• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai: Satu penelitian konseptual - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai: Satu penelitian konseptual - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai: Satu penelitian konseptual

ABSTRAK

Artikel ini meneliti tentang konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai.

Hal ini kerana destinasi pantai merupakan lokasi yang sering menarik perhatian pelancong disebabkan oleh tarikan dan keunikannya. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah penyelidikan konseptual dengan melaksanakan pemerhatian dan analisis maklumat semasa dari data sekunder yang berkait rapat dengan topik kajian. Secara umumnya, konsep liminaliti dalam pelancongan ini merujuk kepada peralihan pelancong ketika meninggalkan keselesaan yang diperolehi di rumah bagi melintasi masa dan ruang serta beberapa ‘ambang batas’ dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui serta meliputi pengalaman pelancong dalam lima fasa. Liminaliti turut wujud dalam pelancongan di destinasi pantai kerana ruangan pantai itu sendiri dianggap sebagai satu ruang perantaraan di antara daratan dan lautan. Tambahan pula, destinasi pantai ini mampu memberikan pengalaman liminal yang bermakna kepada pelancong kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan serta melarikan diri daripada realiti yang wujud di tempat asal mereka yang penuh dengan kekangan dan tanggungjawab. Oleh itu, liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai boleh diteliti dalam beberapa ciri tertentu, iaitu ciri fizikal, ciri sosial serta ciri mental dan emosi yang dapatu membantu dalam menggambarkan pengalaman liminal pelancong dengan lebih mendalam.

Referensi

Dokumen terkait

KONSEP DIRI & PERSEPSI DIRI ORANG PAPUA GUNUNG & ORANG PAPUA PANTAI DALAM MEMBENTUK POLA

Hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama para keusahawanan yang juga pengajar tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif iaitu pembelajaan kewangan, kemahiran ICT dan

Perancangan yang dilaksanakan ini secara tidak langsung membantu pihak yang terlibat dalam sektor ini untuk bertahan walaupun pandemik COVID-19 berlaku dalam satu tempoh masa yang

Implementasi konsep Al-Falah dalam aspek keusahawanan Islam menurut perspektif Al-Qurtubi: satu analisis ABSTRAK Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam

Sebagai seorang pendakwah yang sentiasa membenarkan seruan Ilahi, kita perlu untuk bersaing dengan mereka yang bukan beragama Islam dengan menggunakan medium yang terbaik dalam bidang

Dakwah bil akhlak kontemporari: satu pendekatan dalam konsep keusahawanan Islam ABSTRACT Dakwah adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap manusia dalam segenap sudut

iii ABSTRAK Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan empat modul dalam Program Latihan Khidmat Dalam Negara PLKN iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan