• Tidak ada hasil yang ditemukan

kumpulan inovatif dan kreatif 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "kumpulan inovatif dan kreatif 2019"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH MUAR

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019

ECO-BSM19

MAHARANI RD

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

(2)

2 ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. RINGKASAN EKSEKUTIF 3

2. PERINCIAN PROJEK 4

2.1 Latar Belakang 4

a) Kumpulan 4

b) Projek 5

3. Signifikan Pemilihan Projek 5

3.1 Keterangan projek 5-6

3.2 Kriteria pemilihan projek 6-7

4. Tindakan Penyelesaian 8

a) Cadangan penyelesaian 8-9

b) Pelan tindakan 9-10

c) Pelaksanaan tindakan penyelesaian 10-11 d) Perakuan daripada pihak bertauliah 12

5. Keberhasilan Projek (Outcome)/Impak Projek 12 5.1 Outcome projek

a) Kesan jangka pendek 12

b) Nilai tambah @ value added 13

c) Kepuasan hati pelanggan(keberkesanan imej jabatan) 13-14

5.2 Impak Projek 14

a) Kesan jangka panjang kepada pembangunan serta

kemajuan Negara 14

b) Impak projek hasil luar jangka 14

c) Pembuktian melalui data rasmi 15

6. Potensi Pengembangan Projek 15

a) Tahap ketersediaan teknologi/system/proses 15

b) Replikasi 16

(3)

3 1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Permasalahan yang sering berlaku di Sungai Muar adalah pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal terutamanya sampah sarap yang terapung dan yang dapat dilihat dengan pandangan mata . Pembuangan sampah sarap tersebut masih sukar dikawal kerana kurangnya kesedaran penduduk atau orang awam terhadap kebersihan sungai. Oleh itu, pihak Jabatan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang tinggi bagi kerja-kerja pembersihan sungai melalui pihak kontraktor yang dilantik. Saban tahun, pihak jabatan terpaksa berhadapan masalah yang sama kerana kurangnya kesedaran serta penguatkuasaan tentang kebersihan sungai.

ECO-BSM 13 telah direka bagi mengurangkan kos perbelanjaan pihak jabatan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan sungai dilakukan. Diantara fungsi yang terdapat pada ECO-BSM13 adalah:

1. Mengutip sampah-sarap terapung di dalam sungai.

2. Mengurangkan kos pembersihan sungai.

3. Menjimatkan masa pembersihan.

4. Tiada kekangan waktu untuk beroperasi.

5. Mengurangkan tenaga pekerja.

6. Peningkatan aspek keselamatan dan produktiviti.

Semasa penggunaan ECO-BSM13 terdapat masalah yang dikenal pasti iaitu : 1. Sampah yang dikutip tersangkut di Sangkar(Bucket).

2. Sukar memasukkan sampah ke dalam Plastik Sampah.

Oleh yang demikian, Kumpulan MAHARANI RD telah membuat penambahbaikan ke atas ECO-BSM13 dengan memperkenalkan ECO-BSM19 bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Pengubahsuaian telah dilakukan pada Sangkar (Bucket) yang terdapat di ECO-BSM13 menjadi ECO-BSM19.

Impak daripada penambahbaikan yang telah dibuat :

1. Sampah yang dikutip tidak lagi tersangkut pada Sangkar( Bucket ).

2. Sampah lebih mudah dimasukkan ke dalam Plastik Sampah.

3. Mengurangkan tenaga pekerja daripada 4 orang kepada 2 orang.

4. Meningkatkan keselamatan kepada pekerja yang mengendalikan ECO- BSM19.

ECO-BSM19 telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengendalikan ECO-BSM13

(4)

4 2. PERINCIAN PROJEK

Latar Belakang a. Kumpulan

• Nama Kumpulan : MAHARANI RD

• Nama Organisasi : Jabatan Pengairan Dan Saliran Muar

• Alamat : Peti Surat 4, Jalan Ismail, 84000

Muar, Johor.

• No. Telefon : 06-9522801

• E-mel : [email protected]

• Tarikh Penubuhan : 16 Ogos 2018

• Senarai Ahli : 1. Pn. Mahaliza Binti Mohammad (Ketua) 2. En. Muhamad Ali Bin Minen

3. Tn. Haji Suhaimi Bin Ismail

4. En. Anas Bin Mohamed

5. En. Muszarani Bin Ja’afar

6. En. Rahmat Bin Abd Rahman

7. En.Mohd Faiz Bin Mohamed

8. En. Mohamad Fairuz Azwan Bin Muhamad Haidzir

9. En. Mohd Shakirin Bin Sukarno 10. Pn. Siti Noor Aisyah Binti Mustafa 11. Pn. Sahlili Binti Amry

(5)

5 b. Projek

• Nama projek : ECO-BSM19

• Keterangan ringkas : ECO-BSM19 adalah penambahbaikan daripada ECO-BSM13 yang merupakan bot pengangkat sampah yang memudahkan kerja tanpa menggunakan tenaga yang banyak serta menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.

• Bidang inovasi : Penyampaian Perkhidmatan

• Kategori inovasi : Penambahbaikan

• Tarikh kelulusan

Ketua Jabatan : 22 Ogos 2018 (Seperti Lampiran)

3. Signifikan Pemilihan Projek

3.1 Keterangan Projek

Pihak pengurusan JPS MUAR telah menerima aduan daripada kakitangan dan orang awam. Setelah dianalisa terdapat 4 aduan utama yang sering dibangkitkan oleh orang awam dan pekerja jabatan iaitu:-

1. Pencerobohan rezab sungai

2. Masalah tebing runtuh di sungai dan parit

3. Pembinaan lintasan di saliran tanpa kebenaran jabatan

4. Sampah tersangkut di Sangkar (Bucket) bot sampah ECO-BSM13

Kumpulan Maharani RD telah menggunakan Kaedah Analisa SMART dan 5W + 1H dalam memilih aduan yang akan diselesaikan.

Jadual 1 : Kaedah Analisa SMART

(6)

6

Hasil dari analisa tersebut, Kumpulan Maharani RD telah memilih Aduan Sampah Tersangkut di Sangkar (Bucket) Bot Sampah ECO-BSM13 sebagai projek kumpulan ini.

3.2 Kriteria Pemilihan Projek:

a. Kaitan dengan objektif dan misi JPS Daerah Muar Objektif

- Objektif JPS Daerah Muar ialah menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan air negara yang cekap.

Misi

- Dalam menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

b. Memenuhi kehendak pelanggan /stakeholder

- Pengurangan sampah terapung di Sungai dan aduan dari ‘stakeholder’.

- Menjimatkan masa pembersihan.

- Tiada kekangan waktu untuk beroperasi.

- Mengurangkan tenaga pekerja.

- Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan kepada pekerja.

Rajah 1 : Kaedah Analisa 5W +1H

(7)

7 c. Kaitan dengan Agenda Nasional

- Berpandukan Agenda Nasional - 8 Prinsip Pemangkin Ke Kecemerlangan

1. Berilmu – Penjawat awam hendaklah memastikan mereka sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu menjadi ‘figura contoh’ kepada masyarakat.

2. Budaya Amalan Kerja Terbaik – amalan kerja terbaik adalah cerminan kewibawaan bagi penjawat awam. Penjawat awam harus bersungguh dan sentiasa serius dalam pekerjaan, fokus, disiplin, tepati masa dan mempunyai kemahiran serta kompetensi tinggi supaya dilihat sebagai suatu kumpulan yang dinamik, progresif dan berupaya mendepani keluk. Bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menghasilkan prestasi kerja yang unggul dan cemerlang.

3. Budaya keberhasilan yang berteraskan outcome based – budaya ini penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja yang bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menghasilkan prestasi kerja yang unggul dan cemerlang.

4. Budaya Kreativiti dan Inovasi – Penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai dan sentiasa berubah.

5. Permuafakatan Kerja – Penjawat Awam harus meninggalkan amalan bekerja secara silo. Semua pihak perlu berurusan secara muafakat, saling bahu membahu dan bukannya bekerja dengan silo atau lohong masing masing. Melaksanakan kerjasama NBOS (National Blue Ocean Strategy) bersama agensi lain-lain dalam pembersihan sungai.

d. Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa

1. Tatacara kerja yang tidak egronomik dan mesra pekerja - Keselamatan dan Kesihatan

Tatacara kerja pada masa ini didapati tidak selamat kerana Pekerja perlu mengutip sampah yang tersangkut di Sangkar (Bucket) secara manual menyebabkan pekerja terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan.

2. Menyokong Aktiviti dan Ekonomi Setempat

- ECO-BSM19 digunakan di kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti dan ekonomi penduduk seperti aktiviti Sukan Air, Bot Pelancongan (River Cruise) dan aktiviti rekreasi kepada penduduk setempat.

(8)

8 4. Tindakan Penyelesaian

a. Cadangan Penyelesaian

• Kumpulan MAHARANI RD menggunakan kaedah Rajah Pokok bagi menentukan kriteria yang terbaik untuk menghasilkan penciptaan idea kreatif.

Daripada kriteria ini, ahli kumpulan merekacipta pembangunan alat. Terdapat rekacipta idea kreatif yang dihasilkan oleh ahli kumpulan. Kemudian kaedah Analisis SWOT digunakan bagi menentukan penciptaan pembangunan alat yang paling praktikal.

Rajah 2 : Kaedah Rajah Pokok

ECO-BSM19 Idea Kreatif :

1. Muszarani 2. Rahmat 3. Hj.Suhaimi

AUTO CONVENYER Idea Kreatif : 1. Muhamad Ali 2. Mohd Faiz AUTO CRANE

Idea Kreatif : 1. Mahaliza 2. Shalili 3. Anas

SMART SCOPE Idea Kreatif :

1. Fairuz 2. Aisyah

(9)

9

Bil.

Alternatif Cadangan Terbaik

S Strengths (Kekuatan)

W Weaknesses (Kelemahan)

O Opportunities

(Peluang)

T Threats (Ancaman)

Remarks

1 ECO-BSM19

• Mempercepatkan Proses pengendalian sampah

• Kurang tenaga pekerja

• Kurang risiko kesihatan

• Kurang risko keselamatan

• Operasi yang mudah

• Kualiti sampah terhad

• Hanya mengutip sampah terapung

• Penguabahsuaian sangkar sediada

• Kitar semula sangkar sediada

• Tiada

2 AUTO

CONVENYER

• Mempercepatkan Proses pengendalian sampah

• Mengurangkan tenaga kerja

• Kurang risiko kesihatan dan keselamatan

• Kos pembuatan dan penjagaan yang tinggi

• Menggunakan tenaga elettrik

• Perlu pengubahsuaian

‘major’ pada bot

• Teknologi baru • Kos

penyelenggaaan yang tinggi

3 SMART

SCOPE

• Kos yang rendah

• Mudah dikendalikan

• Menggunakan tenaga pekerja

• Risiko keselamatan

• Mudah hilang /jatuh ke dalam sungai

• Pengubahsuaian peralatan sediada

• Tidak tahan lama/jangka hayat rendah

4 AUTO

CRANE

• Kurang tenaga pekerja

• Kurang risiko kesihatan

• Kurang risko keselamatan

• Kos pembuatan dan penjagaan yang tinggi

• Menggunakan tenaga elettrik

• Perlu pengubahsuaian

‘major’ pada bot

• Teknologi baru • Kos

penyelenggaaan yang tinggi

JADUAL 2 : KAEDAH ANALISIS SWOT

b. Pelan tindakan penyelesaian

- Kumpulan Maharani RD telah menggunakan Kaedah Analisa SCAMPER dan 5W + 1H dalam merangka pelan tindakan penyelesaian.

Rajah 3 : Kaedah SCAMPER

S C A M P E R

PENGGANTI GABUNGAN TUJUAN UBAHSUAI KEGUNAAN HAPUSKAN KAJI SEMULA JADUAL

2/3 JARING KEPADA PLATE

STAINLES STEEL

UBAHSUAI SANGKAR (BUSKET) SEDIADA

1/3 JARING

+ 2/3 PLATE

MEMUDAHKAN KERJA MEMUNGUT

SAMPAH TERAPUNG

UBAHSUAI SANGKAR (BUCKET) SEDIADA

MENGELAKKAN SAMPAH TERSANGKUT

PENGENDALIAN SECARA MANUAL

MASA PENGENDALIAN

SEBELUM : SAMPAH SANGKUT

SELEPAS : TIDAK TERSANGKUT

SAMPAH TERUS MASUK

KE DALAM PLASTIK SAMPAH

TERUS MASUK KE DALAM

PLASTIK

ECO—BSM19

(PENAMBAHBAIKAN ECO-BSM13)

(10)

10 Rajah 4 : 5W + 1H

- Hasil dari analisa tersebut, Kumpulan Maharani RD telah memilih kaedah penambahbaikan ke atas sangkar (bucket) bagi menyelesaikan masalah Sampah Tersangkut di Sangkar (Bucket) Bot Sampah ECO-BSM13 sebagai projek kumpulan ini.

c. Pelaksanaan tindakan penyelesaian

• Prototaip telah dibina dengan membuat penambahbaikan pada sangkar ECO- BSM13.

Gambar Bucket ECO-BSM13 Gambar Bucket Prototaip

ECO-BSM19

WHERE

BOT SAMPAH ECO-BSM19

WHY

MEREKABENTUK BARU YANG LEBIH SESUAI

WHO MAHARANI RD

WHEN

APABILA MENJALANKAN KERJA PEMBERSIHAN SAMPAH DI

SUNGAI

HOW

SAMPAH TERUS KE PLASTIK WHAT

SATU PRODUK PENAMBAHBAIKAN YANG DIREKABENTUK UNTUK PENYELESAIAN MASALAH SAMPAH TERSANGKUT PADA SANGKAR (BUCKET) BOT ECO-BSM13

(11)

11

• Sebanyak 3 kali ujicuba dan analisa dilakukan bagi menghasilkan rekabentuk ECO-BSM19.Berikut adalah aliran ujicuba dan analisa yang telah dijalankan :

Setelah selesai tiga (3) ujicuba dan analisa serta temubual bersama pekerja jabatan yang mengendalikan prototaip ECO-BSM19, didapati masalah sampah tersangkut di Sangkar (bucket) dapat diselesaikan melalui penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Berikut adalah kos yang terlibat :

Bil Item Kos

1 Plate StainlesSteel, bolt and nut dan aksesori. RM 1000.00 2 Upah pasang dan kerja kimpalan RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1500.00

UJICUBA 1 (7/11/2018) Sebahagian Sangkar (Bucket) ditukar dari Jaring Kepada ‘Plate’

(Stainless Steel)

ANALISA

1. Sebahagian Sampah masih Tersangkut

2. Bot Menjadi Tidak Stabil dan Berat Semasa Operasi

UJICUBA 2 (5/12/2018) 1. Sambungan diantara

Plate dan Jaring ditambahbaik.

2. ‘Plate’ (Stainless Steel) telah ditambah lubang bagi mengurangkan tekanan air semasa operasi.

ANALISA

1. Sampah tidak lagi Sangkut di Sangkar (Bucket)

2. Bot Menjadi Stabil dan Tidak Berat Semasa Operasi

3. Sebahagian Sampah tidak terus masuk ke Plastik Sampah.

ANALISA

Semua sampah yang dikutip terus dapat dimasukkan ke dalam Plastik Sampah.

UJICUBA 3 (6/01/2019) Ubahsuai corong di Sangkar (bucket) dan menambah penyangkut untuk Plastik Sampah.

Jadual 3 : Kos Penambahbaikan Sangkar (Bucket)

(12)

12 d. Perakuan dari pihak bertauliah/pihak berkuatkuasa

Surat Pengiktirafan Surat dari Surat penghargaan dari

dari IKTBN SIRIM MALAYSIA Majlis Perbandaran Muar

5. Keberhasilan Projek 5.1 Outcome Projek

a. Kesan Jangka Pendek

• Impak daripada penambahbaikan yang telah dibuat :

- Sampah yang dikutip tidak lagi tersangkut pada Sangkar( Bucket ).

- Sampah lebih mudah dimasukkan ke dalam Plastik Sampah.

- Meningkatkan keselamatan kepada pekerja yang mengendalikan ECO- BSM19.

Sampah Tidak Sangkut Di Sangkar Sampah Terus Masuk Kedalam (Bucket) Plastik Sampah

(13)

13 b. Nilai tambah @ value added

Penjimatan Tenaga Kerja

- Tenaga kerja yang diperlukan bagi kerja ECO-BSM13 adalah seramai 4 orang.

- Setelah diperkenalkan ECO-BSM19, pekerja yang diperlukan untuk kerja-kerja di lapangan hanya 2 orang.

- Jumlah penjimatan tenaga kerja yang diperolehi ialah 2 orang berbanding 4 orang sebelum ini.

Tenaga Kerja ECO-BSM13 Tenaga Kerja ECO-BSM19

c. Kepuasan hati pelanggan (KEBERKESANAN IMEJ JABATAN)

- Berdasarkan maklumbalas daripada jabatan kerajaan dan pihak luar yang diperolehi.

Bil. Kaedah

Penambahbaikan Tenaga Kerja

1. ECO-BSM13 4 Orang

2. ECO-BSM19 2 Orang

Pemenang Anugerah Asean Clean City Tahun 2018 – 2020 Daerah Muar

(14)

14 - Telah menjadi satu tajuk pembersihan sungai dalam buku teks Darjah 3 5.2 Impak Projek

a. Kesan jangka panjang kepada pembangunan serta kemajuan Negara

• Penyampaian perkhidmatan kepada stakeholder dan pelanggan lebih cekap serta objektif dan misi Jabatan terlaksana.

• Piagam pelanggan yang telah dirangka berkenaan aduan awam dapat dicapai.

• 4 prinsip dalam Agenda Nasional Negara dapat dipraktikkan dalam budaya kerja sebagai penjawat awam iaitu Berilmu, Budaya Amalan Kerja Terbaik, Budaya keberhasilan yang berteraskan outcome based, Budaya Kreativiti dan Inovasi.

• Pematuhan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dapat dipraktikan

b. Impak projek (hasil luar jangka)

• Dapat melaksanakan aktiviti air seperti river cruise, sukan air, ternakan ikan/tiram

1. River Cruise 2. Ativiti sukan air 3. Ternakan ikan/tiram

(15)

15 c. Pembuktian melalui data rasmi

• Melalui keratan akbar, internet

6. Potensi Pengembangan Inovasi

a. Tahap KetersediaanTeknologi/Sistem/Proses

Pemantuan oleh kakitangan Jabatan atau aduan dari pelanggan (stakeholder)

Kakitangan Jabatan akan melakukan penyiasatan

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan cekap dan teliti.

Tamat Penyediaan bot ECO-BSM19 untuk . memulakan kerja-kerja pembersihan sampah.

(16)

16 b. Tahap Replika atau Pengkomersilan

Surat ‘Pattern Search Surat Penyeragaman dari JPS Johor dari SIRIM MALAYSIA

• Produk ECO-BSM19 telah dibentangkan kepada Pihak Pengurusan dan Jawatankuasa Pelan Tindakan Inovasi JPS Negeri Johor. Pihak Pengurusan dan Jawatankuasa Pelan Tindakan Inovasi JPS Negeri Johor telah bersetuju agar produk ECO-BSM19 digunakan untuk memerangkap dan mengutip sampah di kawasan sungai dan empangan di bawah seliaan JPS Negeri Johor sebagaimana surat yang dilampirkan.

Surat-surat berkaitan Kelulusan, Pengiktirafan, Penghargaan, Pengkomersilan dan Penyeragaman dilampirkan di bahagian belakang laporan ini.

(17)

17

LAMPIRAN

(18)

18

(19)

19

(20)

20

(21)

21

(22)

22

(23)

23

(24)

24

Gambar

Rajah 1 : Kaedah Analisa 5W  +1H
JADUAL 2 : KAEDAH ANALISIS SWOT
Rajah 3 : Kaedah SCAMPER
Jadual 3 : Kos Penambahbaikan Sangkar (Bucket)

Referensi

Dokumen terkait