• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUCHING, SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KUCHING, SARAWAK"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN BUSANA TRADISIONAL EMPAT SUKU KAUM WANITA BIDAYUH DI BAHAGIAN

KUCHING, SARAWAK

Anne Ak Rining

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2008

(2)

i'u52i kiiic: ui-6i 'tiaklumat Akademik UNIVEILSiTI (11AI. AYSIA SARANAAK

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

11

11111 III II 11

1000273080

KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN BUSANA TRADISIONAL EMPAT SUKU KAUM WANITA BIDAYUH DI BAHAGIAN KUCHING, SARAWAK.

ANNE AK RINING

Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: PERBEZAAN BUSANA TRADISIONAL EMPAT SUKU KAUM WANITA BIDAYUH DI BAHAGIAN KUCHING, SARAWAK.

SESI PENGAJIAN: 2005 / 2008

Saya ANNE AK RINING

mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I . Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakanF. 71

SIJI, IT TERHAD

TIDAK TERHAD

/11%

, ý JA

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikkan dijalankan)

6

Tanda{afigan Penulis Tarikh: } / , r' 0'j(

Alarnat tetap: No 19, Kampung Bisira Rayang, Jln Link Padawan,

93250 Kuching, SARAWAK.

Tarikh:

7'S-'oö

Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau Terhad, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelasakn sebagai SULIT atau TERHAD

(4)

PENGESAHAN

Projek bertajuk ' Kajian Terhadap Perbezaan Busana Tradisional Empat Suku Kaum Wanita Bidayuh Di Bahagian Kuching, Sarawak' telah disediakan oleh Anne Ak Rining dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Puan Rahah Binti Hasan) Tarikh:

? S "ý

1

(5)

PENGHARGAAN

Puji dan syukur saya persembahkan kepada Tuhan atas segala usaha dan berkat yang diperolehi sepanjang saya menjalankan kajian ini. Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang telah ditempuhi namun saya telah berjaya menyiapkan kajian ini dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Saya berasa amat bertuah atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke UNIMAS yakni, impian mencapai cita-cita saya untuk belajar dimenara gading dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Seni Liberal kerana memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu yang sangat bernilai dan berharga bagi saya. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Pn Rahah Binti Haji Hasan yang telah banyak memberi dorongan, tunjuk ajar serta teguran yang membina kepada saya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada sernua pensyarah Jabatan Seni Liberal atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang telah diberikan kepada Puan Qistina Donna Lee Abdullah, Cik Karen Samy, Dr Azhar, Puan Noria Tungang, Cik Ema Shuhaida dan Puan Zarina Mohd Shah. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pensyarah FSGK.

Kepada keluarga yang tersayang mama (Neomii Ak Gang) dan papa (Rining Ak Tai) serta semua ahli keluarga (Joe Judy, Ellit dan Kaleng) yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan yang kuat sepanjang saya menuntut di sini. Kejayaan yang dikecapi adalah merupakan hadiah yang teristimewa buat semua terutama kepada mama dan papa. Tidak lupa juga kepada sepupu saya Mary Ruth Biling dan Tini Durid serta kawan-kawan (Rose Masrina, Charles, Jengki, Ida, Ram, Cik Turn dan Gee) yang telah

(6)

memberi kekuatan serta sentiasa memberi nasihat kepada saya sepanjang tempoh pengajian saya di Unimas.

Akhir sekali ucapan jutaan terima kasih kepada En Jones Noeb yang telah memberi banyak maklumat sepanjang saya menjalankan kajian im di samping memberi kerjasama yang sangat mernuaskan. Malah tidak lupa juga kepada empat orang ketua kampung yang mewakili setiap daerah iaitu En Bundu Suwap yang mewakili kampung Benuk Penrissen, En Dominic Yon yang mewakili kampung Annah Rais Padawan, En Aten ak Asen yang mewakili kampung Peninjau Baru Singhai dan En Henry Jandar yang mewakili kampung Ta-ee Serian. Jasa baik semua akan dikenang selalu dan tanpa semua kajian ini tidak akan berjaya sepenuhnya.

111

(7)

t'usat Khidmat Makturnat Akademik UMVERSPI7 MALAYSIA SANAN'A, K

ISI KANDUNGAN

PENGESAHAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI CARTA/ RAJAH/ GAMBAR

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan

1.1.1 Latarbelakang Negeri Sarawak 1.1.2 Latarbelakang Kaum Bidayuh 1.1.3 Busana

1.2 Definisi

1.3 Objektif Kajian 1.4 Hipotesis

1.5 Skop Kajian

1.6 Permasalahan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian

Muka surat

iv-vii vii-x

X1

xii

1-6 7-10 11-18 19 20-21 22

23

24

25

(8)

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan

2.2 Sejarah Kaum Bidayuh 2.3 Busana Dalam Dunia

2.4 Bahan Pemprosesan Busana 2.5 Aksesori Tradisional Bidayuh 2.6 Busana Tradisional Bidayuh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian 3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.1.1 Kaedah Kualitatif 3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan 3.6 Instrumen Kajian 3.7 Lirnitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan Kajian

26 27-29

30-31 32-33 34-35 36-37

38 39-40

41 42-45 46 47 48-49

50-52 53 54

V

(9)

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55-56

4.2 Penganalisaan Data 57-59

4.2.1 Temuramah

4.2.2 Senarai Perbezaan Busana Mengikut Kategori Aksesori 60-67

4.2.3 Faktor Perbezaan Ciri Warna 68-71

4.2.4 Faktor Perbezaan Perubahan Masa 72-74

4.2.5 Faktor Perbezaan Amalan Budaya Dan Kepercayaan Agama 75 4.2.6 Faktor Bahan Dan Penggunaan Hiasan Renda 75

4.3.1 Perbezaan Carta Dua Set Busana Lengkap Bidayuh Di Bau 76-83 4.3.2 Perbezaan Carta Dua Set Busana Lengkap Bidayuh Di Padawan 84-95 4.3.3 Perbezaan Carta Dua Set Busana Lengkap Bidayuh Di Serian 96-101 4.3.4 Perbezaan Carta Dua Set Busana Lengkap Bidayuh Di Penrissen 102-108

4.4 Kesimpulan 109-110

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 111-112

5.2 Rumusan 113

5.3 Cadangan 114

5.3.1 Tindakan Organisasi Atau Badan Kebudayaan Bidayuh Mempamerkan Satu Set Busana Tradisional Bagi Mewakili

Setiap Daerah 115

5.3.2 Menerbitkan Lebih Banyak Buku Yang Berkaitan Dengan

Busana Tradisional 115

(10)

5.3.3 Menyeneraikan Ciri Yang Dikenalpasti Dan Mengadakan Seminar 116 5.3.4 Mempelbagaikan Pendokumentasian Dalam Media Massa 117

5.4 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 118

5.5 Kesimpulan 119-120

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN LAM PIRAN

vii

(11)

SENARAI JADUAL/ CARTA/ GAMBAR

Rajah 1 : Pemerintahan Di Bawah Kolonel Brooke

Gambar 1& 2 : Sumber Daripada Finalis Pertandingan Busana Tradisional Bidayuh Di Miri, 2007

Gambar 3 & 4: Surnber Daripada Buku Nine Dayak Nights, 1957 Dan Pertandingan Busana Tradisional Bidayuh

Garnbar 5 : Busana Tradisional Bau

Garnbar 6 & 7: Empat Set Busana Bau, Padawan, Serian dan Penrissen

Muka surat 6

14

15 16

dan Pemakaian Busana Untuk Majlis Perkahwinan 17 Gambar 8 & 9: Pernakaian Busana Untuk Upacara Spiritual dan

Pemakaian Busana Untuk Borih 18

Rajah 2 : Gambar Responden Yang Ditemuramah 59

Jadual 1 : Senarai Perbezaan Busana Mengikut Kategori

Aksesori Bagi Empat Daerah 60-63

Rajah 3 : Warna Asal atau Ash Busana Tradisional 68

Rajah 4 : Warna Mewakili Daerah Bau 70

Rajah 5 : Warna Mewakili Daerah Serian 70

Rajah 6 : Warna Mewakili Daerah Penrissen 71

Rajah 7 : Warna Mewakili Daerah Padawan 71

Gambar 10 & 11: Menunjukkan Unsur Motif Kaum Than clan Menunjukkan Tali Pinggang Kaum Than Carta 1(4.3.1) : Busana Tradisional Ash Bau

74

74

76

(12)

Carta 2 : Busana Tradisional Kontemporari Bau

Garnbar 12 & 13: Set Busana Ash dan Set Busana Kontemporari Garnbar 14 &15 : Rantai dan Gelang Tangan

Garnbar 16,17,18& 19 : Tali Pinggang, Selendang dan Peralatan Tambok

Gambar 20,21,22&23 : Baju Lengan Pendek dan Panjang Sarung

Berloceng dan Berenda

Carta 3 (4.3.2) : Busana Tradisional asli Padawan

Carta 4 : Busana Tradisional Kontemporari Padawan

77 78 80

81

83 84 85 Garnbar 24,25,26&27 : Tradisional dan Kontemporari 87 Garnbar 28,29& 30 : Topi Bermanik, Kain Ikat dan Kain Bung Bok 89

Gambar 31 & 32: Selempang dan Tambok 91

Garnbar 33,34,35,36,37& 38 : Burad, Manik Pelbagai Warna dan Tali

Pinggang Perak 92

Gambar 39,40,41,42 &43: Gelang Tangan Perak Rasung Tangan &

Rasung Kaki 93

Garnbar 44,45,46 & 47: Singlet Tradisional dan Singlet Moden

Renda, Berloceng dan Kain

Hitam Tradisional 95

Carta 5 (4.3.3) : Busana Tradisional Ash Serian 96

Carta 6 : Busana Tradisional Kontemporari Serian

Gambar 48&49: Busana Tradisional, Busana Moden

Garnbar 50,51,52&53: Terendak, Tali Pinggang, Tambok Buluh, Selendang dan 97 98

ix

(13)

Gelang Tangan Perak 100 Carta 7 ( 4.3.4) : Busana Tradisional Asli Penrissen 102 Carta 8 : Busana Tradisional Kontemporari Penrissen 103

Gambar 54 : Satu Set Busana Tradisional Kini 105

Gambar 55&56 : Kain Sepiah Rantai, Tali Pinggang Dan Selempang

Gambar 57&58 Baju Merah Jambu dan Sarung Berenda

107

108

(14)

ABSTRAK:

Busana Tradisional Bidayuh merupakan salah satu warisan yang mempunyai nilai kesenian dan mencerminkan kebudayaan yang unik. Busana ini digunakan semasa menyambut perayaan Gawai, upacara spiritual dan majlis adapt-istiadat Bidayuh. Kajian ini berkaitan dengan perbezaan terhadap busana tradisional wanita yang bertujuan bagi menyusun perbezaan aksesori, meneliti dan mengetengahkan ciri-ciri yang terdapat pada busana tradisional ini serta berkongsi segala maklumat yang berkaitan kepada semua golongan masyarakat.

XI

(15)

ABSTRACT :

Bidavuh's Traditional Costume is considered as one of the valuable heritage and reflected its unique cultural that need to be preserved and appreciated. It is worn during the Bidavuh s Spiritual ceremonies and other rituals. The purpose of this study is to see the differences in terns of the arrangement, accessories as well as to expose its unique patterns to societies.

(16)

BAB l : PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji menerangkan latarbelakang kajian. Penekanan lebih tertumpu kepada skop latarbelakang negeri Sarawak, sejarah kaum bidayuh, busana, objektif kajian, hipotesis, skop kajian, permasalahan kajian dan kepentingan kajian.

Kajian im berkaitan dengan perbezaan busana tradisional empat daerah suku kaum wanita bidayuh di bahagian Kuching Sarawak mengikut asal-usul dan tujuan busana tradisional direka dan dipakai mengikut upacara yang diadakan.

1.1.1 LATARBELAKANG NEGERI SARAWAK

Pulau Borneo yang terletak di antara 7° 7 ' utara hingga 40 12' selatan garisan lintang dan dari 108 25' timur garisan bujur yang berukuran paling panjang 900 batu, paling besar lebar tujuh ratus batu dan tiga ribu lengkungan. Negeri Sarawak yang terletak pada longitude 0° 50' dan 5 N serta meridian 109° 36' hingga 115° 40'. Negeri Sarawak mengalami iklim hujan tropika yang mana kelembapan suhu yang paling tinggi adalah pada 90 F dan bagi suhu hariannya adalah dalam linkungan 76 F hingga 86 F.

Merujuk kepada keluasan ini menunjukkan bahawa negeri Sarawak yang mempunyai keluasan paling besar di Malaysia. Keseluruhan keluasan negeri Sarawak adalah seluas

124,449.5 kilometer persegi iaitu 1 /3 daripada keluasan Semenanjung Malaysia. "Populasi henduduk Saraiiak pada lahun 2005 adalah sejurnlah 2.31 juta.

I

(17)

Catatan dalam Jabatan Perangkaan menunjukkan seramai 20 300 orang dilahirkan sepanjang tahun 2004 dan jumlah kematian adalah sebanyak 4 100 orang di mana penirrunan sebanvak 4 100 orang ". (Sumber diambil daripada Jabatan Perangkaan

Malaysia Cawangan Negeri Sarawak, 2005).

Sarawak dibahagikan kepada 11 bahagian dan setiap bahagian mempunyai Pejabat Residen masing-masing yang berfungsi untuk mengurus dan mentadbir. Bagi setiap bahagian dibahagikan kepada daerah yang ditadbir oleh setiap pejabat daerah, dalam setiap daerah dibahagikan kepada beberapa kampung yang akan ditadbir oleh penghulu dan setiap kampung akan dipimpin dan dijaga oleh Ketua Kampung sebagai wakil bagi menyuarakan masalah yang berkaitan dengan penduduk kampung kepada pejabat daerah masing-masing.

Negeri Sarawak yang dikenali sebagai "Bumi Kenyalang" di mana "Burung Kenyalang" yang dikenali sebagai "Hornbill" adalah menjadi lambang kepada negeri Sarawak. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai etnik, bangsa, kaum, agama dan budaya. Di samping mempunyai sumber ekonomi yang tinggi nilainya dipasaran dan membantu dalam meningkatkan ekonomi negara seperti minyak mentah, gas, petroleum, kelapa sawit, lada hitam, kayu balak dan sebagainya. Sarawak juga merupakan negeri yang mempunyai 40 etnik kaum yang berbeza darf segi dialek , budaya dan cara hidup. Manakala di kawasan Bandar penduduk yang paling ramai adalah terdiri daripada melayu, cina dan dalam bilangan peratusan yang paling kecil terdiri daripada iban dan bidayuh yang berpindah darf kawasan pendalaman atas sebab menceburi bidang pekerjaan. Sarawak mempunyai jumlah penduduk kaum India yang paling sedikit.

(18)

Sarawak yang mempunyai bandaraya yang terkenal sebagai Kuching yang diberi narna sempena Sungai Kucing dan mernpunyai sejarahnya yang tersendiri.

Mengikut penceritaan atau mitos mengatakan bahawa bandaraya Kuching pada satu tika dulu terdapat banyak Kucing liar yang mendiaminya. Ada juga buku yang menyatakan bahawa narna Kuching di beri sempena nama Bukit Mata Kuching. Menurut Chang P. F 2002 menyatakan bahawa " Generally the word Kuching may mean Cat in Bahasa Malaysia but in actual. /act the local Malays call a cat " Pusa" and not Kuching. It believed that Kuching was more likely named after Sungai Kuching but the river was filled up sometime in 1928. fir the construction of the temple street. " Berikutan dengan itu,

Kucing dijadikan sebagai lambang kepada bandaraya Kuching.

Pelbagai evolusi dan kronologi sejarah yang berlaku di Sarawak yang bermula daripada kedatangan pedagang-pedagang asing yang mula bertapak di Sarawak merangkumi pedagang Cina, India dan Arab yang berniaga pada satu tika dulu. Selepas itu bermulanya era Kolonel Brook yang terdiri daripada tiga pemerintah iaitu Sir James Brooke, Sir Charles Brooke dan Sir Charles Vyner Brooke. (sila rujuk mukasurat 6)

Penaklukkan rejiman Kornunis dari Jepun mula bertapak pada 16 Desember 1941 di Miri Sarawak iaitu di bahagian utara dan kemudian menakluki Kuching pada 24 Desember 1941 yang membawa banyak sejarah hitam kepada penduduk tempatan serta priburni Sarawak. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945. Rejiman Jepun ini diketuai oleh Putera Maide yang berasal dari Jepun. Tujuh bulan kemudian pentadbiran

Sarawak di ambit alih oleh pentadbiran Australia sehingga pada tarikh 14 April 1946 dan pada masa yang sama Sir Charles Arden Clarke dilantik menjadi gabenor pertama

3

(19)

Sarawak. Gabenor kedua di bawah pentadbiran Mr Duncan Steward, seterusnya diambil alih oleh Sir Anthony Abell dan Sir Alexander Waddell.

Kemerdekaan yang diberikan kepada Sarawak pada 16 September 1957 adalah merupakan detik permulaan negeri Sarawak mentadbir dan menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan sosial di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia. Sarawak dikenali dengan pelbagai etnik yang mana penduduknya hidup dalam harmoni dan sangat unik. Apabila tiba musim perayaan besar yang diadakan merujuk kepada kalendar tahunan seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Gawai Dayak, Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas. Satu budaya serta bangsa berkumpul dan bersatu bagi mengeratkan silaturrahim untuk menyambut perayaan tersebut tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

Pelbagai amalan budaya yang unik turnt membawa Sarawak kepada mata dunia dalarn menarik lebih ramai pelancong asing untuk datang ke Sarawak" One of most attractive features of the state of Sarawak and one which sets it aside from many of the other Malysian states is its cultural diversity. Sarawak can be proud to boast racial harmony amongst a population of 2.1 million who adhere to a variety of traditions, practices and religions. With such a melting pot of a Customs and cultures Sarawakians enfcw a variety cif colourfirl festivals throughout the calendar year. The cultural diversity also allotias Sarawak to be one of the most popular tourist destinations in the region ".

Sumber dipetik daripada http: //www. SarawakElektronikGovernment (dilayari pada 14 September 2007).

(20)

t'usat Khidmat Makium9t Akademil;

UNiVERSI't'1 MALAYSIA SARAWAK

Selain itu, hutan hujan tropika negeri Sarawak yang mempunyai khazanah alarn yang menarik, unik dan sangat indah. Sarawak masih mempunyai habitat flora dan fauna yang dilindungi seperti pelbagai jenis serangga, binatang liar, kayu kayan, pelbagai spesis bunga, orkid, gunung, sungai dan sebagainya. Secara langsung keunikkan khazanah alam yang terdapat di Sarawak ini telah membawa kepada satu kehidupan yang indah dan harmoni yang terdapat di Sarawak.

5

(21)

Rajah 1: Pemerintahan di bawah Kolonel Brooke

Sir James Brooke 1839- 1868

Sir Charles Vyner Brooke 1917- 1957

Sir Charles Brooke 1868- 1917

Putera Maide, Jepun 1941

(22)

1.1.2 LATARBELAKANG KAUM BIDAYUH

Perkataan "Bidavuh " adalah berasal daripada "Land" dalam bahasa English atau "Darat " dalarn bahasa Malaysia. Menurut Chang P. F History Of Bidayuh In Kuching Division Sarawak

, 2004 (m/s 6) " in bidavuh language

, "Bi " means "people"

and " Davuh " means " Land ". Hence " Bidavuh " means " People of the land". Ini menunjukkan bahawa maksud Bidayuh adalah terbit daripada bahasa bidayuh sendiri yang mempunyai maksud rnengikut dua suku kata yang digabungkan. Bidayuh atau dikenali juga sebagai "Land Davak" merupakan satu kaum yang mempunyai penempatan di atas bukit, lereng bukit dan sesetangahnya berkampung di kaki bukit dengan menjalani kehidupan secara primitif. Aktiviti utama kaum bidayuh adalah bercucuk tanam seperti mcnanam padi, berkebun dan menjalankan kehidupan secara bertani iaitu sara diri.

Bidayuh bercucuk tanarn hanya untuk kepentingan dan digunakan untuk keperluan scharian sendiri.

Kaum Bidayuh kebanyakkannya terdapat di bahagian Barat-Laut kepulauan Borneo. Kaum bidayuh merupakan etnik yang keempat paling besar di Sarawak. Asal- usul kaum Bidayuh menurut Chang P. F, History Of Bidayuh In Kuching Division Sarawak 2004 (m/s 6) menyatakan bahawa " Most of them came from Sungkung, Bugau and other harts along Kalimantan But-at, Indonesia about twenty generations ago before Karakatao eruption on 27-8-1883. This indicated that the Bidayuh community had settled down in Sarawak sometime in 1380s ". Mengikut asal-usul masyarakat Bidayuh hanya

7

(23)

terdiri daripada sepasang suami isteri yang mula berpindah dari Sungkung. Pasangan ini melahirkan zuriat yang terdiri daripada empat orang anak yang mana akhirnya mereka turut berpindah dan membuka kawasan baru seperti yang dikenali sebagai Bau, Padawan, Penrissen dan Serian. Lelaki yang pertama membawa kepada asal-usul kaum bidayuh ini adalah "Tenabi".

Kaum bidayuh merangkumi lima daerah yang berlainan dari segi bahasa dan kesenian yang diamalkan. Menurut Drake-Brockman J. F 1957 The Peoples Of Sarawak. 1959 (m/s 29) menyatakan "There are five main groups, each speaking a different dialect, the two largest being in the Upper Sadong district and in part of Kuching district. The largest of the other three groups live in Bau district and the two smallest in Lundu. " Lima kelompok yang berbeza mi menghasilkan lima jenis rekaan dan aksesori busana tradisional yang berlainan. Daerah yang dikaji adalah meliputi Bau, Padawan, Serian dan Penrissen.

Daerah Bau terletak di antara 35 kilometer dari Kuching dan mempunyai keluasan seluas 884.40 kilometer persegi. Jumlah besar penduduk baru adalah seramai 43,190 orang merujuk kepada jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik dan daerah pentadbiran Sarawak 2000. Bilangan bagi etnik Bidayuh baru adalah seramai 29,215 orang. Manakala selebihnya iaitu seramai 13, 975 orang adalah mewakili kaum melayu, cina, iban, melanau dan bumiputra lain. Kebanyakkan penduduknya adalah terdiri daripada bidayuh diikuti oleh Cina dan Melayu. Simbolik kepada daerah Bau adalah batu petanda yang berbentuk tiga badan manusia yang membawa maksud kepada sejarah perlombongan enias bersama dengan artifak Non-nah Orkid dan penanam atau peladang.

(24)

Bau adalah antara daerah ketiga yang terdapat di Kuching yang mula dikenali sejak tahun 1820. Menurut Chang P. F, History Of Bidayuh In Kuching Division Sarawak 2002 menyatakan bahawa " The old name Bau District was upper Sarawak Whereareas the old name of Bau Town was " Mau San " or " Bukit Mau ". Selain itu Bau terkenal dengan narna Bandar Mas disebabkan daerah bau pernah mengeluarkan bahan mentah Emas dan antirnoni pada sekitar tahun 1985 hingga tahunl996.

Daerah Padawan mempunyai keluasan sebanyak 165 kilometer persegi dan majoriti terdiri daripada kaum bidayuh. Nama Padawan yang diberikan kepada daerah ini adalah berasal dari Rubuk Padawan yang berdekatan dengan Kampung Annah Rais bersebelahan sungai Sarawak bahagian kiri. Asal bidayuh di Padawan adalah penhijrahan dari Sungkung Kalimantan Barat Indonesia ke Rabak Mikabuh di daearah Penrissen.

Terdapat tujuh kumpulan utama yang tinggal di Padawan iaitu Penyawa, Tibiah, Semban, Sinpok, Braang, Biannah dan Bengoh.

Daerah Penrissen terdiri daripada orang Biperoh. Biperoh adalah bermaksud sejenis daun yang dikenali sebagai Daun Peros yang mana daun ini boleh dimasak dan dijadikan sayur. Kumpulan lain yang turut tinggal di Penrissen adalah Bisitang yang bermaksud gua dalam bahasa Melayu, dan kumpulan Benuk serta Bengoh. Manakala kumpulan Bawang berasal dari Bratak Bau.

Daerah Serian dikenali sebagai kawasan penanaman durian sempena dengan sungai rian dan penduduk di daerah ini telah menamakan kawasan serian sebagai " Se- Rian". Menurut Chang P. F 1999, Legends And History Of Sarawak (m/s 117)

9

Gambar

Rajah  1:  Pemerintahan  di  bawah  Kolonel  Brooke

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tingkat pengetahuan wanita sudah menikah di kawasan perumahan Taman Hussein di Kuching Sarawak

Utilizing interview-based data to measure interactions of artisanal fishing communities and cetacean populations in Kuching Bay, Sarawak, East Malaysia Samantha Ambiea, Cindy

Projek bertajuk ‘Aplikasi Teknik Twelve Tone System Dalam Opera Cina (Hokkien) Yang Dipersembahkan di Kuching, Sarawak’ telah disediakan oleh Yee Chat Kam dan telah diserahkan

Selain itu, bahagian berikut juga akan membincangkan tahap penguasaan dalam tiga bahasa utama yang dipertuturkan oleh masyarakat Tamil di Kuching iaitu bahasa Tamil

THE MALAYSIAN FORESTER 75 1: 65-72 2012 65 CONSERVATION OF DELTAIC MANGROVE FOREST RESOURCES IN KUCHING, SARAWAK: LOCAL COMMUNITIES’ WILLINGNESS TO PAY AHMAD SHUIB1, ANNA BON

Site specific Rainfall Temporal Pattern RTP for sustainable development of Kuching City, Sarawak, Malaysia ABSTRACT An understanding of rainfall temporal patterns is important for

The influence of El Niño Southern Oscillation on urban heat island formation at tropical city: Case of Kuching City, Sarawak ABSTRACT El-Niño Southern Oscillation ENSO is an

IJACA | Vol.1 | Issue 1 | June 2018 | Pages 42-56 42 THE SIGNIFICANCE OF A PUBLIC ART GALLERY AS AN EDUCATION CENTRE IN KUCHING, SARAWAK Wong Neng Lee Universiti Malaysia