Laporan PhD & Pembentangan
Mohd Musa Bin Sarip No. Staf 0290
Laporan Kemajuan PhD
Bidang Penyelidikan : Pengurusan Harta Pusaka (Wasiat/Wisayah)
Tajuk Penyelidikan : Sikap, norma sosial dan kawalan tingkah laku ditanggap serta
hubungannya kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Nama penyelia pertama : Prof. Madya Dr Sabri Haron
Nama penyelia kedua/bersama : Prof. Dr
Khairul Anwar Mastor
Semester dan tahun kemasukan : Sem 1/ 2011
Limitasi Kajian : Pencarum beragama Islam di negeri Selangor
Kemajuan (peratus kemajuan):
Bilangan Bab yang siap : 1, 2, 3, 4 & 5 (90%)
Peringkat ahkir : Pemurnian dapatan dan sorotan leteratur (10%)
Tarikh Jangkaan Tesis diserahkan : Disember 2014
Sikap Pencarum Dan Pengaruhnya Terhadap
Tingkah Laku Penamaan Wasi Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pembentang
Mohd Musa Bin Sarip Mohamad Sabri Haron
Pengenalan
Sistem penamaan merupakan suatu amalan yang
digunakan di Malaysia semenjak 1951 lagi. Sistem ini diperkenalkan untuk memudahkan urusan penyerahan wang simpanan si mati kepada penama dan melepaskan tanggungjawab KWSP sebagai pemegang amanah.
Akta KWSP 1991 tidak memperuntukkan secara jelas mengenai sistem penamaan, hanya perkara-perkara asas sahaja dalam Kaedah-Kaedah KWSP 1991 dan Peraturan- Peraturan KWSP 2001.
Pengenalan
Fenomena pelaksanaan yang rendah dalam kalangan pencarum KWSP,
Sumber: Hizwani Hassan 6 September 2009. Temu bual; Suhaida Abu Bakar 2010
& Farizan Kamaluddin 11 Disember 2012. Temu bual.
Antara sebab utama kurangnya perlantikan penama adalah kerana faktor sikap dalam kalangan ahli KWSP (Md Yazid Ahmad &
Hayatullah Laluddin 2010; Narizan Abdul Rahman 2006; Suhaida Abu Bakar 2010; Jasni Sulong 2011 & Rafie Omar 2012).
Fatwa Harta Penama
Fatwa Kebangsaan pada tahun 1973 dan 2000 – harta penama adalah harta pusaka dan penama adalah wasi
Fatwa Kerajaan Negeri seperti
Selangor 2002 Harta pusaka dan penama sebagai pentadbir harta
Wilayah Persekutuan 2001- Harta pusaka dan wasi
Teori Sikap
Sikap merupakan elemen penting dalam diri seseorang semasa membuat keputusan (Mueller 1986) dan salah
satu faktor utama dalam meramal tingkah laku seseorang (Fishbein dan Ajzen (1975).
Sikap terhadap sesuatu objek yang kompleks, boleh dikaji dengan menganalisa ciri-cirinya yang kompleks (Oksamp 1991) dengan membahagikan objek atau isu yang
kompleks kepada bentuk yang lebih mudah untuk dikenalpasti (Mueller 1986).
Objek Sikap Multidimensi
Contohnya; mungkin seseorang suka pada sesebuah
kereta berdasarkan kuasa, kemewahan, pemanduan dan statusnya, tetapi tidak suka atas aspek lain seperti tidak ekonomi, saiz yang besar dan negera pembuatnya.
Justeru itu, sikap terhadap sistem penamaan juga diandaikan adalah merupakan objek yang kompleks yang perlu dikaji dengan lebih mendalam untuk
mengetahui komponennya serta kesan setiap
komponen dengan tingkah laku penamaan wasi.
Reka Bentuk Kajian
Kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik
Sampel kajian seramai 700 orang dan selepas penapisan hanya 566 orang sampel yang boleh digunakan untuk analisis
seterusnya.
Data dikutip melalui borang soal selidik.
Analisis data melalui dua peringkat
Peringkat pertama – analisis kepercayaan dan kesahihan instrumen dengan menggunakan kaedah Kaiser-Mayer-Olkin (KMO) dan Bartlett Test of Sphericity (BTS).
Peringkat kedua – analisisi hubungan antara komponen sikap dengan tingkah laku penamaan wasi dengan menggunakan analisis statistik regresi berganda.
Dapatan
Sikap dapat dibahagikan kepada tiga iaitu sikap kebaikan, sikap tanggungjawab dan sikap teknikal. Ketiga-tiga komponen dapat menerangkan sebanyak 65% kedudukan varian faktor sikap. Nilai KMO ialah 0.87 (Baik) dan ujian Bartlett adalah signifikan
(p=0.00) serta nilai Cronbach Alpha 0.89 (baik).
23% varian dapat diterang dengan faktor sikap. Konponen sikap kebaikan (t=6.23;p=0.00) dan sikap tanggungjawab (t=5.02;
p=0.00) berhubungan secara positif dan signifikan terhadap
tingkah laku penamaan wasi disebabkan nilai t melebihi daripada
±1.96.
Kesimpulan
Sikap adalah berbentuk multidimesi seperti dapatan kajian- kajian yang lain seperti Kamil Md Idris dan Ahamad
Mahdzan (2002) dan Zainol Bidin (2009) iaitu faktor sikap terbahagi kepada beberapa komponen seperti sikap positif, sikap was-was, sikap teknikal dan sebagainya.
Komponen sikap kebaikan dan sikap tanggungjawab
mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap tingkah laku penamaan wasi. Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan melalui
kempen-kempen dan program-program agar sikap
masyarakat berubah positif sekaligus mampu meningkatkan tingkah laku penamaan wasi yang sebenar menurut syariat Islam