• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUALA LUMPUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "KUALA LUMPUR"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan menjalin kerjasama dengan Microsoft Corporation (Microsoft) bagi memperkasakan belia Orang Asli di negara ini menerusi penggunaan teknologi.

HRD Corp agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), manakala Microsoft adalah syarikat teknologi multinasional yang berpengkalan di Redmond, Washington, Amerika Syarikat (AS).

Microsoft terlibat dalam pembangunan dan penghasilan perisian komputer, peralatan elektronik, komputer peribadi dan servis digital yang lain seperti 'server' carian dan pengkomputeran awan (cloud computing) .

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kerjasama itu membabitkan pembangunan infrastruktur dan modal insan yang menjurus kepada penggunaan teknologi semasa dalam memperkasakan belia Orang Asli di Malaysia.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Dalam lawatan kerja saya ke Washington, saya telah bertemu dengan Microsoft bagi membincangkan kerjasama membabitkan pembangunan infrastruktur dan program pembangunan modal insan.

"Program ini menjurus kepada penggunaan teknologi semasa dalam memperkasakan belia Orang Asli di Malaysia, menggabungkan kekuatan kedua-dua organisasi bagi memperkasakan belia masyarakat itu dalam penggunaan teknologi yang akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan berfikir.

"Ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada belia OrangAsli untuk menempatkan diri mereka dalam dunia pekerjaan dan keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sasaran utama pelaksanaan program dan inisiatif itu untuk menggalakkan belia, khususnya komuniti Orang Asli untuk menambah baik diri mereka secara proaktif.

Sebagai permulaan, Saravanan meminta HRD Corp melaksanakan projek perantis untuk belia Orang Asli di Tapah, Perak.

"HRD Corp mempunyai pangkalan kukuh untuk beroperasi di samping jalinan rangkaian dengan komuniti Orang Asli. Projek ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100 keluarga Orang Asli di Tapah.

"Projek ini kemudian akan diperluaskan kepada seluruh masyarakat Orang Asli. Saya yakin dan percaya kerjasama HRD Corp dan Microsoft ini akan memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli menerusi program berimpak tinggi membabitkan segmen teknologi," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh Naqib Nor Said Oleh Naqib Nor Said [email protected] ̌Kuala Lumpur Universiti Kuala Lumpur UniKL dan Pasukan Hoki Terengganu THT akan berentap dalam aksi final Piala TNB, hari ini

Исследо- ваниями установлены, что в процессе сушки фруктов активность воды, характеризующая качественные свойства продукта, снижается: для сортов яблок от 1,0 до 0,62±0,01, для сортов