• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam Talian Di UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam Talian Di UniMAP"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran

Dalam Talian Di UniMAP

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA – Dalam memastikan proses pembelajaran tidak terhenti akibat pandemik COVID-19, sekumpulan pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berinisiatif bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian lebih menarik dan berinteraktif.

Inovasi studio lightboard yang dibangunkan oleh pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Mekanikal UniMAP, diketuai Dr. Azuwir Mohd Nor, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Sazli Saad dan Mohamad Ezral Baharudin bertindak sebagai mekanisme terbaharu bagi teknik pengajaran dalam talian.

Wakil kumpulan tersebut, Mohamad Ezral berkata, idea ini timbul apabila mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan analisis berangka.

“Kami perlu menunjuk ajar setiap langkah analisis berangka berkenaan yang biasanya ditunjukkan menggunakan papan putih (white board).

“Tetapi memandangkan situasi semasa yang memerlukan pengajaran disampaikan secara dalam talian, adalah amat penting bagi kami membangunkan satu mekanisme baharu yang dapat memperlihatkan keberadaan tenaga pengajar seperti belajar di dewan kuliah atau secara semuka serta penyampaian yang lebih interaktif,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahan pula katanya, mereka sendiri juga mengalami masalah ketidakpuasan mengajar kerana tidak dapat berinteraksi secara terus bersama pelajar kerana kekangan komunikasi dalam talian.

“Memandangkan kami dari program kejuruteraan yang banyak menggunakan papan bertulis bagi memberikan penjelasan, kami perlu memikirkan teknik pengajaran yang berinteraktif dan boleh difahami oleh pelajar.

“Oleh itu, kami menjalankan kajian bagi mencari mekanisme yang sesuai untuk digunakan, dari situ timbulnya idea untuk membangunkan Lightboard dan mereka bersepakat untuk berkongsi dana menjayakan inovasi ini,” ” katanya.

Ujar beliau lagi, Lightboard mempunyai empat elemen utama iaitu kamera untuk merakam, lightboard itu sendiri yang perlu direkabentuk untuk tahan lasak, sistem penataan cahaya, dan komputer.

(2)

“Kami menggunakan perisian percuma Open Broadcaster Software Studio (OBS) untuk memproses dan menghantar gambar atau video kepada pelajar sama ada melalui Zoom, Webex dan Google Meet,” katanya.

Ditanya maklumbalas pelajar mengenai penggunaan lightboard, Mohamad Ezral berkata, bukan pihaknya sahaja yang gembira dan berpuas hati tetapi mereka turut menerima respon yang positif dalam kalangan pelajar.

“Pelajar sangat teruja dengan teknik pengajaran yang baharu kerana ia kelihatan seperti berada di hadapan tenaga pengajar itu sendiri.

“Pada semester lepas mereka tidak berpeluang untuk melihat pensyarah tetapi pada semester ini, mereka boleh melihat fizikal kami di alam maya dan pada masa yang sama tidak ketinggalan dalam mencatat nota atau contoh yang kami kongsikan dalam pengajaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Ezral berharap lebih ramai tenaga pengajar di luar sana yang mengadaptasikan pengajaran menggunakan lightboard kerana penggunaannya adalah lebih berkesan terhadap pemahaman pelajar tetapi ia masih bergantung kepada topik subjek yang diajar.

“Inovasi ini telah lama diperkenalkan tetapi penggunaannya masih belum meluas dan kami percaya dengan situasi terkini, penggunaan lightboard dalam pengajaran dalam talian akan menarik pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan,” katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri

Penerapan Metode Dakwah di dalam Melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 65 P&P mereka, bahan yang disampaikan kurang menarik, tahap penyampaian tidak seimbang dengan

4.1 Garis panduan ini merangkumi tatacara pelaksanaan kursus pendek dalam talian (KPDT) serta kadar agihan bayaran yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi

Jadual 5: Tahap Kesalinghubungan dalam Talian dan Kebolehsediaan Pelajar AUMS di dalam PdR Tahap Bilangan Peratus % Putara Sisihan piawai 1-Tiada internet 2 0.6 3.74 1.2006

Secara kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan ini diharap dapat memberi gambaran secara langsung tentang beberapa kaedah pengajaran dalam talian yang digunakan guru dalam melaksanakan

Penerapan pedagogi pengajaran matematik dan faktor-faktor meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan kaedah self- regulated learning di SMK Sikuati