii viii xi xii

(7)

2. Sorotan Kajian Lepas 2.0 Pengenalan

2.1 Perkembangan Etika

2.2 Topik Di Dalam Etika Kaunseling 3. Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 3.3 Prosedur Pengumpulan Data 3.4 Prosedur Data Analisis 3.5 Alatan Kajian

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan 4.0 Pengenalan

4.1 Faktor Demografi 4.1.1 Jantina 4.1.2 Umur 4.1.3 Bangsa

4.1.4 Kelulusan Tertinggi Di Bidang Kaunseling 4.1.5 Kelulusan Tertinggi Dalam Dan Luar Negara 4.1.6 Jawatan

4.1.7 Tempat Praktis 4.2 Teori Dan Pendekatan

4.3 Tingkahlaku Beretika 4.4 Perbincangan

4.4.1 Penilaian yang Sukar

4.4.2 Peratusan Item Tingkahlaku Beretika Berdasarkan Tujuh Prinsip

4.4.2.1 Tidak Membawa Keburukan 4.4.2.2 Praktis Dengan Kompetensi 4.4.2.3 Tidak Mengeksploitasi 4.4.2.4 Melayan Dengan Hormat

Sebagai Maruah Seorang Manusia 4.4.2.5 Menjaga Kerahsiaan

4.4.2.6 Bertindak Hanya Dengan Pemberitahuan Persetujuan

(8)

4.4.2.7 Mempromosikan Persamaan Dan Keadilan

4.5 Hasil Dapatan Pengujian Statistik Inferensi

4.5.1 Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi (Jantina) Terhadap

Ketujuh-tujuh Prinsip

4.5.2 Keputusan Korelasi Pearson Di Antara Faktor Demografi Terhadap Tingkahlaku Beretika 4.6 Kesimpulan

5. Rumusan, Kesimpulan dan Cadangan 5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan Kajian 5.2 Cadangan

5.2.1 Lembaga Kaunselor Malaysia 5.2.2 Pengkaji Akan Datang 5.3 Kesimpulan Kajian

RUJUKANIREFERENCES LAMPIRAN A

(9)

SENARAI RAJAH 1 LIST OF FIGURES Rajah 1

Kerangka Konseptual Kajian

(10)

SENARAl JADUAL / LIST O F TABLES Jadual 1

Borang Soal selidik Yang Di Analisis Jadual2

Kategori Prinsip Dan Item Soalan Jadual3

Item Yang Telah Ditambah Jadual4

Item-Item Yang Telah Ditolak Jadual5

Peratusan Berdasarkan Jantina Jadual6

Peratusan Berdasarkan Umur Jadual7

Peratusan Berdasarkan Bangsa Jadual8

Peratusan Kelulusan Tertinggi Di Bidang Kaunseling Jadual9

Peratusan Kelulusan Tertinggi Dalam Dan Luar Negara Jadual10

Peratusan Jawatan Yang Dipegang Sekarang Jadual 11

Peratusan Jawatan Tempat PraktislBekerja Sebagai Kaunselor Terlatih Jadual12

Peratusan Jenis TeoriIPendekatan Yang Digunakan Jadual13

Peratusan Bahagian C: Item Tingkahlaku Beretika

Jadual14

Item Yang Tergolong Di Dalam Penilaian Yang Sukar

(11)

Jadual15

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 83 (Jantina) Terhadap Prinsip 1

Jadual16

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 84 (Jantina) Terhadap Prinsip 2

Jadual17

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 84 (Jantina) Terhadap Prinsip 3

Jadual18

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 8 5 (Jantina) Terhadap Prinsip 4

Jadual19

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 8 6 (Jantina) Terhadap Prinsip 5

Jadual20

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 86 (Jantina) Terhadap Prinsip 6

Jadual21

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 87 (Jantina) Terhadap Prinsip 7

Jadual22

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 8 7 (Jantina) Terhadap Tingkahlaku Beretika

Jadual23

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 88 fUmur) Terhadap Tingkahlaku Beretika

Jadual24

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 8 8 n Bangsa) Terhadap Tingkahlaku Beretika

Jadual25

"iian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 89 kelulusan Tertinggi Dalam Dan Luar Negara) Terhadap Tingkahlaku Beretika

(12)

Jadual26

Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Di Antara Faktor Demografi 89 (Kelulusan Tertinggi) Terhadap Tingkahlaku Beretika

Jadual27

Korelasi Bagi Mengenalpasti Perkaitan Di Antara Faktor Demografi 90 (Jawatan) Terhadap Tingkahlaku Beretika

Jadual28

Korelasi Bagi Mengenalpasti Perkaitan Di Antara Faktor Demografi 90 (Tempat Praktis) Terhadap Tingkahlaku Beretika

(13)

ABSTRAK / ABSTRACT

TINJAUAN PANDANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR TENTANG TINGKAHLAKU BERETIKA

Siti Norazilah binti Mohd Said (2005)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan kaunselor berdaftar mengenai tingkahlaku beretika berdasarkan tujuh prinsip etika Hypocratic Oath. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenalpasti faktor demografi (jantina, umur, bangsa, tahap akademik tertinggi dalam atau luar negara, jawatan, dan tempat praktis) yang mempengaruhi pandangan kaunselor berdaftar mengenai tingkahlaku beretika serta teorilpendekatan yang dipraktiskan. Kaedah survey digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik melalui pos kepada 41 orang kaunselor berdaftar yang telah dikenalpasti. Terdapat 3 bahagian utama dalam borang soal-selidik ini iaitu bahagian A: Maklumat Diri, B: TeoriIPendekatan, dan C: Item Tingkahlaku Beretika. Dua kaedah digunakan dalam proses penganalisaan data yang diperolehi iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mengukur frekuensi dan peratusan responden berdasarkan faktor demografi dan teorilpendekatan yang dipraktiskan. Di dapati kebanyakan responden berusia 40an dan memiliki kelulusan akademik tertinggi pada peringkat sarjana serta menjawat jawatan sebagai pensyarah bidang kaunseling. TeoriIPendekatan yang sering digunakan adalah Person Centered dan Rational Emotive Behaviour Therapy OEBT). Kaedah statistik inferensi pula melibatkan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar dan Ujian Korelasi Pearson yang digunakan untuk melihat perbezaan dan perkaitan antara tujuh prinsip etika dengan faktor demografi. Dapatan kajian mendapati rerdapat perbezaan antara faktor demografi jantina dengan prinsip etika kedua: praktis dengan kompetensi. Dapatan kajian juga menunjukkan hanya faktor demografi jantina dan kelulusan tertinggi dalam atau luar negara sahaja yang mempunyai perhubungan yang signifikan dalam mempengaruhi responden memberikan

~andangan mengenai tingkahlaku beretika. Di akhir kajian, pengkaji mengemukakan mdangan kepada Lembaga Kaunselor Malaysia dan pengkaji akan datang yang

m a tmengkaji tajuk yang sama.

(14)

ABSTRACT / ABSTRAK

SURVEY OF REGISTERED COUNSELOR OPINION REGARDING ETHICAL BEHA VIOUR

Siti Norazilah binti Mohd Said (2005)

The aim of this study is to identzfj) registered counsellors ' opinions regarding ethical behaviour based on 7 principles of Hypocratic Oath. Besides, it is to identify demographical factors (gender, age, race, highest academic level in local/foreign, post, and practice setting) that influence registered counsellors to give their opinions and also to identzfj) theory/approach that they practiced. Questionnaires were sent through mail to 41 identiJied registered counsellors. There are 3 parts in questionnaire which are A: Personal Details, B: Theory/Approach, and C: Ethical Behaviour. Descriptive and Inferential Statistic were used to analyze data.

Descriptive statistic was used to calculate percentage for demographic and theory/approach data. Result of this study indicated the average of respondents' age is 40-49; they have master's degree as the highest academic level, and work as counselling lecturers. The theory/approach that is mainly used is Person Centered and Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT). The inferential statistic method involved T-test and Pearson Correlation which are used to look at the difference and correlation between 7 principles of ethics and demographic factors. The research shows that only the second principle: practice with competence has signzjicant difference gender. The result also indicated that gender and local/foreign highest academic level have signzJicant correlation that influence respondents' opinion. The researcher has also provided suggestions to the Malaysian Board of Counsellors and future researchers who were interested in conducting similar study.

(15)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Setiap profesion mempunyai etikanya sendiri, tetapi adakah individu tersebut mengamalkan etika yang perlu dipatuhi atau sekadar di atas nama sahaja. Etika berperanan memberi panduan agar profesion yang dipegang mempunyai keistimewaannya tersendiri dan tidak akan membahayakan diri dan orang lain serta menjadikan profesion itu sebagai profesion yang profesional.

Etika merupakan suatu peraturan yang berdasarkan kepada nilai moral yang 5 n g i yang dipegang oleh seseorang untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan secara pfesional. Etika memainkan peranan yang penting terutamanya dalam bidang- hidang profesional untuk mewujudkan etika peribadi ahli-ahli profesional secara Zslaman dan luaran dalam menimbulkan kejujuran dan menghormati nilai-nilai :rmanusiaan.

(16)

1.1 Latarbelakang Kajian

Bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang semakin berkembang apatah lagi dengan adanya Akta Kaunselor 1998 dan penawaran program kaunseling di institut pengajian tinggi (Mohd Mansor Abdullah, 2003). Ia bermula dengan memberikan bimbingan seawal tahun 1939 (Zulkifli Yusuf, 1988). Pada tahun ini, Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat clan Negeri-Negeri Bersekutu telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ' A Guide To Career in Malaya For Parents, Teachers and Pupil. Buku ini memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu. (Zulkifli Yusuf, 1988)

Seterusnya, khidmat bimbingan dan kaunseling dimulakan di sekolah-sekolah hasil daripada perakuan suruhanjaya UNESCO dan seorang pengawai perunding, R.K Mackenzie dari Kanada ditempatkan di Kementerian Pendidikan pada tahun 1962- 1963 (Zulkifli Yusuf, 1988). Beliau berperanan melatih sekumpulan pengelola dari dabatan-jabatan Pelajaran Negeri. Pada ketika itu, seramai sebelas orang pengelola dan penolong pengelola sekolah dari beberapa buah negeri dan dari ibu pejabat kementerian yang dilatih dan berjaya mengadakan dan mengedarkan risalah-risalah kecil tentang panduan ke sekolah-sekolah (Zulkifli Yusuf, 1988).

Pada tahun 1963, apabila kursus kaunseling secara formal peringkat sijil 2imulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur dan

7 - -mversiti - Pertanian Malaysia (UPM) menawarkan peringkat ijazah Sarjana Muda

~ d tahun 1981 dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pula turut sama a

(17)

mengembangkannya di peringkat diploma psikologi (kaunseling) pada tahun 1980, dan institusi pengajian tinggi yang lain pula menyusul (Mohd Mansor Abdullah, 2003).

Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) adalah dianggarkan sebanyak 9.066 juta guna tenaga diperlukan menjelang akhir tahun 2000 (Sumber: Kementerian Sumber Manusia). Menjelang akhir tahun 2005, dianggarkan seramai 10 juta tenaga kerja diperlukan untuk semua sektor di Malaysia. Berdasarkan kepada World Health Organisation (WHO), nisbah kaunselor dengan klien yang sesuai adalah 1: 400, maka pada tahun 2005 dianggarkan seramai 25000 orang kaunselor pelatih diperlukan.

Merujuk kepada peningkatan ini, profesion kaunseling amat diperlukan. Ini adalah kerana semakin pesat negara membangun dan guna tenaga lahir, semakin 5anyak permasalahan yang akan timbul dan memerlukan profesion menolong untuk mernbantu mereka menanganinya, seiring dengan pandangan Gibson (1 98 1 ;270)

&lam Mohd Mansur Abdullah, (2003) yang menyatakan kaunseling adalah hubungan r ~ l o n g bantu yang berpusat kepada perkembangan, pertumbuhan individu, myesuaian diri dan kehendaknya kepada penyelesaian masalah dan membuat

?sutusan untuk menjadi selesa kembali menemui kesejahteraan hidupnya yang lalu.

Hingga kini, keperluan bidang kaunseling amat tinggi dan dengan adanya

;~27~nselor yang profesional adalah diharapkan negara dapat membangun seiring

! - : a

n melahirkan rakyat yang seimbang dari segi jasmani, mental dan fizikal Srrvlra Sipon, 2004, Jun 14: Utusan Malaysia). Menurut Persatuan Kaunseling

(18)

\falaysia (Perkama) seramai 168 orang kaunselor professional yang telah mendaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) sehingga Jun 2004. Menurut Datuk Seri Sharizat Jalil "jumlah ini amat kecil bagi nTara yang pesat membangun seperti Malaysia yang secara praktisnya adalah amat 'crecil jika dibandingkan dengan nisbah satu kaunselor untuk 3000 orang penduduk".

Gpora Sipon, 2004, 14 Jun: Utusan Malaysia).

Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun. Justeru itu, prkhidmatan kaunseling amat penting dalam era negara mengalami perubahan hasil kernajuan dan pembangunan. Ini turut diakui oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, beliau berkata "negara kini menghadapi kekurangan kaunselor profesional yang serius dan masalah itu dikhuatiri boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk membanteras pelbagai gejala sosial"(Sapora Sipon, 2004, 14 Jun: Utusan Malaysia).

Menurut 'Peraturan-peraturan Kaunselor (Kelakuan & Tatatertib) 1999 (Akta Kaunselor 1998) telah menyenaraikan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai seorang kaunselor berdaftar. Begitu juga dengan kod etika yang telah digariskan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Ia bertujuan sebagai praktis piawai yang digunakan untuk mengawalselia keahliannya. Walaupun begitu, sehingga ke hari ini, tiada suatu badan yang dapat bertindak dengan sepenuhnya untuk menyelia kaunselor yang wujud di Malaysia.

Warren, (1995) mencadangkan perlunya suatu kursus yang menawarkan etika di dalam bidang perniagaan. Ia adalah bertujuan untuk menjadikan bidang perniagaan

(19)

;'3 scbagai suatu bidang yang professional. Begitu juga di dalam profesion yang lain,

C"T?G di dalam kaunseling adalah suatu landasan untuk mengelakkan kebebasan -Y';\idu yang mempraktiskan kaunseling tanpa kawalan yang boleh memburukkan +&idmatan menolong (Mohd Mansur Abdullah, 2003).

Selain itu, etika di dalam perniagaan boleh memberi sumbangan kepada -%gunan karakter melalui pengukuhan dan mendalami gabungan kualiti dengan -=rush personal dan keyakinan diri. Maka dengan ini, pelajar boleh merefleksi q m t i t i mereka sendiri dan timbulnya kesedaran akan tanggungjawab akan peranan

&?am perniagaan yang bakal dihadapi kelak. Kod etika telah berkembang di seluruh C.-mia di dalam semua jenis organisasi, samaada yang berlandaskan keuntungan

~ a h u p u n tidak. Kepercayaan mengenai keperluan kewujudan kod etika untuk m g k a t k a n lagi persekitaran beretika dalam organisasi telah disokong oleh te5anyakan penulis (Axline, 1990; Fraedrich, 1992; Gellerman, 1989; Harrington, I99 1 ; Laczniak and Murphy, 1991; Sims, 1991 ; Stoner, 1989; Wood, 2002; dalam n - o d & Rentschler, 2003).

(20)

12 Kenyataan Masalah

Etika secara asasnya memberi perhatian dengan menyinari persoalan yang fiiatakan secara moralnya tingkahlaku yang baik, apa yang baik untuk kehidupan,

fiw pengadilan terhadap peraturan dan prinsip yang akan membantu memastikan ::eputusan yang baik dapat dibuat.(Liszka, 1999 dalam Onne & Ashton, 2003)

Ini dinyatakan dalam prinsip ketiga belas birnbingan dan kaunseling yang figariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1984). Prinsip ini menyatakan 52mbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang

%ik Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan penuntut supaya ia 5dak dianiaya oleh orang yang menolongnya (Zulkifli Yusuf, 1988).

Mohd Shahar Sidek (1992) mencadangkan akan keperluan etika kerja untuk xningkatkan kualiti dan produktiviti seseuatu negara atau organisasi yang mmpunyai kaitan secara positif dengan budaya kerja para pekerja yang unggul.

blanakala Wood dan Rentschler (2003), menyatakan akan keperluan sesebuah n ~ n i s a s i mempunyai komitmen untuk membangunkan dan mempertahankan b ~ d a y a organisasi yang beretika selaras dengan pandangan Serpa (1 985) dalam Wood dm Rentschler (2003) yang menyatakan budaya organisasi sebagai 'Social glue"

?ang akan mengikatkan persekitaran sesebuah organisasi itu dengan nilai, kpercayaan, cara yang membolehkan ia dilaksana secara praktis di organisasi. Ini

?~cnunjukkan bahawa etika telah lama wujud dalam organisasi dan perniagaan serta xntingnya etika dalam melahirkan budaya yang cemerlang.

(21)

Di Malaysia, profesion sebagai kaunselor masih tidak dipandang sebagai antara profesion yang menyerlah di kalangan profesion yang lain dan masih kabur akan peranan dan fungsi yang dibawanya. Sejak Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) wujud, barulah kehadiran profesion ini dipandang sama pentingnya dengan profesion yang lain. Sebagai seorang kaunselor berdaftar, seseorang kaunselor itu terikat dengan etika kaunseling. Etika ini befingsi menyatakan bahawa kaunselor adalah seorang yang profesional dan bertindak mengikut panduan di dalam etika itu sendiri.

Di dalam pelbagai situasi, piawai ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran etika dan juga untuk memperbaiki tingkahlaku di dalam profesion kaunselor. Walaupun begitu, seseorang kaunselor berdaftar masih terdedah dengan penyelewengan etika. Ini berkemunglunan kerana penyerapan mengenai nilai-nilai etika itu tidak disemaikan dan diamalkan. Walaupun Akta Kaunselor 1998 telah

\vujud selama hampir enam tahun sehingga kini (2004), kita masih kekurangan data

>-ang komprehensif dan sistematik mengenai tahap samaada kaunselor mempercayai ataupun mengikuti garis panduan kod etika tersebut.

Oleh itu, kajian ini ingin melihat sama ada kaunselor berdaftar di Malaysia mempunyai pengetahuan mengenai tingkahlaku beretika ataupun tidak? Ini adalah kerana sebagai seorang kaunselor berdaftar yang terlatih, seharusnya individu terbabit mempunyai kesedaran dan pengetahuan etika yang tinggi.

(22)

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan sebagai petunjuk atau maklumat awal untuk memastikan bahawa wujudnya etika di dalam diri seseorang kaunselor itu sendiri, samaada dari pengetahuan atau pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar kaunselor berdafiar.

Melalui kajian ini juga, ia akan memberi cadangan dan maklumat kepada pihak Lembaga Kaunselor Malaysia agar dapat mengemaskini semula kod etika Malaysia yang telah terrnaktub di dalam Akta Kaunselor 1998, seterusnya menawarkan piawai fonnal yang praktis bagi profesion kaunselor. Selaras dengan pandangan Lazniak dan Murphy (1 99 1 & 1988) yang berpendapat semakin sosial dan nilai etika yang wujud dalam sesebuah komuniti, ia akan menjadi dinamik dan fleksibel yakni sesuai dengan peredaran semasa.

Selain itu, untuk menjadikan sesuatu kod itu relevan dan efektif maka ia haruslah diperiksa, dikemaskini, diperbincangkan dan dipertingkatkan lagi untuk seiring dengan keperluan yang bakal dihadapi oleh organisasi. Selain itu, kajian ini juga akan meningkatkan profesionalisme kaunselor itu sendiri.

Bagi masyarakat dan persekitaran pula, apabila adanya kajian yang membincangkan mengenai etika di kalangan kaunselor, mereka akan merasakan profesion ini sebagai profesion yang profesional dan melalui etika yang wujud pada diri kaunselor yang akan menjaga kebajikan klien. Ini adalah kerana wujud penyelewengan oleh sesetengah individu yang mengaku dirinya kaunselor dan

(23)

m s a u t keuntungan semata-mata dari masyarakat yang terpedaya dan ia adalah

%gkahlaku yang sama sekali tidak beretika (Mohd Mansur Abdullah, 2003).

Maka, dengan adanya kajian ini, masyarakat akan dapat mengetahui bahawa

=uiudnya Akta Kaunselor dan hanya kaunselor yang terlatih sahaja yang dapat W a f l a r dan berpegang kepada kod etika yang telah digariskan. Oleh itu, masyarakat 5dak akan ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari kaunselor

?ang sah. Seterusnya dapat meningkatkan masyarakat Malaysia yang bebas dari rwmasalahan dengan bantuan kaunselor.

Selain itu, profesion ini tidak akan dipandang remeh dan berupaya menarik ninat lebih ramai lagi yang akan mengikuti program kaunseling pada masa akan Catang. Dengan adanya kajian mengenai pandangan tingkahlaku beretika di kalangan kaunselor berdaftar ini, ia dapat menambahkan lagi kajian ilmiah tempatan di dalam sidang kaunseling.

(24)

1 C#jrFrtif Kajian

1.J.1 Objektif Umum

1.4.1.1 Mengenalpasti pandangan kaunselor berdaftar mengenai tingkahlaku beretika.

I A.2 Objektif Khusus

1.4.2.1 Mengenalpasti pandangan kaunselor berdaftar mengenai tingkahlaku beretika.

1.4.2.2 Mengumpul maklumat mengenai faktor demografi (jantina, umur, bangsa, tahap akademik tertinggi, kelulusan tertinggi dalam atau luar negara, jawatan, dan tempat praktis) kaunselor berdaftar di Malaysia.

1.4.2.3 Mengenalpasti faktor demografi (jantina, umur, bangsa, tahap akademik tertinggi, kelulusan tertinggi dalam atau luar negara, jawatan, dan tempat praktis) yang mempengaruhi pandangan kaunselor berdaftar mengenai tingkahlaku beretika.

1.4.2.4 Mengenalpasti teorilpendekatan yang dipraktiskan oleh kaunselor berdaftar di Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pendahuluan Latar Belakang Demografi Objektif 1: Tahap Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik di Universiti Penyelidikan Tahap Kejayaan Kerjaya Ekstrinsik

Dengan pertimbangan peluang kelulusan, terhadap peserta yang mendaftar pada jabatan Penjaga Tahanan (nomor 1) dan Pemeriksa Keimigrasian Terampil (nomor 4) yang telah lulus SKD di

Rajah 4: Rajah bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam pemprosesan maklumat untuk implicit memory. Sumber dipetik dan diubahsuai dari

1 Perkaitan Antara Penghargaan dan Pengiktirafan Dengan 52 Motivasi PekefJa Untuk Bekerja 4.2.2 Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Dalam Organisasi Dengan 53 Motivasi Pekerja Untuk

Justeru itu, bab 1 ini akan menerangkan tentang kajian yang akan dijalankan iaitu untuk melihat hubungkait kepuasan kerja dengan faktor- faktor yang boleh mempengaruhi kepuasan kerja

Syarat Kemasukan Program Sains Kognitif • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau yang setaraf dengannya dan memperolc kelulusan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

3.3.2.3 Coding analysis 3.3.2.4 Penganalisaan lukisan 3.4 Kesimpulan 34 BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 35 4.1 Latar belakang responden 36 4.2 Analisa hasil temubual

xiii BAB BAB 4 PERKARA ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 4.1 Analisa Temuramah 4.2 Objektif Kajian 1 Faktor yang Menjadi Penyumbang kepada Kesukaran Para