Page | 1 RINGKASAN EKSEKUTIF
Life (ROL) adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk mengubah Sungai Klang di pusat bandar Kuala Lumpur agar kawasan berdekatan sungai tersebut memempunyai nilai ekonomi dan komersil yang tinggi. Bagi tujuan tersebut projek pengindahan dan pembersihan sungai telah dilakukan semenjak 2011 lagi. Dibawah pembersihan sungai, beberapa program telah dijalankan bagi tujuan kawalan sampah serta peningkatan kualiti air sungai Klang. Loji Rawatan Air Sungai telah dibina untuk merawat air sungai Gisir, iaitu anak sungai Klang daripada Kelas Empat dan Kelas Tiga yang tercemar ke kualiti air Kelas 2B yang membolehkan air tersebut disentuh oleh manusia dengan selamat. Walaubagaimana pun semasa loji tersebut beroperasi, masalah kelodak yang banyak di dalam chamber loji menyebabkan air tidak dapat dirawat dengan baik manakala pengeluaran kelodak secara graviti adalah tidak mencukupi.
Bagi mengatasi masalah ini kaedah airlift digunakan untuk mengeluarkan kelodak iaitu dengan menggunakan tube tambahan yang disambung daripada tube aeration blower sedia ada ke chamber berlakunya kelodak tersebut. Udara yang dibekalkan ke dalam tube tersebut akan menyedut kelodak seterunya dibawa ke drying bed untuk dilupuskan. Selepas inovasi, kelodak yang dihasilkan dapat dibuang dengan lebih banyak dan kualiti air yang dirawat adalah bertambah baik.
Kaedah ini juga dapat menjimatkan pembelian pam kelodak tambahan untuk mengeluakan kelodak di loji
Page | 2 1. PENERANGAN KUMPULAN
1.1 Maklumat Kumpulan
Nama Kumpulan : Airlifter
Pejabat : Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Alamat : Kolam Takungan Batu
Pejabat Lembangan Sungai Klang Kolam Takungan Batu
Batu 4 ½, Off Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
No. telefon : 03 61794276
E-Mel : plsk@water gov.my
Senarai Ahli : Asmadi bin Ahmad @ Hasan Mohd Amroz bin Hassan Abdul Rahim bin Mohd Ghazali Mohd Ramadan bin Mahmud Muhamad Huzaifah bin Md. Yusof Nurdiana binti Daud
Nor Faridah binti Mat Pilus
Page | 3 1.2 Logo Kumpulan
Definisi Logo :
Segitiga bewarna Biru Muda : Melambangkan air bersih dan melambangkan semangat untuk terus kehadapan
Segiempat berwarna Kelabu : Bermaksud cabaran yang ada disekeliling dalam menjayakan misi kumpulan
Paip air Lift bewarna Putih : Putih melambangan strategi pembersihan iaitu menggunakan paip airlift dalam membuang kelodak
Bentuk bulat berwarna kuning adalah lambang sasaran kejayaan yang ingin dicapai.
Moto Kumpulan : Meredah cabaran untuk mencapai kejayaan
Page | 4 2 PERINCIAN PROJEK
2.1 Keterangan Ringkas Projek :
Nama Projek : Pengurangan Kelodak di Loji Rawatan Air Gisir menggunakan kaedah Airlift
Nama Projek : Pengurangan Kelodak di Loji Rawatan Air Gisir menggunakan kaedah Airlift
Kategori Projek : Penyampaian Perkhidmatan/ Penambahbaikan
Penyataan Masalah : Jumlah kelodak yang banyak berkumpul di ruangan rawatan biomedia mengurangkan keberkesanan rawatan air di Sungai Gisir
Sararan Projek : Mengurangkan jumlah kelodak di Loji Rawatan air Sungai Gisir
Page | 5 2.2 Signifikan Pemilihan Projek
a. Kriteria pemilihan projek
Lantikan ahli kumpulan KIK telah dilakukan pada bulan Mei 2018.
Pemilihan projek dilakukan selepas melakukan perbincangan kumpulan pada bulan yang sama dan dicadangkan oleh Abdul Rahim Penolong Jurutera Kanan Mekanikal dan dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat tersebut. Cadangan ini juga telah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Inovasi yang dipengerusikan oleh Pengarah JPS Wilayah Persekutuan pada bulan Jun 2018.
Projek yang dipilih juga berkaitan dengan elemen elemen seperti berikut
Kaitan dengan Fungsi utama Jabatan
Projek ini berkaitan dengan Fungsi utama jabatan dalam pengurusan lembangan sungai bagi pelestarian alam sekitar.
Memenuhi kehendak pelanggan
Projek ini memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan peruntukan dalam pembinaan loji ini manakala Kementerian Air Tanah dan Sumber Asili bertanggungjawab dan operasi dan penyengggaraan.
Kaitan dengan agenda nasional
Dibawah Economic Trasformation Programme (EPP) salah salah satu Entry Point Project (EPP) yang terlibat adalah adalah untuk menghidupkan semula sungai klang sebagai pusat warisan dan kormesil. Projek ini dapat membantu pihak kerajaan meningkatkan kualiti air dengan pengurangan kelodak di sungai Gisir iaitu salah satu anak Sungai Klang.
Page | 6
Kesesuaian dengan keadaan semasa.
Dibawah dasar penjimatan dibawah kerajaan baru projek ini membatu menjimatkan kos operasi daripada membeli sesuatu yang tidak perlu seperti pam seterus mengurangkan kos operasim
b. Keterangan Projek
Loji rawatan Air Sungai Gisir telah siap dibina pada tahun 2014 dibawah Program River of Life (RoL). Tujuan ia dibina adalah untuk merawat air sungai Gisir sebelum disalirkan semula ke sungai bagi membantu meningkatkan kualiti air di Sungai Klang. Kaedah rawatan air yang dilakukan adalah menggunakan rawatan secara biologi iaitu menggunakan biomedia iaitu perumah bagi mikrob. Mikrob ini juga kan dibekalkan bekalan udara yang mencukupi supaya ia dapat hidup dan menjadikan air yang tercemar tersebut sebagai sumber makanan. Hasil proses pemakanan mikrob ini juga menukarkan air pencemar air ini kepada bentuk pepejal iaitu kelodak yang perlu dibawa keluar secara berkala bagi memastikan keberkesanan rawatan air di kawasan biomedia.
Rekabentuk asal Loji Rawatan Gisir adalah menggunakan kaedah kelodak keluar secara graviti seperti yang ditujukkan ke dalam Gambar 1. Rekabentuk asal Pembuangan kelodak RWTP Gisir adalah melalui endapan secara graviti dan dibuang ke drying back melalui Sludge valve. Walaubagaimanapun didapati terdapat kelodak yang berkumpul di ruangan biomedia yang tidak dapat dikeluarkan melalui sludge valve menyebabkan air menjadi kotor
Gambar 1 : Rekabentuk pengumpulan kelodak di Loji Rawatan Air Gisir
Page | 7 Analisis masalah adalah menggunalan kaedah 5W+1H seperti Rajah 1 dibawah:
Rajah 1 : Analisis 5W+1H untuk masalah kelodak di Loji Gisir 2.3 Tindakan Penyelesaian
a. Cadangan Kaedah Penyelesaian
Hasil perbincangan kumpulan Airlift mendapati perlu ada penambahbaikan daripada segi cara untuk menyalurkan kelodak tersebut ke luar yang dapat menjimatkan masa dan juga kos. Rumusan dilakukan dengan menggunakan Strategi Lautan Biru dalam mencari jalan penyelesaian isu ini seperti Rajah 2 dibawah
Rajah 2 : Strategi Lautan Biru dalam mencari penyelesaian isu kelodak di Loji rawatan Gisir
Page | 8 Bagi menyelesaikan masalah kelodak di ruangan rawatan biomedia di sungai Gisir.
kumpulan ini melakukan penambahbaikan kepada loji tersebut dengan memasang paip Air lift untuk mengeluarkan kelodak di ruangan tersebut. Kedah airlift ini telah ditemui pada tahun 1797 oleh seorang jurutera dari Negara Jerman. Airlift adalah kaedah dimana udara termampat dimasukkan ke bahagian bawah paip yang dipasang kebahagian chamber yang mempunyai kelodak. Udara yang mempunyai ketumpatan rendah akan terapung dengan cepat. Oleh kerana terdapat tekanan bendalir, cecair bersama kelodak akan turut dibawa dalam aliran udara yang terapung tersebut ke atas dan seterusnya dibuang ke drying bed melalui paip saluran tambahan. Gambar rekabentuk tipikal paip airlift adalah seperti Rajah 3 dibawah
Gambar 2 : Paip Airlift
Setelah rancangan ini dipersetujui oleh ahli kumpulan, perancangan dan rekabentuk awal dilakukandi pejabat. Lokasi pemasangan paip airlift ini dikenalpasti dengan menggunakan pelan asal loji dan juga pemerhatian ditapak. Melalui pemerhatian di dapati lokasi chamber (ruangan) yang perlu diletakkan paip airlift adalah seperti di dalam Gambar 3. Manakala paip penyaluran (transfer pipe) akan dipasang terus ke dryng bed bagi tujuan penyaluran kelodak.
Page | 9 Gambar 3 : Lakaran paip airlift dan penghantaran kelodak di Loji rawatan Air Gisir
Proses kerja seterusnya adalah melakukan pemasangan paip mengikut saiz yang perlu diuji terlebih dahulu dan diletakkan di kawasan ruangan biomedia yang telah ditentukan. Aliran kerja yang dilakukan ditapak ditunjukkan seperti gambar dibawah
i. Kerja 1 : Kerja-kerja pengukuran di tapak
Page | 10 ii. Kerja 2: Pemotongan paip untuk paip udara dan paip penghantaran kelodak
iii. Kerja 3 : Pemasangan paip ke dalam ruangan biomedia dan juga paip penghantaran kelodak ke drying bed
Page | 11 iv. Hasil : Paip airlift dan juga paip ke drying bed yang sudah siap
v. Air kelodak yang berjaya dikeluarkan daripada ruangan rawatan biomedia
Page | 12 b. Pelan Tindakan Penyelesaian
Untuk menjayakan penambah baikan ini kumpulan ini ini telah melakukan Pelan Tindakan Penyelesaian seperti di Jadual 1 di bawah
Jadual 1 : Pelan Tindakan Penyelesaian
c. Ujian/Kajian
Untuk mendapatkan saiz paip yang bersesuaian 2 ujian telah dilakukan seperti dibawah
Ujikaji 2 :
Penyambungan dilakukan dengan
menggunakan paip udara bersaiz 1/2 inci ke paip penyaluran kelodak bersaiz 3 inci Keputusan : BERJAYA
Kelodak dikeluarkan dengan banyak apabila menggunakan paip yang lebih kecil
Ujikaji 1 :
Penyambungan dilakukan dengan
menggunakan paip udara bersaiz 1/2 inci ke paip penyaluran kelodak bersaiz 4 inci Keputusan : GAGAL
Punca : Kelodak yang keluar adalah sedikit disebabkan kandungan udara yang banyak keluar melalui paip penyaluran yang besar
Paip 4 inci Paip ½ inci
Paip ½ inci
Paip 3inci
Page | 13 3 KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME/IMPAK PROJEK)
Setelah projek ini siap, kumpulan ini menggunakan analisis PESTEL untuk mencari kesan penggunaan kaedah ini dari segi politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan juga undang-undang. Hasil analisih di dapati tiada kesan buruk di dapati kepada semula komponen seperti mana yang ditunjukkan di dalam Rajah 3:
ANALISIS PESTEL
KEBERKESANAN DARI PENGUNAAN KAEDAH INI
P E S T E L
POLITIC
Imej Jabatan Meningkat
ECONOMIC
Penjimatan Ekonomi
SOCIAL
Tiada gangguan
kepada masyarakat
setempat
TECHNOLOGY
Tidak memerlukan
teknologi canggih hanya
pemasangan paip tambahan
Tiada impak alam sekitar
LAW
Tidak melanggar
undang- undang sedia ada IDEA
ENVIRONMENT
Rajah 3 : Hasil rumusan kesan penggunaan kaedah pam airlift
Kaedah ini juga di analisis dengan menggunakan Analisis SWOT seperti Rajah 4 di bawah
Rajah 4 : Analisis SWOT kaedah penggunaan paip Airlift dalam pengeluaran kelodak
Page | 14 3.1 Kesan Jangka Pendek
a. Penjimatan Kos
Penggunaan kaedah ini dapat menjimatkan kos pembelian pam kelodak yang mempunyai fungsi yang sama. Lihat Rajah 5.
Pengiraan kos pembelian
Harga pam kelodak berjenama Grundfos adalah RM5500 X 8 lokasi = RM44,000
Kos upah dan pembelian paip airlift = RM15,000
Penjimatan yang diperolehi adalah
= RM29,000
Tanpa pembelian pam kelodak ini kita tidak perlu memperuntukkan perbelanjaan tambahan untuk bil elektrik dan penyelenggaraan. Nilai tambah daripada penggunaan pam airlift juga ialah dapat menambah kandungan udara di dalam ruangan rawatan biomedia di mana udara amat sangat diperlukan oleh mikrob semasa “memakan” air yang tercemar tersebut menjadi kelodak.
Rajah 5 : Perbandingan diantara kos pembeliaan pam dan pemasangan paip airlift
b. Penjimatan masa dan output
Penjimatan masa juga diperolehi dari segi perbandingan pengumpulan kelodak secara gravity dalam kaedah lama yang perlu dilakukan setiap 7 hari sekali Manakala penggunaan kaedah baru ini masa dapat dijimatkan kepada 2-3 hari bagi tempoh pengeluaran kelodak.
Page | 15 3.2 Kesan Jangka Panjang
a) Penjimatan Masa dan Kos
Prosedure operasi piawai menyarankan agar pencucian biomedia dilakukan setiap 3 tahun bagi membersih biomedia yang telah diselaputi kelodak bagi meningkatkan keberkesanan biomedia dalam merawat air. Penggunaan paip airlift dapat mengurangkan frekuensi pencucian biomedia dalam jangka masa panjang kerana kelodak yang berkumpul diruangan biomedia dapat dikeluarkan segera dengan cepat.
Kos bagi kerja pencucian kelodak adalah tinggi iaitu berdasarkan anggaran jabatan pada tahun 2017 iaitu RM65m3 bergantung pada keluasan loji rawatan.
Berdasarkan anggaran ini LoJi Sungai Gisir memerlukan peruntukan sebanyak RM45,603.00 bagi kerja pembuangan kelodak tersebut.
Pengiraan Kos Jangka Panjang
Kos penyenggaraan untuk 3 tahun adalah RM 45,600
Dalam masa 9 Tahun kos yang diperlukan adalah RM45,600 x 3 = RM136,800 Sekiranya tempoh penyenggaraan dapat dipanjangkan sehingga 4-5 tahun sekali Kos yang diperlukan bagi 9-10 tahun adalah RM91,200 sahaja iaitu penjimatan sebanyak RM45,600.00
b) Kepuasan Pelanggan
Projek ini akan membantu pihak pemegang taruh (stakeholder) dalam Program ROL terutama Kementerian Wilayah Persekutuan mencapai sasaran Class 2B untuk Sungai Klang menjelang 2020.
4. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
Teknologi yang digunakan adalah sudah tersedia dan apa yang diperlukan dibawah adalah bekalan sumber udara dan juga pemasangan paip udara dan baip penyaluran kelodak tambahan di dalam ruangan loji rawatan air sungai ke tempat pengumpulan kelodak
Berdasarkan kepada kos permulaan projek ini yang rendah ia boleh diseragamkan keloji yang lain oleh kerana teknologi yang dipakai adalah teknologi yang mudah, cepat dan murah.